gravatar

Amalan Ibu Mengandung + True Love and Pain


Bismillahirrahmaanirrahiim.. sini ada Tips2 amalan ibu mengandung oleh Ustazah Siti Norbahiyah.. :D

Selamat mendengar dan mengambil iktibar... [Selamat beramal la ye ;D ]


True Love and Pain

Jane is a typical college girl who enjoys life to the fullest. She loves her boyfriend so much and texts him every now and then.

Mark is Jane's boyfriend who works in a call center in los angeles. He's always busy doing so many things. He only manage to reply to Jane's texts when he got off from work. One time mark receive a message from jane : "hi baby! how are you? i miss you! call my house when u get home..take care! i love you!"

mark ignored the message because he always receive the same message whenever it is time for him to go home from work.

"baby, i miss you..did u eat yet?! Take care when you get home! ill be waiting for your call..i love you!"

"baby, where are you?! its unfair that you don't reply to my texts... well, im just gonna wait for your call..i love you!"

Mark reaches home and lay on his bed. The last time he knew is that he's reading Jane's text. He was so tired he fall asleep and wasn't able to return jane's call. He can still hear his phone beeps but he's too tired to take a glimpse on the message.

When he woke up the next day, he remembers that he needs to call Jane. He ignored the messages and dialed Jane's .. No one's answering in her house. He called up her cellphone and he was surprised that her father answered the call. In his voice you can feel his tears and hear his heart tearing apart.

"Mark, why havent you called?. Jane was waiting for your call all night!"

"Dad im sorry. i fell asleep being so tired from work... i was calling your house but no one was answering. where are you? so i can come over."

"Just meet me at jane's house." Mark went to Jane's house and much to his surprised he saw a lot of people inside. The house were so lighted but you can see the gloom on every person you'll meet there. He was greeted by Jane's mom on tears. She hug him tight and cried on his shoulders.

"Jane was waiting for you. She didn't come with us because she was waiting for your call. She was killed by robbers that broke in our house. She's gone , Mark. She's gone !!!

"thats impossible..she texted me..how could this happen!"

Mark can't look who's inside the coffin. He can't move and it feels like his whole body is stuck on the chair hes seating on. He wanted to cry but it seems that something is blocking his tears to fall down. He turned to his phone and read the messages of Jane.

"baby, im not coming with my mom and dad..im just gonna wait for your call.."

"baby..im so scared... it seems like theres someone downstairs..please call me now!"

"babe..someones here..they might kill me..please call me now, where are you? i need you here... "

"baby... . i love you!... " the last message from JANE

He wanted to shout and cry so loud. It's true that Jane is waiting for his call. Up to her last breath she only thinks about him.

He stared at Jane inside the coffin. Suddenly tears starts flowing down his cheeks. He can't say anything. The only words he uttered... "My baby, i'm so sorry! I could have known, i could have fought for you! i'm really sorry! I love you sooooooooooooooooooooooooooooo much!"

Now, pass this on right after you've read it.. only if you really love someone enough to do so

***Moral of the story... .when someone message you... please reply..


Moral from my point of view...
No matter who message you, call you, or who you love sooooo muchuk2 you should consider between your heart or Allah's rights..

Well, this story would be more interesting if the couple is already married right? hoho..

Okey, malas nak berleter di sini.. yang pasti cerita ni tak bermanfaat pun sekiranya diamalkan oleh orang Islam.. melainkan sekiranya diubah perkataan boyfriend kpd husband or girlfriend kpd wife... tapi citer ni memang sedihlaa... T.T
Kalau betul2 berlaku [setelah diubah watak], hmmmmm.... lagiiii sediiiiih..............

Wallahu a'alam

gravatar

Berjuang untuk Siapa?

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Muhasabah tuk diri sendiri..


 
Muhasabah untuk diri saya yang teramat dhaif ini.......

Ayat-ayat biasa yang didengar 

"Saya kalau tak ada si fulan , jangan harap saya nak masuk berjuang ...sebab si fulan lah yang tarik saya ...dan saya juga sukakan cara si fulan ...malah saya sukakan si fulan ..hik..hik..hik.. (hik tu hanya tambahan untuk meriahkan suasana)

"kalau si fulan x diberi jawatan...kita jangan datang program tu!"

"Si fulan kene lawan...! mana boleh gini..mana ada org lain yang layak...kalau si fulan xada..habis..hancurlah kita!"

"Tahu takkk...? mereka semua yang masuk perjuangan ni...semuanya kerana saya!,kalau x ada saya jgn harap dorang nak masuk!"

