gravatar

.:BAYANGKAN;.

Bismillahirrahmaanirrahiim


Saya tak tau nak mula dari mana
nak crita yang sedih dulu? atau yang gembira dulu?


Atau nak reveal my secret? HOT.. HOT NIH!!


Kita mula yang skema dulu la noo!


Bagaimanakah menterjemah rasa syukur? Rasa cinta pada-NYA, bukan cinta pada  "dia" atau "him" dsb yang cumalah biasa2 sahaja, disepak boleh, ditendang boleh [diterajanglah!]


Saya tak marahkan sesiapa, jangan salah faham, saja buat intro camni, lanjutan daripada "mereka-reka" cerita di blog titian "syurga"




Kadang2 kita perlu diuji, supaya kita tahu nikmatnya rasa relaks tu, terutamanya ujian peperiksaan.. bukan? 
"YA!"



Semuanya cumalah 1 bayangan.. 
jadi, cerita hari ini ialah BAYANGAN


Bayangkan suatu hari, anda berjalan2 di tepi sungai, luas & lebar, selebar sungai Nil [bagi yang duk di Mesir, tak payah bayanglah, sebab memang tiap2 hari lalu sungai Nil masa nak pi kuliah :P HAHA]


Dari jauh kelihatan kedai roti
"ramai orang juga ya, roti madu kot, sebab tu laku"


Bayangkan anda meniti di atas jambatan, dan sudah pasti KADANG2 ada basikal yang lalu lalang
bahasa isyarat "pssssst.. psssst.." menandakan, "bagi laluan, bagi laluan"


"encik, sedekahkanlah sesuatu encik, semoga Allah merahmati kamu, InsyaAllah naggah!"
-pengemis atas jambatan-


"encik, sedekahkanlah sesuatu encik, semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu"
-pengemis kedua, beserta 2 orang kanak2 comel & comot-


dalam hati.. "sebentar lagi aku akan belikan roti, dalam poket ada nus saja.."
[satu2nya duit pecah yang saya ada..]


Selesai membeli roti............


"..............................."


:((


"mana orang tua tadi? bukan ada kat sini ka? aik??" 
-masih bermonolog-


pusing depan, pusing belakang, tiada sesiapa


"Ya Allah, Engkau sengaja mengujiku... aku terlambat pada peluang yang pertama, Ya Allah, terseksanya jiwa ni, kerana sudah seminggu aku tidak melalui jambatan ini, sudah seminggu juga aku belum bersedekah..
YA ALLAH... MENYESALNYAAAAAAAAA!!"




situasi kedua
berjalan seorang diri ke kuliah, sudah lambat, terlepas 5 minit pertama


sehingga ke hadapan pintu pagar belakang, ada seorang kanak2, 8-9 tahun barangkali


"belilah ini, nus segenih saja"


...........geleng2 kepala...........
sedangkan memang aku tiada tisu dalam beg..


5 patah ke hadapan, berhenti....


nah, 1 berapa?
nus segenih


menghulurkan segenih, mahu ambil baki, tapi MALANGNYA...
air sembahyang dah batal! huahuahua.. sedeyh bangat!
baik bagi segenih terus ja, dahla nak amik air wudhu yang sejuk giler, baik sedekah ja terus


Sekali lagi Allah mengujiku..
mungkin sebenarnya aku patut mengurangkan darah gemuruh nie, sebab lewat ke kelas, maka pergerakan semuanya laju..


bagi duit segenih pon sampai tersentuh, padahal duit kertas!
aaaaaaaaaarrrgghhhhhhhh!!
sabar2, ujian nie, nampak sangat Allah suruh sedekah ja segenih tuh.. huhu




