gravatar

Siapa Kata Mesir Tak Cantik???

Bismillahirrahmaanirrahiim =)

kalau rasa gambar2 percutian nie cantik, ucaplah Subhaanallah

Subhaanallah
subhaanallah
subhaanallah =D



Subhaanallah~ nice!


jalan tepi jaa..





contoh pakaian permaisuri... agaknya suma ppuan mereka berpakaian begini?
p/s: lukisan mereka cantik2 n sebijik dengan apa yang dilukis... rasanyalah sebab setiap lukisan itu berbeza..




Sumanya gambar matahari terbit ye..




apa nie?
macam dalam crita aladin ja.. haha


kapal darat





Nak pergi mandi pantai pun kena berjalan... huhu




yang ni tak dapat dikenalpasti matahari terbit @ terbenam, terbenam kot~ hehehe




-kedai cenderamata


Patung Barbie ja yang muat ronda2 dengan basikal neh




baju2 di kedai cenderahati.. [besarnya tasbih! hehehe]


oit! apa pandang2?! jaga pandangan~ hahaha



andainya ini ros putih~ huuuu


sempat lagi berposing di sini.. hehe =D


macam kota sarang semut =P
[ataukah kota sarang anai2? hahaha]


bukan rumah sesiapa


bukan kerusi kanak2 di kedai makan ye..


amazon (^^,)


kraftangan [keras tangan? hehehe]



nampak tak seekor lebah? (o.O)


maksudnya kolam cleopatra [mata air cleopatra]



ada rakaman diorang bergaduh..


jabal mauta [cam pasir jerlus.. ye dop? kalo tak sama pun jangan kata apa2
sebab saya tak pernah terjatuh dalam pasir jerlus melainkan dalam mimpi zaman kekanak dulu]


tempat2 di Siwa

dari atas Jabal Mauta


??? pe nama dia???


topi n tiket naik ke atas Jabal Mauta
[topi sama dengan topi Farihah.. camna lah boleh jadik sama neh? =P ]


husna hajar farihah kot
masa ni pak cik2 tu tak perasan lagi ada jurukamera =P


Raja @ pembesar? tak ingat daa~


Subhaanallah!

Berani2 ja amik gambar dalam nie.. huhu
ni lubang ke-2 k!


Contoh masjid.. [ada banyak lagi masjid2 yang cantik bangunannya, tapi tak sempat ambil gambar dalam perjalanan]


Katanya tak boleh amik gambar T_T [ceh, sikit ja yang diterjemah =P ]
tak boleh masuk lebih 7 orang
yang dia mereben panjang2 tu dah tak faham


Jabal Mauta
tempat simpan mayat2 keturunan Firaun


Depan Suq Libya [Pasar Libya]


Subhaanallah.. birunya.. [ataukah blueeessnyaa.. hehe]


Atas Hamam Cleopatra [Bilik Air Cleopatra]


Tepi Hamam Cleopatra
romentik bangat deh di sini!



Model untuk Cuti2 Mesir \(^_^)/


Jabal Mauta


................


tak boleh nak panjat =(




Lagi model pelancongan.. jangan saman saya sebab dah bayar dengan mempopularkan mereka..
[ok la tuh!]


Bahr Ageba "bahru ajiba" [Pantai Ajaib]
bila waktu matahari terbenam katanya boleh tengok 7 lapisan warna air laut..
[tapi pergi pun tengah hari, nampak warna biru ja la..]


Saya: tiada dalam gambar



Subhaanallah, cantik..


Keldai yang tersweet pernah kulihat.. dia tahu kot orang amik gambarnya =P


dia masih berpurdah di Malaysia [katanya lah]
ada yang tolong promot air tin tu kira okeylah [ina cun].. hehe
kecoh bila Husna ditag dalam facebook.. haha



dalam kedai haiwan depan Suq Libya


tugu, arca, pa menda lagilah pasal patung nie.. Cleopatra...
digambarkan bahawa Cleopatra lebih cantik daripada Monalisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci... [tapi saya pernah jumpa perempuan yang lebih cantik daripada tuh, subhaanallah yang mampu kuucap setiap kali menatap wajah sahabatku yang 3 orang nie]

Cam bidadari [walaupun tak pernah tengok bidadari.. hehe]
sorang budak sekolah, dua orang lagi kawan sekolej.. kemudian tak jumpa yang lagi cantik @ sopan seperti mereka daa~ huhu


Seperti dalam pertandingan mengambil gambar.. [tak join pun]


Berdekatan tempat penginapan [sebenarnya jauhla jugak..]