Ayat yang terngiang2..

"ish,,sy ni orng biasa2...sy malaslah datang usrah"

"hah!..usrah ni utk org yg ada jawatan jer...mmg patut dorang kene pergi...kite ni x gi pun xpa"

"ish..jawatan saya x tinggi...sy x nak buat kerja ni..."

"siapalah sy ni....org bawahan je...."

Perlu merendah diri..tapi tengok pada tempatnya...ketika paluan perang bersahut...! kita perlu ke depan..tanpa kira kita siapa..dan ketika jemaah memerlukan kita...kitalah orang yang paling beruntung!



Sedikit peringatan untuk diri saya yang dhaif ini....

Sejarah tetap sejarah. Namun sejarah peribadi didikan Rasulullah terlalu indah. Indah untuk dikenang, manis untuk di bayang, dan pastinya terlalu agong untuk diteladani.

Ianya bukan lakonan. Ianya satu keikhlasan. Mereka mempunyai pandangan tersendiri, namun mereka memuliakan pandangan sahabat lain. Cinta mereka mengatasi cinta diri sendiri. Jihad mereka bukan memburu ghanimah duniawi.

Nama empat sahabat agong khalifah Arrasyidin memang tiada tolok bandingnya, namun terlalu banyak nama lain mengukir dan melakar sejarah perjuangan unik ini. Benarlah kata Assyahid Syed Qutb Mereka adalah generasi Al Quran yang unik. Hasil tangan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Antaranya Khalid Al Walid

Indahnya membaca kisah Khalid Alwalid. Sejarah hidupnya penuh kegemilangan di medan peperangan. Dari zaman Jahiliah, beliaulah perancang menyebabkan medan Uhud menjadi medan muhasabah sepanjang masa pejuang Islam. Di kemuncak karier sebagi panglima tentera, di tengah medan peperangan sedang bergelora, sampai berita pertukaran pimpinan perang. Khalid dilucutkan jawatan. Hanya menjadi tentera biasa. Semuanya percaturan politik saidina Umar alkhattab.

Bermusuhkah Umar dengan Khalid??? Tidak!!! Hilangkah kepercayaan Umar kepada Khalid??? Tidak. Curigakah Umar kepada Khalid??? Juga tidak!!! Apa perlu jawatan Khalid dilucutkan? Dia tidak pernah mengkritik Umar. Atau mengkritik orang kepercayaan Umar. Apabila ditanya tentang tindakan Umar…. Jawapan mudah… tanda betapa ikhlasnya Khalid Al Walid “ Aku berjuang bukan kerana Umar. Aku berjuang kerana Allah”

Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid. Terlalu agongnya cinta Khalid kepada perjuangan Islam. Kalau Khalid mengkritik Umar, Khalid punya alasan yang kuat. Khalid menerima dengan penuh kerelaan. Namun Umar jua punya alasan tersendiri. Tindakan Umar kerana sayangnya Umar kepada perjuangan. Umar mahu menjaga perjuangan. Memastikan halatuju perjuangan di landasan yang benar. Tindakan Umar ialah tarbiah buat tentera agar mereka menyedari bahawa kemenangan tentera Islam adalah kerana pertolongan Allah, bukan kerana kehebatan Khalid.

Pernahkah Khalid mendakwa kemenangan Islam kerana kebijaksanaan atau kepimpinannya?? Atau pernahkah Khalid mengkritik pemimpin pasukan tentera lain yang mungkin tidak sehebat percaturan Khalid atau kemenangan yang diperolehi Khalid?? Tidak… tidak… tidak sama sekali… Jauh sekali untuk Khalid bertemu musuh meluahkan kekecewaannya. Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid!!! Semoga kita semua mencontohi Khalid Al Walid walu kita bukan bernama Khalid!!
 
Seorang ulama tasawuf terkenal, Fudhail bin Iyadh pernah menyebut: “Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia adalah riak. Melakukan sesuatu amalan kerana manusia pula adalah syirik. Penyelamat daripada kedua-duanya ialah ikhlas.”
Artikel Asal : http://u-jam.blogspot.com/2011/03/eh-aku-malaslah-berjuang-untuk-siapa.html

gravatar

Al-Mursalat; 32

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Sudah lama saya nak cita tentang ayat ini.. ayat2 daripada surah al-Mursalat.. tetapi saya tidak akan ceritakan semua kerana gelap malam memanggil2 mata saya untuk dilelapkan.. fuhh! ayat~~

Al-Mursalat ayat 32
"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana.."

