gravatar

BILA SYAITAN MENGUASAI NAFSU AMARAH...

BILA SYAITAN MENGUASAI NAFSU AMARAH...

"Debukk...!" Si adik menolak si abang dengan kuat sehingga terjatuh. "Belah lah!...", adik bagaikan dirasuk. 

Nasib baik abangnya tidak melawan, tetapi sekadar meninggikan suara untuk dihormati oleh adik yang disayanginya, "Kalau nak suruh orang keluar dari bilik ini pun, cakap elok-elok pun tak boleh ke?". Adik terus melepaskan tumbukan ke cermin mata abangnya. Namun, abangnya tidak membalas kerana tahu akan tarbiyah.

Kerana dengar pergaduhan si abang dan adiknya, ayah naik ke tingkat atas dan memarahi abangnya tanpa soal siasat.

"Kau ingat dah besar sangat nak tumbuk adik kamu! Pergi kamu dari rumah ni!", si ayah memarahi si abang yang terus dimarahi. Si abang terdiam, sudahlah ditolak oleh adiknya yang disayanginya, kini dia dimarahi ayah akibat suara kemarahan adik yang membuatkan ayah salah sangka.

Si abang cuba memberi penjelasan. Tetapi, macam biasalah... Syaitan mengambil kesempatan menutup telinga ayah, sekaligus menutup 'meja rundingan'. Dengan 'bisikan' syaitan yang menguasai, ayah terus-menerus dihasut. "Kau nak melawan aku ya! Pergi berambus kau dari rumah ni!" sambil mengungkit jasa-jasa dan bantuan yang diberikan olehnya pada anaknya, si abang itu. 

Si abang menangis. Memang malu kalau abang yang menangis. Tetapi itu lebih baik dari membalas. Tarbiyah jugaa mengajar untuk menghormati ibu bapa, namun ayahnya yang telah dikuasai nafsu amarah, terus menyerang muka abangnya tanpa belas kasihan.

"Sudahlah, abang!" si ibu masuk campur menahan perbuatan ayah. Ayah masih belum hilang sabar. Si adik yang menolak abangnya tadi terdiam. Mungkin syaitan-syaitan mula fokus terhadap kemarahan ayah.

Si abang naik ke loteng, menangis di tempat tidur. Seolah-olah telah hancur keluarga sakinah yang diimpikan olehnya selama ini. Tarbiyah mengajarnya bahawa " Parents are always right", lalu si abang memberanikan diri meminta ampun daripada ayah.

Belum sempat si abang turun dari loteng, syaitan mula mengatur langkah. Mereka tahu bahawa si abang yang hebat tarbiyahnya itu bukan sebarangan orang. Paling tidak pun, hasutan daripada syaitan berpangkat lebih tinggi sangat diperlukan.

"Ayah, minta ma..." "Pergi! Jangan kau dekat ngan aku! aku tak nak tengok muka kamu! Kamu anak durhaka!". Syaitan bertindak lebih pantas, lantas hati abangnya yang ingin meminta ampun pada ayahnya tersentak. Yah! Tolong halau budak ni keluar! aku taknak tengok muka dia!" arah pada isterinya.

Ibu berdiam diri. Tahu anaknya itu bukannya anaknya yang nakal. Dia tahu anaknya cuba merendahkan ego berjumpa ayahnya untuk memenuhi hak dan meminta ampun. " Yah nak buat ape bang, dia nak mintak maaf ngan abang, nanti Allah marahkan Yah sebab sekat anak mintak maaf..". Mungkin sedikit perkongsian usrah dari si anak 'memberi' kekuatan untuk ibu berbicara sebegitu.

"Kamu pun setan juga! sama macam anak kamu!" Ayah terus memarahi isterinya bila sebut nama Allah. Ibu mendiamkan diri tanda mentaati si suami. Si abang pula terus-menerus memujuk ayah walaupun terus dihina.

Ayah memasuki bilik dan menguncinya. Dia tidak mahu langsung membuka meja pendamaian, syaitan mula bersorakan, menandakan kemenangan. Si ibu terus bersabar akan karenah suaminya. Si abangnya yang sulung bersimpati pada adiknya yang rapat. Si adik yang mencetuskan pergaduhan itu pula diam membisu, seolah-olah terjaga dari sebuah pertiduran. Si abang yang teraninaya terus menerus beristighfar dan merasai bahawa :

"AKU SEDANG DI UJI..."

*********************************************************

Cerita di atas tidak ada kaitan dengann saya, sekadar petikan dari kisah hidup manusia yang dikuasai syaitan. Kepada bakal ibu bapa, hargailah anak-anak yang ada. Kepada anak-anak, PARENT IS ALWAYS RIGHT!

P/S : Tak sangka ujian orang yang ada tarbiyah sampai tahap macam tuh...

gravatar

amalan2 pada 10 muharam -esok la

Bismillahirrahmaanirrahiim


amalan2 pada 10 muharam -esok la. Amalkanlah, besar barakahnya

1. Awal pagi bangun mandi sunat asyura

2.Puasa sunat asyura - pahalanya spt menjamu makan seluruh umat muhammad

3.sunat ziarah orang sakit

4.sapu kepala anak yatim (khususnya yg belum baligh).kalau dianya saudaramara kita, sapu kepalanya dari dpn kebelakang kepala. Kalau diany...a bukan saudaramara kita, sapulah kepalanya dari belakang kepala ke depan (muka)

5.Sunat potong kuku

6.sunat melebihkan pblnjaan utk keluarga

7.sunat menghubungkan silaturrahim

8.bacalah surah al-Ikhlas 1000x  (akn dpt tilikan rahmat drp Allah

9.solat sunat asyura - 4 rakaat 2 salam (setiap rakaat bacalah surah al-Ikhlas 15x). Ganjarannya akan dapat mengkifaratkan dosa selama 50tahun.

