gravatar

Amanah yang Ditinggalkan

Bismillahirrahmaanirrahiim

Alhamdulillah sekarang ni dah start sesi tahun baru, usrah baru.
Bercakap tentang usrah ni, tahun ni bertukar lagi ahli kumpulan usrah yang baru.
Tahun2 sebelum ni aku dikira tak berjaya la jugak untuk pegang adik2 SC. Mungkin sebab aku culas ataupun futur di tengah jalan.

Kadang2 rasa futur tu hadir bila kita kurang persediaan tetapi bajet dah sedia, sedangkan kita memang tidak menyediakan apa2!

Dalam kehidupan ini, kita sebenarnya memerlukan hubungan dua hala. Sekiranya seorang sahaja yang bercakap dan bersifat mengawal sehingga seorang lagi tenggelam, maka kita tak berjaya untuk mendalami pasangan kita. (ok, ayat macam bagi kaunseling perkahwinan).

Dan aku mempunyai satu masalah sekiranya orang tidak memberi tumpuan terhadap perkataanku. Bukan nak dapat attention, tetapi aku mahu orang rasa apa yang aku ingin sampaikan.

Aku nak sangat pegang adik2 sc kalini betul2.
Tahun ni juga aku ingin mencari sumber pendapatan sendiri dan melatih skil2 memasak yang selama ini terbenam tak pernah timbul..

Best betul adik2 sc aku yang dulu dan sekarang, cuma akulah yang tak reti nak hargai. Kadang2 Allah saja nak uji aku sikit tapi akulah yang lemah mental (down mental syndrome) dan tak berapa nak rajin.

Juga sekarang ni aku rindu nak peluk adik2 aku kat rumah tu.. Kecuali yang bongsu tu la sebab dia tu nakal sangat.. Tunggulah dia masuk darul hadis baru aku nak balik rumah.. Haha

Syok betul dapat peluk fatimah dengan mak masa balik Malaysia haritu. Sebelum ni fatimah nak datang Mesir untuk talaqqi kitab tapi sebab takdak iqamah visa, dia tak jadi datang. Sedih jugak, tapi kalau aku jadi pergi Jordan boleh main salji!!! Yahuuuuu ^__^

Ok, jangan berangan banyak sangat..

Wallahu a'alam

Mengarut3