Subhaanallah.. sepertimana yang digambarkan dalam ayat ini tentang kebesaran makhluk2 ciptaan Allah.. 
bunga api = percikan api (macam yang keluar dari sisi pemetik api apabila kita cuba nyalakan api di pemetik api tersebut )

Sahabat2, bunga api tersebut telah menjadi salah satu perbandingan hidup kita di dunia dan neraka kelak.. 
percikan bunga api yg tak sampai 1 mm tersebut besarnya seolah2 sebesar istana.. kawan2 pasti pernah ke istana dan melihat sendiri betapa besar dan luasnya sesebuah istana.. 

itu baru azab sebesar percikan api.. bagaimana pula dengan azab hamparan api neraka-Mu ya Allah...

ayat Quran ini telah diceritakan oleh ustaz Abdullah Ismail di kelas bahasa Arab lebih kurang 4 minggu lepas. Terima kasih ustaz kerana telah banyak mengajar tafsir Quran walaupun pada mulanya agak susah untuk saya memahami bahasa Arab fushah.. Saya suka kelas ustaz... sayang nak ponteng kelas ustaz.. kerana saya percaya dengan hadis Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam;

"barangsiapa ke majlis ilmu untuk belajar 1 bab ilmu adalah lebih baik daripada orang yang solat sunat 100rakaat di rumahnya.."


p/s: tengah taip sambil dengar lagu yang sayu... drpd blog sapa ntah... sedap betul.. n sayu betul...

dedikasi khas buat para pembaca:


dengar ya!

Wallahu a'alam.... bantal dah memanggil2.. :P

gravatar

BILA SYAITAN MENGUASAI NAFSU AMARAH...

BILA SYAITAN MENGUASAI NAFSU AMARAH...

"Debukk...!" Si adik menolak si abang dengan kuat sehingga terjatuh. "Belah lah!...", adik bagaikan dirasuk. 

Nasib baik abangnya tidak melawan, tetapi sekadar meninggikan suara untuk dihormati oleh adik yang disayanginya, "Kalau nak suruh orang keluar dari bilik ini pun, cakap elok-elok pun tak boleh ke?". Adik terus melepaskan tumbukan ke cermin mata abangnya. Namun, abangnya tidak membalas kerana tahu akan tarbiyah.

Kerana dengar pergaduhan si abang dan adiknya, ayah naik ke tingkat atas dan memarahi abangnya tanpa soal siasat.

"Kau ingat dah besar sangat nak tumbuk adik kamu! Pergi kamu dari rumah ni!", si ayah memarahi si abang yang terus dimarahi. Si abang terdiam, sudahlah ditolak oleh adiknya yang disayanginya, kini dia dimarahi ayah akibat suara kemarahan adik yang membuatkan ayah salah sangka.

Si abang cuba memberi penjelasan. Tetapi, macam biasalah... Syaitan mengambil kesempatan menutup telinga ayah, sekaligus menutup 'meja rundingan'. Dengan 'bisikan' syaitan yang menguasai, ayah terus-menerus dihasut. "Kau nak melawan aku ya! Pergi berambus kau dari rumah ni!" sambil mengungkit jasa-jasa dan bantuan yang diberikan olehnya pada anaknya, si abang itu. 

Si abang menangis. Memang malu kalau abang yang menangis. Tetapi itu lebih baik dari membalas. Tarbiyah jugaa mengajar untuk menghormati ibu bapa, namun ayahnya yang telah dikuasai nafsu amarah, terus menyerang muka abangnya tanpa belas kasihan.

"Sudahlah, abang!" si ibu masuk campur menahan perbuatan ayah. Ayah masih belum hilang sabar. Si adik yang menolak abangnya tadi terdiam. Mungkin syaitan-syaitan mula fokus terhadap kemarahan ayah.

Si abang naik ke loteng, menangis di tempat tidur. Seolah-olah telah hancur keluarga sakinah yang diimpikan olehnya selama ini. Tarbiyah mengajarnya bahawa " Parents are always right", lalu si abang memberanikan diri meminta ampun daripada ayah.

Belum sempat si abang turun dari loteng, syaitan mula mengatur langkah. Mereka tahu bahawa si abang yang hebat tarbiyahnya itu bukan sebarangan orang. Paling tidak pun, hasutan daripada syaitan berpangkat lebih tinggi sangat diperlukan.

