Apa Salahnya???
Bismillahirrahmaanirrahiim
Dengan menggunakan gaya bahasa yang paling kureng sekali.. hehe
*peringatan buat diri sendiri sebenarnya.. huhu
Apa salahnya kalau solat awal? Dahla solat cam taik, agak2 Allah nak terima ka?
[berapa jumlah solat fardhu kita yang khusyuk? [khusyuk pada Allah bukan pada kita..] sedangkan Imam Syafie sendiri pun dapat kekhusyukkan semasa beliau berusia 40 tahun, apatah kita yang PENGIKUT mazhab syafie]
Apa salahnya pegi kelas, menuntut ilmu, dahla duk umah asyik berbungkus ja, eloklah, lemak memang sesuai disimpan dalam Saratoga
Apa salahnya kalau senyum kat orang? Dahla muka masam, tarik muka 14 macamna orang nak tegur
Apa salahnya kalau baca Quran ke, berzikir ke, dahla bercakap pon asyik mengumpat ja, tambah dosa lagi adalah..
Apa salahnya kalau memboikot barang2 keluaran zionis? Dahla pegang M-16 pun tak reti, jangan harapla nak pi berdiri depan kereta kebal, abih ketaq lutut beb!
Apa salahnya kalau bersedekah? Duk umah besaq banglo, tapi nak keluarkan duit serubu’ pon berkira
Apa salahnya pegi SC, katanya orang Islam, kata datang Mesir nak berubah, kata nak jadi doktor Muslim, tapi kalau datang SC pun tak mau, berlagak cam golongan sekular pulak
Ingatlah! Jangan sesekali mencampurkan yang haq dan yang batil..
“Sesungguhnya perkara haram itu jelas dan perkara halal juga jelas, dan apa di antaranya adalah perkara syubhat”
Takutnya nak masuk kubur..
Adakah sekarang kita suka kematian atau benci kematian? Sedangkan mati adalah sesuatu yang pasti..
Adakah sekarang kita cintakan dunia atau sepatutnya bencikan dunia? Sedangkan dunia dah tua kerepot, sepatutnya kita memusuhi dunia..
[kesian kat dunia, tapi nak buat camna, dia kena redha lah sebab dia pun hamba Allah jugak..]
Allahumma Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaabannaar..
Amiin
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka.. amiin
p/s: jauhkanlah sejauh2nya daripada perkataan2 yang kurang menyenangkan seperti bodoh, bengong, GILA [saya suka sebut perkataan ni.. adehh! Cthnya susah gile, tensen gile dan yg sewaktu dengannya.. isk3 T_T .. (-_-!) (>.<) ]
kak wa x suka dengar perkataan “gila”
sorry kak wa, nak cakap benda tu sangat2.. hehe =P
Sila hayati bait2 lirik lagu nasyid nie..
Kedamaian
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com
Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
kebesaran Alah dilupa keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi kerna iman sering diuji
Apa erti kedamaian kalau jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci berpanjangan
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman
apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
http://rentakmuzik.blogspot.com/2009/07/zulfan-album-kedamaian.html
Wallahu a’alam
Post a Comment