gravatar

Kulit ba alif ba ya

Bismillahirrahmaanirrahiim


Im just copying what she said becoz i like her soooo much ^__^ 
(i think she wouldnt read this post since she doesnt follow this blog (greenrosse)... x pa2, next time i'll tell her that i had c&p her post :p )





Kulit ba alif ba ya

Soundtrack : Love will find a way by Christina Aguilera. hah?

Haihz. kalau dah tak tahu hukum fiqh, takyahlah nak berdebat lebih lebih sangat. fitnah, salah faham, ajaran sesat semua akan timbul nanti. do write something when you have a sense of an intellectual discussion. sohbeng baloh baloh lah.

baiklah, terus kepada topiknya iaitu, Semalam Aku Pakai Jaket Kulit ba alif ba ya. erk.

okaylah, takdelah semalam je. cuma baru semalam sangkaan aku adalah betul bahawa jaket kulit yang baru aku beli itu diperbuat daripada pig leather. aha. aha-aha. *terpaku sekejap*

macam mana aku tahu? rasenya semuaorang dah tahu kan, kalau barang yang diperbuat daripada kulit ba alif ba ya ni ade tiga titik. jarak pada titik tersebut mungkin berbeza, ade dekat dekat, ade jauh, ade jauh sikit sikit. Yang pasti dia ade "pattern" dia. let me show you yah.

Babi.
Babi.

BUKAN babi
This is quite confusing. BUKAN babi.
Babi. Yang ini aku jumpa dekat FOS Malaysia without labelling. Bahaya betul!
Ya, berhati-hati lah. terutama pada kasut. yang aku jumpa dekat FOS tu, yang kasut dekat gantung-gantung hanger tu. nasib baik aku ternampak DULU sebelum try. fuh. pergh.

well, i've been looking for a leather jacket since fooorever, hardly to find one that could fit me perfectly, but what just happened was wa-ha-ha! aku baru pakai 3 kali. - Alhamdulillah!

nasib baik, aku tak basuh lagi jacket tu ( selalu kalau beli baju baru memang akan basuh dulu, habits ). kalau takkkkkkkk (menurut Syifak), habis aku kena samak satu badan, baju, toilet etc etc etc perghhh..
oh ya, kering bertemu kering tidak perlu disamak. maksud aku, barang kulit. kalau binatang sebijik depan kau tersentuh tu, kering ke, kontang ke, kena samak. kan Syifak kan?

semua berlaku ketika dalam kelas. aku terusha jacket sendiri and have these voices in my head, telling me that this jacket is made of oinkoink leather. but superficial side of me mestilah fikir, takkanlah kot. takkanlahh.. lepastu aku terfikir- terfikir- terfikir - terfikir........

YES! kalau beli baju baju ni mesti dia ade letak tag fabric ( idk what people called mende alah tu actually) dekat baju dia. so i begin to search.....


TEBENG  pig leather. terus aku rasa macam nak buat buat pitam dalam kelas. selama setengah jam aku bertahan dan selama itulah diriku ini terasa bagaikan dipeluk oleh "sesuatu". berat. panas suam suam. bau.

apa yang berlaku pada jacket itu selepas itu? siap sedia untuk dibuang. tapi Syifak mintak ambik sebab ada ustaz nak buat sample?

untuk pembacaan lebih lanjut. sila click.



p/s : can't wait to finish this Forensic and Toxic rounds then holi-holi day!! YAY!

gravatar

UMRAH 2

Bismillahirrahmaanirrahiim


Aku dan kawan2 yang baru dikenali berborak2 di lapangan terbang Cairo. Lambakan manusia membuatkanku terkenang pada peristiwa pada bulan 1 yang lepas di mana pelajar2 Malaysia dikumpulkan di lapangan terbang Cairo untuk proses evakuasi ke Jeddah.


Memang jumlah manusia yang ingin menunaikan umrah sangat ramai. Hendak bernafas pun susah, apatah lagi jika hendak bergerak ke sana ke mari. Rata2nya berpakaian putih, baju putih, seluar putih, jubah putih, selendang putih, hatta kasut pun berwarna putih! [nasiblah Arab ni tak diwajibkan berstoking, kalau tak, mana nak cari stoking putih..]


