gravatar

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat
www.iluvislam.com
dihantar oleh: Cahaya Pertunjuk
editor: deynarashid


Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” 
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)


3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada saf-saf terdepan” 
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)


4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf–saf” 
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. 

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia” 
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)


7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” 
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” 
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang–orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’” 
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang sedang makan sahur. 

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur” 
(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


*Sumber Tulisan Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi (Orang – orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005 

gravatar

~~** Lo0k!!..Ice Town**~~













gravatar

Kereta Berkonsepkan Tembikai....Ish3!!!..

Bismillahirrahmaanirrahiim



--Cuba tengok kereta ni...memang yang empunya kereta ni mesti selalu makan tembikai..habis semua nak dicat nya seakan2 tembikai..memang suka sangat2 nie.. atau pun..dia ni tokeh besar tembikai...hehheheh--








Gratisan Musik


gravatar

Muslimah Hari Esok

Bismillahirrahmaanirrahiim


Alangkah indahnya 
jika kita sebaik Siti Khadijah
Dapat menguatkan suami
Dengan harta dan cinta
Untuk meneruskan perjuangan
Menegakkan agama Allah


Alangkah indahnya
Jika kita sepemurah Siti Aisyah
Mencari-cari harta walaupun sebiji kurma
Untuk disedekahkan 
Di jalan Allah


Alangkah indahnya
Jika kita seperti Rabiatul Adawiyah
Mengintai cinta suci sepi dinihari
Aku menyembah bukan mengharap syurga-Mu
Bukan jua kerana takut akan siksa neraka-Mu
Tetapi
Kerana rinduku kepada-Mu
Juga kerana cintaku kepada-Mu


Ahh, Diri yang lemah


-Muslimah Hari Esok-




Kamu takkan mampu berbuat demikian. Kebahagiaanku terletak pada imanku, dan imanku terletak pada hatiku, dan tiada siapa yang berkuasa ke atas hatiku melainkan Tuhanku


-Ummu Kalthum binti Ali-




Wallahu a'alam

gravatar

Roh yang Besar

Bismillahirrahmaanirrahim



lame x update
walaupun banyak kali ust mumtaz ckp spy x pyh tulis sal diri sdiri dsb dlm blog, tp tgn nie ttpla nak menulis dlm blog jugak
haih~


nak share sumth
http://www.mymaktabaty.com/search/label/MP3:%20Abdullah%20Khairi%20Haroon
ceramah ust Abdullah Khairi
ust nie merupakan ayah kepada naimatul farhana, sorg junior dkt MMAS
comey2 ^^


k nazila, terima kasihla sbb banyak nasihat saya spy tinggalkan maksiat, walaupun k nazila x bce blog saya, tp saya ttp nak dedicate gak :D


semua kata2 k nazila tu melekat dlm hati, saya agak roh k nazila mesti besar, walaupun semuanya sbnrnya dtg dr Allah
sbb hrtu ust azrul penah ckp, klu ssorg tu rohnya besar, rohnya akan mudah bersentuhan dgn org d skelilingnya


sbb tu kdg2 ada ust yg cramah slow ja, tp ramai org kat cramah tu krn kata2nya masuk dan menusuk ke dlm kalbu..


Allah uji kita spy kita tahu apa sbnrnya yg haq dan apa yg sebenarnya yg batil..
jd awasla dgn setiap perbuatan kita, walau skit, ttp Allah kira..
hmmm, takutnyaa..


Qauluhu Ta'ala:
42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui
43. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang2 yang ruku'
44. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan kebajikan) sedang kamu melupakan diri (kewajipan)mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab [taurat]? Maka tidakkah kamu berfikir?


Al-Baqarah


pastu trylah baca surah Maryam
41-63 ada banyak kisah menarik... :)
anda akan jumpa 1 budaya yg kita amal d mesir nie
iaitu budaya salam, cuma yg peliknya kita sebut "Salamun 'alaik"
bukannya "assalamu 'alaikum"
perkataan tu dgunakan oleh Nabi Ibrahim kpd ayahnya..
Nabi Ibrahim syg ayahnya, walaupun ditentang, dia ttp mendoakan kesejahteraan utk ayahnya..


saya x mo explain lbh2, sbb bukan bidang saya pun, klu x psti sila tanya ust ye :)




next month dh nak xm, doakan kejayaan kita semua insyaAllah
n JANGAN MENIRU DALAM EXAM, APA KAMU MENYANGKA ALLAH TIDAK MELIHAT? ALLAH TIDAK MENGETAHUI?


CARILAH 1 TEMPAT DI MANA KAMU DAPAT MENIPU ALLAH
DAN CARILAH SUMBER REZEKI YG DATANG BUKAN DRPD ALLAH


awaslah dgn rezeki yg kita bakal beri pd keluarga kita, anak cucu kita, sel2 yg terbentuk


BOIKOT BARANGAN YAHUDI!!!


Wallahu a'alam


Mengarut3