[gambar dibuang atas sebab2 tertentu.. huhu, bahaya betol!]





Dalam banyak2 gambar, saya paling suka gambar nie.. sebabnya mana leh nak hug camni slalu.. hahaha
[jaja cakap, buh gambar dia yang cantik2.. huhu]
(>.<)


~tamat~

gravatar

Jangan Mengumpat =(

Bismillahirrahmaanirrahiim


Dah lama tak mengumpat orang eh.. kawan2, jangan mengumpat tau..

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"

Rasa solat tak berapa betul dah, asyik lalai ja nie.. sekarang dengar orang mengumpat pun buat tak tahu ja.. kalau dulu leh ja tegur, tapi sekarang pi join sekali.. ehheee~
[adakah disebabkan saya salah seorang mangsa keadaan? alasan2!]

Jika sahabat2 teliti dan menjaga bacaan fatihah & surah2 lain dalam quran, sahabat2 akan rasa sesuatu setiap kali buat dosa pada manusia..

Saya bagi 1 contoh;

jika saya mengumpat orang @ dengar orang mengumpat tetapi tak tegur mereka, insyaAllah secara otomatik tak lama kemudian akan jadi ulser @ telaga buruk di dalam mulut busuk akibat perbuatan2 tak elok nie.. astaghfirullahal 'azeem..

Secara mudahnya, alhamdulillah saya tahu saya telah mengumpat siapa sebab jarang sakit hati dengan orang sampai mengumpat2 nie.. huhu

Kemudian, kalau nak lega, kena cepat2 minta maaf...

Isk3, tapi saya rasa kali nie mungkin teruk sangat kot saya mengumpat sampai jadik gatal2 1 badan, dah la duk mesir.. hari tu dah minta maaf, agaknya orang tu geram + benci sangat pa pada saya..

huuu~ sedehnya.. tak sangka nak jadik macam ni.. nanti nak minta maaf lagi n lagi.. =((

ya Allah, tak penah jadik macamni... mesti dosa ni besar sangat2.. kuharap Engkau ampunkan dosa2ku yang terdahulu...

Cerita ini sebagai pengajaran, bukan nak buka aib sendiri @ sesiapa pun..

Cuma saya nak bagitau kenapa sampai begitu segera sekali balasan yang Allah beri.. alhamdulillah, sebenarnya syukur sangat2 sebab Allah selalu tunjuk jika saya ada buat salah pada manusia..

Dalam al-Fatihah ada 1 ayat;
ihdinassiraatol mustaqeeem
"tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

ayat ni memang powerlah! kerana menghayati ayat nie, setiap perkara salah kepada manusia @ kepada Allah @ kepada rumah Allah [ada citer neh..] semua balasannya dapat dirasai..

Subhaanallah wa bihamdihi.. Maha Hebatnya kuasa-Mu...!

ok, tu ja... tolong doakan kesembuhan saya n semoga orang tu terbuka hati untuk memaafkan saya [huuuu~ dah lama tak buat pengakuan.. (T_T) ]


nota kaki: rupanya lopak garam.. huuu~ nak kena mandi air garam lak..
tapi mesti ada sebab knapa Allah bagi ujian camni.. alhamdulillah (^_^)


Wallahu a'alam

gravatar

Luar Stadium





gravatar

Ilmu Bernilai Najis Cicak



Bismillahirrahmaanirrahiim

Semasa di safarah, saya bertemu seorang ustaz ni, nama ustaz Rosni bin Ali

Banyak input baru yang saya dapat termasuklah jawapan kepada beberapa persoalan yang sentiasa bermain2 di fikiran.

antaranya

KISAH PERTAMA
-kisah alam ghaib [jin, iblis, bunian dll]

Saya akan cuba ringkaskan sedikit tentang bunian

Mereka terdiri daripada 2 unsur [manusia + jin]

semasa ayah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam nak berkahwin dengan Aminah, beliau didatangi seorang puteri alam bunian.

puteri tu terlihat 1 cahaya pada wajah Abdullah. Cahaya a.k.a Nur

Puteri itu meminta untuk berkahwin dengan Abdullah agar dia dapat mengandung cahaya tersebut.