Setiap 4 orang akhawat daripada rombongan masing2 dipadankan dengan seorang musyrif.. Dan yang lucunya, akhawat masing2 menjadi 'makcik' kepada musyrif tersebut.. ~apelah nasib~ aku & 3 orang kawan baru iaitu aisyah, adilah, n sorang lagi menjadi 'makcik' bagi seorang musyrif yang bernama mukhris. Tak tahu la ustaz padankan macamna.. tapi sistem musyrif ni penting sebagai rujukan apabila bermusafir ke mana2, terutamanya apabila berada di Tanah Haram kelak..


Di dalam kapal terbang, nombor yang tertera pada tiket adalah _____


"Hai, nama ape?"


"Nurul Syifak" [aku rasa dah lama tak bertaaruf dalam kenderaan.. sejak datang Mesir ni rasa macam kekok nak berkenalan dengan orang yang tak dikenali, apatah lagi nak memulakan langkah bertaaruf... teheee :p selalunya aku yang start berbual, tapi kali ni memang terbalik kuang ]


"Awak nama ape? eh, umur berape?? hehe"


"Oh, panggil je kite Rina. Umur ****.."


"ooo, kakak la nie.."


"eh, tak payah la panggil kite kakak.. panggil rina je.. "


"ok.. :) "




******************************************************************************************************


Airport Jeddah


"Waaaaaaaaaa... besar jugak airport untuk jemaah umrah / haji ni.." aku memuji dari dalam hati.. Airport untuk jemaah haji berbeza dengan airport yang aku pernah sampai semasa proses evakuasi yang lepas. Airport yang lepas lebih beraircond [masa evakuasi haritu, kami solat atas simen tiles putih tempat orang lalu lalang.. nak masuk surau tak muat, jadi solat kat luar je lah.. ] tetapi airport yang ni memang..... panassssss... 
-pertama sebab musim panas
-kedua sebab tak berdinding
-ketiga sebab tak dak ekon [dah takdak dinding camna nak ada ekon kan?? ]


bantai je lah.. asalkan sampai ke destinasi sudah.. tapi satu kesilapanku yang akan kuingat sampai bila2.. oleh kerana aku taknak bawak beg besaq kargo, aku bawak beg yang takdakla kecik mana pun, baik bawak beg kargo ja, boleh letak banyak barang. n beg tu pulak x leh guna handle.. memang el nasib wal malang la.. Jaja dah nasihat berkali2 supaya aku bawak je beg kargo, mesti ada oranglen bawak punye... 
tapi keras kepalanya aku taknak ikut nasihat dia.. 


Jadi, masa nak tarik beg yang berat 20++kg tu memang bermasalah memandangkan handle rosak. Aku cuba menenangkan diri sendiri [yang dah kurang bertenang ni] supaya bersabar.. 
Aku berniat untuk meminta Jaja kirimkan pada sesiapa yang akan mengikuti Trip ke-2 agar tolong bawakkan beg hitam putihku [bukan tahi cicak ok]


Dari Jeddah kami menaiki bas yang berekon ke Madinah al-Munawwarah. Sepanjang perjalanan tu, aku bijak membuang masa dengan tidur sahaja.. Letih..
Lebih kurang pukul 8 atau 9 pagi aku rasa kakiku berhaba.. Pelik kan, patutla mimpi macam2. Aku mengangkat kakiku ke atas kerusi. Memang lantai bas tersebut berhaba. Kasut hitam bertutup milikku juga berhaba di dalamnya. Panas.. 


"Sedangkan dalam perjalanan pun sudah tidak tahan, agak2nya bagaimana kalau sudah sampai di sana nanti? " bisikku dalam hati.


"Na'udzubillah, bagilah perjalanan ini lancar saja.. ya Allah, maafkan aku atas segala kesalahanku selama ini.. secara jujur aku rasa seolah belum bersedia, takut, dan segala perasaan yang bukan2.."


Aku cuba menyelak langsir tingkap. Subhaanallah..!! hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dalam hati ni. Pertama kali kulihat perjalanan yang semuanya BATU & PASIR SAHAJA!!
[sebelum ni memang pernah jalan2 di Wadi arRayyaan yang PASIR SAHAJA.. tetapi kali ni batu besar2 n pasir... ]
kusangka tanah di sini semuanya berpasir macam di Piramid Giza.. rupa2nya ada jugak batu-batan.. 


