Ilmu Bernilai Najis Cicak
Semasa di safarah, saya bertemu seorang ustaz ni, nama ustaz Rosni bin Ali
Banyak input baru yang saya dapat termasuklah jawapan kepada beberapa persoalan yang sentiasa bermain2 di fikiran.
antaranya
KISAH PERTAMA
-kisah alam ghaib [jin, iblis, bunian dll]
Saya akan cuba ringkaskan sedikit tentang bunian
Mereka terdiri daripada 2 unsur [manusia + jin]
semasa ayah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam nak berkahwin dengan Aminah, beliau didatangi seorang puteri alam bunian.
puteri tu terlihat 1 cahaya pada wajah Abdullah. Cahaya a.k.a Nur
Puteri itu meminta untuk berkahwin dengan Abdullah agar dia dapat mengandung cahaya tersebut.
"boleh, tetapi besok aku akan berkahwin dengan Aminah. Datanglah hari selepas besok"
2 hari kemudian puteri itu datang berjumpa Abdullah. Malangnya tidak ternampak sebarang cahaya lagi pada wajah Abdullah, lalu dia membatalkan perkahwinan yang dirancang sebelum itu
Hakikatnya, Nur yang terdapat pada wajah Abdullah sudah dipindahkan kepada Aminah.
Itulah Nur Muhammad..
Ini adalah satu bukti bahawa bunian itu memang wujud, mereka menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tinggal di kampung2, dan wajah mereka tidak berubah [maksudnya takkan berubah menjadi warna hijau dsb kalau dibacakan zikir yang berat2 - mengikut apa yang dijelaskan macam tu lah, kalau ada crita @ maklumat yang lain saya pun tak pasti]
Jika kita pulang ke dunia manusia, menuntut ilmu agama dan mengamalkan zikir2 yang khusus, mereka tetaplah mereka, takkan berubah kerana mereka terdiri daripada golongan yang baik2, sopan2 dll
Jika ada cerita mengatakan bunian tinggal di istana, berwajah cantik2 dsb, kemudian apabila kita pulang ke dunia manusia, dan kembali ke dunia mereka semula dengan sebarang amalan khusus, didapati wajah mereka bertukar menjadi sangat hodoh, istana bertukar kepada hutan yang kosong, maka itu adalah dunia jin yang menipu kita.
Semasa saya berada dalam tingkatan menengah atas, seorang ustaz ada menceritakan bahawa dunia jin lebih maju daripada kita, teknologi mereka canggih2, mereka juga belajar seperti kita, bergurau senda dll [tapi kasarlah sebab sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia]
Dalam 1 alam ini jika dianggap peratusan makhluk2 ciptaan Allah sebagai 100%, maka..
-manusia 1%
- jin 9%
- malaikat 90%
jika diperhati secara teliti, malaikat merupakan makhluk terbanyak ciptaan Allah
seorang manusia digoda oleh 9 ekor iblis, tetapi iblis cuma menggoda, mereka tidak memaksa @ menarik kita secara zahiriah pun
manakala malaikat pula memberi ilham supaya kita mengerjakan kebaikan
perhatikan, bagaimana manusia boleh tunduk pada godaan iblis yang 9 ekor + hawa nafsu
akan tetapi, ilham yang diberi oleh malaikat tidak pula kita ikut..
hmmm, hakikatnya semua hidayah itu milik Allah semata, kita hanya boleh berusaha mengajak ke arah kebaikan, tetapi bergantung kepada individu itu sendiri untuk melakukannya atau tidak
KISAH KEDUA
Soalan saya, RAHSIA
-golongan tasawuf
golongan tasawuf ni adalah mereka yang dianggap kekasih Allah. ya Allah, siapa lagi yang mahu menolak cinta-Mu?
Allah Maha Penyayang terhadap sekalian makhluknya, Dia memberi hidayah kepada semua makhluk-Nya, tetapi kita yang tidak menggenggam erat hidayah yang diberi-Nya. Jadi, jangan salahkan taqdir kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya, insyaAllah.
Kita jangan sesekali memandang remeh, hina dsb pada mana2 makhluk pun
hatta Imam Syafie sendiri berterima kasih pada tuk gurunya secara tak langsung. [kisah Imam Syafie terlihat seorang lelaki kencing di jalan sehingga dia dapat menyelesaikan 1 masalah]
Saya ada sebuah cerita untuk dikongsi..
Tempat : Kaabah, Makkatul Mukarramah
Masa : tak tahu, tak terfikirlah pulak nak tanya =P
Watak : Orang alim & Orang tua
Seorang alim, sedang tawaf keliling kaabah, sedang tawaf, tetiba ada seorang tua berhampiran dengannya. Lalu dia menyuruh orang tua itu agar bertawaf menjauh daripada kaabah.
Astaghfirullahal 'azeem..
selepas usai tawaf, dia perlu mengajar anak2 muridnya. Malangn
ya dia tak ingat satu ilmu pun...
~BLANK~
Tiba2 orang tua yang dihalaunya tadi menegurnya...
"kenapa nak?"
