gravatar

Lawak Pekeliling Keselamatan =))

LAWAK TANPA PERMIT
Mengandungi Pewarna Tiruan Yang Dibenarkan
----------------------------------------------------

PERKELILING ARAHAN KESELAMATAN
oleh Leftenan Adenan Adam Bin Haji Amin

Rentetan dari peristiwa rampasan senjata ATM dan PDRM, pihak atasan telah bermesyuarat bagi memperketatkan kawalan keselamatan senjata api dalam simpanan pegawai-pegawai keselamatan. Berikut adalah arahan yang mesti dipatuhi.

1-Baju-baju celoreng yang biasa dihantar ke dobi awam untuk cucian kini
tidak perlu dicuci lagi bagi mengelak kecurian dan penyamaran oleh orang awam.

2-Pistol tidak dibenarkan disisipkan pada talipinggang. Ianya mestilah
diletakan diluar pandangan awam iaitu di dalam seluar dalam. Sehubungan
dengan itu, Insuran Keselamatan pegawai keselamatan telah ditingkatkan bagi menampung kes-kes ledakan senjata secara tidak sengaja.

3-Mesingan tidak dibenarkan disimpan didalam kereta rondaan kosong yang yang berisi minyak berplumbum sahaja.

4-Pegawai-pegawai yang membawa keluar senjata api untuk tujuan memburu ayam hutan pada hujung minggu diminta membungkus senjata mereka dengan kertas suratkhabar. Ini bertujuan mengelak pandangan pencuri senjata.

5-Kereta perisai masih dibenarkan dibawa keluar untuk tujuan perlumbaan, namun anggota dilarang berlumba dikawasan kampung.

6-Bom grenade yang dibawa pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina akan dikurangkan kepada satu untuk setiap orang.

7-Kaunter layandiri pengambilan senjata di kem akan diganti dengan mesin jualan (vending machine). Sila bawa syiling yang secukupnya.

8-Anggota yang mengiringi anak-anak pegawai untuk ke sekolah dengan trak tentera tidak dibenarkan menjaga senjata secara sendirian. Serahkan senjata kepada kanak-kanak yang ramai didalam trak tersebut bagi memastikan senjata tersebut tidak dirampas oleh orang awam dengan mudah.

9-Pelontar Grenade tidak dibenarkan digunakan untuk mengebom ikan dikawasan sungai. Mulai tarikh ini, Grenade hendaklah dilontar secara manual.

10.-Bom asap yang hendak dilontar di kawasan stadium bolasepak hendaklah dihadkan kepada asap berwarna kuning sahaja atau warna-warna jersey pemain tuan rumah.


Perkeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh yang tertera diatas. Sesiapa yang engkar akan dikenakan tindakan tatatertib.

Yang Benar,
Y.B. Dato Dollah Badawee
Kem Keselamatan Dalam Negeri
Berkhidmat Untuk Negara


Sorry.. tade keje.. tengah search pekeliling keselamatan tetiba terjumpa mende neh

hehehe

gravatar

Assalamu'alaikum..

Haha.

Adoy~!
Surat Pekeliling Keselamatan yang mantap.

Haha.
Abih la akak,kena saman kang!

=P

gravatar

haha..hadoi~

Mengarut3