..............akan bersambung, insyaAllah...............

gravatar

UMRAH 1

Bismillahirrahmaanirrahiim


Salam buat teman2 yang merindui saya.. 


Saya ingin sekali menceritakan segala apa yang saya lihat di sepanjang umrah saya di Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah.. [sila baca dalam gaya bahasa Indonesia]




31 Julai 2011


InsyaAllah pada pagi ini akan bermula satu perjalanan yang telah lama kutunggu. Inilah doaku sejak sekolah rendah lagi. Namun, apabila menginjak ke usia selepas alam sekolah menengah, aku semakin lupa pada impianku ini. Dalam akalku, perkara ini mustahil barangkali. Walau bagaimanapun, telah tertulis bahawa perkara yang mustahil inilah yang akan menjadi pengalaman pertama yang kuternanti-nanti sejak sekian lama..


Aku hanya sempat berkemas sehari sebelum tarikh ini. Pada 29 haribulan sebelum ni, aku telah menerima satu panggilan misteri daripada Ateh supaya mengganti tempatnya bercuti di Fayyoum. Lawatan ke Fayyoum tu juga antara perkara mustahil yang tak pernah terlintas di fikiranku. Syukran jazeelan Ateh..


Sedang sibuk berkemas dengan sambil lewanya, si Hajar Rahman datang sekali-sekala melawatku di bilik.


"Ko dah habis berkemas belum?"


"Belum...."


"Ko bawak berapa tudung? Aku ada tudung putih, nak tak?"


"emmm.. boleh jugak :D "


Sehelai tudung putih bersaiz bidang 60 dihulurkan padaku. Ada kisah menarik di sebalik tudung putih ini.. nantikan.. [jeng3]


"Ko bawak berape kerongsang? Cukup tak?"


"Aah la, adela 3 kerongsang.."


"ko nak tak kerongsang?"


"emmm... boleh jugak :D :D "
^__^
baiknya hati si jaja nie.. walaupun dia tak dapat turut serta, tetapi barang-barangnya dapat juga menjejakkan kaki di Tanah Haram Mekah dan juga digunakan dalam umrah.


Menjadi kebiasaan bagiku menggunakan barang-barang yang pernah dihadiahkan oleh saudara-maraku ketika beribadat seperti baju, tudung, kasut dan bermacam-macam lagi. Tidak kisahlah di kuliah atau sebagainya. Niatku supaya pahala aku belajar dan beribadat menjadi amal jariah buat mereka. InsyaAllah, semoga Allah perkenankan..
Tentulah hanya barang-barang yang menutup aurat menjadi kegunaanku.




Petang itu aku, Adik, Kakak, Bihah dan yang lain-lain telah berjanji untuk berkumpul di perkarangan Salam pada tepat 1 petang. Ateh datang ke bilikku untuk melihat sama ada aku sudah selesai mengemas atau belum. Dan aku sebenarnya belum siap lagi berkemas. Pada pagi itu aku telah keluar berjalan-jalan di Mahattah hanya untuk mencari sepasang selipar. Hajatku ingin membeli selipar serupa dengan sepasang selipar yang telah kutinggalkan di rumah retaj pada tahun lepas. Selipar tandas saja, tiada apa yang special...
Cuma terlebih comel sikit kerana ada kaler KUNING...hehehe


Pukul 2 telah berlalu, sewaktu aku tengah kalut bersiap, tanpa disangka2 Ateh telah 
p/s: aku rasa ayat dalam ni skema sangatla, susah la nak express... 


Pada pukul 2, Ateh bawa turun beg bagasiku.. Ateh dengan Adik barangkali.. :)
Syukran ya Ateh n Adik.. Actually, Adik naik atas tu nak bagi peringatan supaya aku segera bersiap, almaklumlah al-pakcik al-tremco dah sampai :D




Airport Yang Tak Berapa Nak Baru


Ramai juga Arab yang bakal menunaikan umrah.. Ada sesetengah Arab yang buat bunyi apa ntah, yang pasti oranglen akan tau yang bunyi tu dibuat oleh Arab Mesir... 
~terasa seperti di dalam rimba sekejap~


