Showing posts with label Sahabat. Show all posts

gravatar

Kulit ba alif ba ya

Bismillahirrahmaanirrahiim


Im just copying what she said becoz i like her soooo much ^__^ 
(i think she wouldnt read this post since she doesnt follow this blog (greenrosse)... x pa2, next time i'll tell her that i had c&p her post :p )





Kulit ba alif ba ya

Soundtrack : Love will find a way by Christina Aguilera. hah?

Haihz. kalau dah tak tahu hukum fiqh, takyahlah nak berdebat lebih lebih sangat. fitnah, salah faham, ajaran sesat semua akan timbul nanti. do write something when you have a sense of an intellectual discussion. sohbeng baloh baloh lah.

baiklah, terus kepada topiknya iaitu, Semalam Aku Pakai Jaket Kulit ba alif ba ya. erk.

okaylah, takdelah semalam je. cuma baru semalam sangkaan aku adalah betul bahawa jaket kulit yang baru aku beli itu diperbuat daripada pig leather. aha. aha-aha. *terpaku sekejap*

macam mana aku tahu? rasenya semuaorang dah tahu kan, kalau barang yang diperbuat daripada kulit ba alif ba ya ni ade tiga titik. jarak pada titik tersebut mungkin berbeza, ade dekat dekat, ade jauh, ade jauh sikit sikit. Yang pasti dia ade "pattern" dia. let me show you yah.

Babi.
Babi.

BUKAN babi
This is quite confusing. BUKAN babi.
Babi. Yang ini aku jumpa dekat FOS Malaysia without labelling. Bahaya betul!
Ya, berhati-hati lah. terutama pada kasut. yang aku jumpa dekat FOS tu, yang kasut dekat gantung-gantung hanger tu. nasib baik aku ternampak DULU sebelum try. fuh. pergh.

well, i've been looking for a leather jacket since fooorever, hardly to find one that could fit me perfectly, but what just happened was wa-ha-ha! aku baru pakai 3 kali. - Alhamdulillah!

nasib baik, aku tak basuh lagi jacket tu ( selalu kalau beli baju baru memang akan basuh dulu, habits ). kalau takkkkkkkk (menurut Syifak), habis aku kena samak satu badan, baju, toilet etc etc etc perghhh..
oh ya, kering bertemu kering tidak perlu disamak. maksud aku, barang kulit. kalau binatang sebijik depan kau tersentuh tu, kering ke, kontang ke, kena samak. kan Syifak kan?

semua berlaku ketika dalam kelas. aku terusha jacket sendiri and have these voices in my head, telling me that this jacket is made of oinkoink leather. but superficial side of me mestilah fikir, takkanlah kot. takkanlahh.. lepastu aku terfikir- terfikir- terfikir - terfikir........

YES! kalau beli baju baju ni mesti dia ade letak tag fabric ( idk what people called mende alah tu actually) dekat baju dia. so i begin to search.....


TEBENG  pig leather. terus aku rasa macam nak buat buat pitam dalam kelas. selama setengah jam aku bertahan dan selama itulah diriku ini terasa bagaikan dipeluk oleh "sesuatu". berat. panas suam suam. bau.

apa yang berlaku pada jacket itu selepas itu? siap sedia untuk dibuang. tapi Syifak mintak ambik sebab ada ustaz nak buat sample?

untuk pembacaan lebih lanjut. sila click.



p/s : can't wait to finish this Forensic and Toxic rounds then holi-holi day!! YAY!

gravatar

Perancangan Musim Sejuk




Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya dah turunkan ego.. apa lagi yang dia mahu? biar ah, bukan tak cuba, dah lebih dari cuba..
banyak benda nak kena pikir nie, dari hal2 diri, hal kawan2, mad'uu, anak2 SC, biasiswa lagi, pindah rumah, [apa lagi ye??]


banyak tol! dari physiology, kidney, sekarang endocrine lak
histology lagi... wah, memang kena banyak melukis
bak kata amalina [yg junior yer.. huhu] yang suka melukis, [apa ntah dia cakap.. haha XD ]
anatomy lagi
[semalam 1st time saya benarkan tengkorak tidur atas katil saya.. skull + mandible [kecuali gigi dia yang baru tercabut 2 hari lepas akibat kurang kalsium..
p/s: nampaknya tengkorak tu tak payahla pi cabut gigi walaupun hakik
atnya gigi atas dia suma dah luruh... jauh sekali untuk memakai gigi palsu]
tahun ni banyak sangat target yang perlu dilaksanakan


