Queen of My Heart
Bimillahirrahmaanirrahiim
saya benci kalau terpaksa menangis atas apa yang dibuat oleh manusia
susah nak terima kenyataan
bencinya bila perasaan ini datang
tak suka orang marah
tak suka orang asyik nak marah, nak salahkan orang lain
walaupun aku yang buat
macamlah tak boleh cakap baik2
agaknya sebab sejak form 4 hatiku dah jadik cair dengan kata2 kawan2 aku kot....
tak mau marah pada adik2...
[tp adik bongsu tu nakal sangat, susah betul]
p/s: utube di atas tu bukanlah daripada / untuk prince charming ke hapa ke, tapi buat best2 friend aku semuanya... \(^_^)/
jom kita baca benda nie jap... ayoh!
manusia selalu lupa-kerana perkataan manusia tu sendiri daripada perkataan an-Nisiyaan
-lupa bersyukur
-lupa menghayati erti pengorbanan
-lupa pada diri sendiri
-lupa untuk berubah
-lupa segala-galanya
bak kata kak zahidah: kalaulah ingatan aku sekuat imam syafie
pengajaran hari ini
kalau hilang barang, bacalah Ya Raqeeb - Yang Maha Pemelihara
sebab ada 3 cerita nak kongsi
seorang kawan mak aku [cikgu] dia tengah tidur atas kusyen di ruang tamu pada 1 malam nie...
pastu seorang pencuri masuk ke dalam rumahnya, baginda pencuri mengambil beg laptop di sebelah laptop
[suasana gelap, ntahla si pencuri tu nampak ke tak, padahal laptop tu tak de pun dalam beg laptop, tapi ada di sebelah beg laptop tu]
paginya, si cikgu ini terjaga daripada melayari bahtera mimpi, kelibat beg laptop tak nampak pun, risaunya si cikgu tak terkata kerana dalam beg laptop tu penuh dengan resit2 yuran pelajar
astaghfirullahal 'azeem
mencarilah si cikgu di serata ceruk, sampai ke luar rumah, ke padang bola sepak beliau pergi...
lepas habis melilau di segenap alam, di tengah padang bola sepak tu, ternampak benda hitam melambai-lambai
[dia tak melambai pun, saja aku buh penyedap ayat =P]
si cikgu segera bergegas ke tengah padang, mendapatkan beg tersebut di tengah padang bola sepak yang lencun dengan kesan air hujan semalam
yang ajaibnya, beg tersebut tak basah2 pun
Subhaanallah!
rewind* selepas kehilangan beg tersebut si cikgu membaca satu kalimah Ya Raqeeb
yang Maha Pemelihara + doa semoga akan ketemu beg yang penuh dengan yuran resit pelajar
-cerita kedua
seorang pelajar form 5
pada malam sebelumnya si pelajar ni lazimnya meletak kalkulator atas meja studi sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu
tetiba kalkulator hilang, padahal jenuhlah dia nak studi add math cena nie? isk3
kemudian si ibu menyuruh si anak agar membaca ya Raqeeb - berdasarkan cerita di atas nie.. hehe
si anak berterusan membaca ya Raqeeb setelah sebelum itu setengah jam jugaklah dia mencari kalkulator feveret dia neh.. hehe
dalam masa 10 minit dah jumpa di 1 rak di ruang tamu.. ish3
apalah~ macamna boleh ada di situ
kuasa Allah, secara logiknya tak pernahlah kalkulator tu nak hilang di rak tu di celahan barang2 yang bukan milik dia pulak tuh...
Subhaanallah! tapi boleh jadi atas sebab adik2 nya yang nakal2 nie mencuri kalkulator yang sangat menarik tu dan meletakkannya di tempat yang tak sepatutnya.. hehe
kalkulator Casio je, yang kita duk guna masa menengah atas
pastu, cerita ketiga
-pagi tadi... kehilangan paspot
ada sorang budak bertuah nie hilang paspot dia.. biasalah, paspot tu barangan dunia ja kan.. hehee
tp tak dak paspot tak leh amik result wooo, n tak leh balik umah
seorang budak perempuan lagi, dengan confident yang ++ berkata,
"aku yakin mesti tak de dalam bilik aku"
budak yang hilang paspot nie mencarilah sampai jiran dia pun meh tolong cari... ngehehehe
jiran dia yang bernama azhani nie pulak yang duk risau
"alaa, azhani, ko tak payah risau pun, aku yang hilang paspot, patutnya aku yang risau lebih daripada ko"
pelik kan? dah terbalik pulak...
selepas tu, yang hilang paspot tuh suruh lah semua kawannya yang lain2 pi jawazat dulu... hehe, buat pa tunggu budak bertuah yang hilang paspot nie kan..
dia rasa macam tercecer di chicken rock masa makan dengan sahabatnya Mida
lepas kena tinggal, dia pun buat tatau je lah, masuk ke bilik sahabat yang kununnya mesti tak dak dalam bilik dia.. keh3
rupa2nya duk celah saratoga berbungkus rapi dalam bilik dia..
tak sangka lak nak jumpa di situ, tapi tu boleh jadi asbab kerna dia terpelanting ke tercecer atas katil...
tak sangka betul!
Subhaanallah.. hebatnya kalimah Ya Raqeeb
senang ja nak baca... tapi aku tak pasti sama da ianya praktikal untuk exam.. hehe
menarik citer nie =D
mudahnya kau melafaz amarah
ada yang sopan, ada yang keterlaluan
ada yang menghina, tak kurang juga yang menghargai
ada yang mengejar, ada juga yang menolak
manusia yang kerap dipuji selalu bangga
susahkah menunduk pada egomu?
Kerana manusia adalah manusia,
yg x penah bepuas hati,
yg sntiasa teleka,
yg sntiasa cemburu sbb iktkan kata hati hasutan syaitan n nafsu.
Kesedaran akan timbul pabila telambat.
[thanx faz! ^_^]
kesedaran hanya timbul pabila terlambat...
ttp aku akan ttp memaafkannya
krn dia insan istimewa
cuma dia x mhargai apa yg dia pernah dpt
& hanya ikut nafsu amarahnya shj
Wallahu a'alam
Post a Comment