Kebanyakan Arab Mesir berpakaian seragam warna putih. Mungkin mereka telah berniat ihram sebelum bertolak dari rumah.. Aku sebenarnya kurang gemar dengan toilet Arab yang takdak orang jaga nie... 
bukan apa, toilet yang tidak terjaga seperti toilet di Egypt Air Airport pastinya akan kotor dan bernajis di merata2..(bermaksud toilet Egypt Air bersih, tapi toilet di Terminal 2 ni kurang sikit akibat perbuatan pelanggan2 aeroplane). Bukan niatku untuk mengutuk, tetapi aku rasa sedih bila melihat manusia yang membuang air tetapi tidak basuh dengan betul2 bersih. Bukankah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan salah satu azab kubur adalah akibat tidak bersuci dengan bersih dan tidak berdehem 3 kali..
Agak2nya bagaimana orang yang sebegini, adakah amal ibadat diterima?
Semoga Allah jauhkan kita daripada menjadi golongan yang sepertimana telah disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis baginda yang cukup terkenal..


لاَ يَقْبَلُ اللهُ صَلاَةً بِغَيْرِ الطُّهُوْرِ

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwuduk)”. H/R Muslim 1/60.

لاَتُقْبَلُ صَلاَةُ اَحَدِكُمْ اِذَا اَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ.



"tidak diterima solat setiap daripada kamu sekiranya dia berhadas sehingga dia berwudhu'"


Pada pukul 2.30 petang itu kami bertolak ke Hayyu 'Asyir (H10). Masing2 membacakan doa naik kenderaan. Tidak sampai 5 minit berada di dalam pijot, tanganku teraba-raba mencari handset di dalam beg tangan coklat.


"Assalamu 'alaikum Mirah... terima kasih sangat sebab belanja makan nasi Arab tadi.. ingatkan husna yang belanja.."


Kemudian beralih kepada nombor lain.


"Assalamu 'alaikum.. Yana, terima kasih bagi mesej tadi.. InsyaAllah akak doakan ye... ehhem3 siapa la tu orangnya :p "


dan juga beberapa orang adik smart circle ku.. Dalam banyak2 doa yang kuterima, doa supaya dipercepatkan jodoh dengan orang yang soleh dan baik2 mencatat angka tertinggi berbanding doa supaya diberikan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Jiwa remaja mungkin..
Aku cuma mampu tersenyum dan mengusik sahabat2ku yang meminta supaya didoakan sedemikian buat mereka..


Tiada apa yang menarik di sepanjang perjalanan menuju ke H10, tetapi kelihatan sawah terbentang hijau di sisi jalan. Yang menariknya sawah ini bukanlah sawah padi sebaliknya sawah tanaman gandum. Di bumi anbiya' inilah tempat pertama saya melihat, membelek dan bermain-main dengan pokok gandum. Adakah wajar gandum itu digelar sebagai pokok? Entahlah, saya pun tidak tahu apa penjodoh bilangan yang sesuai untuk gandum. Tetapi, Encik WIKI pun guna 'pokok'.. kalau pokok mestilah batang (itu tidak pelik) tetapi gambaran yang menerjah di minda saya adalah kalau pokok, pastinya ada batang dan dahan yang besar.. hehe


Setibanya di H10, selesai bersolat, kami diarahkan untuk berkumpul di surau di tingkat 3. 
Ada dua orang ustaz yang berada di hadapan iaitu Ustaz Firdaus dan Ustaz Majdi. Mungkin ada antara sahabat2 yang mengenali Ustaz Firdaus bin Mazlan. Ya, beliaulah insan yang menjadi topik hangat di Mesir pada bulan lepas akibat menganjurkan perhimpunan beramai-ramai BERSIH 2.0 bawah anjuran SUARA di Mesir. Ustaz Firdaus masih meneruskan gerak kerja dakwah walaupun beliau dibuang dari Universiti Azhar. Tingkah lakunya tidak ubah seperti insan yang ibarat pepohon, walaupun dibaling dengan batu, namun tetap dibalas dengan buah yang ranum dan manis. 


Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya berada di tempat beliau, adakah saya akan menjadi setabah beliau? Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan kuatkanlah semangatku atas jalan perjuangan ini.. Jauhkanlah aku dan sahabat-sahabatku daripada sifat berlemah diri, bakhil, pengecut dan berputus asa. Kuatkanlah kami ya Allah..


