gravatar

Ilmu Bernilai Najis Cicak



Bismillahirrahmaanirrahiim

Semasa di safarah, saya bertemu seorang ustaz ni, nama ustaz Rosni bin Ali

Banyak input baru yang saya dapat termasuklah jawapan kepada beberapa persoalan yang sentiasa bermain2 di fikiran.

antaranya

KISAH PERTAMA
-kisah alam ghaib [jin, iblis, bunian dll]

Saya akan cuba ringkaskan sedikit tentang bunian

Mereka terdiri daripada 2 unsur [manusia + jin]

semasa ayah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam nak berkahwin dengan Aminah, beliau didatangi seorang puteri alam bunian.

puteri tu terlihat 1 cahaya pada wajah Abdullah. Cahaya a.k.a Nur

Puteri itu meminta untuk berkahwin dengan Abdullah agar dia dapat mengandung cahaya tersebut.

"boleh, tetapi besok aku akan berkahwin dengan Aminah. Datanglah hari selepas besok"

2 hari kemudian puteri itu datang berjumpa Abdullah. Malangnya tidak ternampak sebarang cahaya lagi pada wajah Abdullah, lalu dia membatalkan perkahwinan yang dirancang sebelum itu

Hakikatnya, Nur yang terdapat pada wajah Abdullah sudah dipindahkan kepada Aminah.
Itulah Nur Muhammad..

Ini adalah satu bukti bahawa bunian itu memang wujud, mereka menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tinggal di kampung2, dan wajah mereka tidak berubah [maksudnya takkan berubah menjadi warna hijau dsb kalau dibacakan zikir yang berat2 - mengikut apa yang dijelaskan macam tu lah, kalau ada crita @ maklumat yang lain saya pun tak pasti]

Jika kita pulang ke dunia manusia, menuntut ilmu agama dan mengamalkan zikir2 yang khusus, mereka tetaplah mereka, takkan berubah kerana mereka terdiri daripada golongan yang baik2, sopan2 dll

Jika ada cerita mengatakan bunian tinggal di istana, berwajah cantik2 dsb, kemudian apabila kita pulang ke dunia manusia, dan kembali ke dunia mereka semula dengan sebarang amalan khusus, didapati wajah mereka bertukar menjadi sangat hodoh, istana bertukar kepada hutan yang kosong, maka itu adalah dunia jin yang menipu kita.

Semasa saya berada dalam tingkatan menengah atas, seorang ustaz ada menceritakan bahawa dunia jin lebih maju daripada kita, teknologi mereka canggih2, mereka juga belajar seperti kita, bergurau senda dll [tapi kasarlah sebab sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia]

Dalam 1 alam ini jika dianggap peratusan makhluk2 ciptaan Allah sebagai 100%, maka..

-manusia 1%
- jin 9%
- malaikat 90%

jika diperhati secara teliti, malaikat merupakan makhluk terbanyak ciptaan Allah
seorang manusia digoda oleh 9 ekor iblis, tetapi iblis cuma menggoda, mereka tidak memaksa @ menarik kita secara zahiriah pun

manakala malaikat pula memberi ilham supaya kita mengerjakan kebaikan
perhatikan, bagaimana manusia boleh tunduk pada godaan iblis yang 9 ekor + hawa nafsu
akan tetapi, ilham yang diberi oleh malaikat tidak pula kita ikut..

hmmm, hakikatnya semua hidayah itu milik Allah semata, kita hanya boleh berusaha mengajak ke arah kebaikan, tetapi bergantung kepada individu itu sendiri untuk melakukannya atau tidak


KISAH KEDUA

Soalan saya, RAHSIA

-golongan tasawuf

golongan tasawuf ni adalah mereka yang dianggap kekasih Allah. ya Allah, siapa lagi yang mahu menolak cinta-Mu?

Allah Maha Penyayang terhadap sekalian makhluknya, Dia memberi hidayah kepada semua makhluk-Nya, tetapi kita yang tidak menggenggam erat hidayah yang diberi-Nya. Jadi, jangan salahkan taqdir kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya, insyaAllah.

Kita jangan sesekali memandang remeh, hina dsb pada mana2 makhluk pun

hatta Imam Syafie sendiri berterima kasih pada tuk gurunya secara tak langsung. [kisah Imam Syafie terlihat seorang lelaki kencing di jalan sehingga dia dapat menyelesaikan 1 masalah]

Saya ada sebuah cerita untuk dikongsi..

