gravatar

Untitled


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Posting2!!

hehe.. cuba baca nukilan budak2 nie..

Dunia yang kecil,
Allah yang Maha Besar,
Hatiku yang kerdil,
Rahmat Allah yang Maha Luas..

Aku yang penuh dosa,
Allah yang Maha Suci,
Aku yang hilang arah,
Allahlah yang memberi hidayahNya..

Aku yang kufur nikmat,
Allah yang Maha Pemurah,
Aku yang ingin bertaubat..
Bagaimana ya Allah?
Masihkah ada peluang?
Adakah Engkau akan menerima pengakuanku?
Adakah aku benar2 ikhlas?
Adakah aku kenal diriku?
Tidak!
Tidak!
Tidak!

Aku yang hina,
Aku hambaMu yang alpa,
Aku yang sedang teraba-raba,
terkapai-kapai,
hanyut dengan maksiat,
Aku tidak kenal diriku..



Ya Allah,
Aku tahu rahmatMu yang tiada penghujungNya,
Engkaulah nyawaku,
Engkaulah setiap denyut jantungku,
Engkaulah cintaku,
Engkaulah KEKASIHKU..
Maka kumohon agar Engkau peliharalah imanku..
Ameen..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kalau baca tajuk dia, dia tulis untitled.. so, sapa ada cadangan nak buh tajuk apa?
Macam yang aku kata tadi, aku x kenal diriku, so apatah lagila aku nak kenal dgn sajak ni dan siapa pengarangnya..
From: Nobody

gravatar

Sahabatku yang Dirindui



أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.. Hari ni semangat deh!!

Kata2 Imam Syafie:
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..
Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati..

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin aku percaya diri..
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka..

Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.."
~daripada sahabat untuk sahabat~


Wallahu a'alam.

gravatar

Sekolahku

Assalamu 'alaikum..

Tetiba je aku teringat pd kwn2 skolahku.. Masa kami form 5 dulu kami semua bernasyid dgn rasa ketaq lutut yg x terkata.. hehe

Oh sahabat2 MMASku.. Semoga kalian terus berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi.. ameen..

Jom enjoy lagu ni jap..

Sekolahku

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik-mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan obor pendorong kejayaan

Dan di sinilah tempatku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar di ranjau onak yang berduri
Segalanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temui iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Kau sekolahku kau amat kurindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasamu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatanku
You are my lovely school
I love you I miss you




Sekolahku - UNIC




Mengarut3