Saya ada pengalaman2 pelik
tak lah pelik, cuma saya anggap pengalaman2 ini sebagai PETANDA & LANGKAH BERJAGA2


contoh, saya ingin buat sesuatu kejahatan, tapi cubaan pertama gagal @ pending @ kena buat sekali lagi..
mungkin Allah nak halang perbuatan jahat itu dengan TAKDIR


saya nak buat perbuatan baik, tapi dalam keadaan terburu2..
dan bersyukur, alhamdulillah, cubaan untuk membuat baik pun kadang2 gagal @ pending
saya anggap ia sebagai 1 peringatan
kerana terburu2 datangnya daripada syaitan, mungkin KALAU saya buat, syaitan bisikkan perasaan RIYAK & UJUB dalam diri
astaghfirullahal 'azeem
mungkin juga bakal mengundang sesuatu bala @ FITNAH yang lagi dahsyat
itupun saya tak tahu nak terang bagaimana


cth kejahatan: 


saya nak sepak kucing, tapi tak berhasil [nak main2 ja T___T]
saya nak bunuh lalat, tapi tak dapat..
saya nak komen dalam fb, tapi benda yg tak brapa elok ke.. tiba2 akan keluar ERROR @ CANNOT COMPLETE UR REQUEST <--- haha, ada ke?
jadi, secara automatiknya saya takkan berusaha buat kali kedua


cth kebaikan:
saya nak tegur kawan saya pada SAAT DIA SEDANG MELAKUKAN KESALAHAN
tapi, pasti akan rasa tak sedap hati, dsb
@ saya belum mempunyai perancangan yang bijak
sehinggalah ALLAH DATANGKAN SENDIRI PELUANG UNTUK MENEGUR ITU
dalam makna lain, mereka sendiri bertanya, maka pada ketika itu, saya agak, inilah saat ujian Allah, Allah takkan uji aku jika aku tak boleh buat, jadi dengan kalimah Allah, insyaAllah kita boleh menegur kawan kita itu, dengan cara yang lebih berhikmah..


jika diteliti kisah Nabi, baginda Sallallahu 'alaihi wasallam menegur hanya selepas arab badwi membuat kesilapan tersebut [sekiranya mereka jahil]


tapi, andaikata kita sendiri melihat maksiat, bukanlah bermakna
"Allah, ni bukan ujian bagiku"
adakah patut kita mengatakan bahawa itu BUKAN ujian bagi kita sedangkan perkara tersebut BERLAKU DI HADAPAN MATA KITA SENDIRI?
renung2kanlah


Sama2lah menguatkan hati




Ya Allah, sesungguhnya aku telah mezalimi diriku sendiri
aku tidak memberikannya rehat, sebaliknya aku terus mengisi nafsuku dengan perut yang tak pernah kenyang
aku melakukan perkara2 yang melalaikan diriku
aku menghampiri maksiat, malah aku turut serta melakukannya sekali!
astaghfirullah
kadang2 aku tidak muhasabah diriku sendiri


Aku telah menzalimi kedua ibu bapaku ya Allah
aku tak menunaikan hak2 mereka
aku tidak melaksanakan impian mereka
aku mengabaikan nasihat mereka
sedangkan mereka punya cita2 terhadapku
aku telah memberi saham neraka pada kedua ibu bapaku
aku telah menempah azab kubur buat ibu bapaku
sesungguhnya aku anak yang derhaka


ya Allah,
aku telah menzalimi sahabat2ku
aku tidak meminta maaf pada mereka
aku bersalah, aku mempersendakan mereka
aku melalaikan mereka
aku langsung tidak membantu mereka
aku tidak menyampaikan apa yang aku tahu,
aku simpan pengetahuan tentang larangan-Mu seorang diri
ya, aku telah menempah neraka buat kami.. bersama
ya Allah, sesungguhnya aku telah mengabaikan mereka ketika mereka meminta pertolongan
aku sahabat yang kejam ya Allah


ya Allah, aku telah mezalimi guru2ku
aku tidak memberi tumpuanku
aku tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai pelajar
aku mengutuk guruku, sedangkan beliau mengajar di hadapanku
walaupun dalam hati, aku rasa berdosa
walaupun dengan kata2 yang tidak dapat difahami guruku berbangsa asing
aku telah zalim ya Allah!
aku jahat pada diri sendiri! aku jahat pada makhluk2-Mu!