Tempat : Kaabah, Makkatul Mukarramah
Masa : tak tahu, tak terfikirlah pulak nak tanya =P
Watak : Orang alim & Orang tua

Seorang alim, sedang tawaf keliling kaabah, sedang tawaf, tetiba ada seorang tua berhampiran dengannya. Lalu dia menyuruh orang tua itu agar bertawaf menjauh daripada kaabah.

Astaghfirullahal 'azeem..

selepas usai tawaf, dia perlu mengajar anak2 muridnya. Malangn
ya dia tak ingat satu ilmu pun...

~BLANK~

Tiba2 orang tua yang dihalaunya tadi menegurnya...

"kenapa nak?"

"saya tak ingat nak mengajar apa2 ilmu, pak cik"

"tu ilmu kamu, di atas tu" [sambil menuding ke arah seekor cicak
di dinding kaabah]
"anak bukakan mulut anak jika mahu dapatkan kembali ilmu tu"

Cicak itu mahu bery2!!! hehehehe
Orang alim tadi membuka mulutnya...

"nak jangan tutup mulut, telan2"

"GULP~" <--- ni tambahan ja, tak dak kaitan pon.. hehehe =P

Sejurus selepas tamat memakan bery2 tadi, si alim itu dapat mengajar anak2 muridnya seperti biasa

Tahukah tuan2, puan2, abang2, kakak2 n adik2 sekalian siapakah orang tua tu???

ya, dia antara kekasih Allah, salah seorang ahli sufi

Sesiapa yang menghina golongan tasawuf akan terhijab daripada mendalami ilmu2 yang berkaitan tasawuf

hmmm.. 1 persoalan yang saya tak berapa nak jelas tentang sumbernya.. saya percaya ja, tapi tak tahu apa dalilnya.. isk3

SIAPAKAH WALI2 KECIL? BAGAIMANA MEREKA DIANGGAP SEBAGAI WALI2 KECIL?

hmmm, saya diberitahu bahawa sesiapa yang mengiktiraf golongan tasawuf dah dikira sebagai wali kecil? Subhaanallah... tapi Allah sahaja yang berhak mencampak kasih sayang ke dalam hati hamba2-Nya..

Kenalkah kita pada Rabiatul Adawiyah? Beliau antara ahli suffah, malah merupakan satu2nya wali perempuan..

Sekarang saya sudah temui SEDIKIT jawapan bagi golongan tasawuf nie..

merekalah kekasih2 Allah yang dalam mahabbah, malah seolah2 lupa pada dunia... boleh juga dikatakan mabuk cinta pada-Nya..

Saya bagi 1 contoh...

Kita golongan yang biasa2 ni, ilmu tak tinggi, amal pun tak berapa nak cukup... tapi 1 soalan
adakah ilmu yang tinggi yang kita harapkan???
jadi, kita belajar sebab nak orang kata kita ni banyak ilmu? mahu disanjung2, dipuja2???

kalau amal yang berlambak2 yang kita pandang.. jadi adakah kita beramal kerana mahu jadi bukit pahala kita? hmmm.. rumit nih.. kejap2, jangan berenti membaca.. hehehe

1 kisah untuk dikongsi..
seorang abid yang sangat banyak amalannya dihadapkan di hadapan Yang Maha Esa

lalu dikatakan:
"engkau masuk syurgaku atas apa? @ kenapakah engkau akan masuk syurgaku?"

"aku masuk syurga-Mu kerana amalanku"

tetapi... Allah campakkan dia ke neraka.. kenapa ya?

kerana... dia mengatakan dia masuk syurga atas amalan sendiri...
padahal kita masuk syurga atas sebab RAHMAT ALLAH YANG MAHA LUAS

siapakah yang memberi kita keupayaan untuk beribadah?
ALLAH

siapakah yang memberi ilham untuk kita mengerjakan amalan sunat?
ALLAH

milik siapakah ilmu yang kita cari?
ALLAH

Allah, Dialah Pemilik Segala..

hehe, sambung citer Rabiatul Adawiyah tadi balik =D

kenapa Rabiatul Adawiyah tak kahwin? sedangkan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri menyatakan..
"Sesiapa yang tak mengikut sunnahku, maka dia bukan daripadaku.. dan antara sunnahku adalah bernikah"

hmmm, jawab2, nape Rabiatul Adawiyah masuk syurga insyaAllah walaupun dia tak kahwin? [sedangkan ramai ja yang cuba meminangnya]

jawapannya begini...
Rabiatul Adawiyah ada satu2nya wali Allah yang perempuan.. [wali besar, bukan wali kecil]
beliau ahli sufi, jiwanya telah dipenuhi cinta Allah, sehingga tiada bahagian pun untuk cinta manusia, jadi adakah dia sempat untuk menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya nanti? sedangkan di hatinya hanyalah Allah, seluruh anggotanya hanya setia kepada Allah..




