Pentingnya Cara & Pengaruh
Bismillahirrahmaanirrahiim
Beberapa perkara menarikss berlaku sejak kedatangan junior2 baru..
uh! tak tahu apa nak jadi neh..
mungkin ana patut keluar gi jalan2, tenang2kan diri daripada sebarang gangguan [haha, gangguan mende lak neh? jangan sakit jiwa sudeyh =P ]
Pentingnya Cara & Pengaruh
Cuba teka apakah mende yang cuba dikabo oleh "ana"
[hajar mesti keja gelak kalau baca perkataan ganti diri yang baru neh.. keh3 XD ]
bermula kehidupan semasa di PLKN [balik2 plkn ] membuatkan saya terfikir tentang berdakwah secara berhikmah..
saya bukanlah orang yang benar2 expert bab nih, tapi kadang2 saya sendiri tak sedar yang cara saya membuahkan hasil, alhamdulillah
situasi 1 - adik-beradik
adik2 saya, 2 orang tengah menonton cerita kartun [tak ingat tajuk apa] sedangkan mereka belum lagi menunaikan solat...
"pi solat!" [kegarangan jelas terserlah.. ]
"..................... [buat tatau sambil terus menonton. depa ingat kita ni robot ja ka nak suh depa solat?].........."
"pi la solat... bukan lama mana sangat pun, 5 minit ja, tambah2 mpa yang solat, mesti tak sampai 5 minit punya.."
B: betul ka 5 minit? camna kira? 5 minit pun lama oo
[banyak songeh tul! sekeh kang!]
astaghfirullahal 'azeem.. sabar2
oleh kerana adik2 jenis tak kisah kalau kita berleter cara releks2, maka ana amik kesempatan ini untuk mentarbiyah adik2 ana..
"selalu orang yang tak solat ni kawan sapa?"
B: kawan sapa? kartun? [saja nie! cakap tak fikir dulu..]
malaikat kot? hehe
"banyak la engko punya malaikat, takkan tu pun tak tau"
A: abis tu? kawan sapa? syaitan?
"haa, tau pun, tapi duk buat jugak.."
A: bukan kawan kami, tak nampak pun
"ada tu, cuba tengok di sekeliling mpa, ada 9 ekor syaitan sorang"
B: mana? kami tak nampak pun.. tipula 9 ekor, mana muat
A: ntah, cuba tunjuk..
"laa, tak nampak ka? depa tengah menari, duk bertepuk2.. depa cakap; wah, besnya budak2 ni, tak solat, lepas ni boleh kita kacau depa, masuk mimpi depa ka.. lagipun, depa kan tak solat, nanti senangla kita nak kacau depa time malam2, jadi antu, tido skali.. hehe"
A & B: [dah cuak dengar perkataan antu tuh]
A & B: ala, kalau depa jadi antu kami halaula, tembak2
"ek eleh, nak tembak antu konon, pi tandas siang2 pun suh orang teman.."
A: owh, tu saja ja suh teman
"saja la sangat... lepas ni kalau nak pi tandas jangan suh orang teman dah.. pi sendiri, tambah2 waktu malam.. nanti kalau bangun tengah2 malam nak buang ayaq ka, pi sendiri noo! jangan panggil akak teman dah"
"kalau jumpa apa2, jangan jerit, duk ja dalam tuh.."
"tahu tak siapa yg x solat ada ular akan belit dia dalam kubur"
"nanti akan dibilas dgn cemeti"
"kena himpit dgn kubur"
"klu menjawab nnt akan digunting mulut"
B: gunting tu besaq mana?
"gunting tu besaqla, dan panas.. cuba bayangkan lidah digunting dgn gunting besaq, panas"
"tengok, syaitan cakap, x payah sembahyanglah, tengok kartun lg bes"
"pegila kawan dgn syaitan, nnt masuk kubur sama2, masuk neraka sama2"
"tidur dgn syaitan, makan dgn syaitan, sbb x baca bismillah"
"syaitan duduk dalam badan, main sama2"
"klu lg lambat duk tengok tv, duk tanya mcm2, syaitan cakap; YEAAAYYY!! AKU MENANG!!"
"takut x syaitan? hantu?"
A: takut, hantu tu boleh makan org ka?"
haha, ni salah saya nie sbb ajar mrk takut benda2 khurafat nie.. huhu T____T
"salah nie, patutnya takut pd Allah, sbb klu Allah cakap mati kat syaitan, depa boleh mati sekelip mata"
"klu Allah cakap jgn kacau budak2 nie, depa akan pi terus"
"tapi kalau dah semayang pun tak, duk buat dosa, melawan pulak, macamna nak minta kat Allah?"
"agak2 Allah nak tolong ka kalau x semayang, x doa?"
