gravatar

Kelebihan Solat


Ros



Rose


Rose..........


Rosalinda... erkk~!


Bimillahirrahmaanirrahiim


Wahai Yang Maha Esa,

Sungguh manusia itu makhluk yang hina, pendek akal~!


~Bunga oh bunga~


Rindukan orkid [ye lah, ros asyik mati jer~masa tu aku memang malas nak siram pokok, suka tengok ja.. ehehe :p]


Sedetik lalai daripada mengingati Allah diibaratkan sebagai kerugian 1000 tahun

MasyaAllah…



Apsal la aku tergila-gilakan bunga nie? Adehh.. terpaksa mengaku yang aku memang sukakan bunga, mewarisi sifat ibuku…


Dulu masa aku di Malaysia la, setiap petang mak duk bercakap2 dengan pokok, katanya kalau kita rajin bercakap dengan pokok2, nanti insyaAllah hidup subur [dan memang terbukti kebenarannya!]


Oo yer, tambah sikit lagi… mak cakap setiap masa tumbuhan berzikir memuji Allah [sedangkan manusia yang mempunyai mulut yang amat sempurna ni pun acap kali melupakan kalimat2 agung ]



Amalkan doa ini ya kawan2,

“Allahumma a’inna ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatik”

O Allah! Help me to

remember you, to thank you, and to worship you in the best

ya Allah bantulah aku dalam mengingati-Mu,mensyukuri nikmat-Mu dan keelokan beribadat kepada-Mu


doa lain…

Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu… amiin






Kefeninan melanda diriku, rasa2nya mana yang lebih baik? Solat BERSENDIRIAN tetapi awal atau solat BERJEMAAH lewat sikit [sebenarnya lebih sejam dari waktu masuk solat zuhur tu]


Hehe.. jangan tiru perangai kami neh.. tak baik2… insyaAllah lepas nie kena sama2 beringat supaya saling solat awal waktu yer..


Syukran jazeelan kak hajar! [1st time kena tegur ngan kak hajar petang tadi.. huhu]

Nak buat cemana… kenalah berpakat kalau nak solat jemaah kan.. huhu


*aku lebih suka solat jemaah daripada sengsorang, siapa tahu Allah Yang Maha Penyayang itu akan mengkabulkan doa2 rakan2 kita memandangkan kita nie selalu tak sedar salah silap kita, dosa kecik dosa besar*


Lagi 1………….

Fadhilat solat jemaah ni sangat2lah besar…

Begitu juga berada di saff depan..


Pernah digambarkan fadhilat berada di saff depan ni… kalaulah manusia tahu kelebihan berada di saff depan pasti manusia sanggup bercakaran / bergaduh untuk berada di hadapan

Tapi, saya tak ingat taraf hadis ni.. adehh~

[sapa2 yang tau bolehlah khabarkan padaku J


Nak citer pasal solat nie memang lama.. masa form 3 blajar dengan ustaz Aminuddin pun tak habis lengkap


Tapi, adalah pihak2 tertentu cakap solat ni banyak kelebihan dari sudut kesihatan [saya baca gitu2 ja, taklah ingat siapa yang buat kajian tu.. ]


Dan ada beberapa assumption yang aku agak2 je la.. itu pandangankurasanya agak praktikal.. hehe

1. Berdiri tegak

Kenapa kita berdiri tegak? Pernah tak tengok agama lain ‘beribadah’? Ada tak yang lebih berdisiplin daripada cara yang dianjurkan oleh junjungan mulia Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam?

Kalau tengok cara berkawad di PLKN pun [tak de la dikawal ketat sangat pon :p] rasanya masih boleh curi2 bergerak… tetapi dalam Islam tak boleh

Ya, cuba bayangkan…. Gambarkan… buat sejenak… apa pandangan orang kafir jika melihat kita bergerak-gerak lebih 3 kali [pendek kata macam ‘beruk’ duduk tak senyap… maaf yer, bahasa yang kurang sopan sket.. hehe]

Maknanya Islam telah mendidik kita agar BERDISIPLIN melalui solat

InsyaAllah


Hatta nak betulkan saf pun masih perlu kekalkan pergerakan tak lebih 3 kali.. subhaanallah, indahnya Islam~

Lagipun, ustaz Fauzi Tahir yang cakap macam tu, kalau nak mulakan saf pun kena sama berat bahagian kanan dan kiri [jika pintu bukan di salah satu bahagian tepi].. kerana itulah orang kafir melihat Islam sebagai agama yang teratur, kemas (^_^)V






2. Rukuk

Masa form 5 dulu ada terbaca dalam satu buku keluaran PTS One, tajuk “Kamceng dengan Solat”

Dalam buku ni ada dinyatakan satu kajian bahawa perbuatan rukuk akan menyebabkan oksigen dapat dibawa ke otak, insyaAllah :D

Bagus kan?


3. Sujud

Oh yer, masa form 1, ada salah seorang senior aku terjumpa satu artikel. Dalam artikel tersebut ada dinyatakan, seorang prof barat membuat kajian tentang kelebihan sujud. Dan apa yang dijumpainya?

[aku tak pasti apa benaran cerita yang disebarkan melalui internet ini sebab artikel tu dalam BI kalau tak silapla]


Prof tu cakap.. terdapat satu pembuluh darah di otak yang hanya boleh dilalui melalui cara bersujud, insyaAllah…

Dan aku tambah sikit ye, selain itu sujud insyaAllah dapat membetulkan kedudukan tulang belakang [tu pun kalau sujud dengan cara yang betul la, sujud pun ada caranya…]

Membetulkan kedudukan payudara [buat perempuan saja :p],

tekanan darah paling rendah semasa sujud, agaknya sebab tu kot kita rasa tenang waktu sujud, insyaAllah..