ya Allah, permudahkanlah urusan kami, luaskanlah rezeki kami.. amiin


betul ke kalau banyak ujian tu sebab kita makin cuba mendekati Allah??
betul ke kalau banyak ujian tu tandanya Allah sayang kita??
betul ke kalau banyak ujian tu adalah kifarah atas dosa2 lalu? maknanya memang banyak sangatlah dosa saya sejak keluar plkn haritu??
[tetiba rasa cam sesak pulak sebab banyak dosa]


tapi, Alhamdulillah Allah nak uji saya, saya redha dengan semua ujian ni..
saya tak pernah dapat ujian yang sangat hebat dalam bab2 ukhuwah
malah, selalunya orang yang datang minta maaf ngan saya, tapi kali ni memang saya yang benar2 kena minta maaf ngan orang
[rasa pelik sikit]


Berkawan dengan kak nazila menyebabkan saya terfikir tentang Liyana, kawan baik semasa plkn dulu..

persoalan2 dia semuanya sama, kecuali bahagian meringankan sesuatu perkara [yang sepatutnya tak boleh dipandang ringan] disebabkan kita memikirkan perkara lain yang lebih besar seperti perjuangan contohnya..
tapi, sekarang pandangan saya InsyaAllah berubah semula.. rasa cam tenang sikit

contoh soalan:
"kita pakai sarung lengan, tapi kadang2 terselak, nampak bentuk tangan yang cantik.. tak dosa ke?"

"mmm... [tak penah terfikir pon] camni lah kak nazila, betul jugak apa yang kak nazila cakap tu, tapi SEKURANG2nya kita dah cuba tutup, kalau kak nazila mampu tutup, silakan lah, tapi kalau dah TER..selak, apa boleh buat.."

"ooo, saya selalu tutup sampai sini masa solat, tak pe ke? sebab kadang2 saya takut tapak tangan tak kena sejadah"

"tak boleh... sebab tu lah saya cakap, tutup sekadar yang mampu, tapi jangan memberatkan sehingga tak sah sujud dalam solat.. maknanya tutup sampai sini [sambil membetulkan sarung lengan sendiri untuk ditunjukkan pada beliau... sehingga hilang urat2 pergelangan tangan"

"ooo, sampai sini je la ek? oook.. dulu saya heran kenapa kita kena tutup kaki, pakai stoking, sarung lengan dll, rupa2nya semua bahagian yang nampak cantik kena tutup"
"saya tak perasan kaki pun kena tutup jugak sebab masa sekolah dulu tak de sapa pun tekankan tentang aurat kaki dsb, saya rasa awak kena bagitau kawan2 lain mengenai nie, sebab diorg maybe tak tahu @ tak sedar yang benda tu aurat"

"terima kasih kak nazila, insyaAllah saya bagitau nanti [tapi, masih ada lagi ke kes cam kak nazila nie di zgzg? rasa cam semua tau ja, cuma buat2 tak tau.. hmmm"


n macam2 lagi lah yang kami bincang pasal kewanitaan neh.. hehe



n kadang2 saya terselak tangan depan ustaz2, terus dia cakap camni:
"syifak, ustaz tu nampak la tangan awak yang cantik tuh"

hmmm, terkena jugak saya neh! adehh!! tapi, terima kasihlah sebab menegur, kadang2 saya pun tak sedar..



dan 1 lagi situasi:
seorang ppuan sedang solat, bertudung labuh, malangnya tudungnya terlalu licin n cukup2 menutup punggung, jadi setiap kali nak sujud dia pegang belakang tudung untuk mengelakkan tudungnya melurut ke belakang
*perhatian: sila pinkan kerongsang pada tudung bila solat

"dia pegang tudung masa sujud, sah ke solat?? kan tapak tangan wajib kena tempat sujud"

"hmm, betul jugak.. tangan anggota wajib masa sujud"

then, kami pun buat operasi mengenakan pin semasa dia sedang baca fatihah.. ngeh3 XD

lepas abis solat, terus saya tegur dia sekian3 [ayat sama cam perbualan tadi]


situasi lain.. kami berdua balik sekali dari kuliah, jadi kebiasaannya saya pasang lagu2 nasyid n apa lagi, bernasyidlah!! haha

tiba2 kak nazila tegur:
"syifak, awak tak de ke zikir2 yang best2, cuba awak zikir.. mesti awak tahu banyak zikir2 yang bes"

"[erkk! terkantoi kejap] ada2, jap2 nak cari.. "

hehe, baru nak cari, saya jarang dengar zikir ni, selalu saya zikir sendiri ja, dalam hati, selawat ke, istighfar ke, sebab dah terbiasa camtu..

nanti insyaAllah saya akan ajar akak zikir2 yang baru, yang selalu kami alun masa duk asrama dulu..
[setiap kali nak mula program kami tarik zikir, daripada bual kosong kan.. ]

"apa maksud laisa lahaa min duunillahi kaasyifah?"
[maksudnya tiada baginya selain Allah Yang Maha Melindungi]


"hehe.. alamak! saya pun tak tau, nanti saya try tanya ngan orang len balik k!"

aaaaaaaaaaa, banyak betul benda yang perlu diperbaiki nie!!!



