gravatar

.:BAYANGKAN;.

Bismillahirrahmaanirrahiim


Saya tak tau nak mula dari mana
nak crita yang sedih dulu? atau yang gembira dulu?


Atau nak reveal my secret? HOT.. HOT NIH!!


Kita mula yang skema dulu la noo!


Bagaimanakah menterjemah rasa syukur? Rasa cinta pada-NYA, bukan cinta pada  "dia" atau "him" dsb yang cumalah biasa2 sahaja, disepak boleh, ditendang boleh [diterajanglah!]


Saya tak marahkan sesiapa, jangan salah faham, saja buat intro camni, lanjutan daripada "mereka-reka" cerita di blog titian "syurga"




Kadang2 kita perlu diuji, supaya kita tahu nikmatnya rasa relaks tu, terutamanya ujian peperiksaan.. bukan? 
"YA!"



Semuanya cumalah 1 bayangan.. 
jadi, cerita hari ini ialah BAYANGAN


Bayangkan suatu hari, anda berjalan2 di tepi sungai, luas & lebar, selebar sungai Nil [bagi yang duk di Mesir, tak payah bayanglah, sebab memang tiap2 hari lalu sungai Nil masa nak pi kuliah :P HAHA]


Dari jauh kelihatan kedai roti
"ramai orang juga ya, roti madu kot, sebab tu laku"


Bayangkan anda meniti di atas jambatan, dan sudah pasti KADANG2 ada basikal yang lalu lalang
bahasa isyarat "pssssst.. psssst.." menandakan, "bagi laluan, bagi laluan"


"encik, sedekahkanlah sesuatu encik, semoga Allah merahmati kamu, InsyaAllah naggah!"
-pengemis atas jambatan-


"encik, sedekahkanlah sesuatu encik, semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu"
-pengemis kedua, beserta 2 orang kanak2 comel & comot-


dalam hati.. "sebentar lagi aku akan belikan roti, dalam poket ada nus saja.."
[satu2nya duit pecah yang saya ada..]


Selesai membeli roti............


"..............................."


:((


"mana orang tua tadi? bukan ada kat sini ka? aik??" 
-masih bermonolog-


pusing depan, pusing belakang, tiada sesiapa


"Ya Allah, Engkau sengaja mengujiku... aku terlambat pada peluang yang pertama, Ya Allah, terseksanya jiwa ni, kerana sudah seminggu aku tidak melalui jambatan ini, sudah seminggu juga aku belum bersedekah..
YA ALLAH... MENYESALNYAAAAAAAAA!!"




situasi kedua
berjalan seorang diri ke kuliah, sudah lambat, terlepas 5 minit pertama


sehingga ke hadapan pintu pagar belakang, ada seorang kanak2, 8-9 tahun barangkali


"belilah ini, nus segenih saja"


...........geleng2 kepala...........
sedangkan memang aku tiada tisu dalam beg..


5 patah ke hadapan, berhenti....


nah, 1 berapa?
nus segenih


menghulurkan segenih, mahu ambil baki, tapi MALANGNYA...
air sembahyang dah batal! huahuahua.. sedeyh bangat!
baik bagi segenih terus ja, dahla nak amik air wudhu yang sejuk giler, baik sedekah ja terus


Sekali lagi Allah mengujiku..
mungkin sebenarnya aku patut mengurangkan darah gemuruh nie, sebab lewat ke kelas, maka pergerakan semuanya laju..


bagi duit segenih pon sampai tersentuh, padahal duit kertas!
aaaaaaaaaarrrgghhhhhhhh!!
sabar2, ujian nie, nampak sangat Allah suruh sedekah ja segenih tuh.. huhu




Saya ada pengalaman2 pelik
tak lah pelik, cuma saya anggap pengalaman2 ini sebagai PETANDA & LANGKAH BERJAGA2


contoh, saya ingin buat sesuatu kejahatan, tapi cubaan pertama gagal @ pending @ kena buat sekali lagi..
mungkin Allah nak halang perbuatan jahat itu dengan TAKDIR


saya nak buat perbuatan baik, tapi dalam keadaan terburu2..
dan bersyukur, alhamdulillah, cubaan untuk membuat baik pun kadang2 gagal @ pending
saya anggap ia sebagai 1 peringatan
kerana terburu2 datangnya daripada syaitan, mungkin KALAU saya buat, syaitan bisikkan perasaan RIYAK & UJUB dalam diri
astaghfirullahal 'azeem
mungkin juga bakal mengundang sesuatu bala @ FITNAH yang lagi dahsyat
itupun saya tak tahu nak terang bagaimana


cth kejahatan: 


saya nak sepak kucing, tapi tak berhasil [nak main2 ja T___T]
saya nak bunuh lalat, tapi tak dapat..
saya nak komen dalam fb, tapi benda yg tak brapa elok ke.. tiba2 akan keluar ERROR @ CANNOT COMPLETE UR REQUEST <--- haha, ada ke?
jadi, secara automatiknya saya takkan berusaha buat kali kedua


cth kebaikan:
saya nak tegur kawan saya pada SAAT DIA SEDANG MELAKUKAN KESALAHAN
tapi, pasti akan rasa tak sedap hati, dsb
@ saya belum mempunyai perancangan yang bijak
sehinggalah ALLAH DATANGKAN SENDIRI PELUANG UNTUK MENEGUR ITU
dalam makna lain, mereka sendiri bertanya, maka pada ketika itu, saya agak, inilah saat ujian Allah, Allah takkan uji aku jika aku tak boleh buat, jadi dengan kalimah Allah, insyaAllah kita boleh menegur kawan kita itu, dengan cara yang lebih berhikmah..