ya Allah, aku kejam! kejam pada semua orang! kejam pada binatang tidak dapat kugambar
aku pijak semut2mu
aku musnahkan tempat tinggal mereka
aku sergah kucing2 di tempat pembuangan sampah..
aku curi anak ayam daripada ibunya 
ya Allah, semut seekor pun punya kerajinan tahap maksimum
sedangkan manusia masih bermalas-malasan lagi..
astaghfirullahal 'azeem


ya Allah, aku telah mengadu semuanya pada-Mu
aku sedih, sedih kerana lacrimal gland tak mahu keluarkan air mata
aku sedih kerana susah sangat untuk datangkan rasa keinsafan itu
aku sedih kerana aku tak malu untuk membuat maksiat baik sembunyi mahupun terang2an
sedihnya, tapi apa yang aku mampu buat
aku hanya boleh mengadu pada-Mu sahaja
kerana manusia tak mampu membantuku
manusia bukanlah pengubah hati
manusia cuma boleh mendengar
tapi tak boleh membuat apa2
cuma boleh memberi nasihat
tapi tak boleh mengubah diriku kembali ke asalanku


Robbanaa zholamnaa anfusanaa wa in lam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khosiriin
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, akan termasuklah kami dalam golongan yang rugi..


Ya Allah, jadikanlah solat kami pencegah daripada mebuat maksiat
ya Allah, jadikanlah solat kami penutup serta pakaian bagi aurat kami
ya Allah, jadikanlah solat kami kunci bagi mulut2 kami serta pelindung daripada kata2 umpatan, kejian & cacian
ya Allah, jadikanlah solat kami sarung tangan daripada kami memegang benda2 haram, mencuri @ menggunakan sesuatu yang tak halal bagi kami
serta pencegah daripada ikhtilat
ya Allah, jadikanlah solat kami penutup telinga daripada mendengar benda2 yang keji, carutan, umpatan, doa2 yang buruk dsb
ya Allah, jadikanlah solat kami, nur dalam hati kami
bersihkanlah hati kami sebersih-bersihnya, sehingga putih, transparent, sebagaimana Engkau mencuci hati baginda dengan air Telaga Kautsar
sehingga mudah cahaya ilmu menyusup ke dalam hati2 kami
bersihkanlah hati kami daripada sebarang dosa, maksiat dsb
ya Allah, terimalah solat kami, ruku' kami, sujud kami, serta salam kami
Amin ya Allah
Amin ya Rahman
Amin ya Rahim






p/s: hehe, yang curi anak2 ayam tu, kerja adik2 saya ler.. sampaikan anak kucing n ayam semuanya lari kalau adik saya balik kampung
HAHA, anak bongsu yang sangat nakal!


Wallahu a'alam


gravatar

Sape Nak "Dengar" Saya Berleter?? :P





Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya bukan ustaz @ ustazah, saya bukan sape2..
Saya nie tukang sampah jalanan je, so sape2 jangan tuding jari n cakap saya nie berlagak hebat k :P

1st, artikel nie hebat sgt! Sampai tersedak2 saya baca artikel ni, rasa cam telinga berasap [sebab berbekam]

Sepanjang hidup saya, tak pernah saya jumpa orang yang tak pernah ikhtilat langsung, tambah2 dlm kalangan doktot, sbb mau x mau mmg akan ikhtilat [tambah2 orang yg pegang jawatan]
Kecuali la orang tu kanak2 istimewa, mmgla mak ayah dia kurung dlm umah..
Ikhtilat ni maksudnya pergaulan bebas antara laki2 & perempuan.. x kiralah dalam kumpulan yg ramai
Sama da 1 laki dan 2 ppuan, 1 laki & 50 ppuan, 50 laki 1 ppuan, 2 laki 1 ppuan.. sama jer smua tu..
YG BEZANYA IALAH IKHTILAT SYARIE @ TAK SYARIE
Pendek kata yg duk bersembang depan kedai runcit [kedai baba], 1 laki n 4 ppuan tu, MMG IKHTILAT LA!
Belum kira lagi yg MEN BLUETOOTH dll..
Yang duk berchatting lagi ah, belum bab talipon lg

TATACARA PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN
1.  MENUNDUKKAN PANDANGAN (An-Nur 30 & 31
     Yang ni semua faham kot..
2.       
     MENUTUP AURAT (An-Nur 31)
Yg ni huraiannya panjang, tak kira lelaki dan perempuan
Yg perempuan lagi2 la kena jaga..
Di akhirat kelak setiap orang akan dihisab meskipun amalannya sebesar zarah