Dan kita juga dianjurkan supaya PERBANYAKKAN SUJUD.. tetapi…. Kejap!

Jatuh makruh sujud LAMA jika solat berjemaah [bagi imam]… rasanya maksud dia kalau sujud lebih 10 minit kot sebab sujud terakhir tu elok hajatkan apa2 yang kita nak hajatkan serta membaca doa “Laa ilaaha illa anta, subhaanaka innii kuntu minaz zholimiin” ~ doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun


Kenapa makruh sujud lelama? Okeyh, sekarang cuba berfikir logikanya………

Andaikata dalam jemaah tu ada ramai makmum dari pelbagai lapisan masyarakat

Ada yang gemuk, mesti cepat rasa panas

Ada yang selesema, mesti tak tahan dengan selesemanya tuh

Ada yang tua, mesti tak larat nak bangun lepas sujud nanti

Ada yang kurang gemar solat berjemaah sebab tak berapa suka solat berhimpit-himpitan, dll


Kita kena fikir bagaimana cara TERBAIK!

\(^_^)/





[kalau nak cerita bab solat jemaah n fadhilatnya lagi banyak ler… insyaAllah time akan2

datang kita citer len]


Tapi, 1 hakikat yang mesti diterima ialah sujud merupakan saat yang paling dekat seorang hamba dengan Rabbul Izzah


Melepaskan rindu2 yang terbuku dalam hati..

Meluah segala belenggu [sesungguhnya tiada pendengar yang lebih setia melainkan Yang Maha Mendengar, Yang Memegang dan Pemilik Segala Hati]

Memohon agar diberi petunjuk, dibuka jalan keluar

Meminta segala kebaikan di dunia dan di akhirat [makhluk-Nya hanya tahu meminta tetapi berapa ramaikah yang TAHU BERSYUKUR dengan nikmat kurniaannya lantas mematuhi segala aturannya serta menjauhi larangannya?]


Sungguh manusia itu makhluk yang hina dan terlebih layaknya dihinakan~

Aku lagi hina T_T


Tetapi Allah sentiasa memberi perangsang agar kita terus berpijak atas realiti kehidupan

“Kamu adalah ummat terbaik buat sekalian manusia, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran”


Semuanya sudah jelas dalam al-Quran, maka nikmat Tuhan [Allah] yang manakah yang kamu dustakan?

(T_T)


4. Duduk antara dua sujud

Nak kongsi sikit tips… masa skolah menengah dulu ada la 1 buku motivasi ni cakap, waktu sedang membaca, aktifkan kedua2 bahagian otak dengan menggenggam barang..

Contohnya, kalau menulis dengan tangan kanan, genggam tangan kiri dengan pemadam @ pembaris..


Begitu jugak solat… duduk antara 2 sujud dapat membantu mengaktifkan kedua2 bahagian otak.. bagaimana ya?

Apabila kita duduk, kaki bahagian kanan [ibu jari] terpacak, merangsang otak bahagian kiri

Manakala jika kita duduk atas kaki di bahagian kiri [tumit], akan merangsang otak bahagian kanan.. yang ni kalau nak tau lebih2 apakah jenis deria yang diransang, sila2lah tanya pakar refleksologi memandangkan aku neh tak pandang pun ‘papan ilmu’ di tapak refleksologi tuh

InsyaAllah...

Yang tu jer ilmu yang aku ada pon untuk dikongsi dengan semua… ya lah, aku neh bukannya banyak ilmu sangat pon.. (T_T)


Teringat pula bait2 dalam lirik lagu ayat2 cinta

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakanku bisa hidup lebih lama

Namun harus kutinggalkan cinta ketika kubersujud


1 persoalan yang selalu berlegar di ruang minda, hati…………………….

Bagaimana nak hilangkan zina hati semasa solat?

(^_~)


Saya sangat2lah mengalu-alukan sebarang komen… :D


*Nasihatilah diriku kerana aku bukanlah sempurna

Meskipun hakikat kehambaan sentiasa mahu kelihatan sempurna di hadapan Yang Maha Esa

Tetapi bukankah manusia itu hamba yang pelupa?


[dah lama teringin nak taip cara skema, tapi nak kena susun ayat pulak.. adehh~ Alhamdulillah ada 2 blog -4 yang sebenarnya.. hehe]



Aktiviti hari ini

-Melalui pepohon rimbun, musim bunga2 bersemi, mekar..

Ah, besnya~!

-satu kereta KUDA lari lepas dengar bunyi kereta api [macam cerita Zorro ja tadi.. :p]

-kedahsyatan orang Arab yang kurang menghormati ilmu [al-‘ilmu fissuduur, walaa fil kutub-pesanan ustazah Basyirah :D]

-tersepit antara orang Arab

-kepala terkena beg oleh orang Melayu! '123', sopan sikit tau nanti.. huhu... muka nampak je lembut, kasar jugak ko upenyer :p [not my ahli beit]

-periksa Anat written tadi... hingaq giler! [dah la aku tak bawak paspot tadi.. hehehe]

-jenjalan di Tanta Qadim [paling jauh setakat nie untuk aktiviti jenjalan petang2]

-hajar reka resepi baru... hehe.. tapi, sedaaaaaapp! [lepas ni tak payah dah kot aku kempunan nak makan sup Campbell.. ye tak Amalina? Mahattah ngan Qaumiyah jauh wooo] :p

-banyaknya bunga!!!


:D:D:D





:wave::wave::wave:

Mengarut3