10.Sunat bercelak mata.(sebaik2nya celak Asmir). bacalah doa semasa bercelak surah al-Insan :ayat 19 (maksud ayat :Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka mutiara2 yg bertaburan). Insyaallah akan menyerikan wajah anda yg mgamalkannya.

11.Selepas solat tahajjud atau solat subuh baca dan hembuskan pada air (air mawar- 1/4 botol dicampur dgn air biasa dlm 1 jag).
Bacakan surah alfatihah, dgn 7 waqaf, selepas iyyaa kana'budu........kanasta'in dan selepas waladdhoollin, niatkan sambil menghembus tadi supaya diberi afiat, ulang baca fatihah ini 7x
  Air ini gunakan untuk basuh muka dan basuh lutut (ketika basuh lutut baca salawat syifak - insyaallah jadi ubat.

(sebenarnya ada 2 lagi, tapi ana termiss, sapa2 yg tau, tolong tambahkan)

SELAMAT MENGAMALKANNYA DENGAN PENUH KEKHUSYUKKAN DAN KEIKHLASAN.
(Semua ini ana dapat drp ustaz Fadhil Hassan. terima kasih ustaz kerana mengijazahkan ilmu ini yang dpt dimanfaaatkan oleh umat islam seluruhnya.

posted by sorang hamba Allah [mom]
ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa umat Islam seluruhnya..

Amiin..

Wallahu a'alam..

gravatar

Copy n Paste

Si Pemalas Yang Tidak Sedar Dirinya Malas


Insya Allah, dalam post kali ini, suka untuk saya menulis tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan gerak kerja Islam yang sering dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak yang tidak memahami tentang Konsep Syumul dalam Islam.

Kisah

Satu kisah yang diceritakan oleh Dr Yusof al Qaradhawi di dalam bukunya, "Ainal Khalal" - Di manakah kesilapan - :

Satu hari seorang ustaz mengajar seperti biasa di sebuah masjid. Setelah selesai mengajar, seorang daripada hadirin bangun dan berkata "Sudah 30 tahun berlalu, sedangkan kamu masih lagi berkata-kata.. Apa yang kamu buat untuk kemenangan Islam? Ustaz tersebut menjawab : Sudah 30 tahun berlalu, sedangkan kamu hanya mendengar.. Apa yang kamu buat untuk kemenangan Islam?

Kisah di atas adalah salah satu contoh pengajaran bagi kita. Kadangkala kita begitu suka mempertikaikan gerak kerja orang lain, sedangkan kita hanya bergoyang kaki. Sibuk mengatakan itu tak kena, dan ini tak kena, sedangkan apa usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut?

Di dalam kisah tersebut juga menerangkan 2 peranan yang perlu dimainkan :

1. Peranan Ulama

2. Peranan Masyarakat

Bahkan semua pihak perlu berperanan dalam mengislah umat. Antara yang lain, pimpinan juga terlibat sama dalam gerak kerja ini. Bukan hanya tahu menunding jari kepada orang lain, tetapi diri sendiri hanya tahu menggoyangkan kaki.

Apabila kita lihat sejarah PMRAM yang sudah berusia 80 tahun, pernahkah kita terfikir bahawa di sana terdapat ribuan manusia yang telah berjuang untuk menegakkan kesatuan Islam ini. Tiba-tiba datang seseorang yang tidak bersama PMRAM mengatakan "PMRAM perlu buat ini.. perlu ubah itu dan bla bla.."

Lalu golongan yang tahu berkata ini balik ke rumahnya, minum susu kemudian tidur. Keesokan harinya, dia merepek perkara yang sama.

Empat Perkara

Empat perkara yang ingin saya tekankan :

1. Memikirkan tentang Islam

Sebagai seorang yang bergelar umat Islam, kita perlulah berfikir untuk Islam. Gunakan beberapa minit untuk berfikir tentang umat manusia, berfikir tentang perancangan dalam membangunkan Islam dan lain-lain. Kita menghadapi masalah apabila umat Islam malas berfikir!

Mereka hanya tahu memikirkan tentang periuk nasi sendiri. Hanya tahu memikirkan kejayaan sendiri.. sambil berkata "tengok.. inilah hasil usaha aku"sedangkan hasil tersebut adalah anugerah Allah.

Lihat kisah ulama mazhab. Mereka memainkan peranan untuk menghidupkan golongan yang mampu berfikir tentang Islam. Mereka sendiri berfikir untuk Islam. Imam Syafie ketika bermalam di Rumah Imam Ahmad, berfikir pelbagai masalah sehinggakan wudhu Isya digunakan untuk subuh keesokannya. Kita bagaimana?

2. Bekerja untuk Islam

Tidak cukup dengan hanya berfikir untuk Islam, perlu juga bekerja untuk Islam. Ramai juga golongan yang hanya tahu berfikir, tetapi malas untuk bekerja. Tetapi lebih teruk sekiranya terdapat golongan yang malas berfikir, dan malas bekerja.

Ingat, ramai orang mampu berfikir, tetapi tidak ramai yang mahu bekerja walaupun dia mampu. Ada juga yang hanya tahu bekerja untuk periuk nasi sendiri.. sambil berkata : Lantaklah apa nak jadi.. asalkan aku bahagia.

Lihat pula sejarah ulama Hadis. Kita hanya tahu mereka ini bersungguh-sungguh dalam mendapatkan hadis. Hakikatnya, apa yang kita nak daripada sejarah kesungguhan mereka ialah "mereka bekerja untuk Islam". Hari ini, kita hanya tahu berkata : Saya nak jadi ulama Hadis.. lalu dia akan menuntut ilmu, tetapi tidak mahu bersama dengan gerakan Islam. Pelik, sedangkan ulama'-ulama hadis tersebut bekerja untuk Islam, bukan untuk periuk nasi mereka.