Sedang cuba menghabiskan buku nie..
[kalau baca ar-Raheeq Al-Makhtum kena ngadap laptop, teliti tulisan, adehh! pedih mata gak]

sehari semuka atau sehelai... harap2 istiqomah laa


I am currently reading the book 'Aku Terima Nikahnya' by Hasrizal Abdul Jamil [writer of the blog Saiful Islam]
this book were suggested by Izzah Fasihah

banyak betul ayat2 yang leh dijadikan panduan, pedoman n PERINGATAN buat saya neh!
haih~!






saya jarang baca buku2 yang berkaitan biografi, pengalaman diri, apatah lagi novel
kecuali jika ada yang mencadangkan buku2 tersebut [sampai sekarang saya belum abiskan 'Warkah Cinta Berbau Syurga' yang dihadiahkan oleh Anis Nurdiniey sebelum saya flight ke Mesir TAHUN LEPAS.. hehehe

InsyaAllah lepas habis buku nie saya akan beralih ke buku Monograf Prasasti Perak [beli tahun lepas lagi T_T ]





banyak betul ayat2 yang leh dijadikan panduan, pedoman n PERINGATAN buat saya neh!
haih~!

n sila la baca entri ni Bencana Novel dan Filem Cinta Islami


Wallahu a'alam

gravatar

Queen of My Heart

Bimillahirrahmaanirrahiim





blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comnangih:littlegirl1::littlegirl1::littlegirl1::littlegirl1:


saya benci kalau terpaksa menangis atas apa yang dibuat oleh manusia

susah nak terima kenyataan


fs03sedih

bencinya bila perasaan ini datang

tak suka orang marah

tak suka orang asyik nak marah, nak salahkan orang lain

walaupun aku yang buat

macamlah tak boleh cakap baik2

agaknya sebab sejak form 4 hatiku dah jadik cair dengan kata2 kawan2 aku kot....

tak mau marah pada adik2...

[tp adik bongsu tu nakal sangat, susah betul]

p/s: utube di atas tu bukanlah daripada / untuk prince charming ke hapa ke, tapi buat best2 friend aku semuanya... \(^_^)/


jom kita baca benda nie jap... ayoh!

manusia selalu lupa-kerana perkataan manusia tu sendiri daripada perkataan an-Nisiyaan

-lupa bersyukur
-lupa menghayati erti pengorbanan
-lupa pada diri sendiri
-lupa untuk berubah
-lupa segala-galanya

bak kata kak zahidah: kalaulah ingatan aku sekuat imam syafie



pengajaran hari ini


kalau hilang barang, bacalah Ya Raqeeb - Yang Maha Pemelihara


sebab ada 3 cerita nak kongsi

seorang kawan mak aku [cikgu] dia tengah tidur atas kusyen di ruang tamu pada 1 malam nie...
pastu seorang pencuri masuk ke dalam rumahnya, baginda pencuri mengambil beg laptop di sebelah laptop

[suasana gelap, ntahla si pencuri tu nampak ke tak, padahal laptop tu tak de pun dalam beg laptop, tapi ada di sebelah beg laptop tu]

paginya, si cikgu ini terjaga daripada melayari bahtera mimpi, kelibat beg laptop tak nampak pun, risaunya si cikgu tak terkata kerana dalam beg laptop tu penuh dengan resit2 yuran pelajar

astaghfirullahal 'azeem

mencarilah si cikgu di serata ceruk, sampai ke luar rumah, ke padang bola sepak beliau pergi...

lepas habis melilau di segenap alam, di tengah padang bola sepak tu, ternampak benda hitam melambai-lambai
[dia tak melambai pun, saja aku buh penyedap ayat =P]

si cikgu segera bergegas ke tengah padang, mendapatkan beg tersebut di tengah padang bola sepak yang lencun dengan kesan air hujan semalam

yang ajaibnya, beg tersebut tak basah2 pun
Subhaanallah!