"boleh, tetapi besok aku akan berkahwin dengan Aminah. Datanglah hari selepas besok"

2 hari kemudian puteri itu datang berjumpa Abdullah. Malangnya tidak ternampak sebarang cahaya lagi pada wajah Abdullah, lalu dia membatalkan perkahwinan yang dirancang sebelum itu

Hakikatnya, Nur yang terdapat pada wajah Abdullah sudah dipindahkan kepada Aminah.
Itulah Nur Muhammad..

Ini adalah satu bukti bahawa bunian itu memang wujud, mereka menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tinggal di kampung2, dan wajah mereka tidak berubah [maksudnya takkan berubah menjadi warna hijau dsb kalau dibacakan zikir yang berat2 - mengikut apa yang dijelaskan macam tu lah, kalau ada crita @ maklumat yang lain saya pun tak pasti]

Jika kita pulang ke dunia manusia, menuntut ilmu agama dan mengamalkan zikir2 yang khusus, mereka tetaplah mereka, takkan berubah kerana mereka terdiri daripada golongan yang baik2, sopan2 dll

Jika ada cerita mengatakan bunian tinggal di istana, berwajah cantik2 dsb, kemudian apabila kita pulang ke dunia manusia, dan kembali ke dunia mereka semula dengan sebarang amalan khusus, didapati wajah mereka bertukar menjadi sangat hodoh, istana bertukar kepada hutan yang kosong, maka itu adalah dunia jin yang menipu kita.

Semasa saya berada dalam tingkatan menengah atas, seorang ustaz ada menceritakan bahawa dunia jin lebih maju daripada kita, teknologi mereka canggih2, mereka juga belajar seperti kita, bergurau senda dll [tapi kasarlah sebab sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia]

Dalam 1 alam ini jika dianggap peratusan makhluk2 ciptaan Allah sebagai 100%, maka..

-manusia 1%
- jin 9%
- malaikat 90%

jika diperhati secara teliti, malaikat merupakan makhluk terbanyak ciptaan Allah
seorang manusia digoda oleh 9 ekor iblis, tetapi iblis cuma menggoda, mereka tidak memaksa @ menarik kita secara zahiriah pun

manakala malaikat pula memberi ilham supaya kita mengerjakan kebaikan
perhatikan, bagaimana manusia boleh tunduk pada godaan iblis yang 9 ekor + hawa nafsu
akan tetapi, ilham yang diberi oleh malaikat tidak pula kita ikut..

hmmm, hakikatnya semua hidayah itu milik Allah semata, kita hanya boleh berusaha mengajak ke arah kebaikan, tetapi bergantung kepada individu itu sendiri untuk melakukannya atau tidak


KISAH KEDUA

Soalan saya, RAHSIA

-golongan tasawuf

golongan tasawuf ni adalah mereka yang dianggap kekasih Allah. ya Allah, siapa lagi yang mahu menolak cinta-Mu?

Allah Maha Penyayang terhadap sekalian makhluknya, Dia memberi hidayah kepada semua makhluk-Nya, tetapi kita yang tidak menggenggam erat hidayah yang diberi-Nya. Jadi, jangan salahkan taqdir kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya, insyaAllah.

Kita jangan sesekali memandang remeh, hina dsb pada mana2 makhluk pun

hatta Imam Syafie sendiri berterima kasih pada tuk gurunya secara tak langsung. [kisah Imam Syafie terlihat seorang lelaki kencing di jalan sehingga dia dapat menyelesaikan 1 masalah]

Saya ada sebuah cerita untuk dikongsi..