3. Berkorban untuk Islam

Tidak cukup dengan hanya berfikir dan bekerja untuk Islam.. Tingkatkan lagi dengan "berkorban untuk Islam". Ada juga yang sanggup berfikir dan bekerja untuk Islam, tetapi belum sanggup untuk berkorban.

Lalu golongan ini akan meninggalkan kerja tersebut (tidak istiqamah) apabila diancam atau menerima rintangan dalam gerak kerja tersebut. Lihat kisah Asy Syahid Abdullah Azzam, meninggal dunia dalam dunia jihadnya.

Beliau pernah berkata : "Kita tanpa jihad umpama ikan tanpa air.."

Ikan akan mati tanpa air, dan roh seorang muslim akan hilang sekiranya malas berjihad, tidak mahu berkorban untuk Islam.

4. Ithar untuk Islam

Ithar adalah melebihkan kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri. Contohnya kita telah meletakkan bahawa masa tidur aku adalah 5 jam. Tetapi disebabkan kewajipan terhadap umat yang begitu besar, maka saya sanggup tidur 3 jam sahaja kerana 2 jam lagi adalah untuk Islam.

Cuba lihat sejarah salafussoleh, mereka bukan hanya tahu berzikir seorang diri, beruzlah, bahkan mereka mengeluarkan harta mereka untuk Islam. Asy Syahid Abdullah Azzam sanggup melepaskan kerja sebagai pensyarah yang bergaji 20 000 sebulan, semata-mata untuk berjihad. Kita bagaimana?

Sudahlah sukar berkorban, apatalah lagi ithar? Sanggupkah kita tak tidur malam untuk memberi ruang kepada orang lain untuk tidur? Ramai yang mampu berkata : Kita kena berkorban.. kita kena itu dan ini.. Kemudian orang yang berkata ini balik rumah, minum susu dan tidur.

Kesimpulan

Perkara yang perlu diingatkan kepada kita termasuk diri ini ialah empat perkara yang disebutkan. Mengabaikan salah satu daripada empat perkara tersebut menampakkan kerompangan dalam perjuangan. Seolah-olah ada yang tak kena sekiranya salah satu daripadanya terabai.

Berfikirlah untuk Islam, bekerjalah untuk Islam, berkorbanlah untuk Islam dan itharlah untuk Islam. Janganlah kita berfikir, bekerja, berkorban dan ithar untuk memecahbelahkan Islam, atau meruntuhkannya.

Tidak perlu berpaling tadah, cukuplah dengan hanya kita malas, sudah menyebabkan kita tergolong dalam golongan yang merosakkan Islam.

Di dalam buku "Ainal Khalal" karangan Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan kalam dari Syeikh Jamaluddin al Afghani, beliau berkata :

"Kalaulah jutaan kamu ini adalah lalat yang menghinggapi telinga Inggeris, sudah pasti kamu akan merosakkan telinga-telinga mereka!"

Cukup dengan kita ini hanya kumpulan lalat yang bersatu, kita boleh menghalau penjajah dari negara kita. Lihatlah bagaimana Raja Namrud yang mati dengan hanya seekor nyamuk. Lihatlah bagaimana tentera bergajah Abrahah yang mati disebabkan serangan burung. Lihatlah bagaimana tentera Yakjuj dan Makjuj akan musnah disebabkan serangan wabak.

Cukup dengan kita memainkan peranan sebagai kumpulan lalat.. Kita hari ini bagaimana? Bilangan kita ramai, tetapi kita tidak bersatu..

1. Fikrah tidak satu.. masing-masing membawa agenda masing-masing sambil berkata : "Lantaklah Islam itu berpecah.. Lantaklah Islam itu tak menang.. asalkan kamu bersama kami.." Bukan kerana Allah.

2. Gerak kerja tidak satu.. Jemaah yang kedua sibuk dengan gerak kerja mereka.. "Lantaklah gerak kerja Islam tak selaras (disebabkan perpecahan).. Asalkan kamu bersama kami.. " Bukan kerana Allah.

Adakah matlamat kita "menyeru kepada kami"? Tidak.. Matlamat kita adalah menyeru kepada Allah. Itulah slogan PMRAM selama ini, "Satu Fikrah Satu Amal".

gravatar

6 soalan

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.

Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

gravatar

Menuju Wawasan





Bismillahirrahmaanirrahiim

Lagu menuju wawasan yang diperkenalkan oleh Farhana purdah dalam kelas para kelmarin.. syukran jazeelan (^^,)
Lagu binnabil huda oleh innirah, semasa menginap di umah dia beberapa bulan lepas ;D


Lagu2 yang bess untuk tahun ini..

gravatar

Sirah Nabi 2

Bismillahirrahmaanirrahiim

 Sambungan sirah Nabi..

Sepatutnya saya kena susun apa yang saya nak tulis tapi saya x bawak pulak buku sirah tu.

Bermula daripada bani hashim.. selepas bani hashim, terbahagi lagi banyak2 qabilah arab.. Orang Arab zaman jahiliah menamakan qabilah2 mereka mengikut nama nenek moyang mereka. Contoh, lepas bani hashim, bani Manaf, bani Abdul Mutalib, bani Umayyah, Aws, Khazraj, dan sebagainya.
sebenarnya nama Lata dan Uzza [nama2 berhala] tu pun ada diletakkan sebagai nama anak2 kepada.....teeet.. x ingat nama beliau..