"Ayah, minta ma..." "Pergi! Jangan kau dekat ngan aku! aku tak nak tengok muka kamu! Kamu anak durhaka!". Syaitan bertindak lebih pantas, lantas hati abangnya yang ingin meminta ampun pada ayahnya tersentak. Yah! Tolong halau budak ni keluar! aku taknak tengok muka dia!" arah pada isterinya.

Ibu berdiam diri. Tahu anaknya itu bukannya anaknya yang nakal. Dia tahu anaknya cuba merendahkan ego berjumpa ayahnya untuk memenuhi hak dan meminta ampun. " Yah nak buat ape bang, dia nak mintak maaf ngan abang, nanti Allah marahkan Yah sebab sekat anak mintak maaf..". Mungkin sedikit perkongsian usrah dari si anak 'memberi' kekuatan untuk ibu berbicara sebegitu.

"Kamu pun setan juga! sama macam anak kamu!" Ayah terus memarahi isterinya bila sebut nama Allah. Ibu mendiamkan diri tanda mentaati si suami. Si abang pula terus-menerus memujuk ayah walaupun terus dihina.

Ayah memasuki bilik dan menguncinya. Dia tidak mahu langsung membuka meja pendamaian, syaitan mula bersorakan, menandakan kemenangan. Si ibu terus bersabar akan karenah suaminya. Si abangnya yang sulung bersimpati pada adiknya yang rapat. Si adik yang mencetuskan pergaduhan itu pula diam membisu, seolah-olah terjaga dari sebuah pertiduran. Si abang yang teraninaya terus menerus beristighfar dan merasai bahawa :

"AKU SEDANG DI UJI..."

*********************************************************

Cerita di atas tidak ada kaitan dengann saya, sekadar petikan dari kisah hidup manusia yang dikuasai syaitan. Kepada bakal ibu bapa, hargailah anak-anak yang ada. Kepada anak-anak, PARENT IS ALWAYS RIGHT!

P/S : Tak sangka ujian orang yang ada tarbiyah sampai tahap macam tuh...

gravatar

amalan2 pada 10 muharam -esok la

Bismillahirrahmaanirrahiim


amalan2 pada 10 muharam -esok la. Amalkanlah, besar barakahnya

1. Awal pagi bangun mandi sunat asyura

2.Puasa sunat asyura - pahalanya spt menjamu makan seluruh umat muhammad

3.sunat ziarah orang sakit

4.sapu kepala anak yatim (khususnya yg belum baligh).kalau dianya saudaramara kita, sapu kepalanya dari dpn kebelakang kepala. Kalau diany...a bukan saudaramara kita, sapulah kepalanya dari belakang kepala ke depan (muka)

5.Sunat potong kuku

6.sunat melebihkan pblnjaan utk keluarga

7.sunat menghubungkan silaturrahim

8.bacalah surah al-Ikhlas 1000x  (akn dpt tilikan rahmat drp Allah

9.solat sunat asyura - 4 rakaat 2 salam (setiap rakaat bacalah surah al-Ikhlas 15x). Ganjarannya akan dapat mengkifaratkan dosa selama 50tahun.

10.Sunat bercelak mata.(sebaik2nya celak Asmir). bacalah doa semasa bercelak surah al-Insan :ayat 19 (maksud ayat :Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka mutiara2 yg bertaburan). Insyaallah akan menyerikan wajah anda yg mgamalkannya.

11.Selepas solat tahajjud atau solat subuh baca dan hembuskan pada air (air mawar- 1/4 botol dicampur dgn air biasa dlm 1 jag).
Bacakan surah alfatihah, dgn 7 waqaf, selepas iyyaa kana'budu........kanasta'in dan selepas waladdhoollin, niatkan sambil menghembus tadi supaya diberi afiat, ulang baca fatihah ini 7x
  Air ini gunakan untuk basuh muka dan basuh lutut (ketika basuh lutut baca salawat syifak - insyaallah jadi ubat.

(sebenarnya ada 2 lagi, tapi ana termiss, sapa2 yg tau, tolong tambahkan)

SELAMAT MENGAMALKANNYA DENGAN PENUH KEKHUSYUKKAN DAN KEIKHLASAN.
(Semua ini ana dapat drp ustaz Fadhil Hassan. terima kasih ustaz kerana mengijazahkan ilmu ini yang dpt dimanfaaatkan oleh umat islam seluruhnya.

posted by sorang hamba Allah [mom]
ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa umat Islam seluruhnya..

Amiin..

Wallahu a'alam..

Mengarut3