rewind* selepas kehilangan beg tersebut si cikgu membaca satu kalimah Ya Raqeeb
yang Maha Pemelihara + doa semoga akan ketemu beg yang penuh dengan yuran resit pelajar


-cerita kedua
seorang pelajar form 5

pada malam sebelumnya si pelajar ni lazimnya meletak kalkulator atas meja studi sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu

tetiba kalkulator hilang, padahal jenuhlah dia nak studi add math cena nie? isk3

kemudian si ibu menyuruh si anak agar membaca ya Raqeeb - berdasarkan cerita di atas nie.. hehe


:littlegirl1:

si anak berterusan membaca ya Raqeeb setelah sebelum itu setengah jam jugaklah dia mencari kalkulator feveret dia neh.. hehe

dalam masa 10 minit dah jumpa di 1 rak di ruang tamu.. ish3

apalah~ macamna boleh ada di situ

kuasa Allah, secara logiknya tak pernahlah kalkulator tu nak hilang di rak tu di celahan barang2 yang bukan milik dia pulak tuh...

Subhaanallah! tapi boleh jadi atas sebab adik2 nya yang nakal2 nie mencuri kalkulator yang sangat menarik tu dan meletakkannya di tempat yang tak sepatutnya.. hehe

fs12kalkulator Casio je, yang kita duk guna masa menengah atas fs12


pastu, cerita ketiga

-pagi tadi... kehilangan paspot

ada sorang budak bertuah nie hilang paspot dia.. biasalah, paspot tu barangan dunia ja kan.. hehee
fs03tp tak dak paspot tak leh amik result wooo, n tak leh balik umah fs03


seorang budak perempuan lagi, dengan confident yang ++ berkata,

"aku yakin mesti tak de dalam bilik aku"

budak yang hilang paspot nie mencarilah sampai jiran dia pun meh tolong cari... ngehehehe

jiran dia yang bernama azhani nie pulak yang duk risau

"alaa, azhani, ko tak payah risau pun, aku yang hilang paspot, patutnya aku yang risau lebih daripada ko"

pelik kan? dah terbalik pulak...

selepas tu, yang hilang paspot tuh suruh lah semua kawannya yang lain2 pi jawazat dulu... hehe, buat pa tunggu budak bertuah yang hilang paspot nie kan..

:littlegirl1:dia rasa macam tercecer di chicken rock masa makan dengan sahabatnya Mida:littlegirl1:


lepas kena tinggal, dia pun buat tatau je lah, masuk ke bilik sahabat yang kununnya mesti tak dak dalam bilik dia.. keh3

rupa2nya duk celah saratoga berbungkus rapi dalam bilik dia..

tak sangka lak nak jumpa di situ, tapi tu boleh jadi asbab kerna dia terpelanting ke tercecer atas katil...

tak sangka betul!

Subhaanallah.. hebatnya kalimah Ya Raqeeb

senang ja nak baca... tapi aku tak pasti sama da ianya praktikal untuk exam.. hehe



menarik citer nie =D :littlegirl1:

mudahnya kau melafaz amarah
ada yang sopan, ada yang keterlaluan
ada yang menghina, tak kurang juga yang menghargai
ada yang mengejar, ada juga yang menolak
manusia yang kerap dipuji selalu bangga
susahkah menunduk pada egomu?

Kerana manusia adalah manusia,
yg x penah bepuas hati,
yg sntiasa teleka,
yg sntiasa cemburu sbb iktkan kata hati hasutan syaitan n nafsu.
Kesedaran akan timbul pabila telambat.
[thanx faz! ^_^]

kesedaran hanya timbul pabila terlambat...
ttp aku akan ttp memaafkannya
krn dia insan istimewa
cuma dia x mhargai apa yg dia pernah dpt
& hanya ikut nafsu amarahnya shj



Wallahu a'alam

gravatar

Kelebihan Solat


Ros



Rose


Rose..........


Rosalinda... erkk~!


Bimillahirrahmaanirrahiim


Wahai Yang Maha Esa,

Sungguh manusia itu makhluk yang hina, pendek akal~!


~Bunga oh bunga~


Rindukan orkid [ye lah, ros asyik mati jer~masa tu aku memang malas nak siram pokok, suka tengok ja.. ehehe :p]


Sedetik lalai daripada mengingati Allah diibaratkan sebagai kerugian 1000 tahun

MasyaAllah…



Apsal la aku tergila-gilakan bunga nie? Adehh.. terpaksa mengaku yang aku memang sukakan bunga, mewarisi sifat ibuku…


Dulu masa aku di Malaysia la, setiap petang mak duk bercakap2 dengan pokok, katanya kalau kita rajin bercakap dengan pokok2, nanti insyaAllah hidup subur [dan memang terbukti kebenarannya!]