"Siapa yang saya tidak sebut namanya?" tanya ustaz Majdi.


Lalu aku mengangkat tangan dan menjawab, "Saya.. Nurul Syifak"


"Nanti simpan elok2 kad kuning di tangan saya ni. Kad ni takde apa2 fungsi pun, sekadar nak menandakan yang kita dah ambil suntikan immun, walaupun sebenarnya ada antara kita yang tak ambil pun"
hehe


"Syafiah Mohamad mana?"


"Dia trip ke-2 ustaz"


"Allah.... ana tersilap binti... Syafiah sebenarnya trip kita, Syafiyyah Mukhidi yang trip ke-2. Tak pa lah, apa2 nanti ana tanggung balik bayaran untuk Syafiah, tapi dia tak dapat ikut umrah la.."


...............................................................................................


"Achik, macamna ni, kesian kat Adik tak dapat pergi umrah. Tak boleh ke kita try buat rayuan atau bincang dengan ustaz"


"haa, try la, mana tau dia boleh join balik... ya Allah, sian kat dia, bagila dia boleh pi umrah dengan korang.."


Malam itu, pada tepat jam 7 malam Mesir, kami berangkat ke Cairo International Airport..


Memang bersesak-sesak manusia.


Ada satu peristiwa yang melucukan semasa kami sedang beratur untuk menaiki bas ke kapal terbang. Semasa aku dan kawan2 yang baru dikenali sedang beratur dalam 1 barisan, 
korang tengok gambar kat atas nie,
bulat2 kecik = Malaysian
bulat2 besaq = Egyptian
Arrow: Egyptian tengah potong line melalui bawah palang

Ada sorang mama Arab ni cuba nak pintas line orang lain, dia tunduk ke bawah palang divider tu, dengan bersusah payahnya.. faham2 sajalah Mama arab ni besar2..
Sementara dia dah selesai potong line, Arab2 lain duk kecoh sebab makcik ni potong line.. haih~ tak faham aku, perlu ke berebut2? masing2 ada tiket kan.. kenapa perlu berebut2?? kenapa?????? doushite3?????
hehe





gravatar

Tentang Penulis ArRaheeq Al-Makhtum (I)

Bismillahirrahmaanirrahiim..


1st, kita mestilah mengenal siapa tuk guru kita..
"tuk guru ape ye?"


.................cuba baca kat atas nuh...................


Saya akan cuba ambil bahagian2 yang penting saja, yang boleh diambil sebagai iktibar


Penulis kitab ini diberi nama Safiyyu ar-Rahman bin Abdullah bin Muhammad Akbar bin Muhammad Ali bin Abdul Mukmin bin Faqirullah al-Mubarakfuri al-'Azamiy dilahirkan pada Jun 1943


secara ringkasnya nama pena beliau ialah SafiyyurRahman bin Abdullah al-Mubarakfuri


Yang menariknya tentang penulis ialah beliau berasal daripada "panggilan keluarga Ansar"
kenapa ditekankan perkataan panggilan tersebut? Ok, teruskan pembacaan anda..


Mengikut sejarah, suku Ansar terbahagi kepada 2 kelompok.. Kelompok pertama daripada cucu cicit sahabat nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari RA yang menerima Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagai tetamu apabila baginda pertama kali menjejakkan kaki baginda di Madinah... 
Tapi.... kelompok pertama ni hanyalah terdiri daripada jumlah yang sedikit [minoriti].


Kelompok kedua bukan berasal daripada keturunan sahabat Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, malah bukan juga berasal dari bumi Madinah..


Jadi, dari mana asalnya mereka?? 
Golongan kedua ni berasal dari negeri INDIA. Sebahagian besar daripada mereka mula menganut agama Islam semasa Islam diperkenalkan di India.. Ada 2 pandangan kenapa mereka menggelar diri mereka sebagai Kaum Ansar. 


Pertama, mungkin mereka hendak menyamakan diri mereka dengan orang Ansar Madinah. 
Kedua, mungkin dakwah yang mereka terima adalah melalui orang Ansar Madinah yang tulen.....
Jadi, hubungan mereka dengan kaum Ansar ni adalah berdasarkan hubungan keIslaman dan bukannya disebabkan nasab keturunan cucu cicit Abu Ayyub Al-Ansari.


