gravatar

Lawak Pekeliling Keselamatan =))

LAWAK TANPA PERMIT
Mengandungi Pewarna Tiruan Yang Dibenarkan
----------------------------------------------------

PERKELILING ARAHAN KESELAMATAN
oleh Leftenan Adenan Adam Bin Haji Amin

Rentetan dari peristiwa rampasan senjata ATM dan PDRM, pihak atasan telah bermesyuarat bagi memperketatkan kawalan keselamatan senjata api dalam simpanan pegawai-pegawai keselamatan. Berikut adalah arahan yang mesti dipatuhi.

1-Baju-baju celoreng yang biasa dihantar ke dobi awam untuk cucian kini
tidak perlu dicuci lagi bagi mengelak kecurian dan penyamaran oleh orang awam.

2-Pistol tidak dibenarkan disisipkan pada talipinggang. Ianya mestilah
diletakan diluar pandangan awam iaitu di dalam seluar dalam. Sehubungan
dengan itu, Insuran Keselamatan pegawai keselamatan telah ditingkatkan bagi menampung kes-kes ledakan senjata secara tidak sengaja.

3-Mesingan tidak dibenarkan disimpan didalam kereta rondaan kosong yang yang berisi minyak berplumbum sahaja.

4-Pegawai-pegawai yang membawa keluar senjata api untuk tujuan memburu ayam hutan pada hujung minggu diminta membungkus senjata mereka dengan kertas suratkhabar. Ini bertujuan mengelak pandangan pencuri senjata.

5-Kereta perisai masih dibenarkan dibawa keluar untuk tujuan perlumbaan, namun anggota dilarang berlumba dikawasan kampung.

6-Bom grenade yang dibawa pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina akan dikurangkan kepada satu untuk setiap orang.

7-Kaunter layandiri pengambilan senjata di kem akan diganti dengan mesin jualan (vending machine). Sila bawa syiling yang secukupnya.

8-Anggota yang mengiringi anak-anak pegawai untuk ke sekolah dengan trak tentera tidak dibenarkan menjaga senjata secara sendirian. Serahkan senjata kepada kanak-kanak yang ramai didalam trak tersebut bagi memastikan senjata tersebut tidak dirampas oleh orang awam dengan mudah.

9-Pelontar Grenade tidak dibenarkan digunakan untuk mengebom ikan dikawasan sungai. Mulai tarikh ini, Grenade hendaklah dilontar secara manual.

10.-Bom asap yang hendak dilontar di kawasan stadium bolasepak hendaklah dihadkan kepada asap berwarna kuning sahaja atau warna-warna jersey pemain tuan rumah.


Perkeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh yang tertera diatas. Sesiapa yang engkar akan dikenakan tindakan tatatertib.

Yang Benar,
Y.B. Dato Dollah Badawee
Kem Keselamatan Dalam Negeri
Berkhidmat Untuk Negara


Sorry.. tade keje.. tengah search pekeliling keselamatan tetiba terjumpa mende neh

hehehe

gravatar

Rahmat Ujian

Bismillahirrahmaanirrahiim


Fasobrun jameel

Ihsan :
Aku merasakan kehadiran-Mu di hadapanku dan aku tahu bahawa Engkau sentiasa memerhatikan tingkah laku hamba-Mu baik dalam solat mahupun di luar solat

.::Yakin dengan janji Allah::.


terima kasih pada Izzah Fasihah dan Kak Syakirah

gravatar

Satu Cinta

Bismillahirrahmaanirrahiim


Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108:

Maksudnya :Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”


Engkau satu cinta yang selamanya aku cari...


Saya budak jahat ='(




cepatnya hatimu berubah

i miss u...

gravatar

La talmizuu anfusakum wa la tanaabazuu bil alqaab

Bismillahirrahmaanirrahiim


Alhamdulillah kelas dah start..

Nak citer beberapa benda menarik yang tak leh ana lupa [buat masa sekaranglah jelir]

Sepanjang musim cuti

-Semasa kami baru balik daripada keluarkan wang dari mesin ATM, ada sorang nie dia ternampak sorang mamat ni tengah perati kami melitas jalan..
Dengan spontannya dia cakap : "Apa tengok2??!! Jakun ka haaa?"blogger-emoticon.blogspot.com

Huhu, dasyat gak aih perkataan tu, rasanya dah lama bebenor tak dengar perkataan cenggitu..
blogger-emoticon.blogspot.com

Kawan2, janganlah bercakap perkataan yang tak bisa ditapis di mulut.. kerana kita bukanlah mencela orang lain sebaliknya kita mencela diri kita sendiri..

Ana kalau ada orang memanggil dengan perkataan yang tak elok, ana terus keluarkan ayat Quran ni, [dah jadi hobi, maalish kengkawan senyum]

Al-Hujuraat ; 11


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (١١)

Terjemahan:

(11) Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

tapi biasanya saya amik sekerat ayat ja..

وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ


tak kisahlah orang tu panggil apa2 pun, kalau ianya menyakitkan hati orang lain, lebih baik kita bercakap secara sopan ataupun diam sahaja..

cuba luangkan masa sejenak, apa faedahnya kita bergurau dengan perkataan2 yang menyakitkan hati berbanding kita menggunakan setiap detik itu untuk menuturkan kalimah2 memuji Allah Ta'ala...

peringatan buat diri sendiri.. sedangkan orang yang menyampaikan ilmu itu telah diberi amaran..

"Kun hafizan lil 'ilm wa laa takun rowaahu.."

jadilah kamu pemelihara ilmu dan janganlah menjadi periwayatnya [penyampainya sahaja]





Umar bin Khattab berkata: ‘Siapa saja yang banyak bicara dia memiliki juga banyak dosa.’


Berkata yang baik atau diam (tutup mulut)
Abu Hurairoh berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, dia tidak akan berbuat kerusakan terhadap tetangganya. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, dia akan menghormati tamu. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, janganlah menghalangi seseorang menyampaikan kebaikan (Islam) atau kalau tidak mampu hendaklah diam. ( HR. Bukhori No. 6018 / Muslim No.47 / Musnad Imam Ahmad)


pendek kata, tak payah cakap banyak
panjang kata, ayuh berzikir!
senyumsenyumsenyum


sejak belakangan ini ana kerap dihujani pelbagai persoalan dan ujian

sedangkan kesenangan itu satu ujian, musibah pun satu ujian..

hmmm..

betul la apa yang izzah cakap... Allah menyayangi ana, sebab tu Allah menegur ana..

Alhamdulillah, thank you Allah!


apapun masih mengharap sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi
weeeeeeeeeeeee~

hehehe jelir

kepada kak syakirah + izzah fasihah [mesti korang tak tahu saya citer pada korang berdua.. so tade hal kalau korang nak berchit chat pasal saya.. hehehe]
syukran jazeelan kerana mendengar masalah saya, tolong selesaikan n sekarang hati saya dah bertambah tenang n lapang..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah untuk-Mu..

Wallahu a'alam bissowaab



Mengarut3