gravatar

Jalan2 ke Cairo [Safarah & Hussin]

Bismillahirrahmaanirrahiim


Semalam saya ke Cairo, bersama rakan2 dan pengalaman baru

Dengan nama-Mu ya Allah, yang Maha Kaya, Pemilik Segala Hikmah..

Tiada apa2 yang special sangat pun, cuma bertepatan dengan 1 kata2 hikmah ini:

jauh perjalanan luas pengalaman.. betul sangat2lah tu

semasa berada di dalam 1 bas, seorang budak perempuan minum air mineral yang diberi oleh ibunya @ neneknya tak pastilah pulak, kemudian ibunya minum air itu pula.. hehe, mereka memang dahaga sangat kot =D

hmm, yang saya agak terkejut ialah pabila mak cik tu berikan air kepada pak cik2 yang lain di dalam bas tu.. ada la dalam 3 orang pak cik

kalaulah kita, rakyat malaysia, ada tak yang sanggup berkongsi minuman dengan orang yang tak dikenali? [+ dalam bas + lepas kita tengok cara mereka minum pun-cara dasyat ah, sanggup ka nak minum air dalam botol yang sama?]

Subhaanallah, adegan berkongsi botol air tu mengingatkan saya kepada 1 kisah di zaman Nabi dahulu....

semasa salah satu perang, terdapat beberapa sahabat baik yang cedera parah, masing2 dahagakan air

"air... air..."

kemudian seorang sahabat/khadam [saya tak pasti] datang membawa air kepada sahabat pertama yang meminta air.

Tiba2, terdengar lagi suara "air.. air.."

Sahabat yang hampir meminum air itu berkata "berikan air ini kepada sahabatku.."

lalu si pembawa air tadi tergesa-gesa menuju kepada sahabat yang dimaksudkan

"air.. air.." kedengaran suara seorang sahabat yang lain.

"berikan air ini kepada sahabatku dahulu.." pinta sahabat kedua yang dihulurkan air.

apabila si pembawa air ini menuju kepada sahabat yang ketiga, dia mendapati sahabat yang ketiga itu sudah diambil nyawanya.

Lalu dia segera berlari kepada sahabat yang pertama semula, didapati dia juga sudah meninggal dunia, dan perkara yang sama berlaku kepada sahabat yang kedua.

Akhirnya mati syahidlah mereka semua. Bukankah ukhuwah itu indah? Kerana kasih sayang sesama mereka, semuanya berkorban sedikit meskipun di akhir hayatnya

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mencintai sahabatmu lebih daripada kamu mencintai dirimu sendiri"


masih adakah orang seperti ini? InsyaAllah ada (^^,)

__________________________________________________________________

Kemudian kami sekumpulan pergi membeli-belah di Hussin selepas tamat urusan di safarah

saya n kak Shakirah berjalan 2 orang, melihat-lihat pakaian

sehinggalah kami tiba di salah 1 gerai

Saya tanya ammu [pak cik] tu,
"yang ni berapa?"

kemudian cubalah tawar-menawar, tapi pak cik ni tukar topik pulak..

"kamu dah kawin belum?"

"huh?" [sebenarnya saya tak dapat tangkap lagi perkataan n maksud pak cik tu]

"saya tak faham, maaf"

pastu dia asyik duk ulang soalan yang sama ja, sampailah akhirnya saya dah faham daa apa yang dia tanya.. huhu

"umur kamu berapa?"

"19"

"kalau di sini, macam kamu ni baru 15" [mentang2lah ppuan diorang besar2.. huhu]

"umur saya, 21"

"saya nak kawin dengan orang malaysia" [masa ni ingatkan dia cakap, dia dah kawin dengan orang malaysia, jadi saya angguk ja lah.. huhu]

"mata kamu itam macam orang Mesir" - pakai niqob nampak mata ja lah kan [asal pi tempat yang ramai omputih mesti pakai niqob, H1N1 yang menggerunkan.. isk3

pastu ada dia cakap 1 benda neh... kemudian dia tanya balik soklan pelik tuh..

"kalau kamu diberi pilihan, kamu akan kawin dengan orang malaysia / arab?"

"malaysia"

"kenapa? kenapa kamu pilih orang malaysia?"

"UHIBBU MALIZI" <--- my ans hahahaha [katok pala ammu ni kang!]

"kenapa kamu tak mau pilih Arab? Orang Arab tinggi dan gagah"

eeeeeeeeiiii, tak faham bahasa sungguh pak cik neh, dah naik lemas cek, tapi tak tahu nak lari camna

"Saya tak mahu"
"saya tak mahu"
"saya tak mahu"

ok lah, bubye pak cik, dan terus kami lari dari situ..


Arab biasa2 ja, kalau yang hensem pun, macam tama-chan [Ouran High School] yang saya jumpa depan kedai Mc'D di Cairo.. hihi

sape2 yang nak datang sini pun, tolonglah jangan kawin dengan orang Arab sebab dot3[demi menjaga kehormatan semua pihak]
tapi, kalau jumpa yang akhlaknya seperti Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam apa salahnya kan?
*wink3*
hehe


Hari ni baru balik daripada airport, pegi ntar jaja
Jaja, emmmmm.... ok lah, daa~

Wallahu a'alam..


gravatar

haha~

ammu tu nak akak kahwin dengan dia kot...

lalalala~

sib baik die xcakap..
"kamu tak nak kahwin dengan saya??"
ade kot cuma berkias..
"saya nak kahwin dengan orang malaysia.."

muahaha~

p/s: nanti kalau kahwin dengan orang arab, mesti tinggal kat arab saudi.. mcm mana nak berdakwah kat negera sendiri? ngehehe~

gravatar

pasal kongsi air tu. ko jumpe yg baik hati nk kongsi, sy jumpa yg selamba mntk air...haha terkezut je tetiba mntk air botol yg aku bwk...

gravatar

orang arab tuh kena carik bebaik

kalo x, dpt firaun..
akk nak yang mewarisi sifat2 nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam
[padahal perangai cam haprak]

huhuu

kongsi2 air neh besalah, tapi dasyat gak cara diorg minum

huhu

Mengarut3