Orang arab mengaku mereka menyembah Allah dan mengikut ajaran nabi Irahim dan nabi Ismail, tapi dalam masa yang sama mereka menyembah berhala..
perkara ini ada disebut dalam al-Quran bahawa mereka menyembah Allah, menyediakan korban2 berupa makanan dsb. mereka turut menyediakan korban pada berhala2. Namun, sangatlah buruk perangai mereka kerana apa yang mereka sembahkan pada Allah semuanya kembali dipersembahkan pada berhala2 mereka yang buta, bisu dan tuli itu. padahal apa yang mereka sembahkan pada berhala2 mereka itu tidaklah kembali pula pada Allah..

Ada salah seorang yang telah berdagang ke bumi Syam. Di sana dia melihat penduduk syam menyembah berhala. jadi dia menyangka perbuatan itu baik memandangkan bumi syam terkenal dengan para anbia.
Dari situ, dia membawa pulang berhala2 ke bumi Mekah dan mengajak penduduk Mekah supaya menyembah Al-Lata dan Uzza di samping menyembah Allah.
2 berhala ini terkenal kerana saiznya yang besar..


Abdul Mutalib pernah bersumpah akan menyembelih salah seorang anak lelakinya apabila jumlah anak lelakinya mencecah 10..
nak tahu kisah selanjutnya?? nanti lah ye, saya nak kena recall balik nama kaedah ahli nujum tu n nama anak2 Abdul Muttalib.. huhu


Wallahu a'alam

gravatar

2 Nikmat Yang Selalu Dilalaikan

Assalamu 'alaikum sahabat2..

apa khabar semua? harap2 sihatlah hendaknya..
huhu, saya ni jenis jarang sakit, sebab tu cam pelik sikit kalau ada orang yang sakit.. :P

Sepanjang kita hidup, bukan susah untuk menjaga kesihatan..
dan tak susah juga untuk kehilangan nikmat sihat

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Ni'mataani maghbuunun fiihimaa katseerun minannaasi, Assihhatu wal faraaghu"
-Dua nikmat yang ramai manusia selalu lalai pada keduanya iaitu Sihat dan Lapang-

saya agak saya lah manusia yang ramai tuh.. huhu
saya memang selalu mensia2kan waktu sihat n lapang. bila dah sakit or busy baru nak beringat.. ruginya aku x ini.. tak itu..
kalaulah.. bla3 [jangan berkata kalau sebab kalau datang daripada syaitan.. kalau "yang buruk dan mengeluh".. memang x bagus]

cara nak bagi selalu sihat??
mudah untuk dikata, tapi berapa ramai yang duk praktikkannya..

JAGA PEMAKANAN..
-jangan makan benda2 yang memudharatkan seperti minuman bergas [kenapa kita selalu memasukkan bahan buangan ke dalam perut.. my teacher said: kenapa kita suka minum air bergas padahal salah satu komponennya ada dalam najis kita.. minum gas seolah2 memakan najis.. err.. no komen, sebab saya pun kadang2 minum jugak.. x dinafikan, memang sedap.. tapi setiap kali lepas minum mesti rasa cam nak sweating. kesan yang agak pantas kukira T___T]

-macam2 lagi yang perlu diambil kira.. bagi yang selalu memasak sendiri, pastikan minyak yang anda guna x terdedah, sentiasa basuh tangan setiap kali nak buat pape..
ada iklan ape ntah dalam tv tu kata save masa kalo guna sabun basuh tangan diorg.. actually, tempoh masa untuk membasuh tangan yang sebenarnya adalah at least 20saat.. tapi, ramai daripada kita 2 saat pun x sempat.. i wonder camna la cara "kita2" itu gosok tangan.. lainlah kalau terpaksa beratur panjang untuk basuh tangan, tak hairanlah kalo basuh kejap2 pun.. huhu
tapi orang arab kira agak hebatla sebab diorg boleh makan dengan tanpa basuh tangan..
hehe

JAGA KEBERSIHAN
-isi2 ini telah dicurik oleh perenggan atas..
cam bese, kak adilah pernah cakap, sebenarnya banyak bende [bakteria n virus] yang kita x nampak.. itu belum belajar parasitology lagi.. nanti nak pegang apa pun takut..

emm, jaga kebersihan ni sebenarnya perkara yang mudah, cuma memerlukan kerajinan..
kalau malas, memang setiap hari pakai baju yang sama x berbasuh2.. kalau nak tunggu kuah gulai tumpah baru nak basuh baju, alamatnya x berbasuh2la baju tuh
itu baru baju, belum sebut lagi set alat tidur, pinggan mangkuk bla3...

ada sorang kawan saya ni cakap dia yang basuhkan sarung bantal kawan dia.. uh, kawan saya yang sorang ni memang rajin.. saya pergi rumah dia kejap je, abis suma baju saya dia basuh.. aish.. malu3..
lepas tu kalo saya nak menetap di situ jugak memang kena cepat2 basuh. tinggal kejap je, abes la baju saya.. huhuhu
[saya ingat nak basuh kat rumah je esoknya, tapi tangan dia lagi cepat dari tangan saya.. aish]

-saya kira itu adalah perkara yang mudah untuk dilakukan.. berbanding kalau nak kemas rumah
kalau boleh jangan tinggal dalam tempat yang berhabuk, apatah lagi ditimbuni sampah sarap.
[oh, nak kemas rumah sorang2 pun dah penat, apatah lagi kalau rumah yang bertangga :P ]

SUASANA YANG KONDUSIF
-maksudnya, emmm.. susah nak terang.. tapi saya harap sampai bile2 pun, cubalah kita menjaga diri kita daripada perkara2 yang boleh mengundang apa2 cas negatif.. rajin2la bergerak ke, agar selalu terdedah kepada cahaya matahari..
oh ye, nak tahu kenapa pada zaman dahulu ada orang sembah matahari [Orang yang menganut agama Majusi]
sebabnya apabila mereka membuat rantai makanan, semua sumber berbalik kepada matahari.. padahal matahari tu makhluk Allah juga..
saya bukannya nak suruh korang sembah matahari, tapi kita pun belajar kan salah satu sumber vitamin D datang daripada cahaya matahari di waktu pagi.. hehe
jadi, x salah kan kalau kita keluar menyedut udara yang segar di luar, di bawah cahaya matahari yang terang dan indah.. subhaanallah, sehingga warna2 itu dipantulkan ke dalam retina.. bersyukurlah kerana kita diberi nikmat penglihatan, dan berusaha menjaganya daripada sebarang maksiat mata..