"saya tak ingat nak mengajar apa2 ilmu, pak cik"
"tu ilmu kamu, di atas tu" [sambil menuding ke arah seekor cicak
di dinding kaabah]
"anak bukakan mulut anak jika mahu dapatkan kembali ilmu tu"
Cicak itu mahu bery2!!! hehehehe
Orang alim tadi membuka mulutnya...
"nak jangan tutup mulut, telan2"
"GULP~" <--- ni tambahan ja, tak dak kaitan pon.. hehehe =P
Sejurus selepas tamat memakan bery2 tadi, si alim itu dapat mengajar anak2 muridnya seperti biasa
Tahukah tuan2, puan2, abang2, kakak2 n adik2 sekalian siapakah orang tua tu???
ya, dia antara kekasih Allah, salah seorang ahli sufi
Sesiapa yang menghina golongan tasawuf akan terhijab daripada mendalami ilmu2 yang berkaitan tasawuf
hmmm.. 1 persoalan yang saya tak berapa nak jelas tentang sumbernya.. saya percaya ja, tapi tak tahu apa dalilnya.. isk3
SIAPAKAH WALI2 KECIL? BAGAIMANA MEREKA DIANGGAP SEBAGAI WALI2 KECIL?
hmmm, saya diberitahu bahawa sesiapa yang mengiktiraf golongan tasawuf dah dikira sebagai wali kecil? Subhaanallah... tapi Allah sahaja yang berhak mencampak kasih sayang ke dalam hati hamba2-Nya..
Kenalkah kita pada Rabiatul Adawiyah? Beliau antara ahli suffah, malah merupakan satu2nya wali perempuan..
Sekarang saya sudah temui SEDIKIT jawapan bagi golongan tasawuf nie..
merekalah kekasih2 Allah yang dalam mahabbah, malah seolah2 lupa pada dunia... boleh juga dikatakan mabuk cinta pada-Nya..
Saya bagi 1 contoh...
Kita golongan yang biasa2 ni, ilmu tak tinggi, amal pun tak berapa nak cukup... tapi 1 soalan
adakah ilmu yang tinggi yang kita harapkan???
jadi, kita belajar sebab nak orang kata kita ni banyak ilmu? mahu disanjung2, dipuja2???
kalau amal yang berlambak2 yang kita pandang.. jadi adakah kita beramal kerana mahu jadi bukit pahala kita? hmmm.. rumit nih.. kejap2, jangan berenti membaca.. hehehe
1 kisah untuk dikongsi..
seorang abid yang sangat banyak amalannya dihadapkan di hadapan Yang Maha Esa
lalu dikatakan:
"engkau masuk syurgaku atas apa? @ kenapakah engkau akan masuk syurgaku?"
"aku masuk syurga-Mu kerana amalanku"
tetapi... Allah campakkan dia ke neraka.. kenapa ya?
kerana... dia mengatakan dia masuk syurga atas amalan sendiri...
padahal kita masuk syurga atas sebab RAHMAT ALLAH YANG MAHA LUAS
siapakah yang memberi kita keupayaan untuk beribadah?
ALLAH
siapakah yang memberi ilham untuk kita mengerjakan amalan sunat?
ALLAH
milik siapakah ilmu yang kita cari?
ALLAH
Allah, Dialah Pemilik Segala..
hehe, sambung citer Rabiatul Adawiyah tadi balik =D
kenapa Rabiatul Adawiyah tak kahwin? sedangkan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri menyatakan..
"Sesiapa yang tak mengikut sunnahku, maka dia bukan daripadaku.. dan antara sunnahku adalah bernikah"
hmmm, jawab2, nape Rabiatul Adawiyah masuk syurga insyaAllah walaupun dia tak kahwin? [sedangkan ramai ja yang cuba meminangnya]
jawapannya begini...
Rabiatul Adawiyah ada satu2nya wali Allah yang perempuan.. [wali besar, bukan wali kecil]
beliau ahli sufi, jiwanya telah dipenuhi cinta Allah, sehingga tiada bahagian pun untuk cinta manusia, jadi adakah dia sempat untuk menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya nanti? sedangkan di hatinya hanyalah Allah, seluruh anggotanya hanya setia kepada Allah..
Allah segala-galanya buat Rabiatul Adawiyah nie..
tetapi pada zaman ini tiadalah lagi sesiapa seumpama Rabiatul Adawiyah nie [jadi, jangan buat alasan tak mau kawin pulak-kata2 ustazah Bahiyah]
satu analogi tentang golongan tasawuf
mereka ni ibarat pemandu yang telah berlesen.. sedangkan kita ni, yang kebanyakannya syadid dalam persoalan feqah, adalah ibarat pemandu2 yang masih dalam training
jadi, kita ikut sahaja apa yang kita cari [teruskan mengkaji dan beramal dengan ilmu2 feqah], sehinggalah nanti insyaAllah kita sama2 memandu bersama mereka.. amiin..
Entri ini dah sangat panjang, nanti bersambung entri lain pula..
InsyaAllah
Wallahu a'alam