“KENAPA KAMU X AJAR ANAK KAMU SUPAYA MENUTUP AURAT?”
“ERRR.. ERRR…. Saya dah cakap pd anak saya, pakai tudung.”
TUDUNG ANAK KAMU TU X CUKUP, DAHLA JARANG, PENDEK PULAK TU, SIAP SELIPANG NAIK ATAS, NAMPAK JA MCM TUTUP DADA, PADAHAL TAK PUN.. KENAPA ANAK KAMU PAKAI TUDUNG SINGKAT??? ADA X KAMU CAKAP PDNYA SUPAYA LABUHKAN TUDUNG?”

“Wahai Tuhan, aku takut anak aku ni marah aku, tak sayangkan aku”

“JADI KAMU SUKALA KALAU SAMA2 MASUK NERAKA? KAN BES ANAK BERANAK MASUK NERAKA SAMA2? BUKANKAH AKU DAH JELASKAN DALAM QURAN SUPAYA MELABUHKAN TUDUNG MENUTUPI & MELEBIHI PARAS DADA.. BUKAN SEKADAR SAMA PARAS.. “

“ERRR…. ERRR… AKU TAK BACA QURAN

“JADI SEKARANG QURAN AKAN MENJADI HUJAH KE ATAS KAMU!”

“LAGI 1, ANAK KAMU PAKAI BAJU KETAT, JARANG, NAMPAK LENGAN DIA.. AKU BAGI LENGAN TU DAH CUKUP BAIK, X CACAT, PUTIH MELEPAK KE, HITAM MELEGAM KE, SAME JE, SURUH TUTUP LENGAN PUN X MAU? SURUH TUTUP KAKI PUN X MAU? (bg mazhab syafie)
PEMUDA SEKIAN2 NAMPAK BENTUK BADAN ANAK KAMU..”

“Wahai Tuhan, aku sendiri pun tak tutup aurat.. aku yg pakai baju ketat.. aku yg belikan dia baju2 tu.. aku yg bersalah..”

“ELOKLAH TU, MAK & ANAK SERUPA JA, 10x10" <--- aku yg cakap, bukan Allah, sbb Allah Ya Latiif [Maha Lembut dalam segala segi.. percakapan, perbuatan terhadap makhluk, layanan, Maha Pengampun]

KENAPA X PAKAI SARUNG KAKI? NAK TUNJUK KAKI CANTIK? SBB CANTIKLA AKU SURUH TUTUP.. X CUKUP LAGI KE HARTA YG AKU LIMPAHKAN? SAMPAI KEBULURAN KE KAMU ANAK BERANAK? BELI STOKING PUN KEDEKUT, X SAMPAI LE10 PUN, TAPI BAJU KETAT NAMPAK URAT LE100 BLH PULAK KAMU BELI YE”

“maafkan aku, Wahai Tuhan”

“TIADA MAAF BAGIMU, AKU BAGI HIDUP SKALI JA”

p/s: keadaan akan berubah sekiranya dia mempunyai amalan lain secara tiba2 datang melindunginya.. itupun klu cukup utk menampung sgala dosanya

3.       MENYEMBUNYIKAN PERHIASAN (An-Nur 31)
Gelang, baju kilat mengilat, sampai boleh cermin muka.. baju yg kemas, x berkedut tu lain kira, itu termasuk dalam kekemasan seperti yg dikatakan “innallaha jamiilun yuhibbul Jamaal”

