gravatar

Travel Yang Menarik

Travel yang menarik~

Duduk sebelah budak Mesir, sangat-sangat ramah dan gentleman. Tak larat nak gelak.. Last sekali bahagian minta nama FB yang tak tahan tuh. h.a.h.a.


Ceritanya begini:
Ada sorang budak lelaki lingkungan umur dalam 13tahun ke atas, bawah 16 tahun. Tubuh tinggi, tapi cara berkomunikasi tak nampak matang, cuma pandai offer diri (gentleman).
Ayahnya tinggal di Oman, penerbangan ke Abu Dhabi tu hanyalah sebagai transit sahaja.
Masa mula-mula duduk sebelah beliau, saya berpurdah, tetapi lepas tu kena solat Asar. (kawan-kawan solat jamak dari rumah.. ada ke solat jamak dari rumah? musykil2)
Jadinya, selepas setengah jam berfikir, perlu ke tidak bukak purdah ni, kiri kanan ada lelaki Arab, satgi depa bantai aku pulak sebab on-off purdah.
Tapi, kalau tak bukak, sah ke solat? haha.

Budak ni dari awal lagi suka sembang dengan aku, aku layan je lah, kalau senyap satgi depa kata sombong pulak, sebelah budak tu ada sorang pakcik Arab, agaknya pakcik tu tak larat kot nak layan budak tu, jadi kadang-kadang dia gelak ja tengok budak Arab yang ramah gila nie.. (aku nak kata dia ni ramah, tapi tak sampai hati, tapi bess jugak duk sebelah dia, aku rasa ni lah partner yang aku tak kenal yang paling ramah sekali pernah aku jumpa)

Daripada cara dia berkomunikasi, aku dapat rasakan bapak dia kaya maybe sebab jadi bussinessman yang pandai tarik customer. 

Dia kata: "I'm not fasting because i'm sick this morning"
Englishnya sangat lancar, walaupun masih ada slang Arab. Aku pulak tergagap-gagap nak cakap BI.

"Do you want this pillow? (bantal Etihad) You can have it. I didnt use it, you can have it if you want"
Obviously budak tu tengah sandar dekat bantal tu kot.. haha.. tak pe lah, layankan je budak sekolah nie.. Lepastu terus dia bagi bantal tu kat aku..
(bantal aku takde sebab pakcik yang tukar tempat dengan aku tu ambil menjadikan bantal pakcik tu ada 2)

Kemudian aku nak tengok movie tanpa earphone, tapi boleh ja baca subtitles kat skrin. Sementara tu, aku pun panggil pramugara untuk dapatkan earphone.

Budak tu pun kata..
"Do you want my earphone? im not using it, really. you can have mine." padahal dia tengah guna kot earphone tu.. memang budak bertuah betul.

"No, no. It's ok.. i'll just wait for mine" i replied.

Nasibla pramugara yang hensem tu sampai cepat. Pastu adik ni suggest kat aku tengok cerita yang ada sorang negro ni pernah berlakon dalam Men In Black. Dia kata cerita ni lawak gila, dia dah tengok kat rumah.. very2 good.
Aku cuba la tengok sat, memangla ada part lawak, tapi takda caption BI macam filem2 yang aku selalu tengok, BI dia pulak aku tak dapat nak tangkap. Jadi, aku pun tukar ke channel Hritik Roshan. haha. Bess sikit, ada lawan2 :P

Masa nak turun flight, dia tanya, aku ada emel tak.. Facebook? aku cakapla sambil gelak (kantoi). Arab ni memang suka minta FB. nama FB aku Nurul Syifak. Aku kata.. "It's hard to find"  literally means "u wont find my FB.."
dia kata FB dia Shaukah Khalid. tapi aku search tak jumpa pun. Btw, dia kata nama dia Shaukah, dia tahu nama dia pelik, tapi ayah dia yang bagi. Shaukah ni maksudnya "duri".

Dia datang dengan big brother, really tall.. masa tengah jalan kat epot Abu Dhabi, dia babai2 kat aku.. kalau kawan2 aku tengok ni, kantoi aku, babai dengan anak teruna. haha.

Before babai2 tu, tapi lepas keluar dari pintu flight, pakcik yang tukar tempat dengan aku tadi tiba2 beramah mesra dengan aku, tanya aku dari mana, pastu ajak aku datang Abu Dhabi. Tiba-tiba ramah ni, aku rasa pelikla jugak. Maybe sebab time last2 tu baru kami sembang2 bertiga, tu pun sebab nak dapatkan persetujuan aku terhadap argument dia dengan budak Arab tu. Aku pun agguk setuju saja lah.. layankan aja orang dewasa dengan kanak2 ni.. ha2. tapi yang tak bessnya pakcik tu pegang belakang aku.. geram jugak.