 BACA DOA
-doa ni saya x khususkan kepada "bismillahilladzi la yadhurru ma'asmihi" tu saja.. malah setiap pergerakan kena berdoa..

doa masuk toilet, keluar toilet [memandangkan toilet adalah sumber bakteria n kuman terbanyak]
doa sebelum makan, doa basuh tangan, nak pakai baju, nak landing atas katil [disunatkan melibas2 @ sapu2 tempat tidur before tidur, ditakuti ada kekotoran or makhluk2.. sebagai isyarat kepada mereka bahawa sekarang giliran manusia pulak untuk landing.. hehe]
doa beli barang, menggunakan barang baru dll

doa saya simple je, kebanyakannya diamalkan bacaan selawat saja [selawat itu seolah2 membersihkan sesuatu daripada sebarang kekotoran, di samping dapat menambah pahala dan jumlah selawat daripada Allah kepada kita.. 1 balas 10.. amacam?]
err.. sebenarnya saya tak tau nak baca doa yang sebenar time basuh tangan, memakai pakaian baru, dll, so saya baca je lah apa yang saya tahu.. huhu

untuk nikmat masa lapang pula.. saya nak kena uruskan masa saya dulu baru saya leh citer.. h0h0 :P

Wallahu a'alam

gravatar

Sirah Nabi

Bismillahirrahmaanirrahiim


"man so~ma Ramadhaana iimaanan wa ihtisaaban ghufira lahu ma taqoddama min dzanbihi"

err, untuk terjemahan kalian silalah berkunjung ke ceramah2 yang berdekatan ye..

membaca kitab sirah ar-Raheeq al-Makhtum pada bulan puasa nie membangkitkan satu perasaan yang x tahu apa dia..

dapatkan di pasaran terjemahan kitab raheeq makhtum keluaran YADIM berharga RM45

saya citer sikit2 apa yang saya ingat naa

1st, daripada keluarga nabi Ibrahim alaihissalam

Nabi Ibrahim telah beristerikan Sarah. Pada suatu ketika, mereka sampai ke tempat di mana ada raja Firaun..

firaun ni berniat jahat pada Sarah, tetapi tak berjaya sebab Sarah ada hubungan baik dengan Allah.. lalu firaun menghadiahkan anaknya Hajar sebagai khadam kepada Sarah. Berikutan peristiwa tersebut, Sarah menjadikan Hajar sebagai isteri Nabi Ibrahim.

Beberapa lama kemudian Hajar telah dikurniakan sorang cahaya mata diberi nama Ismail..

tapi Sarah cemburu, jadi dia minta supaya Nabi Ibrahim bawa mereka jauuuuhhh daripadanya.
Kemudian Nabi Ibrahim membawa hajar beserta anaknya ke satu tempat berdekatan asalnya telaga zamzam.
mereka ditempatkan di bawah sepohon pokok bersama bekal sebekas air dan sekantung kurma..

sikit je kan bekalnya? kalau kita la kan.. camna la nak hidup makan benda tu..
seperti yang kita sedia maklum, masa Hajar berlari2 antara Safa dan Marwa, Nabi Ismail menghentak2 kakinya sehingga keluarlah air mata air zamzam.

dikisahkan bahawa Nabi Ibrahim melawat mereka beberapa kali saja selepas itu [tiga kali kalau tak silap]


bila nabi Ismail dah besar, dan kisah pisaunya jadi tumpul.... teeeeet.. x nak citer.. skip2

Nabi Ismail berkahwin dengan seorang wanita terbaik dari kalangan bani jurhum.. yang terkenal dalam kalangan penduduk di situ.. sebenarnya, orang arab situ yang carikan wanita tersebut kerana terpesona dengan akhlak Nabi Ismail..

tapi, seperti yang kita semua sedia maklum juga..
nabi Ibrahim datang melawat tapi anaknya tiada di rumah
lantas bertanya kepada menantunya bagaimanakah kehidupan mereka berdua..
malangnya, apa yang keluar hanyalah rungutan..

jadi, beliau meminta agar disampaikan pesanan:
"beritahu pada Ismail agar menukar ambang rumahnya"
ambang=dinding / tiang utama / tiang seri

maka fahamlah Ismail bahawa bapanya tidak suka pada isterinya lalu diceraikan

kali kedua Nabi Ismail  bernikah pula dengan anak ketua bani jurhum yang terkenal dengan kebagusan akhlaknya..

seperti biasa Nabi Ibrahim datang melawat tetapi anaknya tetap tiada..
lalu ditanya pada si menantu bagaimanakah keadaan hidup mereka
lantas si isteri mengucapkan pujian2 dan syukur atas kehidupan mereka..

"sampaikan pesananku bahawa ambang rumahnya sudah kukuh [@elok @ bagus]"

faham dah kot...
ok, dah penat.. yang saya tengah pening sekarang..
adakah abu jahal dan abu lahab orang yang sama???

macam x sama, tapi ada pendapat yang kata sama
persoalan ni timbul bila abu jahal terbunuh dalam perang badar oleh 2 orang Ansar kalau tak silap
orang yang pertama tu serang Abu jahal masa dia tidak dikepung oleh tentera2nya..
pemuda ini melibas pedangnya sehingga hampir tercabut separuh betis Abu Jahal..

