gravatar

Renungan 1430 H, 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim


Inginku khabarkan ceritera diri ini..
Okeh2, merepek saja.. read carefully what I’m going to tell u about me, myself n i
Usah dikenang lembaran silam jika ia membuatkan dirimu timbul tenggelam
Cukuplah dosa lalu sebagai pengajaran
Usah bercita2 untuk menawan dunia jika bekalan masih belum mencukupi
It’s hard to be me..



“belajarlah ilmu sains agar kamu lebih nampak kebesaran Allah, untuk mengenal siapa pencipta kita”





Ya Allah, permudahkanlah kami dalam menggapai redha-Mu
Ya ‘Aliim, permudahkanlah kami dalam mendalami ilmu2-Mu
Ya Hakiim, kurniakanlah kami kebijaksanaan Sulaiman
Ya Syafi, berilah kesembuhan kepada kami dalam taat, berikanlah peringatan kepada kami dalam ingkarnya kami, sesungguhnya kami hamba2-Mu yang selalu alpa..
Ya Syakuur, masukkanlah kami dalam golongan yang sedikit, iaitu golongan yang bersyukur kepada-Mu..

Ya Latiif, lembutkanlah hati kami, ingatkanlah kami supaya sentiasa berzikir mengingati-Mu



Ya Waliyy, peliharalah kami daripada sebarang kemaksiatan
Ya Hafiiz, ya Allah, peliharalah kami daripada sebarang bencana
Ya Haqq, tunjukkanlah kami jalan kebenaran..
Ya Ghaniy, mudahkanlah serta murahkanlah rezeki kami dari darat, dari laut, dari langit, yang susah mahupun yang jauh..
Ya Raheem, hanya Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui isi hatiku ini.. tenangkanlah hatiku ya Allah..
Ya Allah, kepada-Mu kami hadapkan wajah dari timur dan barat..











Allah, apalah yang aku fikirkan ini, kiranya dunia menjadi milikku, 

tidak perlulah aku dihidupkan, sedang dunia itu makhluk yang hina,
membawa kelalaian
Tempatnya untuk bercucuk tanam, berusaha dan bukannya berehat!

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah semasa hidup dan semasa mati, dan lindungilah diriku daripada fitnah Al-Masih Dajjal
-doa selepas bacaan tahiyyat akhir, sebelum memberi salam-
~al hadis~


"Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku.."


Harini saya dapat 1 term baru
Masdarnya “sosial”
Kak nazila cakap; So SIAL
Saya cakap; keSIALan dalam keSOSIALan
Haha, mudah bukan? (>.<)









Adakah benar kita tidak lalai?
Sesungguhnya ya kita sememang lalai,
bukan hanya lalai, tetapi leka dengan nikmat dunia,
leka dengan nikmat yang akan memusnahkan dan menyedihkan kita di akhirat kelak.


Adakah benar kita tidak lalai?

Percaya atau tidak sememangnya kita lalai dan leka,
kita mampu untuk mendengar berpuluhan lagu sehari,
atau mungkin beratus-ratus banyaknya,
tetapi kita tidak mampu untuk mendengar dan membaca berpulu-puluh juzuk Al-Quran sehari,
atau berpuluh-puluh helai sehari,
atau setidak-tidaknya berpuluh-puluh ayat sehari,
kita tidak mampu!


Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu untuk menghafal lagu-lagu kegemaran sendiri,
tetapi kita tidak mampu untuk menghafal Al-Quran,
kita tidak mampu untuk menghafal hadith Rasulullah,
kita tidak ada masa untuk menghafalnya walau sebaris pun.
Kita tidak mampu!


Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu membaca dan memahami novel-novel yang diminati,
tetapi kita tidak mampu untuk membaca malahan memahami isi-isi Al-Quran,
kita tidak ada masa untuk membaca malahan memahami kitab-kitab Hadith Junjungan Nabi Muhammad S.A.W,
kita tidak mampu dan tiada masa untuk membaca malahan memahami kitab-kitab karangan Ulama' untuk mendidik hati supaya dekat kepada Allah.
Kita tidak mampu!


Adakah benar kita tidak lalai?

