Mentang-mentang ceq kecik, selamba badak ja pakcik-pakcik Arab ni pegang belakang ceq buat macam anak-anak depa.. ceq ni perempuan tau dak, umoq pun dah tua.. grrrr!
Walaupun nak ajak ceq pi umah kat Abu Dhabi pun, tak payahla se
ntuh-sentuh orang.. Alergi tau dak..!

Penerbangan Etihad best la jugak, yang tak bess nya makanan sahur dia bukan nasi ~_~

Mula-mula rasa macam lambat ja penerbangan, tapi bila dah sampai, rasa macam baru sesaat yang lalu duk sebut "bila nak sampai.. bila nak sampai.."

********

Di KLIA, hampir-hampir kena tipu (ke?) dengan sorang budak laki yang tak rupa macam Melayu ni.. yang peliknya dia minta tolong kat 'adik' ni berbanding dekat polis-polis ataupun pakcik makcik yang kaya raya baru pulang dari Mekah. Sebab heran tu, sampai nak beli KFC pun lupa ada tax. Selepas tempah makanan 2 set (satu untuk diri sendiri, satu untuk the unknown sebab dia takdak duit nak berbuka puasa), kantoi dengan kakak KFC tu sebab tak cukup RM1.39 duit cukai (kat Mesir mana da cukai). Malu gila2, tapi nak buat macamna, terpaksa la cakap kat kakak tu
"kak, saya sebenarnya tak cukup duit ni, boleh tak nak keluarkan dulu duit."
kakak tu angguk macam >>"huh~whatever"<< haha.

2nd time pergi, kakak tu tanya kenapa order satu saja, tadi order 2..
"Sebenarnya kak, saya tak kenai pun orang tadi, tadi tu saya nak lari"
(kantoi.. kantoi)
"aik, macamna boleh tak kenal, kenapa beli jugak walaupun tak kenal?"

dalam hati ni.. "nak buat camna, dia duk ikut saya.. annoying betoi"

Lepas tu, terserempak dengan kak sha dengan farhana, story abis..
Lepas keluarkan duit, tiba2 the unknown datang cakap: "tak pa la dik, abang cancel KFC tadi, adik amikla.."

agaknya dia perasan kot yang saya report kat kawan2..

Cerita asalnya begini.. aku tengah duk sorang2 depan surau KLIA. Tiba2 ada sorang lelaki datang. Berkot hitam, kopiah itam (UMNO kot.. haha  :P ), bagai beg sisi hitam. Kulit pun gelap jugakla.. ala-ala mamak / myanmar sikit.

"Assalamu 'alaikum dik.. tumpang tanya, adik ni dari mana nak ke mana?" (aku ubah dialog bagi ringkas sikit la noo)
"Dari Mesir, nak pi Penang."
"Oo, naik penerbangan domestik ke?"
"Ya"
"Abang pun nak naik flight satgi. tapi purse abang tertinggal dalam kereta kawan sekali dengan handset. tak boleh nak kol, hehe.. tu yang masalah la ni"
"ooo.."
*seems suspicious*

Dalam hati ni, mau ja aku tanya bertubi2, tak ingat ka nombor telefon family sendiri? Saya ada la 50 sen kalau nak guna public phone.. eeeiiiii!!

"Macamna nak buat ek.. nak telefon pun tak boleh, duit seposen pun takde.. Boleh tak kalau boleh abang nak pinjam duit adik dulu.. adik pakai akaun apa? nanti lepas abang ambil duit, abang bank in balik dalam akaun adik.. nak pergi jumpa kawan, naik LRT 35, teksi 15. RM50. Kalau boleh nak pinjam RM50."

"Ermm, saya tak de duit. dekat saya ada RM40 je, tu pun untuk buka puasa."

"Oo ye ke, tak de bank ke?"

"Ade, tapi tak tau nombor akaun.." (nasibla mak ayah aku tak bagi nombor akaun, dengan mental aku yang lurus bendul ni, mau ja aku tolong.. haha)

"Laa, ye ke.. satgi adik buka pose kat mane?"
"Kat KFC tu.. Kalau nak makan boleh je.."

"Ooo, kenapa tak makan nasi?"

"tak pe lah, KFC je.." dalam bahasa lain.. >>Hang ingat duit aku cukup ka nak belanja hang makan nasi.<<

Lelaki ni sebenarnya sangat berisi la.. jadi tak hairanla kalau dia minta nak makan nasi.. 

"Okla, abang ikut je.. makan kat sini ek?"

