gravatar

Sukasuki

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Mesti hampa semua heran kan pasaipa blog tak update2..
hehe

buat pengetahuan, ayah ceq tak bagi update blog sangat. jadi disebabkan ceq ni anak yang patuh, jadi ceq ikut je la cakap ayah ceq.

Ceq rindu sebenarnya nak mengayat panjang kat blog daripada FB yang banyak membazir masa.

Impian ceq buat masa ni adalah supaya ceq dapat terbitkan artikel yang dapat mengulas isu semasa. 

Ceq lemas gak denga FB.. foreign body kan, dia ramai foreigners, pastu bila depa melancong ni depa suka menjaja cerita..

haha. ok ngarut. 

k bye, saja nak update.. ceq takdak misi lagi untuk update at least sebulan sekali ka apa..

let me tell u sumth

- dah 4 bulan takdak lampu. kebanyakan hari guna study lamp saja.
- tensen yang teramat sangat2 sebab terlepas bengkel terjemahan. ceq terpilih daripada ramai2 yang hadir haritu.. 1 out of (near to) 20.
pastu depa tak buh ceq dalam group pulak.. lagila ceq sedih =(
- ceq ada azam tahun ni...
- ceq ada lagi 1 blog skema.. hehe, pandai2 la mengkome cari. ceq update yang latest pon rasanya 15/4/2012

- ceq rasa FB ni banyak membuang masa. tapi entah sihir apa yang Mark Zuckenberg guna sampai ceq terstick depan tu..
- ceq study pakai whiteboard dah sekarang. tiru sedara Wan Ahmad Hafizi =p.. malas dah nak buat nota kaler2. kalau hampa tengok nota2 ceq mesti terkejut dek kekreatifan ceq. lol

k la.. Salam

gravatar

Travel sorang2.. (Sangat kesian)

Masa naik tremco tadi tu takut tiba2 orang baling bom bola atau gas pemedih mata je.. Tapi ammu ni duk buat lawak sampai orang dalam tremco kerja gelak je..
Masa tengah zahmah tu ada sorang jejaka Arab ni turun selamatkan anak kucing (kot) daripada kena lenyek dengan kereta.. Comel je..

Keluar bertiga tapi balik sorang sebab nak tukar kasut... Sila take note kepada semua orang, harap tahu nama2 kedai yang femes macam Ridha Mall, dll.. Takkan setiap kali naik teksi nak harapkan orang yang pandai bahasa arab je tolong cakapkan...

Ada lagi satu jalan dari NSGB yang boleh terus ke gamaah.. Tapi tak ramai pemandu tremco yang cerdik untuk guna jalan tu.
Jumpa bas buat u turn di lokasi yang kalai di Malaysia tak boleh buat u turn.
Ramai je polis trafik, tapi entahla..

Ada tremco yang konon nak pi gamaah @ mauwaf tapi akhirnya patah balik ke Mahattah..

Kalau tak dak yang nak pi Mahattah tadi rasanya nak lepak kat Masjid Mahattah ja kot walaupun kat situ banyak budak2 minta sedekah suka buat kacau..

Mungkin ramai orang minta supaya Dr Mursy hentikan apa yang beliau tengah buat sekarang. Tapi kita kena ingat, untuk dapatkan kebebasan daripada saki baki penentang ni sangat susah. Tambahan pula bila yang kita nak adalah untuk bersihkan sesetengah posisi penting dalam kerajaan daripada orang2 yang tidak sepatutnya memegang posisi tersebut. Sekarang ni memang susah nak bertahan, tapi kalau tak berjaya bersihkan posisi tersebut daripada orang yang zalim macamna kita nak bela orang2 yang dizalimi?

Cumanya saya tak dapat nak kaitkan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi dahulu sebab dulu Nabi Sallallahu alaihi wasallam bertempur dengan orang MUSYRIK @ KAFIR.. Kalau dengan golongan munafik atau pembelot atau yang ambil rasuah ni saya tak pasti macamna.
Nampaknya saya kena selidik semula sirah Nabi..

Rugi juga tak ambil gambar tapi kalau takat jumpa sorang pakcik pakai handkerchief dengan budak2 pi demo buat apa kan... Haha.
Skang ni macam nak letak fb ust abdul malik sebagai close friend sbb susah juga nak search nama sorang2..

Wallahu a'alam..

gravatar

Amanah yang Ditinggalkan

Bismillahirrahmaanirrahiim

Alhamdulillah sekarang ni dah start sesi tahun baru, usrah baru.
Bercakap tentang usrah ni, tahun ni bertukar lagi ahli kumpulan usrah yang baru.
Tahun2 sebelum ni aku dikira tak berjaya la jugak untuk pegang adik2 SC. Mungkin sebab aku culas ataupun futur di tengah jalan.

