Bismillahirrahmaanirrahiim
Apa khabaq semua?? [haih~ bilalah nak jadi betul sikit ye.. asyik tanya kabaq orang, kabaq sendiri pon tak betul2 lagi.. huhu]
baiklah anak2 semua, harini saya nak bercerita tentang protokol atau peraturan atau nizom dsb
ikut suka andalah nak buat masdar apa pun, saya tak kesah.. hihi
PERATURAN HAIWAN
okeh, secara simplenya semua orang tahu manusia tu apa... kita tak sama macam binatang, tak sama macam tumbuh2an dll
betul tak?? "BETUULLL"
sebab apa ye? sebabnya..
binatang makan makanan yang belum dimasak,
kecuali kucing rumah yang suka makan ikan goreng tuh, biaq pi kat dia la ye..
haiwan tak pakai baju
kecuali anjing chihuahua yang dibela oleh kebanyakan orang berada, kononnya mengikut trend masa kini 'anak' mereka
haiwan tak reti memandu kereta
kecuali monyet 2 ekor dalam citer power rangers yang asalnya adalah 2 pembuli di 1 sekolah
haha XD
haiwan tak reti bina rumah sendiri
kecuali sejenis burung yang bernama apa ntah, sarang burungnya cantik banget..
suka banget melihatnya.. hihi
dah terlebih contoh pulak..
pendek kata, haiwan ni tak de peraturan
sebab apa? sebab haiwan takde akal bijak seperti yang Allah kurniakan pada kita
betul?? "BETUUULLL"
peraturan haiwan ni simple ja, tak perlu buat kertas perlembagaan, piagam ke apa ke
contohnya, seekor anjing perlu buang air di suatu kawasan untuk menandakan bahawa kawasan itu adalah hakmiliknya
haiwan perlu beradu tenaga untuk membuktikan siapakah yang layak menjadi ketua kumpulan bagi kelompoknya
[kalau nak tengok bukti, pi cari kat national geographic]
konklusinya, haiwan takde akal.. apapun mereka masih punya perasaan
buktinya..
-bapa2 penguin sanggup berdiri STATIK beramai2 sampai 3 bulan semata2 nak melindungi anaknya daripada musim sejuk yang melampau..
ajaib bukan? itulah kasih sayang yang Allah campakkan pada bapa penguin yang takde akal tadi
-ibu ayam marah bila kita nak amik anak2nya.. sampai patuk2 tangan kita..
ibu ayam yang pengasih, meskipun dia dia bertelur banyak2
n banyak lagi contoh2..
bersambung...