Oo yer, tambah sikit lagi… mak cakap setiap masa tumbuhan berzikir memuji Allah [sedangkan manusia yang mempunyai mulut yang amat sempurna ni pun acap kali melupakan kalimat2 agung ]



Amalkan doa ini ya kawan2,

“Allahumma a’inna ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatik”

O Allah! Help me to

remember you, to thank you, and to worship you in the best

ya Allah bantulah aku dalam mengingati-Mu,mensyukuri nikmat-Mu dan keelokan beribadat kepada-Mu


doa lain…

Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu… amiin






Kefeninan melanda diriku, rasa2nya mana yang lebih baik? Solat BERSENDIRIAN tetapi awal atau solat BERJEMAAH lewat sikit [sebenarnya lebih sejam dari waktu masuk solat zuhur tu]


Hehe.. jangan tiru perangai kami neh.. tak baik2… insyaAllah lepas nie kena sama2 beringat supaya saling solat awal waktu yer..


Syukran jazeelan kak hajar! [1st time kena tegur ngan kak hajar petang tadi.. huhu]

Nak buat cemana… kenalah berpakat kalau nak solat jemaah kan.. huhu


*aku lebih suka solat jemaah daripada sengsorang, siapa tahu Allah Yang Maha Penyayang itu akan mengkabulkan doa2 rakan2 kita memandangkan kita nie selalu tak sedar salah silap kita, dosa kecik dosa besar*


Lagi 1………….

Fadhilat solat jemaah ni sangat2lah besar…

Begitu juga berada di saff depan..


Pernah digambarkan fadhilat berada di saff depan ni… kalaulah manusia tahu kelebihan berada di saff depan pasti manusia sanggup bercakaran / bergaduh untuk berada di hadapan

Tapi, saya tak ingat taraf hadis ni.. adehh~

[sapa2 yang tau bolehlah khabarkan padaku J


Nak citer pasal solat nie memang lama.. masa form 3 blajar dengan ustaz Aminuddin pun tak habis lengkap


Tapi, adalah pihak2 tertentu cakap solat ni banyak kelebihan dari sudut kesihatan [saya baca gitu2 ja, taklah ingat siapa yang buat kajian tu.. ]


Dan ada beberapa assumption yang aku agak2 je la.. itu pandangankurasanya agak praktikal.. hehe

1. Berdiri tegak

Kenapa kita berdiri tegak? Pernah tak tengok agama lain ‘beribadah’? Ada tak yang lebih berdisiplin daripada cara yang dianjurkan oleh junjungan mulia Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam?

Kalau tengok cara berkawad di PLKN pun [tak de la dikawal ketat sangat pon :p] rasanya masih boleh curi2 bergerak… tetapi dalam Islam tak boleh

Ya, cuba bayangkan…. Gambarkan… buat sejenak… apa pandangan orang kafir jika melihat kita bergerak-gerak lebih 3 kali [pendek kata macam ‘beruk’ duduk tak senyap… maaf yer, bahasa yang kurang sopan sket.. hehe]

Maknanya Islam telah mendidik kita agar BERDISIPLIN melalui solat

InsyaAllah


Hatta nak betulkan saf pun masih perlu kekalkan pergerakan tak lebih 3 kali.. subhaanallah, indahnya Islam~

Lagipun, ustaz Fauzi Tahir yang cakap macam tu, kalau nak mulakan saf pun kena sama berat bahagian kanan dan kiri [jika pintu bukan di salah satu bahagian tepi].. kerana itulah orang kafir melihat Islam sebagai agama yang teratur, kemas (^_^)V






2. Rukuk

Masa form 5 dulu ada terbaca dalam satu buku keluaran PTS One, tajuk “Kamceng dengan Solat”

Dalam buku ni ada dinyatakan satu kajian bahawa perbuatan rukuk akan menyebabkan oksigen dapat dibawa ke otak, insyaAllah :D

Bagus kan?


3. Sujud

Oh yer, masa form 1, ada salah seorang senior aku terjumpa satu artikel. Dalam artikel tersebut ada dinyatakan, seorang prof barat membuat kajian tentang kelebihan sujud. Dan apa yang dijumpainya?