Tempat : Kaabah, Makkatul Mukarramah
Masa : tak tahu, tak terfikirlah pulak nak tanya =P
Watak : Orang alim & Orang tua

Seorang alim, sedang tawaf keliling kaabah, sedang tawaf, tetiba ada seorang tua berhampiran dengannya. Lalu dia menyuruh orang tua itu agar bertawaf menjauh daripada kaabah.

Astaghfirullahal 'azeem..

selepas usai tawaf, dia perlu mengajar anak2 muridnya. Malangn
ya dia tak ingat satu ilmu pun...

~BLANK~

Tiba2 orang tua yang dihalaunya tadi menegurnya...

"kenapa nak?"

"saya tak ingat nak mengajar apa2 ilmu, pak cik"

"tu ilmu kamu, di atas tu" [sambil menuding ke arah seekor cicak
di dinding kaabah]
"anak bukakan mulut anak jika mahu dapatkan kembali ilmu tu"

Cicak itu mahu bery2!!! hehehehe
Orang alim tadi membuka mulutnya...

"nak jangan tutup mulut, telan2"

"GULP~" <--- ni tambahan ja, tak dak kaitan pon.. hehehe =P

Sejurus selepas tamat memakan bery2 tadi, si alim itu dapat mengajar anak2 muridnya seperti biasa

Tahukah tuan2, puan2, abang2, kakak2 n adik2 sekalian siapakah orang tua tu???

ya, dia antara kekasih Allah, salah seorang ahli sufi

Sesiapa yang menghina golongan tasawuf akan terhijab daripada mendalami ilmu2 yang berkaitan tasawuf

hmmm.. 1 persoalan yang saya tak berapa nak jelas tentang sumbernya.. saya percaya ja, tapi tak tahu apa dalilnya.. isk3

SIAPAKAH WALI2 KECIL? BAGAIMANA MEREKA DIANGGAP SEBAGAI WALI2 KECIL?

hmmm, saya diberitahu bahawa sesiapa yang mengiktiraf golongan tasawuf dah dikira sebagai wali kecil? Subhaanallah... tapi Allah sahaja yang berhak mencampak kasih sayang ke dalam hati hamba2-Nya..

Kenalkah kita pada Rabiatul Adawiyah? Beliau antara ahli suffah, malah merupakan satu2nya wali perempuan..

Sekarang saya sudah temui SEDIKIT jawapan bagi golongan tasawuf nie..

merekalah kekasih2 Allah yang dalam mahabbah, malah seolah2 lupa pada dunia... boleh juga dikatakan mabuk cinta pada-Nya..

Saya bagi 1 contoh...

Kita golongan yang biasa2 ni, ilmu tak tinggi, amal pun tak berapa nak cukup... tapi 1 soalan
adakah ilmu yang tinggi yang kita harapkan???
jadi, kita belajar sebab nak orang kata kita ni banyak ilmu? mahu disanjung2, dipuja2???

kalau amal yang berlambak2 yang kita pandang.. jadi adakah kita beramal kerana mahu jadi bukit pahala kita? hmmm.. rumit nih.. kejap2, jangan berenti membaca.. hehehe

1 kisah untuk dikongsi..
seorang abid yang sangat banyak amalannya dihadapkan di hadapan Yang Maha Esa

lalu dikatakan:
"engkau masuk syurgaku atas apa? @ kenapakah engkau akan masuk syurgaku?"

"aku masuk syurga-Mu kerana amalanku"

tetapi... Allah campakkan dia ke neraka.. kenapa ya?

kerana... dia mengatakan dia masuk syurga atas amalan sendiri...
padahal kita masuk syurga atas sebab RAHMAT ALLAH YANG MAHA LUAS

siapakah yang memberi kita keupayaan untuk beribadah?
ALLAH

siapakah yang memberi ilham untuk kita mengerjakan amalan sunat?
ALLAH

milik siapakah ilmu yang kita cari?
ALLAH

Allah, Dialah Pemilik Segala..