Kita mampu untuk menambah masa kita bagi mengadap komputer,
menambah masa untuk menele'ah sesawang sosial seperti facebook,

blog, atau chatting atau seumpamanya,
tetapi kita tidak mampu untuk menambah dan meningkatkan amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasul-Nya,
amalan yang membuatkan kita dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.
Kita tidak mampu!



Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu menghadiri pelbagai program bersama rakan-rakan,
bersiar-siar,
bermandi-manda,
ber"barbeque",
bersoronok dan bergembira,
tetapi kita tidak mampu untuk menghadiri program dan majlis-majlis ilmu,


kita tidak mampu dan tiada masa untuk menyertai majlis-majlis yang menambahkan kefaqifah kita dalam bidang agama, Aqidahnya, Tauhidnya, Feqahnya, Ibadahnya, Sirahnya, Akhlaknya, Tasawwufnya, Muamalatnya, dan seumpamanya.
Kita tidak mampu!


Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu mengadap televisyen berjam-jam lamanya,
menonton pelbagai santapan untuk hiburan hati dan diri,
tetapi kita tidak mampu untuk bangun mengadap Rabbul Jalil ditengah malam walaupun untuk seketika,
kita tidak mampu dan tiada masa untuk mengangkat tangan memohon doa berjam-jam lamanya kepada Allah,
malahan kita tidak mampu dan tiada masa untuk menyegerakan ibadah kepada-Nya.















Kita tidak mampu!


Mengapa?

kerana kita terlalu sibuk dengan urusan dunia,
urusan yang entah bila akan tamat dan habis,
urusan yang mungkin seronok dan menyeronokkan,
atau mungkin yang sedih dan mendukacitakan,
atau yang mungkin bosan dan membosankan.





Sahabatku,
Adakah mendengar lagu itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding membaca Al-Quran?
Adakah menghafal lagu itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Rasulullah berbanding menghafal Al-Quran dan Hadith baginda?
Adakah memahami novel itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding memahami isi Al-Quran, hadith-hadith Nabi junjungan dan memahami kitab-kitab yang mendidik jiwa dan hati agar dekat kepada Allah?
Adakah menambah masa mengadap komputer itu lebih utama dan dituntut oleh Allah berbanding menambah dan meningkatkan amalan yang membuatkan kita dicintai oleh Allah dan seluruh malaikat?
Adakah menghadiri program bersama rakan itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding menghadiri program dan majlis ilmu untuk menambahkan kefaqihan kita kepada ilmu-ilmu akhirat?
Adakah meluangkan masa mengadap televisyen itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding meluangkan masa mengadap Allah seketika di malam hari
Adakah semua itu lebih utama?!!


Tidak mengapa untuk anda lakukan semua itu,
jika anda sentiasa mengkhatam Al-Quran setiap hari,
sentiasa menghafal ayat-ayat Allah dah hadith baginda setiap hari,
memahami Al-Quran dan hadith Rasulullah setiap masa dan ketika,
sentiasa mendekatkan diri kepada Allah setiap hari,
sentiasa meningkatkan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya,
sentiasa menambahkan ilmu dan kefaqihan anda kepada Ilmu wahyu dan ilmu agama setiap hari,
jika anda benar-benar sudah faqih dan 'alim!!
Tidah mengapa, terus lakukan semua itu!!





Tetapi sedarlah hakikat sebenarnya, 
anda belum sampai ke tahap itu,
anda belum berjaya memastikan diri anda selamat dari azab Allah,
anda masih tidak banyak ilmu dan amalan di dada untuk beramal dengan syariat-Nya,
anda masih tidak mampu untuk mengawal diri untuk tunduk kepada perintah dan arahan-Nya,
anda masih tidak mampu meningkatkan ibadah dan amalan yang dicintai-Nya.


Wahai sahabatku,
setakat manakah bacaan Al-Quran kita setiap hari, 
hafalan kita, kefaqihan kita dan dekat kita kepada Allah,
amalan kita dan kecintaan kita kepada apa yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah.
Setakat mana?


Malangnya umat mu Ya Rasulullah,
mereka melebihkan perkara dunia berbanding akhirat.