Sebenarnya penulis kitab ini tak dapat kenal pasti beliau daripada golongan Ansar yang mana satu...jadi, Wallahu a'alam...




Tentang pengajian penulis, beliau kecik2 lagi dah belajar Al-Quran daripada datuk dan bapa2 saudara.. Jadi ibu2 bapa2 sekalian, didiklah anak2 anda sedari kecil, supaya apabila mereka besar, insyaAllah cerah akal mereka, elok akhlak mereka..
*yang ajar beliau ialah kaum lelaki, jadi kaum lelaki harus bersedia untuk menjadi tuk guru dalam rumah, bukan seperti kebiasaan yang kita selalu duk tengok, asyik2 perempuan yang jadi ustazah :p *


Penulis ni sangat cemerlang dalam peperiksaan. Selalu dapat jayyid jiddan dalam exam kerana kebiasaannya pensyarah tak bagi Mumtaz pada pelajar2.


antara exam yang beliau dapat JJ:
ujian yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Ilmu2 Timur di Allah Abad anjuran badan kerajaan di bawah penyeliaan Kerajaan Utra Pradesh India iaitu:
-Ujian Mawlawi
-Ujian 'Alim




Wallahu a'alam......


p/s: sorrylah sebab gaya penulisan kurang ceria sedikit. Terpaksa kawal gaya penulisan atas sebab2 tertentu, dah tak leh nak emo2... huhu



gravatar

Para Da’ie Yang Berada Di Pinggir Da’wah

Oleh Fathi Yakan



Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.

Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicita-citakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!

Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

قدرشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.
Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan

‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan
meruntuhkan kekuasaan Thaghut....

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya. 

Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!
( وََأمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ اْلهَوَى ( 40 ) َفإِنَّ الْجَنََّة هِيَ اْلمَْأوَى ( 41
“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)

Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaranajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....! 

إِنَّ الّلهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ َأنفُسَهُمْ وََأمْوَاَلهُم بَِأنَّ َلهُمُ ا َ لجنََّة يَُقاتُِلو َ ن فِي سَبِيلِ الّلهِ
َفيَ ْ قتُُلو َ ن وَيُ ْ قتَُلو َ ن وَعْدًا عََليْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالُْقرْآنِ وَمَنْ َأوَْفى بِعَهْدِهِ مِنَ
الّلهِ َفاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وََذلِكَ هُوَ اْلَفوْزُ الْعَظِيمُ
“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuhkemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat, Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

Para penda’wah perlu mengingati bahawa memang sebenarnya jalan ke syurga itu sulit dan sempit. Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya! Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu baginda bersabda:

من خاف ادلج ومن ادلج بلغ المنزل. الا اسلعة الله غالية ألا ان سلعة
الله الجنة (رواه الترمذي ولحاآم)
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Kemudian ia berkata:

اهاجرمعك
“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang.

Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata: 
ماعلى هذا اتبعتك ولكن اتبعتك ان ارمى هاهنا (اوأشارالى خلقه بسهم)
فاموت فادخل الجنة
“Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti
Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”

Mendengar kata-katanya itu, RasuluLlah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

ان تصدق الله ليصد قنك الله
“Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu itu.”

Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan pertempuran.

Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu bertanya:

أهوهم؟
“Benarkah dia..?
Para sahabat menjawab:
نعم
“Ya benar!”

Akhirnya Rasulullah bersabda:
صدق الله فصد قه.
“Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah
diucapkannya”

Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terusmenerus, pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan untuk termasuk golongan syuhada’!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا َلنَهْدِيَنَّهُمْ سُبَُلنَا وَإِنَّ اللَّهَ َلمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69) 


http://penggalikubur96.blogspot.com 



Wallahu a'alam

gravatar

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud


Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]
“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]
“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]
“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]
“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”
“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]
“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]
“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]
“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.
Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)
SISIPAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN DAN HADIS QUDSI
1.  Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.”(Riwayat Qudha’I, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)
2.  “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
3.  Berkata Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Saw. telah bersabda: ”Allah telah berfirman: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasih-Ku, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” (Riwayat Qudha’i)
4.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)
5.  “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaff: 16)
6.  Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
7.  Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” (Riwayat Dailami)
8.  “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)

Wallahu a'alam

Mengarut3