"hmmm.." (depend la, kalau makan berdua kang jadi fitnah tak pasal2. tu belum lagi kerisauan tahap cipan aku kalau tiba2 kena sihir ka apa ka.. ha3)

Masa tempah KFC tu, sesuka hati ja ambil set Combo, tak teringat pulak kena bayar tax...................................................kantooooooiiiii............................abisla..............................nak buat camna..................................................

Rasa cam nak lari, pergi keluarkan duit.. (Masa tu ada lagi duit dalam bank lain, tapi tak berani nak keluarkan depan lelaki yang aku tak tau namanya pun... pelikla aku, nak minta tolong tapi tak kenalkan diri... meningkatkan tahap kesuspiciousan aku kat dia..

Dahla ikut aku pergi order ayam KFC tu... waarggghhhh!! annoying.. boleh tak hang duduk senyap2 kat depan surau tu???!!!

tak pe lah, aku pun order supaya bungkus..

"Aik, taknak makan sini ke?"

"Emm, tak jadi.."<--- jawab macam taknak jawab.

"Ok2, abang nak bungkus jugakla.."

kemudian, tak cukup duit, aku pun kata kat kakak tu dengan muka malu tak sangga... (T______________T)

"kakak.. duit saya tak cukup"
huwaaa :(

dia pelik aku tak ambil makanan,

"kenapa tak ambil makanan tu?"

"Sebab duit tak cukup"

"laa, kenapa tak bagitau, adik ambilla KFC adik tu, lain kali tak cukup duit bagitau la, susahkan diri adik je.. "

>>mana la aku nak tau tak cukup duit... kena bayar tax... hmmmppphhh!!!!! X(   <<

masa dia tengah sembang pasal purse dia tercicir skali paspot tu, aku dah pelik..

Kenapa hang cakap dekat aku, aku pakai baju polis / guard ka?
Kenapa hang tak cakap dekat pakcik2, kenapa carik student yang duit poket kosong nie?? gaji pun takdak..
Kenapa??? Kenapa??? 
Kenapa minta tolong dekat perempuan?? kenapa bukan lelaki??
Aku rasa belakang aku ramai ja budak lelaki.. plus, muka hang tak macam student pun..!!!

Kesimpulannya, kalau hilang barang, lebih baik buat aduan pada pegawai daripada minta tolong orang kat sekeliling sebab boleh jadi orang suspek kita nak tipu duit orang.. haha panjang betoi peringatan hari ni.. 

Hari travel ni (before kes tipu), telah berkenalan dengan seorang adik Univ Cairo, Tahun 2, bernama Amnina.. her first domestic flight travel by herself.. i hope that she'd arrived safely ^_^.. nice budaknya, bolehla teman aku yang tengah sesat daripada Farhana.. harini jugak aku baru belajar beli tiket domestik sendiri, dan check in sendiri.. melilau kat KLIA sorang2.. haha.. bess2..

Alhamdulillah dapat makan-makan dan sahur dengan family..(^_^)
Dapat makan ABC dan koey teow mak yang sangat sedaaappp.. muahhh3X.. delliiciouusss!!

*******

gravatar

KCB OST

testing







Gratisan Musik


gravatar

Another Princess Story


One evening, there's a girl wondering alone on a sofa. Well, she's not merely just a girl.

"How i'm gonna get out from here? urghhhhh!!"



"Dear princess, what's on your mind? Can i help you? Just tell me, i'll try my very best to help you."

She took a sight on him, then she laid her eyes again onto the carpet in front of her. 

[princess tak tutup aurat]

"Doremon, i want to get out from here!! It's frustating! I'm a princess and yet i cant go out and take a walk on my own land"

"But princess, The King didnt allow you to go out. It's really dangerous out there. You might get hurt or being kidnapped by anybody."

"I dont care! I wanna go out! I wanna go out!"



"Okay okay, i'll help you, but you must promise me that you'll be in the castle again before night."

"Okay Doremon! I'll keep my words! Love you sooooo much!" 

She hugged him and followed him to a corner.

[import princess dari Jepun sat]

Doremon took something out of his pocket,
"Pintu Sesuka Hati!" 



"Woowwww!!"

"Ok princess, this door will lead you to the gate, take this gun with you in case there's something might happen. Remember to be careful, my dear princess."


[telah cuba cari gambar pistol sesekartun yang mungkin] 

"Okay okay.. please dont worry about me" 
the princess smiled =)

...................................................................................

"At last, i'm free!"




There are so many things out there that the princess had never seen before. The world is just a so wonderful place. She saw the sea, rivers, jungles, forests and many more. While walking across the bridge, she saw a very beautiful scene that she would keep them in her memories forever. 