4.       TEGAS DALAM BERDIALOG (Al-Ahzab 32)
Inilah ikhtilat
Maksud tegas dalam berdialog ni ialah:
MEMATIKAN PERASAAN SEMASA BERDIALOG DGN LELAKI
Berbual direct > sepatutnya menggunakan bahasa yg sopan, yg mencerminkan adab Islam.. adakah Nabi Muhammad SAW pernah bertepuk tampar dgn wanita? Berbual sambil gelak terbahak2, tersedak semua cukup.. berbual perkara yg tiada motif dsb..
……………………………..
Bertalipong > “hello.. ye, aku sihat je, ko mcmne? Awak dh makan belum? Ayang tgh buat ape? Makcik2, pakcik2, datuk2, nenek2, moyang2, grandpa2, grandma2.. 2X5X10
Bertalipong pada waktu yg x sesuai.. cth; di tgh malam, @ hampir tgh mlm,@ waktu bangun tidoran
Masalah ppuan @ lelaki sama je kan.. bila baru bangun tdo (biasalah org tepon tuk kejutkan study, sahur dsb)
“emmm, saya baru bangun, nak stdy, HUARRGHHH (BUNYI MENGUAP) malasnye nak bukak mata… ewewewek..”
Dan macam2 lagi BUNYI MANJA YG KITA DGR..
SEHARUSNYA KITA MENEGASKAN SUARA, MANAKALA BAGI LELAKI JANGANLAH MENALIPONG MASA TGH MLM, MASA PPUAN MEMILIKI SUARA YG MANJA TAHAP MAXIMUM.. aiseh, problem betul budak2 skrg [saya x terkecuali  (-___-“)
BERBUAL APABILA PERLU SAHAJA!
Tapi, janganlah pula sehingga kita memalukan org tu
Cth, dia menegur kita dari jauh, bertanya soalan, kita tidak menjawab sepatah habuk pun soalannya, JAWAB, TP DALAM BENTUK YG PALING RINGKAS MENANDAKAN KETEGASAN KITA DLM BERBUAL, BERURUSAN DSB.
....................................
Chatting > tiada perkataan yg menunjukkan perasaan kita.. ringkasnya tak perlu berchatting, sbb PERKARA2 YG X PENTING, X DA URUSAN DGN LELAKI, maka tak perlu berhubung dgn mrk
TIADA PERKATAAN HAHA, HIHI, HUHU, HEHE, HOHO, KUI3, KUEK3, DSB
Ini sebahagian contoh yg saya tahu, tapi biase la kan, mane x biasenye, walaupun tangan kita ni bertulang & berat berbanding lidah, tapi still ringan utk mnaip perkatan 4 huruf tu..
Huhu…<--- dalam keadaan umum, bagi saya still ok, sbb semua org melihat apa yg saya taip, berbanding perbincangan 2 hala antara laki ppuan
Tapi hal akan menjadi bermasalah sekiranya lelaki @ perempuan yg jenis BERMAIN2, please! Im not your sibling ok!
Sama je lelaki & ppuan.. kadang2 rasa cam nak hempuk ja laptop bila berhadapan dgn org camni, tambah2 dgn org yg mmg blajar agama, n dia tahu pulak bertegas dgn org lain.. u don’t have to disturb other ppl. @ MGKN DIA SYOK BERMAIN2 NGAN PPUAN @ LELAKI SAMPAI DH ABIS KAWAN SEJENIS UTK BERMAIN2..
Bak kata sorg senior ni,  AWAK BUAT JE OFF9 KAT DIORG.

2nd, Ape lagi ek? Saya tengok komen2 sampai mencarut2
Betulla kot apa yg admin cakap, kalau nak tunggu tegur sorang2 sampai bila x tegurnya..
KAWAN2, DAKWAH TU MMG PAHIT, TTP IA ADALAH WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM
Dan berjuang melalui internet bukanlah 1 tindakan bijak sekiranya kita menghina sorg saja, sehinggakan org Msia yg x kenal siapa dia dah boleh tahu siapa dia.
Dan mmg betul, knapa org tu nak terase kan? Mcm yg sorg pengomen ni kata di atas..
Krn hakikatnya mmg nama dia sorg je yg mcm tu, & mmg blogger ni tujukan khas kpd PENGHUNI BUMI MESIR (dikecilkan skop: Zigzag, lelaki, belajar azhar, kuliah *************)

Bukanke sudah membuka aib? Maaf, saya ni x bijak mcm tuan blogger, tapi saya rasa ni aib, kalau tuan rasa saya bodoh agama, silakan tegur saya :D
p/s: JANGAN MENCARUT YE KWN2..
SIAN BLOGGER NI, BELUM ABIS DOSA AKIBAT MENGUMPAT N MEMBUKA AIB ORG, DAH TAMBAH DOSA PENGUNJUNG MENGUMPAT N BERGADUH DLM NI.. HAKIKATNYA, KITA SEMUA MAKHLUK TANAH YG SAMA, MATI PUN MASUK KUBUR, DIBELIT ULAR KRN PERNAH MENINGGALKAN SOLAT MASA ZAMAN JAHILIAH DULU..