Ikrimah [anak abu jahal] nampak orang islam tersebut lalu menikamnya sampai nak lembik pemuda tu

Dalam masa yang sama, abu Lahab pula adalah orang yang mengecualikan dirinya sendiri daripada pergi berperang..
dia cuma bagi seorang yang berhutang dengannya supaya menggantikannya..
abu lahab mati dalam keadaan yang sangat menghinakan.. iaitu badannya dimakan ulat2 selama beberapa hari, kemudian dipulaukan oleh jiran2 sampai lah dia mati..

Wallahu a'alam

gravatar

Mukashafah Qulub

Bismillahirrahmaanirrahiim


Ini adalah kisah yang berlaku 2 tahun lepas, sebaik saja keluar daripada plkn.

Saya tidak berenggang daripada meja, kadang2 sengaja saya keluarkan buku add math, rindu mahu membuat latihan. 

"laa, exam dah abis buatpa buat latihan?"
usik daddy tersayang

"saja... :) "

kerana malu kusimpan semula buku add math tersebut, dan memunggah bilik stor. Mak bilang ada pelbagai buku2 dakwah dalam bilik stor tu. Aku rasa tidak berpuas hati. hampir seluruh rak kucari kitab2 Ihya' Ulumuddin tetapi masih belum ketemu.
[adeii, apsal terjadik bahasa endonesia nie??]

"Ni buku ayah beli di ........'mana ntah aku pun tak tahu'...... ada free cd kat dalam."

"tengkiu veri mach! =D "

buku ini benar2 bess! iya, benaran sih! bess banget. kalo kamu mau tahu, kamu boleh tanyakan pada teman2ku, semuanya tak mahu lepaskan buku tu pada gue, sehingga sekarang gue belom abes membaca buku itu.. kikiki 

macam tak lojik pulak kalo ayah beli buku tu untuk dirinya sendiri, i noe my father so well ;D 
ayah lebih suka baca s/kabar, x macam anak2 dia nie, kalo baca akhbar mestilah carik hiburan dulu... kakaka 

ada 1 kisah di sebalik buku nie...

dalam sebuah bas

terasa kekok, kali pertama naik bas sorang2 pakai baju bukan uniform, takut ada, cuak pun ada [cam sama ja maksudnya.. =__="]

tempat dudukku di sebelah sorang kakak, berseluar jeans. pengalaman pertama duk sebelah perempuan begini, untuk long trip..

tak tahu nak mula perbualan camna, tapi Nabi pernah bersabda yang mafhumnya begini;
Rugilah sekiranya 2 orang muslim bertemu tanpa mengucapkan salam
or hadis lain;
Sebarkanlah salam..

aaaaa, camna nak mula nie?? 
tengah serabut pikir tibe2..

"awak umo brape?"

"18" 

"ooo, adik la nie"

"akak?" aku memang dah agak umurnya lebih tua dariku.. hehe

"akak 20"

"adik nama ape?"

"nurul syifak"

"nak kena panggil ape ye?"

"syifak"

"sedap nama tu, apa maksudnya ye?"

"emmm, cahaya penawar @ penyembuh"

"ooo"

"akak nama ape?"

"maria" [bukan nama sebenar sbb saya x ingat nama dia... :))  ]

"tahu tak apa maksud nama akak?"

"....... kalau saya tahu saya jawab, kalau saya tak tahu, tak tahu le jawapannye..." monolog HATI kecilku.. [sbb x ingat jawab pe hrtu..]

"akak kerja apa?"

"kerja mekanik ja.."
dalam hati : oh, patutla, rupa2nya kerja pun mempengaruhi penampilan..

selang beberapa minit kemudian saya mengeluarkan buku "penenang jiwa" itu.

Khusyuk wa tawadhuknya baca.. bukan apa, buku nie bess sangat.. huuuuu~

"adik baca buku ape tu?"

"mukashafah al qulub.. eh, penenang jiwa"

"ooo, bess ke?"

aku hanya mengangguk.

"boleh akak tengok?"

haha, kali nie saya betul2 tersentak! siapa sangka orang yang free hair dengan t-shirt lengan pendek nak baca buku camni kan..
Hidayah Allah yang Maha  Hebat!

"nah, akak bacalah.."

dalam hati2 : takkan aku nak usha dia baca buku tu kot, nampak cam dah minat tu.. baik aku tido je..

lepas sejam terjaga.. n x leh nak tido dah..

"adik, bessla buku nie,"

aku senyum je.. ;D

"ayah yang hadiahkan"

"ooo, bessnye, akak memang dah lama teringin nak beli buku camnie.."

ok, tersentak buat kali kedua..
perasaannya bagaikan ada pertunjukan bunga api dalam hati...

dalam hati3: nak bagi ka x nak, nak bagi ka x nak.. kalo bagi dapat pahala sbb tolong orang camnie, tapi x abes lagi baca buku nie, sayang la pulak..
nanti kalo bgtau mak, agak2 apa mak cakap r? bagi ja la, mak boleh beli lagi, kalo akak nie nnt susah pulak dia nak cari..

"akak, ambilla buku nie"

"eh, x pe2, akak saje2 je bace. buku ni memang bess"

"eh, x pe la, akak ambik ja.. :)"

"tak bolehla camtu, terima kasihla sebab bagi akak baca ye, k bye"

"ok"

ok, saya tipu, nie sebenarnya apa yg x berlaku. saya x bagi pun pada kakak tu sbb saya sayang sangat buku yang ayah bagi tu..
p/s: act, buku islamik pertama yang ayah pernah bagi, sebelum nie ayah asyik bagi buku2 akademik macam cara kira yang pantas.. bla3, mak ja yang suka beli buku2 islamik..

[dia turun di taman lunas, tinggal dengan kakak @ makcik dia]

lepas citer kat mak, mak pun berkata
"kenapa x bagi ja dekat kak tu, bukan selalu dapat peluang jumpa orang yang terbuka hatinya.. nanti boleh ja ayah belikan yang lain"

"........"