Then, she walked in the forest to see the other creatures that she might not have seen before. Unfortunately, she saw people running here and there because of....
Because of a big, big.... 



GIANT BEES!!!



"Oh my God, what i'm going to do! Oh no... i have to run as fast as i could!"

She ran and ran until the moment when her foot suddenly tripped over a rock....

[ok, gambo ni terlampau exaggerate sangat..]

(to be continued)

 notakaki: cerita ini hanyalah suka2
please ignore the broken english.. :p

written by
cahaya penawar
5.36 pm
1/6/2012

gravatar

Kulit ba alif ba ya

Bismillahirrahmaanirrahiim


Im just copying what she said becoz i like her soooo much ^__^ 
(i think she wouldnt read this post since she doesnt follow this blog (greenrosse)... x pa2, next time i'll tell her that i had c&p her post :p )





Kulit ba alif ba ya

Soundtrack : Love will find a way by Christina Aguilera. hah?

Haihz. kalau dah tak tahu hukum fiqh, takyahlah nak berdebat lebih lebih sangat. fitnah, salah faham, ajaran sesat semua akan timbul nanti. do write something when you have a sense of an intellectual discussion. sohbeng baloh baloh lah.

baiklah, terus kepada topiknya iaitu, Semalam Aku Pakai Jaket Kulit ba alif ba ya. erk.

okaylah, takdelah semalam je. cuma baru semalam sangkaan aku adalah betul bahawa jaket kulit yang baru aku beli itu diperbuat daripada pig leather. aha. aha-aha. *terpaku sekejap*

macam mana aku tahu? rasenya semuaorang dah tahu kan, kalau barang yang diperbuat daripada kulit ba alif ba ya ni ade tiga titik. jarak pada titik tersebut mungkin berbeza, ade dekat dekat, ade jauh, ade jauh sikit sikit. Yang pasti dia ade "pattern" dia. let me show you yah.

Babi.
Babi.

BUKAN babi
This is quite confusing. BUKAN babi.
Babi. Yang ini aku jumpa dekat FOS Malaysia without labelling. Bahaya betul!
Ya, berhati-hati lah. terutama pada kasut. yang aku jumpa dekat FOS tu, yang kasut dekat gantung-gantung hanger tu. nasib baik aku ternampak DULU sebelum try. fuh. pergh.

well, i've been looking for a leather jacket since fooorever, hardly to find one that could fit me perfectly, but what just happened was wa-ha-ha! aku baru pakai 3 kali. - Alhamdulillah!

nasib baik, aku tak basuh lagi jacket tu ( selalu kalau beli baju baru memang akan basuh dulu, habits ). kalau takkkkkkkk (menurut Syifak), habis aku kena samak satu badan, baju, toilet etc etc etc perghhh..
oh ya, kering bertemu kering tidak perlu disamak. maksud aku, barang kulit. kalau binatang sebijik depan kau tersentuh tu, kering ke, kontang ke, kena samak. kan Syifak kan?

semua berlaku ketika dalam kelas. aku terusha jacket sendiri and have these voices in my head, telling me that this jacket is made of oinkoink leather. but superficial side of me mestilah fikir, takkanlah kot. takkanlahh.. lepastu aku terfikir- terfikir- terfikir - terfikir........

YES! kalau beli baju baju ni mesti dia ade letak tag fabric ( idk what people called mende alah tu actually) dekat baju dia. so i begin to search.....


TEBENG  pig leather. terus aku rasa macam nak buat buat pitam dalam kelas. selama setengah jam aku bertahan dan selama itulah diriku ini terasa bagaikan dipeluk oleh "sesuatu". berat. panas suam suam. bau.

apa yang berlaku pada jacket itu selepas itu? siap sedia untuk dibuang. tapi Syifak mintak ambik sebab ada ustaz nak buat sample?

untuk pembacaan lebih lanjut. sila click.



p/s : can't wait to finish this Forensic and Toxic rounds then holi-holi day!! YAY!

gravatar

UMRAH 2

Bismillahirrahmaanirrahiim


Aku dan kawan2 yang baru dikenali berborak2 di lapangan terbang Cairo. Lambakan manusia membuatkanku terkenang pada peristiwa pada bulan 1 yang lepas di mana pelajar2 Malaysia dikumpulkan di lapangan terbang Cairo untuk proses evakuasi ke Jeddah.


Memang jumlah manusia yang ingin menunaikan umrah sangat ramai. Hendak bernafas pun susah, apatah lagi jika hendak bergerak ke sana ke mari. Rata2nya berpakaian putih, baju putih, seluar putih, jubah putih, selendang putih, hatta kasut pun berwarna putih! [nasiblah Arab ni tak diwajibkan berstoking, kalau tak, mana nak cari stoking putih..]