[aku tak pasti apa benaran cerita yang disebarkan melalui internet ini sebab artikel tu dalam BI kalau tak silapla]


Prof tu cakap.. terdapat satu pembuluh darah di otak yang hanya boleh dilalui melalui cara bersujud, insyaAllah…

Dan aku tambah sikit ye, selain itu sujud insyaAllah dapat membetulkan kedudukan tulang belakang [tu pun kalau sujud dengan cara yang betul la, sujud pun ada caranya…]

Membetulkan kedudukan payudara [buat perempuan saja :p],

tekanan darah paling rendah semasa sujud, agaknya sebab tu kot kita rasa tenang waktu sujud, insyaAllah..


Dan kita juga dianjurkan supaya PERBANYAKKAN SUJUD.. tetapi…. Kejap!

Jatuh makruh sujud LAMA jika solat berjemaah [bagi imam]… rasanya maksud dia kalau sujud lebih 10 minit kot sebab sujud terakhir tu elok hajatkan apa2 yang kita nak hajatkan serta membaca doa “Laa ilaaha illa anta, subhaanaka innii kuntu minaz zholimiin” ~ doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun


Kenapa makruh sujud lelama? Okeyh, sekarang cuba berfikir logikanya………

Andaikata dalam jemaah tu ada ramai makmum dari pelbagai lapisan masyarakat

Ada yang gemuk, mesti cepat rasa panas

Ada yang selesema, mesti tak tahan dengan selesemanya tuh

Ada yang tua, mesti tak larat nak bangun lepas sujud nanti

Ada yang kurang gemar solat berjemaah sebab tak berapa suka solat berhimpit-himpitan, dll


Kita kena fikir bagaimana cara TERBAIK!

\(^_^)/





[kalau nak cerita bab solat jemaah n fadhilatnya lagi banyak ler… insyaAllah time akan2

datang kita citer len]


Tapi, 1 hakikat yang mesti diterima ialah sujud merupakan saat yang paling dekat seorang hamba dengan Rabbul Izzah


Melepaskan rindu2 yang terbuku dalam hati..

Meluah segala belenggu [sesungguhnya tiada pendengar yang lebih setia melainkan Yang Maha Mendengar, Yang Memegang dan Pemilik Segala Hati]

Memohon agar diberi petunjuk, dibuka jalan keluar

Meminta segala kebaikan di dunia dan di akhirat [makhluk-Nya hanya tahu meminta tetapi berapa ramaikah yang TAHU BERSYUKUR dengan nikmat kurniaannya lantas mematuhi segala aturannya serta menjauhi larangannya?]


Sungguh manusia itu makhluk yang hina dan terlebih layaknya dihinakan~

Aku lagi hina T_T


Tetapi Allah sentiasa memberi perangsang agar kita terus berpijak atas realiti kehidupan

“Kamu adalah ummat terbaik buat sekalian manusia, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran”


Semuanya sudah jelas dalam al-Quran, maka nikmat Tuhan [Allah] yang manakah yang kamu dustakan?

(T_T)


4. Duduk antara dua sujud

Nak kongsi sikit tips… masa skolah menengah dulu ada la 1 buku motivasi ni cakap, waktu sedang membaca, aktifkan kedua2 bahagian otak dengan menggenggam barang..

Contohnya, kalau menulis dengan tangan kanan, genggam tangan kiri dengan pemadam @ pembaris..


Begitu jugak solat… duduk antara 2 sujud dapat membantu mengaktifkan kedua2 bahagian otak.. bagaimana ya?

Apabila kita duduk, kaki bahagian kanan [ibu jari] terpacak, merangsang otak bahagian kiri

Manakala jika kita duduk atas kaki di bahagian kiri [tumit], akan merangsang otak bahagian kanan.. yang ni kalau nak tau lebih2 apakah jenis deria yang diransang, sila2lah tanya pakar refleksologi memandangkan aku neh tak pandang pun ‘papan ilmu’ di tapak refleksologi tuh

InsyaAllah...

Yang tu jer ilmu yang aku ada pon untuk dikongsi dengan semua… ya lah, aku neh bukannya banyak ilmu sangat pon.. (T_T)


Teringat pula bait2 dalam lirik lagu ayat2 cinta

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakanku bisa hidup lebih lama

Namun harus kutinggalkan cinta ketika kubersujud


1 persoalan yang selalu berlegar di ruang minda, hati…………………….

Bagaimana nak hilangkan zina hati semasa solat?