"tapi bagusla kakak tu masih berminat nak baca buku2 agama,"


Semoga Allah memberi hidayah kepada orang2 yang kita sayang.. amiin

Wallahu a'alam

gravatar

Patriotisme Itu Bukan Cinta Paksa

Bismillahirrahmaanirrahiim


memang niat saya nak copy paste sebijik2, sbg peringatan utk diri sendiri..
Wallahu a'alam

Patriotisme Itu Bukan Cinta Paksa

April 2nd, 2007 by Abu Saif 2:35 pm | 5,325 views | Print Print | Email Email |Leave a reply »
patriotisme.jpg
1935 Chinatown Kuala Terengganu, Silver Jubilee of King George V
1993
“Hah, padan muka. Inilah balasan Tuhan kepada kamu!”, herdik pegawai itu kepada kami yang masih basah kuyup selepas meranduk sungai di Janda Baik.
Telinga saya merah. Perasaan marah berubah menjadi semacam dendam.
Saya terkenang kembali kepada rentetan peristiwa beberapa hari yang lalu. Saya dan rakan-rakan dihantar ke kem ini untuk membina patriotisme sebelum dihantar pergi meninggalkan negara. Bimbang kalau-kalau hati berubah rasa, beralih cinta melupakan desa.
Saya dilantik sebagai penghulu, hasil undian majoriti. Alhamdulillah. Antara suka dan derita. Saya derita kerana tidak mahu dibebankan dengan hal-hal remeh yang menyulitkan saya. Tidak cukupkah dengan beban menjadi peserta? Kenapa mahu mengambil tugas menyelia peserta-peserta yang lain pula?
Tetapi timbul sedikit rasa lega kerana dengan tugas sebagai penghulu, saya dapat bertindak mengawal perjalanan program, agar tidak berlaku apa-apa yang mencederakan Iman dan Islam saya.
“Kamu semua yang nak ke Jordan, Mesir dan Morocco, dengar sini”, kata salah seorang pegawai. Mukanya bengis, sekurang-kurangnya pada perasaan dirinya.
Kalau setakat imam-imam tu, kami letak bawah ini sahaja!
“Minggu lalu kami baru sahaja habis mengkursuskan Imam-imam. Kalau setakat imam-imam tu, kami letak bawah ini sahaja!”, katanya penuh angkuh sambil memegang tapak kasutnya.
Ia semacam suatu amaran kepada kami. Jangan cuba untuk tunjuk pandai atau mahu lebih-lebih.
Tetapi bahasa pegawai itu menambahkan kebencian saya kepada program ini. Kebencian yang bukan emosi. Tetapi kebencian kerana ia suatu penghinaan kepada agama saya, oleh orang saya sendiri. Marah saya bukan kerana saya anak muda.Tetapi kerana soal harga diri dan agama.
Perjalanan kursus berterusan seperti yang mereka rancang. Setiap peserta ditugaskan untuk menjaga amanah membawa sebiji telur ayam mentah. Telur ayam saya telah pecah apabila seorang pegawai sengaja merempuh saya ketika sedang lalu di koridor.
“Huh, kalau telur sebiji pun tak boleh nak jaga, macam mana nak jadi pemimpin negara!”, ulasnya sambil memberikan saya sebiji bata sebagai ganti kepada telur yang pecah itu.
Itulah harga sebuah kepimpinan negara kepada pegawai tersebut agaknya. Hanya seperti sebiji telur ayam.
Kemudian kami diarahkan untuk melukis bentuk geometri kesukaan kami secara spontan. Kebanyakan kami melukis bentuk bulat. Ia mudah, simbolik dan boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang positif.
Tetapi pegawai tersebut telah memberikan komen bahawa masyarakat yang suka bentuk bulat seperti bulan purnama ini lazimnya adalah masyarakat yang gilakan seks! Hanya sekadar mahu menyindir penyebaran pengaruh parti Islam pembangkang, beliau telah mencederakan pemikiran kami dengan idea-idea sampah seperti itu. Saya hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba lampu dewan ditutup…
“Yang tak berapa tinggi sila ke belakang dan yang tak berapa rendah sila ke depan. Pastikan yang tak berapa tinggi berada di depan kamu, manakala yang tak berapa rendah berada di belakang!”, jerit pegawai tersebut.
Maka riuh rendahlah di dalam gelap para pelajar cuba mencapai maksud arahan yang gelap seperti gelapnya dewan malam itu. Lelaki dan perempuan habis bertembung dan berlaga depan belakang.
Saya hampir hilang sabar. Di dalam gelap saya menjerit, “siapa sayang iman, sila ke tepi!”
Apabila lampu dipasang semula, kelihatan ramai dari kalangan batch saya yang berdiri di tepi dinding dewan. Hanya kumpulan yang akan ke UK dan USA sahaja yang berbaris di tengah-tengah dewan.
Muka pegawai itu merah padam. Marah benar dia kepada kami.
Masuk hari ketiga, sekumpulan pelajar perempuan telah datang kepada saya meminta bantuan. Mereka mohon dikecualikan daripada masuk ke dalam kolam kerana pakaian yang basah kuyup akan mendedahkan aurat. Tambahan pula, pelajar akan dimasukkan ke dalam kolam berselang seli antara lelaki dan perempuan.
Saya tahu ini bukan permintaan yang mudah. Namun sebagai penghulu, saya memberanikan diri.
Keesokan pagi, semasa solat Subuh, saya telah menjadi Imam. Surah al-Sajdah dibaca dengan penuh rasa syahdu. Bukan apa, tetapi terasa pagi ini bagai kemuncaknya. Ia adalah pagi terakhir kami di kem ini, dan kami akan melaksanakan kembara merentas desa selepas terbit matahari.
Saya membaca Qunut Nazilah agar Iman kami yang masih muda dan mentah ini tidak dicemar. Dan kepada Allah jua kembalinya segala hukuman kepada mereka yang melanggar batas agama. Semua jemaah mengaminkannya, termasuk pegawai-pegawai yang ada.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah tempat kami mengadu. Peliharalah iman kami, hamba-hambaMu. Jauhkan kami dari musuh-musuhMu. Hindarkan kami dari kejahatan mereka dan kepada Engkaulah pulangnya segala ketentuan!
Selepas selesai solat dan tazkirah, saya bangun menuju kepada ketua pegawai yang bertugas. Beberapa orang sahabat datang mengelilingi kami berdua.
“Maafkan saya tuan. Sebagai penghulu, saya bertanggungjawab memastikan permintaan anak buah saya disampaikan. Pelajar perempuan mahu dikecualikan daripada masuk ke kolam. Atau sekurang-kurangnya mereka tidak dimasukkan berselang-seli dengan lelaki. Bukan mengada-ngada atau manja, tetapi untuk menjaga hukum agama!”, saya bersuara.
“Oh tak ada masalah. Kalau itu yang mereka mahukan”, kata pegawai tersebut.
Subhanallah terkejut saya dibuatnya. Tidak sangka semudah itu. Saya menjangkakan adanya pertengkaran dan saya telah pun bersedia.
Selepas sarapan pagi, kami semua berkumpul di padang. Selesai menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan 2020, undian diadakan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya mendapat giliran yang pertama untuk memulakan perjalanan.
“Tidak ada sesiapa pun dikecualikan daripada masuk ke kolam. Lelaki atau perempuan, semua kena masuk. Keputusan adalah muktamad!”, pegawai yang saya temui pagi tadi telah mengengkari janjinya.
Semua orang memandang ke kiri dan ke kanan.
Saya yang kemarahan gagal mengawal perasaan. Saya melangkah ke hadapan dan menegur pegawai tersebut.
“Masuk kolam saya tak kisah. Tapi kalau menipu dan mungkir janji, ini yang saya kisah!”, saya mengangkat suara sambil mencampakkan bata di tangan ke padang.
Pegawai tersebut sedikit terkejut. Saya dan kumpulan saya telah bergerak menuju ke kolam. Tali direntang di tengah-tengah kolam sepanjang kira-kira 30 meter. Air kolam pun agak dalam. Saya sendiri hampir-hampir tidak mencecah dasarnya.
“Macam mana ni Hasrizal? Kami nak masuk ke?”, tanya beberapa orang ahli kumpulan saya yang perempuan.
“Jangan masuk! Pergi jalan ikut tepi kolam”, saya bersuara keras.
Semua orang lain hanya memerhatikan kami. Pegawai itu juga menjeling tajam.
Perjalanan kami memang perit. Oleh kerana malam tadi hujan lebat, maka banyak pohon buluh yang rebah ke atas sungai. Oleh kerana tiada jalan lain, kami terpaksa merangkak di dalam sungai. Sesekali terteguk juga air.
Bahagian paling sukar adalah ketika mendaki bukit yang cerun. Tanah liat yang basah tambah menyulitkan keadaan. Saya memohon maaf kepada beberapa ‘ustazah’ kerana terpaksa menarik tangan mereka lantaran keadaan yang tidak memungkinkan mereka untuk memanjat tanpa bantuan.
Ditakdirkan Allah, kumpulan saya selaku kumpulan pertama telah terkeliru kerana tiada sebarang kesan perjalanan di hadapan. Semua lorong masih segar tidak terusik. Kami telah tersesat hingga termasuk ke kebun sayur orang asli.
Oleh kerana kami tersalah jalan, kami yang bergerak paling awal telah menjadi kumpulan kedua akhir sampai ke hujung perjalanan.
“Hah, padan muka. Inilah balasan Tuhan kepada kamu!”, herdik pegawai yang menanti kami.
Saya hanya mendiamkan diri kerana tiada faedahnya untuk saya berbalah. Tambahan pula hati yang teramat kecewa kerana terlepas solat Jumaat terakhir di Malaysia lantaran kembara itu…

