gravatar

Happy2!!! (^_^)


أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Hehe.. akhirnya aku bisa mengarang cerpen baruku sendiri:ahaha:

baguslah kononnya! kekekeke:eheh:.. aku x tahu nak buh tajuk pe.. tapi, setelah dipikirin ini ja yg aku dapat..:tsk:..


kalau korang ada banyak masa silala baca...ngee~~



jangan kutuk banyak sangat! kang patah semangat aku nak berkarya lak! huhu..

penat aku karang nih! :sigh:


Sukma kalbu

Pagi ini tidak seperti selalu.. Fikiranku berkecamuk. Entah ke mana jiwaku melayang. Aku terasa seperti hendak menjerit sekuat hati.. Argghh! Apakah jenis dugaan yang Kau beri ini Ya Allah? Hatiku membisikkan sesuatu "Jangan dilayan.. nanti makin lama makin susah untuk menjauhkan diri daripadanya.."


"Ah, lantaklah apa yang hendak jadi, jadilah! Malas aku hendak fikir banyak2.
Masih ada beberapa jam lagi sebelum ke kuliah.. Lebih baik aku dengar lagu. Pantas aku menggerakkan tetikus dan melayani lagu Mulia-Begitulah Namamu.."
Hatiku terasa tenang sedikit walaupun kenangan itu masih kekal jauh di lubuk sanubariku.


Suasana ke kuliah pada pagi itu tenang sahaja. Angin sepoi-sepoi bahasa itu seolah-olah memainkan perasaanku. Kuhela nafas sedalam-dalamnya. Mahu sahaja aku mencampak memori pahit itu sejauh-jauhnya. Aku ketinggalan jauh di belakang. Farihah melambai-lambaikan tangannya. "Kamu, cepatlah.." Ujarnya. Aku memantaskan langkahku. Tanpa disedari, kini akulah yang berada di hadapan sekali, bersama Hajar..

"Hajar, macam mana ni? Aku tak boleh lupakan dia.. Aku rasa macam nak jerit sekuat hati. Boleh tak petang ni kau bawa aku ke satu tempat yang tiada orang di situ? Aku dah tak tahan ni.. Frust giler! Aku nak menjerit sekuat hatiku!" Hajar kurang memberi tumpuan kepadaku. Sedih.

"Alaa.. Biasala tu, kau dikira normal la ada perasaan macam tu.." Aku terdiam. "Hmm.. Habis? Apa yang patut aku lakukan sekarang?" Sengaja aku ajukan soalan itu walaupun aku tahu dia tidak akan membalasnya dengan jawapan yang memuaskan hatiku. Namun, dugaanku kurang mengena. Malah, dia langsung tidak menjawab pertanyaanku.

Langkahku makin laju. Merajuk. Hajar hanya memperhatikan tindak-tandukku yang agak luar biasa. Mungkin dia kurang memahami perasaanku. Aku tidak menoleh lagi ke belakang lantas memujuk diri sendiri.


Pelajaran pada hari ini kurang kuberi tumpuan. Mana mungkin aku dapat menghayati setiap patah kalimah yang terpacul daripada mulut pensyarah. Dr. Amal begitu bersemangat menyampaikan mutiara-mutiara ilmu. Kenangan itu datang lagi. Benar-benar menghantui diriku. Perlahan-lahan air mata panas kurasa bergenang di kelopak mata.

"Jangan menangis sekarang, nanti mereka soal aku pula," hatiku berbisik lagi. Tenang.. Aku mula menumpukan perhatian semula pada pelajaran waktu itu. Pun begitu, fikiranku tidak dapat mencerna sepenuhnya apa yang diajar. Masih terawang-awang.



“Aku kena bawa Amalina ke hospital untuk dicucuk,” Hajar menerangkan kepadaku. Baru aku jelas kenapa dia tidak mahu pulang lagi selepas tamat kelas Biokimia. “Nak ikut..” pintaku ikhlas. Kami mempersiapkan langkah ke hospital kerajaan yang terletak 100 meter dari universiti.


Dari jauh kelihatan ramai orang keluar masuk melalui pintu gerbang yang usang lagi berdebu. Kesan-kesan karat jelas kelihatan disebalik cat hijau yang kian pudar itu. Mataku melirik ke kanan lorong yang kami lalui. Beberapa orang Arab masing-masing sedang berbual. Ada juga yang berbaring di tepi jalan berlapikkan sehelai kain cadar dan juga berselimutkan Saratoga lusuh. “Kenapa? Tidak sejukkah?” Angin kencang menyapa lagi. Aku memeluk baju sejukku dengan erat. Jari-jemariku terasa kebas. Aku memandang lagi ke arah orang tua itu. Pandanganku berbalas. Sekuntum senyuman kuhadiahkan. Seorang wanita yang kebetulan berada di sisinya membalas senyumanku sambil mengatakan sesuatu kepada lelaki tua tersebut. Oh, buta rupanya! Hatiku pilu. Kehidupanku ternyata lebih baik daripadanya. Ya Allah, sungguh besar rahmatMu. Andainya aku menjadi hambaMu yang bersyukur..