Ayuh berubahlah sahabatku yang dikasihi.
Tahun 1430 Hijriyyah bakal meninggalkan kita,
Mahukah kita untuk terus berada di tahap sebegini rupa?
Tahap yang hanya merugi dan memusnahkan diri di akhirat kelak.
Adakah sudah cukup bekalan yang kita bawa untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak?
Adakah amalan kita itu mampu untuk menyamai timbangan seberat nikmat sebiji mata yang telah dikurniakan?
Sesungguhnya tidak wahai sahabatku, tidak akan sama sekali menyamai berat nikmat sebiji mata, malahan dengan sehelai rambut pun ia tidak dapat menyamai timbangan tersebut.


Ayuh berubahlah, Islahlah, perbaikilah dirimu, dan diriku,
masih belum terlambat,
pintu rahmat dan kasih sayang-Nya masih terbuka sebelum ajal menjelma.






Bersempena MAAL HIJRAH NIE, saya nak tukar tajuk blog jadi
....................
x tahu.. ada apa2 cadangan??




[pesanan penaja: kredit gambar bunga kepada Ahmad Syarafi, gambar muslimah tanpa wajah tu kepada Kidal]
p/s: err, gambar kawan2 ppuan tu saya saja buh, takde kaitan ngan mana2 entri pon.. sebab sayangkan mereka barangkali :D
sorry, letak gambar korang tanpa kebenaran XD  


pedulikan susunan yang tak teratur nie, sbb mouse saya dah rosak.. malas nak edit


Wallahu a'alam

gravatar

Titanic

Bismillahirrahmaanirrahiim




Saya suka lagu nie, sejak form 2.. tapi saya tahu bahaya lagu ini.. huhu




okeh, ini adalah salah satu rancangan freemason untuk melalaikan kita daripada berzikir mengingati Allah
dan membuat kekacau-bilauan dalam diri kita


dengan lupa berzikir kita akan..


-jadi lemah semangat untuk membuat kebaikan, ibadat
-leka menunaikan kewajipan
-mudah dihampiri, digoda oleh syaitan
-lemah ingatan
-senang menghampiri  maksiat malah tak segan untuk melakukan maksiat


dan macam2 lagi kesan negatif




"Alaa bidzikrillahi tatma'innul quluub"
Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang


Dengan berzikir umat Islam akan menjadi kuat
kerana agama Islam menekankan kepentingan berzikir sepanjang waktu


sehingga kita dapat merasa setiap sel darah yang mengalir menyebut ya Allah
walaupun hakikatnya kita tak dengar, apatah lagi untuk membayangkan
[tapi cena saya leh terbayang pulak ye?? kuat berangan neh XD   ]






hidup selalu diindahkan dengan bayangan




Saya bukanlah seorang ustazah mahupun ulama', cuma saya teringat hadis yang saya baca semasa sekolah n matrik dulu
[jangan tanya siapa perawi atau apa2 yang berkaitan, kalau tak percaya, kaji sendiri ok]




"Apabila Seseorang lalai daripada mengingati Allah sedetik, dia diumpamakan seperti lalai selama seribu tahun"
maknanya kita telah kerugian 1000 tahun umur kita kerana tak ingat Allah sedetik!
Astaghfirullahal 'azeem




dan suka untuk saya perkenalkan 1 zikir nie...


Subhaanallahi wa bihamdihi, subhaanallahil 'azeem











Hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:


"kalimataan habiibataan ilarRahmaaan, khofeefataan 'alallisaan, tsaqeelataan fil miizaan.. Subhaanallahi wabihamdihi subhaanallahil 'azeem


2 kalimah yang dicintai oleh Allah, ringan untuk disebut, tapi berat di timbangan Al-Mizan
Maha Suci Allah dan puji-pujian baginya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar








astaghfirullahal 'azeem
astaghfirullahal 'azeem
astaghfirullahal 'azeem


saja sebut banyak2 kali, supaya syaitan semuanya lari, insyaAllah
=D
sebab syaitan akan rasa menyesal apabila dia telah menggoda manusia, tetapi bila manusia tu sebut istighfar, dia rasa kecewa kerana gagal menyesatkan anak adam lagi..


insyaAllah 
[hasil pembacaan buku ASUH.. hoho ]







Gratisan Musik




Wallahu a'alam

gravatar

Protokol2


Bismillahirrahmaanirrahiim


Apa khabaq semua?? [haih~ bilalah nak jadi betul sikit ye.. asyik tanya kabaq orang, kabaq sendiri pon tak betul2 lagi.. huhu]


baiklah anak2 semua, harini saya nak bercerita tentang protokol atau peraturan atau nizom dsb
ikut suka andalah nak buat masdar apa pun, saya tak kesah.. hihi


