gravatar

Ummi Mengamuk di dalam Kelas

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Harini ummi mengamuk dalam kelas sebab tak tahan dengan perangai budak2 yang tak bagi respons baik masa ummi mengajaq. pulak tu, menyampuk masa ummi tengah bercakap. kalau bawak cabai, ummi nak tonyoh masuk mulut depa.. geram2.. haha

ummi dah lama tak mengamuk, ummi kata:
Ummi tak suka marah, dan ummi dah lama tak pernah marah sampai macamni, kalau nak jadi dokter, tak boleh marah2 (nanti pesakit tak jadi sembuh kang)
tapi harini ummi geram sangat2. awat pelik2 sangat perangai. 

ummi ajar anak2 buah ummi 1 peribahasa Arab.
"Sekiranya kamu tak malu, buatla apa yang kamu suka"

sambil menunggu 5 minit berbaki, ummi laserkan lagi mulut ummi (anak murid tahan tak bagi keluaq.. haha)
ampa ni awat macamni. ampa tau dak, kalau negara kita jadi negara demokrasi, hak keistimewaan orang2 melayu tak da dah.. kalau ampa duk buat perangai camni, macamna nak bersaing dengan orang cina, india..
sekarang ni memang tempat orang cina, india di univ hanya 10%, tapi bila negara dah amalkan demokrasi, pastu orang bukan Melayu minta hak depa, tak dak apa dah..

ampa duk syok apa, kita duk tidoq, orang yahudi, freemason duk rancang untuk menjatuhkan kita..

ampa tau dak, kat Mesir nu, penyokong Hosni Mubarak yang jahat tu pun habis 15 juzuk dalam masa 3 hari.. hampa semua? ada ka abis sampai tera tu? ampa dahla duk sekolah, mana nak dan baca sampai banyak tu.. betoi dak?

Kamu baca tak surat khabar Utusan?
Ummi baca surat khabar, ada kajian daripada warga asing, dia kata Malaysia antara 10 negara yang termalas atau paling tidak aktif di dunia.

Kamu baca tak surat khabar? 

"Baca ummi, depa kata tahun depan boleh bawak henset pi sekolah, kan ummi?"

haa, betoi la tu, tapi kamu mesti tak baca yang terkini punya kan? Menteri Pendidikan ni adala pi melawat sekolah-sekolah, pastu ada sorang budak darjah 4 ni mengadu kat menteri tu kata tak elok benarkan anak murid bawa henset pi sekolah..

tu la kamu, len kali baca la isu semasa, kalau tak tau isu semasa, macamna kita nak tolong umat?

[ada ummi lain tunggu kat luar kelas...]

"ummi, ummi, harini hari last ummi mengajaq kan?"

"Haa"

[dok buat muka depressed]

K la, bye.

Alhamdulillah, abes dah mengajaq 3 hari.. esok kena conduct tadarus ja.. he3..

Wallahu a'alam.

Mengarut3