(^_~)


Saya sangat2lah mengalu-alukan sebarang komen… :D


*Nasihatilah diriku kerana aku bukanlah sempurna

Meskipun hakikat kehambaan sentiasa mahu kelihatan sempurna di hadapan Yang Maha Esa

Tetapi bukankah manusia itu hamba yang pelupa?


[dah lama teringin nak taip cara skema, tapi nak kena susun ayat pulak.. adehh~ Alhamdulillah ada 2 blog -4 yang sebenarnya.. hehe]



Aktiviti hari ini

-Melalui pepohon rimbun, musim bunga2 bersemi, mekar..

Ah, besnya~!

-satu kereta KUDA lari lepas dengar bunyi kereta api [macam cerita Zorro ja tadi.. :p]

-kedahsyatan orang Arab yang kurang menghormati ilmu [al-‘ilmu fissuduur, walaa fil kutub-pesanan ustazah Basyirah :D]

-tersepit antara orang Arab

-kepala terkena beg oleh orang Melayu! '123', sopan sikit tau nanti.. huhu... muka nampak je lembut, kasar jugak ko upenyer :p [not my ahli beit]

-periksa Anat written tadi... hingaq giler! [dah la aku tak bawak paspot tadi.. hehehe]

-jenjalan di Tanta Qadim [paling jauh setakat nie untuk aktiviti jenjalan petang2]

-hajar reka resepi baru... hehe.. tapi, sedaaaaaapp! [lepas ni tak payah dah kot aku kempunan nak makan sup Campbell.. ye tak Amalina? Mahattah ngan Qaumiyah jauh wooo] :p

-banyaknya bunga!!!


:D:D:D





:wave::wave::wave:

gravatar

Rokok

Bismillahirrahmaanirrahiim


Whoa! Kadang2 fenin’ juga dengan perangai kami segeng nie..


p/s: aku nak bagitau 1 rahsia.. lagipun, tak acilah kalau aku kena sengsorang.. haha


kawan2 aku ni suka control ‘macho’ [kalau untuk perempuan aku tak tau nak buh apa so aku buhla perkataan macho.. kui3] di skolah [university le].. tak aci betul! Mereka usik aku kemudian time aku balas balik buat no respons.. adehh~ geram betul dengan jaja terutamanya..huhu


Ehem2.. nak crita sikit apa yang aku skype kan dengan ayah aku semalam [sorry ayah ^^]


Tak de apa pun, cuma ayah aku dah terperasan yang keloghatan kekedahan aku dah ilang! Hahahahahahaha [gelak besar memandangkan ayah aku asyik duk ulang kiteorang2.. hehe]


Yang Mieza pun sama.. dia cakap padaku : “hang kalau cakap dengan aku jangan duk ber’aku’ ‘engkau’ pulak.. rimas aku dengaq! Geli tau dak!”


Kui3.. adehh suma orang, biasalah tu kalau dah tinggal dengan orang2 yang utara dah tidak berutara [amalina] dan yang lain2 berbahasa Melayu tak tulen [memandangkan ada ‘e’ ‘e’ di belakang kan… hehe]


Apapun, Allah memang Maha Pemurah kerana menjadikan bahasa kita yang pelbagai supaya kita dapat belajar ragam manusia, kebudayaan dll atas sebab tersendiri.


Di sini aku nak tambah sikit tentang youtube ni..

http://www.youtube.com/watch?v=le_ySMrOkFU


ini tak tahulah.. aku dapat daripada Adawiyah Juzailah http://summerjoyfever.blogspot.com/


yang pastinya membongkarkan rahsia2 Yahudi le.. MALANGNYA ada beberapa youtube yang telah dideletekan oleh pemilik youtube sendiri kerana barangkali youtube2 itu menjadi MULUT TEMPAYAN bagi rahsia2 Yahudi la’natullah ke siapa tahu.. [dengar kata pemiliknya pun orang Yahudi jugak.. adehh~]


kalau nak tengok, tengok le.. aku baru tengok episode 1 & 2 je, insyaAllah lepas exam nak sambung lagi [tetapi adakah masa tu semuanya kan didelete oleh mereka? Huhu


Hmm. Tambah sikit lagi.. kekadang kepala aku naik bintang berpinar2 kerana pusing memikirkan doktor2 yang sengaja mencari maut ni..



Topik: ROKOK


Masa skolah menengah dulu cikgu sains aku iaitu cikgu Kenanga bercerita tentang ayah beliau yang meninggal dunia akibat kanser paru2.. inna lillahi wa inna ilahi raji’uun


Kawan2 sekalian.. kenapa sengaja nak MEMBUNUH DIRI? Jangan sesekali kamu kufur nikmat..