Kadang2 rasa futur tu hadir bila kita kurang persediaan tetapi bajet dah sedia, sedangkan kita memang tidak menyediakan apa2!

Dalam kehidupan ini, kita sebenarnya memerlukan hubungan dua hala. Sekiranya seorang sahaja yang bercakap dan bersifat mengawal sehingga seorang lagi tenggelam, maka kita tak berjaya untuk mendalami pasangan kita. (ok, ayat macam bagi kaunseling perkahwinan).

Dan aku mempunyai satu masalah sekiranya orang tidak memberi tumpuan terhadap perkataanku. Bukan nak dapat attention, tetapi aku mahu orang rasa apa yang aku ingin sampaikan.

Aku nak sangat pegang adik2 sc kalini betul2.
Tahun ni juga aku ingin mencari sumber pendapatan sendiri dan melatih skil2 memasak yang selama ini terbenam tak pernah timbul..

Best betul adik2 sc aku yang dulu dan sekarang, cuma akulah yang tak reti nak hargai. Kadang2 Allah saja nak uji aku sikit tapi akulah yang lemah mental (down mental syndrome) dan tak berapa nak rajin.

Juga sekarang ni aku rindu nak peluk adik2 aku kat rumah tu.. Kecuali yang bongsu tu la sebab dia tu nakal sangat.. Tunggulah dia masuk darul hadis baru aku nak balik rumah.. Haha

Syok betul dapat peluk fatimah dengan mak masa balik Malaysia haritu. Sebelum ni fatimah nak datang Mesir untuk talaqqi kitab tapi sebab takdak iqamah visa, dia tak jadi datang. Sedih jugak, tapi kalau aku jadi pergi Jordan boleh main salji!!! Yahuuuuu ^__^

Ok, jangan berangan banyak sangat..

Wallahu a'alam

gravatar

Testing 123

Testing blog post on mobile..
Ok finish

Adding some photos to check availability for uploading and adjusting the position of photos.

Dont know what's next.

Bye

gravatar

Ummi Mengamuk di dalam Kelas

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Harini ummi mengamuk dalam kelas sebab tak tahan dengan perangai budak2 yang tak bagi respons baik masa ummi mengajaq. pulak tu, menyampuk masa ummi tengah bercakap. kalau bawak cabai, ummi nak tonyoh masuk mulut depa.. geram2.. haha

ummi dah lama tak mengamuk, ummi kata:
Ummi tak suka marah, dan ummi dah lama tak pernah marah sampai macamni, kalau nak jadi dokter, tak boleh marah2 (nanti pesakit tak jadi sembuh kang)
tapi harini ummi geram sangat2. awat pelik2 sangat perangai. 

ummi ajar anak2 buah ummi 1 peribahasa Arab.
"Sekiranya kamu tak malu, buatla apa yang kamu suka"

sambil menunggu 5 minit berbaki, ummi laserkan lagi mulut ummi (anak murid tahan tak bagi keluaq.. haha)
ampa ni awat macamni. ampa tau dak, kalau negara kita jadi negara demokrasi, hak keistimewaan orang2 melayu tak da dah.. kalau ampa duk buat perangai camni, macamna nak bersaing dengan orang cina, india..
sekarang ni memang tempat orang cina, india di univ hanya 10%, tapi bila negara dah amalkan demokrasi, pastu orang bukan Melayu minta hak depa, tak dak apa dah..

ampa duk syok apa, kita duk tidoq, orang yahudi, freemason duk rancang untuk menjatuhkan kita..

ampa tau dak, kat Mesir nu, penyokong Hosni Mubarak yang jahat tu pun habis 15 juzuk dalam masa 3 hari.. hampa semua? ada ka abis sampai tera tu? ampa dahla duk sekolah, mana nak dan baca sampai banyak tu.. betoi dak?

Kamu baca tak surat khabar Utusan?
Ummi baca surat khabar, ada kajian daripada warga asing, dia kata Malaysia antara 10 negara yang termalas atau paling tidak aktif di dunia.

Kamu baca tak surat khabar? 

"Baca ummi, depa kata tahun depan boleh bawak henset pi sekolah, kan ummi?"

haa, betoi la tu, tapi kamu mesti tak baca yang terkini punya kan? Menteri Pendidikan ni adala pi melawat sekolah-sekolah, pastu ada sorang budak darjah 4 ni mengadu kat menteri tu kata tak elok benarkan anak murid bawa henset pi sekolah..

tu la kamu, len kali baca la isu semasa, kalau tak tau isu semasa, macamna kita nak tolong umat?

[ada ummi lain tunggu kat luar kelas...]

"ummi, ummi, harini hari last ummi mengajaq kan?"

"Haa"

[dok buat muka depressed]

K la, bye.

Alhamdulillah, abes dah mengajaq 3 hari.. esok kena conduct tadarus ja.. he3..

Wallahu a'alam.

Mengarut3