Tanganku ditarik. Aku nyaris-nyaris dilanggar kereta dari belakang. Wajah Hajar kutatap sekilas. Terima kasih sahabatku. Beberapa orang atendan hospital mengusung sebuah katil beroda masuk ke dalam bangunan usang lima tingkat tersebut. Seorang wanita tua yang sedang berbaring di atasnya hanya mampu menutup mata menahan kesakitan sambil memegang perutnya. Dua orang lelaki lagi membantu menolak katil tersebut dengan pantas. Suasana gamat. Semua membuka jalan kepada mereka seolah-olah mengerti bahawa wanita itu memerlukan rawatan kecemasan. Tirai langsung ditarik. Wanita itu diperiksa.


Di suatu sudut lain kelihatan seorang lelaki tua di atas kerusi roda. Dari rambutnya yang beruban itu kuagak umurnya sekitar 60-an. Kerusi roda ditolak perlahan-perlahan oleh seorang anak muda. “Mungkin anaknya,” hatiku meneka lagi. Pergerakan lelaki tua tersebut yang separuh longlai membuatku terasa sebak. Air mata bergenang lagi menunggu saat sesuai untuk kehujanan. Seorang budak perempuan yang didukung oleh ibunya terbatuk-batuk. Daripada batukan itu kuagak dia mendapat simptom penyakit tibi yang memang cukup terkenal di tanah air ini. Rambutnya yang separas bahu diikat kemas sekali. Perbualan ringkas antara ibu itu dengan salah seorang jururawat di situ ditamatkan dengan segera. Dia melangkah pergi dengan tergesa-gesa. Entah apa yang dibualkan sehingga wanita itu bersuara lantang kepada jururawat tersebut. Air mataku tidak dapat dibendung lagi dan meluncur laju sehingga rawatan ke atas Amalina tamat.


Pandanganku tertumpu pada salah seorang jururawat yang berpurdah hitam. Sambil membandingkan suasana di hospital ini dengan suasana di Malaysia yang amat berbeda sekali. Aku menyoal diri sendiri sambil mengharap agar satu hari nanti jururawat di Malaysia juga bakal berakhlak sebegini. Berpakaian yang sopan dan sedia membantu di samping ukhuwah yang erat antara mereka.


Dari luar hospital, kulihat tumbuhan renek di sekeliling hospital itu tampak layu, selayu hatiku yang sukar diduga. Aku menoleh ke arah pintu itu lagi. Dua orang lelaki muda memapah ibu mereka yang baru keluar hospital tersebut. Sebelah kakinya kudung namun masih tersenyum gembira. Ya Allah, aku tidak mahu kufur nikmatMu lagi. Maafkanlah hambaMu yang banyak berdosa ini.


Berita tentang Palestin itu kembali menerjah ke ingatan. Terkini sudah 381 penduduk Gaza telah dibedil dengan bom durjana yang tidak henti-henti meragut nyawa saudara seIslamku di Palestin. “Ya Allah, betapa lalainya aku selama ini. Di sini aku masih sempat memikirkan soal hati, namun di sana saudara-saudara seIslamku penat lelah berjuang tanpa sempat memikirkan makan minum dan hatta anak-anak mereka.” Akanku teruskan perjuanganku sehingga ke detik waktu terakhir kehidupanku, insyaAllah.


yg sebenarnya aku ade idea sampai tu jek! x taw nak sambung apa dah!:tsk:

tapi, kalau sesiapa ada cadangan sila2 lah..eheh.:eheh: ...


mana taw kalau aku berjaya hasilkan karya asli sendiri.. haha..


cam bagus sangat! .


:devilishgrin:

ngeh3.. aku ingat nak karang novel lak sepanjang duk mesir nih! wakakaka:scream:

huhu~ berangan ja banyak.. aku sesaje jek karang-mengarang nih.. nak buat kenangan.. hekhekhek:woooh:

tapi kan, memang beshla kalau mengarang sbb mengajar kita supaya menghayati alam ciptaan Allah (walaupun guna perkataan bebudak jer..:sigh:)

hmm.. x apela.. cuma aku minta korang semua doakan aku agar berjaya di dunia n akhirat insyaAllah.. syukran jazeelan 'alaa kulli haal:wave:


gravatar

Assalamu'alaikum.. ade org x?? hehe..

bagus2.. tapi ber episod plak.. huhu. xpa, teruskan berkarya ek.. abizkan dlu cerpennye.. nnti ditatapin baru laa enak dong.. hehe..

terasa mcm baca isi dewan sastera la plak.. (^.^)

gud luck 4 d xam.. chaiyok2!!

gravatar

Wa 'alaikumussalam.. thankz for being the first reader my sis.... (^_^)

Hmm.. dah tamat kisah ni.. nanti insyaAllah bila lapang akak buat cerpen lain pulak! (insyaAllah sampai habis, x berepisod... whee~)
tp, nampaknya akak kena belajar dulu psl dunia penulisan ini.. (^_^)

syukran jazeelan.. doakakan akak yer..(^_^)

Mengarut3