Allah segala-galanya buat Rabiatul Adawiyah nie..

tetapi pada zaman ini tiadalah lagi sesiapa seumpama Rabiatul Adawiyah nie [jadi, jangan buat alasan tak mau kawin pulak-kata2 ustazah Bahiyah]

satu analogi tentang golongan tasawuf

mereka ni ibarat pemandu yang telah berlesen.. sedangkan kita ni, yang kebanyakannya syadid dalam persoalan feqah, adalah ibarat pemandu2 yang masih dalam training

jadi, kita ikut sahaja apa yang kita cari [teruskan mengkaji dan beramal dengan ilmu2 feqah], sehinggalah nanti insyaAllah kita sama2 memandu bersama mereka.. amiin..

Entri ini dah sangat panjang, nanti bersambung entri lain pula..

InsyaAllah

Wallahu a'alam

gravatar

Assalamu'alaikum.. ^_^

tentang cerita bunian.. hmm, teringat kejadian kat sini yang berlaku beberapa tahun lepas..

seorang makcik telah masuk ke alam bunian selama seminggu or setahun? err lupa laa.. setahun kot! ha! setahun.. tapi makcik tu perasan dia berada kat kampung tu hanya sehari je.. huu~

kuasa Allah..

taknak cite panjang2.. =P

jika di tengok peratusan, manusia laa yg paling sikit kan.. 1%.

tapi jumlah 1% peratus tu Allah lebihkan dengan kelebihan dan manusia juga "yang bodohnya" berani dan sanggup menerima amanah yang sangat berat daripada Allah swt, iaitu menjadi pentadbir bumi Allah..

["yg bodohnya" tu ayat ustaz dulu.. sebab nak sindir2 kengkawan yang lain.. hee~ adalah kisahnya..lalalala]

gravatar

Bagus entry ni. Sebenarnya berminat juga untuk menulis entry para sufi dan para wali ni. Tapi masih lagi mencari bahan untuk menulis. Terima kasih kerana entry ni membuka semangat saya kembali menulis mengenai para sufi dan wali Allah kembali. Insya-Allah, akan datang.

gravatar

nak tau ape source cerita pasal bunian dan abdullah.
harap2 drpada sumber yg sohih...

sila reply.

gravatar

salam..crite x lengkap..

anti mgkin kne gth cmne makhluk bunian nie sbnrnye half human half jin..

bole ckp mak die tuh manusia ayh die jin..
so ank diorg half2 aka bunian so wujud la makhluk namenye bunian

wallahua'lam

gravatar

Wassalamu 'alaikum semua =D

syukran jazeelan dtg ke blog gelap nie

adik,
manusia memang bodoh kerana menerima tanggungjawab memikul amanah sbg khalifah, sedangkan makhluk2 lain menolak




grunge,
silakan menulis tentang ahli tasawuf
saya sangat berminat (^^,)



ahmad baihaqi,
saya pun tak ingat ustaz tu bagitahu sumbernya, tapi kalau tak silaplah, daripada hadis, cuma tak tahu taraf hadis tu..
btw, kalau kamu tahu, silakan beritahu, dan insyaAllah saya akan tanyakan semula kepada ustaz tu kelak =D




anonymous..
siapakah anda? adakah salah seorang sahabat saya yang ke sana sekali?

hajar kot? hehehehe

betul la apa yang anti cakap tu, sama ada mak @ ayah dia adalah jin @ manusia, apabila mereka berkahwin, lalu jadilah bunian..


perempuan dilarang dan diharamkan berkahwin dengan jin jantan kerana dibimbangi tidak dapat diterangkan kewujudan anaknya setelah bersalin nanti, tetapi lelaki dibenarkan berkahwin dengan jin betina kerana lelaki pemimpin keluarga..


Wallahu a'alam

Mengarut3