Travel sorang2.. (Sangat kesian)
Masa naik tremco tadi tu takut tiba2 orang baling bom bola atau gas pemedih mata je.. Tapi ammu ni duk buat lawak sampai orang dalam tremco kerja gelak je..
Masa tengah zahmah tu ada sorang jejaka Arab ni turun selamatkan anak kucing (kot) daripada kena lenyek dengan kereta.. Comel je..
Keluar bertiga tapi balik sorang sebab nak tukar kasut... Sila take note kepada semua orang, harap tahu nama2 kedai yang femes macam Ridha Mall, dll.. Takkan setiap kali naik teksi nak harapkan orang yang pandai bahasa arab je tolong cakapkan...
Ada lagi satu jalan dari NSGB yang boleh terus ke gamaah.. Tapi tak ramai pemandu tremco yang cerdik untuk guna jalan tu.
Jumpa bas buat u turn di lokasi yang kalai di Malaysia tak boleh buat u turn.
Ramai je polis trafik, tapi entahla..
Ada tremco yang konon nak pi gamaah @ mauwaf tapi akhirnya patah balik ke Mahattah..
Kalau tak dak yang nak pi Mahattah tadi rasanya nak lepak kat Masjid Mahattah ja kot walaupun kat situ banyak budak2 minta sedekah suka buat kacau..
Mungkin ramai orang minta supaya Dr Mursy hentikan apa yang beliau tengah buat sekarang. Tapi kita kena ingat, untuk dapatkan kebebasan daripada saki baki penentang ni sangat susah. Tambahan pula bila yang kita nak adalah untuk bersihkan sesetengah posisi penting dalam kerajaan daripada orang2 yang tidak sepatutnya memegang posisi tersebut. Sekarang ni memang susah nak bertahan, tapi kalau tak berjaya bersihkan posisi tersebut daripada orang yang zalim macamna kita nak bela orang2 yang dizalimi?
Cumanya saya tak dapat nak kaitkan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi dahulu sebab dulu Nabi Sallallahu alaihi wasallam bertempur dengan orang MUSYRIK @ KAFIR.. Kalau dengan golongan munafik atau pembelot atau yang ambil rasuah ni saya tak pasti macamna.
Nampaknya saya kena selidik semula sirah Nabi..
Rugi juga tak ambil gambar tapi kalau takat jumpa sorang pakcik pakai handkerchief dengan budak2 pi demo buat apa kan... Haha.
Skang ni macam nak letak fb ust abdul malik sebagai close friend sbb susah juga nak search nama sorang2..
Wallahu a'alam..
Post a Comment