PERATURAN HAIWAN


okeh, secara simplenya semua orang tahu manusia tu apa... kita tak sama macam binatang, tak sama macam tumbuh2an dll

betul tak?? "BETUULLL"

sebab apa ye? sebabnya..
binatang makan makanan yang belum dimasak,
kecuali kucing rumah yang suka makan ikan goreng tuh, biaq pi kat dia la ye..

haiwan tak pakai baju
kecuali anjing chihuahua yang dibela oleh kebanyakan orang berada, kononnya mengikut trend masa kini 'anak' mereka

haiwan tak reti memandu kereta
kecuali monyet 2 ekor dalam citer power rangers yang asalnya adalah 2 pembuli di 1 sekolah
haha XD

haiwan tak reti bina rumah sendiri
kecuali sejenis burung yang bernama apa ntah, sarang burungnya cantik banget..
suka banget melihatnya.. hihi

dah terlebih contoh pulak..
pendek kata, haiwan ni tak de peraturan
sebab apa? sebab haiwan takde akal bijak seperti yang Allah kurniakan pada kita
betul?? "BETUUULLL"

peraturan haiwan ni simple ja, tak perlu buat kertas perlembagaan, piagam ke apa ke
contohnya, seekor anjing perlu buang air di suatu kawasan untuk menandakan bahawa kawasan itu adalah hakmiliknya

haiwan perlu beradu tenaga untuk membuktikan siapakah yang layak menjadi ketua kumpulan bagi kelompoknya
[kalau nak tengok bukti, pi cari kat national geographic]


konklusinya, haiwan takde akal.. apapun mereka masih punya perasaan

buktinya..

-bapa2 penguin sanggup berdiri STATIK beramai2 sampai 3 bulan semata2 nak melindungi anaknya daripada musim sejuk yang melampau..

ajaib bukan? itulah kasih sayang yang Allah campakkan pada bapa penguin yang takde akal tadi


-ibu ayam marah bila kita nak amik anak2nya.. sampai patuk2 tangan kita..

ibu ayam yang pengasih, meskipun dia dia bertelur banyak2


n banyak lagi contoh2..


bersambung...



gravatar

Kembara Ilmu

Kembara Ilmu
Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan


gravatar

00- Intro The Arrival




Bismillahirrahmaanirrahiim


Apa khabar semua? sihat?? [atau saya yang tengah sakit tetiba bertanyakan soalan begini]


Saya akan mula membincangkan tentang siri2 The Arrival ni..


Perhatikan baik2 siri2 ini..


Saya buat sedikit ringkasan tentang isi kandungan siri dokumentari ini


The Arrival mengandungi beberapa penyiasatan yang membongkarkan rahsia2 rancangan AntiChrist atau Kelab Penyokong Dajjal, Freemason dsb
Juga mendedahkan

-mind control oleh freemason sejak kita dilahirkan

-kaitan cas positif n cas negatif dengan bentuk binaan bangunan

-peranan media massa untuk mengawal pemikiran penonton

-penggunaan lagu sebagai bahan pemujaan tuhan Freemason [Madonna n Britney Spears]

-rekaan cerita kewujudan makhluk asing supaya kita bergantung harap pada ketenteraan mereka untuk menyelamatkan diri daripada ancaman makhluk asing

-simbol2 freemason

-red carpet [simbol hamparan petak hitam putih]

-Agen CIA Tim Osman aka Osama Bin Laden

dsb yang anda PERLU TONTON SENDIRI untuk melihat bukti KEBENARANNYA

[seram sejuk saya menontonnya sorang2 di tengah malam..]


okey, sama2 kita menonton ye.. sambil2 tu ambil isi2 penting daripada filem ni..

The Arrival

Wallahu a'alam

gravatar

Insaf2

Bismillahirrahmaanirrahiim


ok, tu je

Wallahu a'alam

gravatar

The Arrivals

Bismillahirrahmaanirrahiim



SAYA DAH MULA MENONTON SIRI THE ARRIVAL

dan saya akan cuba menghabiskan sehari 2-3 episod
insyaAllah

istiqamah lagi baik drpd x buat apa2..
hehe

ANDA BILA LAGI???

ok, tu je, nanti bila2 free saya akan menonton buat kali kedua dan menceritakan serba sedikit tentang the arrival..