2007 @ IIUM
Peristiwa ini telah lebih 15 tahun berlalu. Bayangkan kesannya kepada diri saya. Setiap butir peristiwa masih segar di ingatan. Not forgiven and not forgotten!
Saya terfikirkannya kembali apabila saya membaca perkembangan konsep La Patrie yang berkembang di era Napoleon Bonaparte di Perancis.
Patriotisme dan cintakan negara adalah sesuatu yang bersifat perasaan dan emosi. Ia adalah cinta. Dan cinta tidak boleh dipaksa. Saya tidak faham apakah falsafah yang dipakai untuk memaksa kami cinta dengan pendekatan sedemikian rupa. Aktiviti lasak memang kami gemari. Tetapi menghina pemikiran dan pendirian agama, itu suatu kedangkalan idea.
Pada saya, lebih kuat kita mendalami agama, lebih dalamlah rasa cinta kepada tanah air. Timbul dalam diri rasa mengambil berat terhadap setiap sesuatu yang berlaku kepada negara dan enggan menerima penentangan, sama ada oleh ancaman musuh, mahu pun oleh anai-anai korupsi nepotisma dan kronisma dalaman.
Patriotisme bukan lagu Negaraku. Patriotisme bukan Jalur Gemilang. Patriotisme adalah keprihatinan dan ketinggian perasaan seorang rakyat yang mahukan segala yang terbaik untuk negaranya.
Orang yang paling kuat beragama, itulah yang paling cintakan negara.
Mengapa diperbodohkan pemikiran pelajar agama, hanya kerana sentimen partisan yang sempit makna?

Mengarut3