3rd, berkenaan jawatan, persatuan dsb
Scara teori, yusuf qardhawi mengatakan taadud jemaah ni boleh, tapi scara praktikalnya x mungkin berkesan SEKIRANYA JEMAAH2 TERSEBUT X SEKUFU
TAPI, LEBIH BAIK JGN UNGKIT PERKARA SILAM
Betul jugak apa yg mereka katakan, siapa yg nak uruskan buku2 teks kita (kerana kita dijanjikan buku teks percuma berbanding snior)
Siapa yg nak bagi maklumat pd pihak AQ, pd prof razali?
Dlm hal ni, saya no komen… [telah dipadam kerana bimbang menimbulkan kontrobesi :P]
KURANGKAN KONTROBESI, TINGKATKAN PRESTASI :P

Kenapa Allah letakkan taadud jemaah di sni?
-          Allah nak uji sejauh mana kebijaksanaan kita mengendalikan hal2 sebegini, jadi berhentilah menyalahkan takdir, yg salahnya ialah kita kerana x bercampur dgn org, komuniti sekecil zgzg pun x boleh nak tanggung, apatah lagi komuniti sebesar mesir.. LALU BAGAIMANA PULA KITA HENDAK BEKERJASAMA DGN NEGARA2 ISLAM LAIN UTK MENYELAMATKAN BUMI PALESTIN? DAKWAH ITU PAHIT & MEMERLUKAN PENGORBANAN KRN SYURGA ITU MANIS J
-          Siapa kata dakwah itu senang? Nabi dilempar najis, tp masih berdakwah dgn hikmah, sabar dsb. Kalau setakat menaip dlm blog cmnie, mmg senang bangat.. petik jari ja org tu dh berubah, tp kesan sampingan teruk ah! Sbb sumorg bergaduh2
-          DAKWAH CARA HIKMAH.. betul, kalau ckp lembut2 mmg depa susah nak dgr, mcm ada org tolong urut, bukan makin segar, makin ngantuk ye? LAIN ORG LAIN CARA, ASALKAN KENA PD TEMPAT & TIDAK MELANGGAR HAK2 ORG YG HIDUP

Saya bagi 1contoh; anda mempunyai pakaian baru yg terkena minyak
Klu guna breeze maybe x bkesan ag, pastu, gunakanlah Biozip, x berkesan jugak?? Cari CLOROX, kalau x berkesan lagi, tak tau nak cakaplah
Melainkan anda X SAYANG BAJU TU, BAIK LEMPAR JE KAN?? (huh??!!)
Tapi jika anda org yg BAIK HATI, anda akan simpan & masih memakainya, tapi setiap kali basuh, anda masih menyentalnya baik2, jangan sampai koyak
Kalau koyak, buat lap brg rumah skurang2nya
Bayangkan kawan @ mad’u anda tadi sbg baju baru tersebut.

Begitu juga dalam berdakwah, ada yg tegas
Cth;
-Saiyyidina Umar berani pancung sapa yg nak halang beliau drpd masuk Islam
-Ibu bapa wajib rotan anak2 yg x mau solat bila umur 10 tahun


Akan bersambung…..
Saiyyidina Ali kata “didiklah anakmu mengikut zamannya”




wait2, lupe nak cakap.. bahasa terlajak jadi saya-aku sebab entri ni ditaip dgn pantas macam the flash :P


oo ye, minta maaf, saya tak perfect jadi apa yg ditaip bukanlah 100% perfect.. dan bukan 100% diamalkan jadi perfect
insyaAllah akan menyusul kisah hidup saya lak pasnie :D
hihihi


yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada kelemahan saya sendiri selaku hamba-Nya


Wallahu a'alam



Mengarut3