Wallahu a'alam

gravatar

Apa Salahnya???

Bismillahirrahmaanirrahiim

Dengan menggunakan gaya bahasa yang paling kureng sekali.. hehe

*peringatan buat diri sendiri sebenarnya.. huhu

Apa salahnya kalau solat awal? Dahla solat cam taik, agak2 Allah nak terima ka?
[berapa jumlah solat fardhu kita yang khusyuk? [khusyuk pada Allah bukan pada kita..] sedangkan Imam Syafie sendiri pun dapat kekhusyukkan semasa beliau berusia 40 tahun, apatah kita yang PENGIKUT mazhab syafie]

Apa salahnya pegi kelas, menuntut ilmu, dahla duk umah asyik berbungkus ja, eloklah, lemak memang sesuai disimpan dalam Saratoga

Apa salahnya kalau senyum kat orang? Dahla muka masam, tarik muka 14 macamna orang nak tegur

Apa salahnya kalau baca Quran ke, berzikir ke, dahla bercakap pon asyik mengumpat ja, tambah dosa lagi adalah..

Apa salahnya kalau memboikot barang2 keluaran zionis? Dahla pegang M-16 pun tak reti, jangan harapla nak pi berdiri depan kereta kebal, abih ketaq lutut beb!

Apa salahnya kalau bersedekah? Duk umah besaq banglo, tapi nak keluarkan duit serubu’ pon berkira

Apa salahnya pegi SC, katanya orang Islam, kata datang Mesir nak berubah, kata nak jadi doktor Muslim, tapi kalau datang SC pun tak mau, berlagak cam golongan sekular pulak

Ingatlah! Jangan sesekali mencampurkan yang haq dan yang batil..
“Sesungguhnya perkara haram itu jelas dan perkara halal juga jelas, dan apa di antaranya adalah perkara syubhat”

Takutnya nak masuk kubur..

Adakah sekarang kita suka kematian atau benci kematian? Sedangkan mati adalah sesuatu yang pasti..

Adakah sekarang kita cintakan dunia atau sepatutnya bencikan dunia? Sedangkan dunia dah tua kerepot, sepatutnya kita memusuhi dunia..

[kesian kat dunia, tapi nak buat camna, dia kena redha lah sebab dia pun hamba Allah jugak..]

Allahumma Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaabannaar..
Amiin

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka.. amiin

p/s: jauhkanlah sejauh2nya daripada perkataan2 yang kurang menyenangkan seperti bodoh, bengong, GILA [saya suka sebut perkataan ni.. adehh! Cthnya susah gile, tensen gile dan yg sewaktu dengannya.. isk3 T_T .. (-_-!) (>.<) ]
kak wa x suka dengar perkataan “gila”
sorry kak wa, nak cakap benda tu sangat2.. hehe =P



Sila hayati bait2 lirik lagu nasyid nie..

Kedamaian
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com

Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
kebesaran Alah dilupa keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi kerna iman sering diuji

Apa erti kedamaian kalau jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci berpanjangan
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman
apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan

Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan

http://rentakmuzik.blogspot.com/2009/07/zulfan-album-kedamaian.html

Wallahu a’alam

gravatar

Bittaufeeq wannajaah Shuhadak!!

Bismillahirrahmaanirrahiim



shuhadak:
x pe syifak, sabaq naa
ujian itu mematangkan hang lagi lam hidup ini
dalam kita nak jadi perfect mesti ada yang menghalang kita tanpa diduga
hang pun ada jawapannya sendiri
x perlu la aku nak lebih2
minta ngan Allah supaya jaga hati
that's enough
doakan aku.. aku tengah berjuang dalam medan exam ni
barakallahu fiik

ya Allah, peliharalah hatiku, jauhkanlah daripada sebarang maksiat
tetapkanlah hatiku pada jalan-Mu ya Allah
sesungguhnya Engkaulah Pemilik segala hati, suburkanlah hati kami dengan iman yang kuat pada-Mu
masukkanlah kami dalam golongan muttaqiin dan orang2 yang bersyukur

ya Allah, makbulkanlah doa2 kami, amiin
Selawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta ahlul bait..

amiin

Mengarut3