gravatar

Muslimah Hari Esok

Bismillahirrahmaanirrahiim


Alangkah indahnya 
jika kita sebaik Siti Khadijah
Dapat menguatkan suami
Dengan harta dan cinta
Untuk meneruskan perjuangan
Menegakkan agama Allah


Alangkah indahnya
Jika kita sepemurah Siti Aisyah
Mencari-cari harta walaupun sebiji kurma
Untuk disedekahkan 
Di jalan Allah


Alangkah indahnya
Jika kita seperti Rabiatul Adawiyah
Mengintai cinta suci sepi dinihari
Aku menyembah bukan mengharap syurga-Mu
Bukan jua kerana takut akan siksa neraka-Mu
Tetapi
Kerana rinduku kepada-Mu
Juga kerana cintaku kepada-Mu


Ahh, Diri yang lemah


-Muslimah Hari Esok-




Kamu takkan mampu berbuat demikian. Kebahagiaanku terletak pada imanku, dan imanku terletak pada hatiku, dan tiada siapa yang berkuasa ke atas hatiku melainkan Tuhanku


-Ummu Kalthum binti Ali-




Wallahu a'alam

Mengarut3