Setiap 4 orang akhawat daripada rombongan masing2 dipadankan dengan seorang musyrif.. Dan yang lucunya, akhawat masing2 menjadi 'makcik' kepada musyrif tersebut.. ~apelah nasib~ aku & 3 orang kawan baru iaitu aisyah, adilah, n sorang lagi menjadi 'makcik' bagi seorang musyrif yang bernama mukhris. Tak tahu la ustaz padankan macamna.. tapi sistem musyrif ni penting sebagai rujukan apabila bermusafir ke mana2, terutamanya apabila berada di Tanah Haram kelak..


Di dalam kapal terbang, nombor yang tertera pada tiket adalah _____


"Hai, nama ape?"


"Nurul Syifak" [aku rasa dah lama tak bertaaruf dalam kenderaan.. sejak datang Mesir ni rasa macam kekok nak berkenalan dengan orang yang tak dikenali, apatah lagi nak memulakan langkah bertaaruf... teheee :p selalunya aku yang start berbual, tapi kali ni memang terbalik kuang ]


"Awak nama ape? eh, umur berape?? hehe"


"Oh, panggil je kite Rina. Umur ****.."


"ooo, kakak la nie.."


"eh, tak payah la panggil kite kakak.. panggil rina je.. "


"ok.. :) "




******************************************************************************************************


Airport Jeddah


"Waaaaaaaaaa... besar jugak airport untuk jemaah umrah / haji ni.." aku memuji dari dalam hati.. Airport untuk jemaah haji berbeza dengan airport yang aku pernah sampai semasa proses evakuasi yang lepas. Airport yang lepas lebih beraircond [masa evakuasi haritu, kami solat atas simen tiles putih tempat orang lalu lalang.. nak masuk surau tak muat, jadi solat kat luar je lah.. ] tetapi airport yang ni memang..... panassssss... 
-pertama sebab musim panas
-kedua sebab tak berdinding
-ketiga sebab tak dak ekon [dah takdak dinding camna nak ada ekon kan?? ]


bantai je lah.. asalkan sampai ke destinasi sudah.. tapi satu kesilapanku yang akan kuingat sampai bila2.. oleh kerana aku taknak bawak beg besaq kargo, aku bawak beg yang takdakla kecik mana pun, baik bawak beg kargo ja, boleh letak banyak barang. n beg tu pulak x leh guna handle.. memang el nasib wal malang la.. Jaja dah nasihat berkali2 supaya aku bawak je beg kargo, mesti ada oranglen bawak punye... 
tapi keras kepalanya aku taknak ikut nasihat dia.. 


Jadi, masa nak tarik beg yang berat 20++kg tu memang bermasalah memandangkan handle rosak. Aku cuba menenangkan diri sendiri [yang dah kurang bertenang ni] supaya bersabar.. 
Aku berniat untuk meminta Jaja kirimkan pada sesiapa yang akan mengikuti Trip ke-2 agar tolong bawakkan beg hitam putihku [bukan tahi cicak ok]


Dari Jeddah kami menaiki bas yang berekon ke Madinah al-Munawwarah. Sepanjang perjalanan tu, aku bijak membuang masa dengan tidur sahaja.. Letih..
Lebih kurang pukul 8 atau 9 pagi aku rasa kakiku berhaba.. Pelik kan, patutla mimpi macam2. Aku mengangkat kakiku ke atas kerusi. Memang lantai bas tersebut berhaba. Kasut hitam bertutup milikku juga berhaba di dalamnya. Panas.. 


"Sedangkan dalam perjalanan pun sudah tidak tahan, agak2nya bagaimana kalau sudah sampai di sana nanti? " bisikku dalam hati.


"Na'udzubillah, bagilah perjalanan ini lancar saja.. ya Allah, maafkan aku atas segala kesalahanku selama ini.. secara jujur aku rasa seolah belum bersedia, takut, dan segala perasaan yang bukan2.."


Aku cuba menyelak langsir tingkap. Subhaanallah..!! hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dalam hati ni. Pertama kali kulihat perjalanan yang semuanya BATU & PASIR SAHAJA!!
[sebelum ni memang pernah jalan2 di Wadi arRayyaan yang PASIR SAHAJA.. tetapi kali ni batu besar2 n pasir... ]
kusangka tanah di sini semuanya berpasir macam di Piramid Giza.. rupa2nya ada jugak batu-batan.. 


..............akan bersambung, insyaAllah...............

Mengarut3