"padahal syaitan, jin, hantu semuanya takut pd Allah"
"tapi kenapa kita takut pd makhluk? pada jin, syaitan nie?"
hmmmm...
susah kan bercakap dgn budak2 nie? media massa ni memang bahaya, ibu bapa yg kena control apa yg anak2 dia tengok..
adik2 saya nak tengok drama melayu @ kungfu Cina masa ada siaran Forum Perdana Ehwal Islam
tapi mak marah, mak suruh buka balik forum walaupun mak tgh dlm proses nak tidur..
mak suka pasang ceramah kuat2, hatta kalau saya stdy dlm blik pun insyaAllah boleh dgr [klu tutup pintu, tp saya x sanggup nak tutup pintu sbb takut tertinggal mana2 perkataan penceramah]
skrg kami menjadi anak2 yg suka dgr nasihat..
kiranya x dakla benci sangat dgr cramah nie..
cuma DULU masa fatimah sbg budak asrama kena pi dengar cramah, dia rasa ngantuk..
pastu saya duk sebelah dia, saya cakap,
"timah, bangunla dgr cramah nie, rugi x dgr"
"ngantukla, ust ni cramah apa ntah dahla org nak tidoq nie.."
"hmm, x pa lah, tidoq ja la, skurang2 datang"
saya x mau le paksa adik saya ni, tp alhamdulillah lama2 brubah jugak
alah bisa tegal biasa bak kata org Melayu :P
at least masa cuti hujung minggu kami ikut mak pi dgr cramah di Dwn Perbandaran Kulim..
p/s: perbahasan saya dgn adik2 saya tu alhamdulillah akhirnya membuahkan kejayaan, cuma mereka ini perlu sentiasa diingatkan, dihidupkan hati2 mereka ini.. waaah, rindu nak bg tazkirah n muhasabah kat adik2 :P
mereka pegi ke toilet lepas 5 mnt mendiamkan diri :)
28/9/2009
disambung pada 4/3/2010
.............................................
Baru balik dr MIS td, tentang
Suwarun min Hayaati As-Sohaabah
Ya Allah, masa ust tu tgh cramah, saya terbayang mcm2
Cumanya, jika saya taip, bimbang jadi konflik, bermakna tidak bersyukur dgn apa yg Allah bg..
tapi, saya tetap membayangkan andai kehidupan saya spt Anas bin Malik, walaupun hakikatnya bukan..
beruntungnya Anas Bin Malik
dari kecil sudah dekat dgn Nabi, sdgkan kita belum tentu Nabi mahu pandang wajah kita yg asyik buat dosa ni..
kita ni selalu memarahi adik2, tapi Nabi menggunakan uslub dakwah yg paling halus, menggunakan kasih sayang
Ya Allah, Engkau sahaja yg Maha Penyayang..
menjadi orang yg paling rapat dgn Nabi, mengikuti rentetan hidup baginda
ya Allah, patutkah aku cakap mcmni??
.......................................................
Khadijah.. khadijah..
bidadari.. bidadari..
hmmmmm..
Wahai Muhammad, aku takut jika aku ini dipaling dr wajahmu..
jauhnya aku dgnmu..
berdosanya aku kerana..
Astaghfirullahal 'aziim
skrg pun aku rasa berdosa.. apalah yg aku fikirkan ini......
banyaknya dosaku, resahnya hatiku..
Anas Bin Malik
beliau pernah didoa oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam berulang kali;
Allahumma, kurniakanlah baginya rezeki yg banyak, anak yg ramai, panjang umur & masuk syurga
smasa beliau masih hidup, sudah 100 org anaknya yg telah meninggal dunia.
banyak meriwayat hadis, ranking ke-3
Nabi Muhammad pernah berpesan padanya;
Wahai anakku, berusahalah di waktu pagi & petang dan janganlah ada hasad dengki pada manusia....
beliau merupakan tempat rujukan para sahabat
setiap malam mimpi berjumpa dgn Nabi
selalu menyebut tentang hari pertama berjumpa dgn Nabi & hari kewafatan Nabi
org Ansar yg paling banyak harta
1st time beliau jumpa Nabi, ketika semua orang berhimpun menyambut kedatangan Nabi dari kota Makkah..
semua orang bawa harta untuk dihadiahkan pada Nabi
makanan, pakaian..
bak kata ust tu, klu ada blender nak bagi blender, mesin basuh dsb
tetapi Anas bin Malik dtg dari keluarga yg miskin, x dak harta
ibunya Ummu Sulaim datang berjumpa Nabi Muhammad
dan mengatakan dia tiada harta, jadi ambillah budak ini sbg khadam
[orang paling miskin pun serahkan anaknya kepada Nabi, apatah lagi kita yg ada sedikit sebanyak harta ni, apa yg telah kita sumbangkan utk Islam?]
Nabi Muhammad sangat gembira lalu membelai rambut Anas bin Malik
baginda pun setuju ambil Anas bin Malik..
ya Allah, seronoknya hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:-
1. paling tampan wajahnya pada zaman itu
2. paling berlapang dada
3. paling banyak kasih sayang
Sahabat2 yg paling mulia mengikut ranking
1. Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq
Khulafa Ar-Rasyidin
2. 10 sahabat yang dijamin masuk syurga
3. 40 org yg mula2 masuk Islam
4. Muhajiruun [org yg berhijrah dr Makkah ke Madinah]
5. Ahli Badar
6. Sahabat2 yg ikut Baiah Aqabah 1 & 2
Wallahu a'alam
tau tak sapa 10 sahabat yang dijamin masuk syurga tu??
tahu, tp x ingat..
hehe
mak saya penah beli siri kisah 10 shbt Nabi yg dijamin masuk syurga nie msa kecik dlu.. :D
Post a Comment