UMRAH 2
Bismillahirrahmaanirrahiim
Aku dan kawan2 yang baru dikenali berborak2 di lapangan terbang Cairo. Lambakan manusia membuatkanku terkenang pada peristiwa pada bulan 1 yang lepas di mana pelajar2 Malaysia dikumpulkan di lapangan terbang Cairo untuk proses evakuasi ke Jeddah.
Memang jumlah manusia yang ingin menunaikan umrah sangat ramai. Hendak bernafas pun susah, apatah lagi jika hendak bergerak ke sana ke mari. Rata2nya berpakaian putih, baju putih, seluar putih, jubah putih, selendang putih, hatta kasut pun berwarna putih! [nasiblah Arab ni tak diwajibkan berstoking, kalau tak, mana nak cari stoking putih..]
Setiap 4 orang akhawat daripada rombongan masing2 dipadankan dengan seorang musyrif.. Dan yang lucunya, akhawat masing2 menjadi 'makcik' kepada musyrif tersebut.. ~apelah nasib~ aku & 3 orang kawan baru iaitu aisyah, adilah, n sorang lagi menjadi 'makcik' bagi seorang musyrif yang bernama mukhris. Tak tahu la ustaz padankan macamna.. tapi sistem musyrif ni penting sebagai rujukan apabila bermusafir ke mana2, terutamanya apabila berada di Tanah Haram kelak..
Di dalam kapal terbang, nombor yang tertera pada tiket adalah _____
"Hai, nama ape?"
"Nurul Syifak" [aku rasa dah lama tak bertaaruf dalam kenderaan.. sejak datang Mesir ni rasa macam kekok nak berkenalan dengan orang yang tak dikenali, apatah lagi nak memulakan langkah bertaaruf... teheee :p selalunya aku yang start berbual, tapi kali ni memang terbalik kuang ]
"Awak nama ape? eh, umur berape?? hehe"
"Oh, panggil je kite Rina. Umur ****.."
"ooo, kakak la nie.."
"eh, tak payah la panggil kite kakak.. panggil rina je.. "
"ok.. :) "
******************************************************************************************************
Airport Jeddah
"Waaaaaaaaaa... besar jugak airport untuk jemaah umrah / haji ni.." aku memuji dari dalam hati.. Airport untuk jemaah haji berbeza dengan airport yang aku pernah sampai semasa proses evakuasi yang lepas. Airport yang lepas lebih beraircond [masa evakuasi haritu, kami solat atas simen tiles putih tempat orang lalu lalang.. nak masuk surau tak muat, jadi solat kat luar je lah.. ] tetapi airport yang ni memang..... panassssss...
-pertama sebab musim panas
-kedua sebab tak berdinding
-ketiga sebab tak dak ekon [dah takdak dinding camna nak ada ekon kan?? ]
bantai je lah.. asalkan sampai ke destinasi sudah.. tapi satu kesilapanku yang akan kuingat sampai bila2.. oleh kerana aku taknak bawak beg besaq kargo, aku bawak beg yang takdakla kecik mana pun, baik bawak beg kargo ja, boleh letak banyak barang. n beg tu pulak x leh guna handle.. memang el nasib wal malang la.. Jaja dah nasihat berkali2 supaya aku bawak je beg kargo, mesti ada oranglen bawak punye...
tapi keras kepalanya aku taknak ikut nasihat dia..
Jadi, masa nak tarik beg yang berat 20++kg tu memang bermasalah memandangkan handle rosak. Aku cuba menenangkan diri sendiri [yang dah kurang bertenang ni] supaya bersabar..
Aku berniat untuk meminta Jaja kirimkan pada sesiapa yang akan mengikuti Trip ke-2 agar tolong bawakkan beg hitam putihku [bukan tahi cicak ok]
Dari Jeddah kami menaiki bas yang berekon ke Madinah al-Munawwarah. Sepanjang perjalanan tu, aku bijak membuang masa dengan tidur sahaja.. Letih..
Lebih kurang pukul 8 atau 9 pagi aku rasa kakiku berhaba.. Pelik kan, patutla mimpi macam2. Aku mengangkat kakiku ke atas kerusi. Memang lantai bas tersebut berhaba. Kasut hitam bertutup milikku juga berhaba di dalamnya. Panas..
"Sedangkan dalam perjalanan pun sudah tidak tahan, agak2nya bagaimana kalau sudah sampai di sana nanti? " bisikku dalam hati.
"Na'udzubillah, bagilah perjalanan ini lancar saja.. ya Allah, maafkan aku atas segala kesalahanku selama ini.. secara jujur aku rasa seolah belum bersedia, takut, dan segala perasaan yang bukan2.."
Aku cuba menyelak langsir tingkap. Subhaanallah..!! hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dalam hati ni. Pertama kali kulihat perjalanan yang semuanya BATU & PASIR SAHAJA!!
[sebelum ni memang pernah jalan2 di Wadi arRayyaan yang PASIR SAHAJA.. tetapi kali ni batu besar2 n pasir... ]
kusangka tanah di sini semuanya berpasir macam di Piramid Giza.. rupa2nya ada jugak batu-batan..
..............akan bersambung, insyaAllah...............