jika diteliti kisah Nabi, baginda Sallallahu 'alaihi wasallam menegur hanya selepas arab badwi membuat kesilapan tersebut [sekiranya mereka jahil]


tapi, andaikata kita sendiri melihat maksiat, bukanlah bermakna
"Allah, ni bukan ujian bagiku"
adakah patut kita mengatakan bahawa itu BUKAN ujian bagi kita sedangkan perkara tersebut BERLAKU DI HADAPAN MATA KITA SENDIRI?
renung2kanlah


Sama2lah menguatkan hati




Ya Allah, sesungguhnya aku telah mezalimi diriku sendiri
aku tidak memberikannya rehat, sebaliknya aku terus mengisi nafsuku dengan perut yang tak pernah kenyang
aku melakukan perkara2 yang melalaikan diriku
aku menghampiri maksiat, malah aku turut serta melakukannya sekali!
astaghfirullah
kadang2 aku tidak muhasabah diriku sendiri


Aku telah menzalimi kedua ibu bapaku ya Allah
aku tak menunaikan hak2 mereka
aku tidak melaksanakan impian mereka
aku mengabaikan nasihat mereka
sedangkan mereka punya cita2 terhadapku
aku telah memberi saham neraka pada kedua ibu bapaku
aku telah menempah azab kubur buat ibu bapaku
sesungguhnya aku anak yang derhaka


ya Allah,
aku telah menzalimi sahabat2ku
aku tidak meminta maaf pada mereka
aku bersalah, aku mempersendakan mereka
aku melalaikan mereka
aku langsung tidak membantu mereka
aku tidak menyampaikan apa yang aku tahu,
aku simpan pengetahuan tentang larangan-Mu seorang diri
ya, aku telah menempah neraka buat kami.. bersama
ya Allah, sesungguhnya aku telah mengabaikan mereka ketika mereka meminta pertolongan
aku sahabat yang kejam ya Allah


ya Allah, aku telah mezalimi guru2ku
aku tidak memberi tumpuanku
aku tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai pelajar
aku mengutuk guruku, sedangkan beliau mengajar di hadapanku
walaupun dalam hati, aku rasa berdosa
walaupun dengan kata2 yang tidak dapat difahami guruku berbangsa asing
aku telah zalim ya Allah!
aku jahat pada diri sendiri! aku jahat pada makhluk2-Mu!


ya Allah, aku kejam! kejam pada semua orang! kejam pada binatang tidak dapat kugambar
aku pijak semut2mu
aku musnahkan tempat tinggal mereka
aku sergah kucing2 di tempat pembuangan sampah..
aku curi anak ayam daripada ibunya 
ya Allah, semut seekor pun punya kerajinan tahap maksimum
sedangkan manusia masih bermalas-malasan lagi..
astaghfirullahal 'azeem


ya Allah, aku telah mengadu semuanya pada-Mu
aku sedih, sedih kerana lacrimal gland tak mahu keluarkan air mata
aku sedih kerana susah sangat untuk datangkan rasa keinsafan itu
aku sedih kerana aku tak malu untuk membuat maksiat baik sembunyi mahupun terang2an
sedihnya, tapi apa yang aku mampu buat
aku hanya boleh mengadu pada-Mu sahaja
kerana manusia tak mampu membantuku
manusia bukanlah pengubah hati
manusia cuma boleh mendengar
tapi tak boleh membuat apa2
cuma boleh memberi nasihat
tapi tak boleh mengubah diriku kembali ke asalanku


Robbanaa zholamnaa anfusanaa wa in lam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khosiriin
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, akan termasuklah kami dalam golongan yang rugi..


Ya Allah, jadikanlah solat kami pencegah daripada mebuat maksiat
ya Allah, jadikanlah solat kami penutup serta pakaian bagi aurat kami
ya Allah, jadikanlah solat kami kunci bagi mulut2 kami serta pelindung daripada kata2 umpatan, kejian & cacian
ya Allah, jadikanlah solat kami sarung tangan daripada kami memegang benda2 haram, mencuri @ menggunakan sesuatu yang tak halal bagi kami
serta pencegah daripada ikhtilat
ya Allah, jadikanlah solat kami penutup telinga daripada mendengar benda2 yang keji, carutan, umpatan, doa2 yang buruk dsb
ya Allah, jadikanlah solat kami, nur dalam hati kami
bersihkanlah hati kami sebersih-bersihnya, sehingga putih, transparent, sebagaimana Engkau mencuci hati baginda dengan air Telaga Kautsar
sehingga mudah cahaya ilmu menyusup ke dalam hati2 kami
bersihkanlah hati kami daripada sebarang dosa, maksiat dsb
ya Allah, terimalah solat kami, ruku' kami, sujud kami, serta salam kami
Amin ya Allah
Amin ya Rahman
Amin ya Rahim






p/s: hehe, yang curi anak2 ayam tu, kerja adik2 saya ler.. sampaikan anak kucing n ayam semuanya lari kalau adik saya balik kampung
HAHA, anak bongsu yang sangat nakal!


Wallahu a'alam


gravatar

syifak..peringatan utk akak juga tau..bumi anbiya'..bumi anbiya'...tp ada jugak yg berani wat sumthing yg x baik kt cni..nauzubillah...

Mengarut3