Firman Allah Ta’ala:

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”

Al-Baqarah ayat 195


Boleh rujuk di sini http://www.radarbanten.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=36939


Hai kengkawan.. sedo2lah.. umurmu yang singkat tu bukannya bernilai sesen pun kalau diisi dengan perkara2 yang lagha.. isk3 [aku bercakap menasihati diri sendiri.. SEDARLAH WAHAI DIRIKU!]


Tetapi budak2 lelaki ni memang le hampeh sebab kalau kita nasehat pun dia buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. yang lagi teruk dia buat macam asap rokok, masuk dalam mulut keluar ikot hidung.. astaghfirullah… mataku menjadi merah macam naga sebab budak2 plkn aku duk sembunyikan kotak2 rokok di celahan pokok selepas balik daripada solat Jumaat.. memang hampeh!


Mereka2 itu ingat aku ni apa ke? Huhu.. tensen gak kalau di PLKN semua orang panggil ustazah, tapi yang tu lagi baek berbanding panggil nama aku.. aku tak ske.. isk3


Sahabat2 sekalian.. aku ni malas nak berleter panjang.. nampaknya kamu semua mensia-siakan TEMPOH HIDUP PERCUMA yang Allah sediakan.. terlalu banyak benda percuma..


Aku rasa dah terlalu lama aku berdiam daripada nahi mungkar nie.. dah tiba masa pulak untuk aku dulu berubah.. insyaAllah.. waaaaaaaaaaa, rindunya aku yang semasa PLKN.. sekarang neh dah jadi cam orang yang tak de hala tuju pulak.. adehh~


Sahabat2.. boleh tak bayangkan dosa macam ni:


Ibaratnya menelan jutaan racun [racun ular + racun tikus + drugs + apa2 lagilah racun gas + membeli pisau @ kapak untuk membunuh diri sendiri]


Serta bagi perempuan2 yang mendedah aurat, boleh tak bayangkan macam ni [bakar rambut sampai kulit kepala mendidih + badan dilibas dengan cemeti + seluar jeans yang ketat itu tetiba dengan kuasa Allah mengikat kaki sehingga bersaiz lidi..]


CUBALAH SEKALI UNTUK MEMBAYANG DAHSYATNYA DOSA ITU!


Astaghfirullahal ‘azeem.. Saya berbicara atas dasar sayangkan umat Islam [meskipun sayang itu adalah subjektif]

Huhu


CUBALAH SEKALI MEMBAYANGKAN KEGILAAN ORANG YAHUDI DALAM MEMBUNUH SARAF2 KITA, MENCABUT KEIMANAN yang masih bersisa dalam HATI GELAP INI..


Huh! Saya ini lagikan banyak dosa! Saya tahu ramai yang suka menasihat tetapi ramai jugalah yang TAK MAKAN NASIHAT.. Ya Allah kumohon Engkau, tolonglah buka pintu hati hamba2-Mu yang hina-dina ini.. hilangkanlah titik2 hitam yang menggelapkan jiwa kami ini..


Ya Allah, lindungi aku daripada nasihat berlandaskan nafsu amarah.. ya Allah, takutnya…


Maaflah sahabat2 semua.. saya sudah terlepas bicara dengan amat kasar.. kini saya memohon ampun bebanyak daripada hujung rambut sampai hujung kaki..


Kalau sahaja saya tidak tahu apa itu tugas seorang muslim + mukmin, pastinya saya menggali lubang bawah tanah dan tinggal sorang2 beribadah di dalamnya..


Dalam kekalutan hidup ini Allah hadiahkan pula saya dengan pelbagai masalah kerana Allah mahu menguji hamba2-Nya yang beiman [sedangkan imanku sangat2lah cetek.. Syukran jazeelan ya Allah..


Baru saya sedar tentang tugas yang amat berat ini.. aduh, kenapa KITA SEMUA hanya MEMBUTAKAN MATA? Ah, semua orang tak terlepas daripada dosa.. saya pun begitu..


Waaaaaaaaaaaaaaaaa.. tensen giler duk sini hanya Allah yang tahu.. setensen2 aku duk plkn pun tak de lah sampai tiap2 hari mesti tensen seperti yang aku alami di sini.. huhu


SOLAT LAGI2LAH BERAT! Tolonglah kita semua majukan umat Islam.. insyaAllah..


Lagu untuk ibu



KK, nampaknya perut dah bergendang gendut tali kecapi, lapar perut susah hati.. hehe

Time for breakfast!

salam

Mengarut3