Menuju Wawasan
Open Your Eyes- Maher Zain ماهر زين - Muxlim Tv
Bismillahirrahmaanirrahiim
Semalam bukak2 utube lepas baca status maisarah, lagu yang dia minat masa skolah menengah dulu
hehe, apapun, kenangan masa di MMAS dulu memang sangat2 berharga.. betulla apa yang senior n cikgu2 cakap, time nie la nak dapat benda2 nie.. nak kena senarai ke? malas ah.. jom layanz~~
hmmm, kalau kump nasyid ppuan kat skolah ramai yang bersuara sedap, so tak de masalah sangat nak cari orang untuk jadi tekong [ketua] nasyid.. leh kitar2 lagi :P
cuma, kalau yang lelaki nie susah sikit nak jumpa.. dalam spuloh tahun, akan ada 1 batch yang bersuara sedap
dulu memang minat sangat ngan kump Sutera, generasi pastu yang len2 dalam 1 kump tu leh kira sapa yang nasyid bes.. huk3
cuma kesal sebab ada yang pandai nasyid tapi takmau join sebab malu.. tetiba bila nasyid buat reunen rupa2nya ada lagi yang bersuara bess
tapi, masa duk KMK, ada lagi yang suara sedap.. haa, rambang mata :P
rambang mata sebab taktau nak cakap yang mana suara paling sedap dalam kalangan imam n penasyid..
abaikan sajalah, niat bernasyid untuk berdakwah, bukan sebab nak menunjuk ke ape ke..
n suara imam yang boleh mebuatkan makmum cair, bak kata anis :))
n masa form 4 dulu, ada adik2 form 1 @ form 2 yang suara mereka lunak betul!
pernah skali saya gi asrama putera, nak jumpa ngan adik, saya suh salah sorang penasyid yang suara dia paling sedap [sebab dia tak matured lagi kot] utk dapatkan adik saya, bagus betul dak neh.. kecik2 dah jaga pandangan.. jadi malu den, walaupun dia a bit shorter than me, tapi still cakap tak pandang muka orang.. hehe
[saya buat besa ja lah, sebab saya tahu dia junior.. huu~]
lepas dah jumpa adik, barulah kawan saya bagitau budak tadi tu salah sorang penasyid, yang suara paling lunak skali dalam kump penasyid jr.........
........................ting!.....................
[anda dapat melihat kegembiraan bersinar di wajah saya lepas tu.. alhamdulillah akhirnya saya dapat berjumpa n bercakap [secara langsung] dengan penasyid kegemaran saya :P ]
haha, sengal2!
*mungkin saya patut fikir semula untuk mengambil orang yang muda bertahun2 daripada saya agar menjadi bakal suami saye.. heee*
btw, pernah sekali masa form4, n adik lelaki saya form2, kami naik bas skali, duk sebelah [dah nama pun adik beradik]
datang kawan2 adik saya, depa cakap "eit, tu awek hang ka?"
"oit! bukanlah, kakak akulah.."
"tipuu.."
"ish, orang cakap tak caya!"
p/s: wajah kami adik beradik lebih kurang tak sama la, pi mana2 mesti orang pelik kenapa tak sama, cuma beberapa orang ja yang akan cakap muka kami sama ja.. tapi saya tahu di mana persamaan wajah kami adik beradik :D
n muka saya sama cam mak ndak saya.. hoho~
Amaran: keseluruhan cerita di atas adalah perkara yang melalaikan aka lagha, so, diharap datok nenek, makcik pakcik, kakak abang, n adik2 semua jangan meniru perangai ini.. harap maklum :D
Wallahu a'alam
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis
kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi
lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
Bismillahirrahmaanirrahiim
Dengan menggunakan gaya bahasa yang paling kureng sekali.. hehe
*peringatan buat diri sendiri sebenarnya.. huhu
Apa salahnya kalau solat awal? Dahla solat cam taik, agak2 Allah nak terima ka?
[berapa jumlah solat fardhu kita yang khusyuk? [khusyuk pada Allah bukan pada kita..] sedangkan Imam Syafie sendiri pun dapat kekhusyukkan semasa beliau berusia 40 tahun, apatah kita yang PENGIKUT mazhab syafie]
Apa salahnya pegi kelas, menuntut ilmu, dahla duk umah asyik berbungkus ja, eloklah, lemak memang sesuai disimpan dalam Saratoga
Apa salahnya kalau senyum kat orang? Dahla muka masam, tarik muka 14 macamna orang nak tegur
Apa salahnya kalau baca Quran ke, berzikir ke, dahla bercakap pon asyik mengumpat ja, tambah dosa lagi adalah..
Apa salahnya kalau memboikot barang2 keluaran zionis? Dahla pegang M-16 pun tak reti, jangan harapla nak pi berdiri depan kereta kebal, abih ketaq lutut beb!
Apa salahnya kalau bersedekah? Duk umah besaq banglo, tapi nak keluarkan duit serubu’ pon berkira
Apa salahnya pegi SC, katanya orang Islam, kata datang Mesir nak berubah, kata nak jadi doktor Muslim, tapi kalau datang SC pun tak mau, berlagak cam golongan sekular pulak
Ingatlah! Jangan sesekali mencampurkan yang haq dan yang batil..
“Sesungguhnya perkara haram itu jelas dan perkara halal juga jelas, dan apa di antaranya adalah perkara syubhat”
Takutnya nak masuk kubur..
Adakah sekarang kita suka kematian atau benci kematian? Sedangkan mati adalah sesuatu yang pasti..
Adakah sekarang kita cintakan dunia atau sepatutnya bencikan dunia? Sedangkan dunia dah tua kerepot, sepatutnya kita memusuhi dunia..
[kesian kat dunia, tapi nak buat camna, dia kena redha lah sebab dia pun hamba Allah jugak..]
Allahumma Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaabannaar..
Amiin
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka.. amiin
p/s: jauhkanlah sejauh2nya daripada perkataan2 yang kurang menyenangkan seperti bodoh, bengong, GILA [saya suka sebut perkataan ni.. adehh! Cthnya susah gile, tensen gile dan yg sewaktu dengannya.. isk3 T_T .. (-_-!) (>.<) ]
kak wa x suka dengar perkataan “gila”
sorry kak wa, nak cakap benda tu sangat2.. hehe =P
Sila hayati bait2 lirik lagu nasyid nie..
Kedamaian
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com
Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
kebesaran Alah dilupa keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi kerna iman sering diuji
Apa erti kedamaian kalau jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci berpanjangan
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman
apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
http://rentakmuzik.blogspot.com/2009/07/zulfan-album-kedamaian.html
Wallahu a’alam
Bismillahirrahmaanirrahiim
Bismillahirrahmaanirrahiim~
Lagu feveret time form 5 dulu.. ttp x de lagunya ler.. agaknya aku nak kene nyanyi sendiri kot.. hehe
lalala~
Kegemilangan Islam
Munsyid : Ikhwan (MMAS)
Album :
Zaman silam era gemilang
Cahaya islam terang benderang
Serata alam kita cemerlang
Mencorak ummah yang terbilang
Satu harapan dan jua impian
Mengangkat islam di persada dunia
Membina tamadun empayar cinta
Kepada dunia dan akhirat
c/o
Masa yang berlalu membuktikan tauladan
Lalu jadi pedoman demi kegemilangan islam
Bersama berdiri seiringan
Tingkatkan ilmu pengetahuan
Jangan abaikan masa hadapan
Teruskan perjuangan kita berkorban
Untuk kemajuan ummah berwawasan
untukmu rasul insan pilihan
selawat dan salam kami utuskan...
Wallahu a'alam bissowaab..