gravatar

WARKAH BISU!!!

Bismillahirrahmaanirrahiim



haih, tak tenang pulak bila pikir request daripada kawan2 yang asyik duk kata "bila nak hapdet blog???"

hehe, semalam melawat wirdani yang chumey (^_^)

sambil tu sembang2 ngan ustaz n kak faizah
tak la banyak sangat yang dibualkan pon..

cuma saya sempat komplen tentang masalah2 sosial yang makin berleluasa neh
[peringatan buat diri sendiri]


kemudian ustaz mengulas sedikit dan ada menyebut tentang 1 "WARKAH BISU"

warkah bisu apakah itu? adakah ianya benar2 bisu?? hehe.. apalah yang saya mereben neh??
=P

jom baca sama2



Bila Warkah Bisu Kembali Bersuara



Hakikat yang benar benar melanda Azhari Azhariah kita pada zaman ini... Seolah tidak menyedari tugas seorang panuntut agama yang di harapkan oleh masyarakat, ibu bapa, sahabat², di tanah air yang menanti saat-saat kepulangan seorang USTAZ USTAZAH yang bisa memimpin ke jalan yang lebih diredhai oleh tuhan pencipta alam ini ALLAH S.W.T.


Apakah benar kita ini ulama', pendukung, pewaris nabi MUHAMMAD S.A.W. Nabi buat seluruh ummat akhir zaman ini? Yang diharapkan bisa menjelmakan seorang imam syafi'e untuk memerintah dunia yang kian kelam kabut ini.. Yang di perlukan untuk menegakkan kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH!!! Yang dikatakan umat nabi MUHAMMAD yang mengetahui bahawa diseru untuk menyampaikan , menyambung tugas dakwahnya sebelum pemergiannya... Menitis air mata kerana tidak sanggup melihat ummat baginda dalam kesesatan... Dengan titisan air mata itu baginda berdoa untuk memikul semua dosa ummat akhir zaman kerana tidak mahu ummatnya merasai kesakitan ketika menghadapi sakaratul maut... Inilah generasi yang bisa diharapkan untuk menyambung perjuangan baginda... Dihantar dengan Kuasa ALLAH ke bumi yang penuh barakah ini memenuhi setiap ruang demi mentarbiah diri kerana dinanti insan tersayang yang diharapkan bisa bersama menuju ke syurganya yang abadi... Dipenuhi wangian semerbak yang tidak terbayang keharumannya...


Tetapi...
Inilah hakikat sebenarnya yang terjadi... Seolah kita terlupa dengan tanggungjawab kita sebagai seorang pendukung cita cita NABI MUHAMMAD S.A.W... Untuk meletakkan diri untuk bersama dengan baginda di Jannah Firdaus... Bersama dengan insan² yang mengharapkan ketelusan jiwa seorang ulama' yang tidak pernah jemu menyampaikan dakwahnya walaupun dicerca seperti seekor binatang yang hina... Untuk memastikan mereka juga bersama menyertai baginda di tempat terindah tersebut bersama dengan para an'bia'...
Bakal Ulama' sendiri telah memecahkan tradisi pewaris ANBIA'... Mengikut kata pemimpin yang sudah tidak keruan akalnya menghina Agama mereka sendiri dan mengagungkan budaya kafir LAKNATULLAH.. Sudah tidak dapat membezakan Yang mana buruk Yang mana baik... Ikhtilat itu menjadi halal dikalangan bakal² Ulama' ini... Bahkan menunjuk tanpa segan silu perlakuan yang haram dan ditegah oleh agama mereka sendiri... Bersentuhan, berpegangan antara seorang lelaki & peremuan yang bukan mahram tidak lagi menjadi ketakutan besar bagi mereka...



*"Alahh.. Sekarang nie mane ade orang nampak.. Kalau nampak pun mesti ingat kita dah kawin"



Seolah-olah tiada yang melihat perlakuan terkutuk itu... Beginikah Azhari&Azhariah yang dinantikan oleh insan yang memerlukan di seberang sana? Inikah Ulama' yang mengamalkan segala ilmu mereka dengan amalan yang dituntut agama mereka sendiri? Sudah pasti ada jawapan untuk semua persoalan ini...



Untuk sahabat-sahabat yang menyayangi sahabat yang disayangi... Jadilah orang pertama, terdahulu dalam mencegah perlakuan sumbang ini... Walaupun sahabat sendiri yang manakah lebih aula? Akhirat atau Dunia? Mari kita bersama berganding tenaga yang ada hingga ke titisan peluh & darah terakhir untuk menjadi umat yang mendapat syafaat di dunia dan akhirat... Dan jika hancur seklaipun jasad nyawa kita di dunia ini tidak akan sia sia dek kerana Syurga Abadi yang menanti di sana... Bersama dengan segala nikmat yang tidak pernah dikecapi di dunia ini...



Takbirr!! ALLAHU AKBAR!!






ustaz n ustazah cakap perbuatan mengajak orang ke arah kebaikan memang mudah, tapi nak mencegah kemungkaran tu bukan semua nak buat.. haih~

cuma kadang2 pelik apabila orang asyik menyalahkan pemimpin [yang bukannya kehendak dia pun nak jadi pemimpin melainkan amanah itu diberi oleh Allah]

manusia memang buduh sebab menerima tanggungjawab "amanah" ini!!!
='(


apakah seolah2 hanya pemimpin sahaja yang kena menegur? ataupun lebih sesuai jika saya cakap "nak tunggu ada jawatan baru nak cegah maksiat??"

haaa.. saja nak lepas geram
kadang2 orang bukan nampak apa yang kita buat, nak tunggu buat depan diorg n bagi laporan sebijik2 baru nak percaya.. haih

kalo saya tak kuat, tolonglah bantu saya, bukannya kutuk2 saya di belakang
perjalanan dakwah tu SANGAT2LAH PANJANG....................

huhu.. tu apa yang kak hana n kak izan cakaplah.. saya copy paste jer =D


hehe...
PEACE NO WAR!! (^__^)V


ayuh saya nak cuba bersihkan hati yang hitam berkarat bak minyak motor :)

[minyak motor tak hitam sangat kot... hehe ]


okeylah
malas nak menaip

Wallahu a'alam



gravatar

Hiduplah secara berjamaah. Jamaah yang mesti kita ikuti adalah jemaah Islam.Hanya dengan hidup berjamaah amalan amal makruf dan nahi mungkar dapat diamalkan dengan baik.

Mengarut3