hehe, sambung citer Rabiatul Adawiyah tadi balik =D

kenapa Rabiatul Adawiyah tak kahwin? sedangkan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri menyatakan..
"Sesiapa yang tak mengikut sunnahku, maka dia bukan daripadaku.. dan antara sunnahku adalah bernikah"

hmmm, jawab2, nape Rabiatul Adawiyah masuk syurga insyaAllah walaupun dia tak kahwin? [sedangkan ramai ja yang cuba meminangnya]

jawapannya begini...
Rabiatul Adawiyah ada satu2nya wali Allah yang perempuan.. [wali besar, bukan wali kecil]
beliau ahli sufi, jiwanya telah dipenuhi cinta Allah, sehingga tiada bahagian pun untuk cinta manusia, jadi adakah dia sempat untuk menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya nanti? sedangkan di hatinya hanyalah Allah, seluruh anggotanya hanya setia kepada Allah..




Allah segala-galanya buat Rabiatul Adawiyah nie..

tetapi pada zaman ini tiadalah lagi sesiapa seumpama Rabiatul Adawiyah nie [jadi, jangan buat alasan tak mau kawin pulak-kata2 ustazah Bahiyah]

satu analogi tentang golongan tasawuf

mereka ni ibarat pemandu yang telah berlesen.. sedangkan kita ni, yang kebanyakannya syadid dalam persoalan feqah, adalah ibarat pemandu2 yang masih dalam training

jadi, kita ikut sahaja apa yang kita cari [teruskan mengkaji dan beramal dengan ilmu2 feqah], sehinggalah nanti insyaAllah kita sama2 memandu bersama mereka.. amiin..

Entri ini dah sangat panjang, nanti bersambung entri lain pula..

InsyaAllah

Wallahu a'alam

gravatar

Jalan2 ke Cairo [Safarah & Hussin]

Bismillahirrahmaanirrahiim


Semalam saya ke Cairo, bersama rakan2 dan pengalaman baru

Dengan nama-Mu ya Allah, yang Maha Kaya, Pemilik Segala Hikmah..

Tiada apa2 yang special sangat pun, cuma bertepatan dengan 1 kata2 hikmah ini:

jauh perjalanan luas pengalaman.. betul sangat2lah tu

semasa berada di dalam 1 bas, seorang budak perempuan minum air mineral yang diberi oleh ibunya @ neneknya tak pastilah pulak, kemudian ibunya minum air itu pula.. hehe, mereka memang dahaga sangat kot =D

hmm, yang saya agak terkejut ialah pabila mak cik tu berikan air kepada pak cik2 yang lain di dalam bas tu.. ada la dalam 3 orang pak cik

kalaulah kita, rakyat malaysia, ada tak yang sanggup berkongsi minuman dengan orang yang tak dikenali? [+ dalam bas + lepas kita tengok cara mereka minum pun-cara dasyat ah, sanggup ka nak minum air dalam botol yang sama?]

Subhaanallah, adegan berkongsi botol air tu mengingatkan saya kepada 1 kisah di zaman Nabi dahulu....

semasa salah satu perang, terdapat beberapa sahabat baik yang cedera parah, masing2 dahagakan air

"air... air..."

kemudian seorang sahabat/khadam [saya tak pasti] datang membawa air kepada sahabat pertama yang meminta air.

Tiba2, terdengar lagi suara "air.. air.."

Sahabat yang hampir meminum air itu berkata "berikan air ini kepada sahabatku.."

lalu si pembawa air tadi tergesa-gesa menuju kepada sahabat yang dimaksudkan

"air.. air.." kedengaran suara seorang sahabat yang lain.

"berikan air ini kepada sahabatku dahulu.." pinta sahabat kedua yang dihulurkan air.

apabila si pembawa air ini menuju kepada sahabat yang ketiga, dia mendapati sahabat yang ketiga itu sudah diambil nyawanya.

Lalu dia segera berlari kepada sahabat yang pertama semula, didapati dia juga sudah meninggal dunia, dan perkara yang sama berlaku kepada sahabat yang kedua.

Akhirnya mati syahidlah mereka semua. Bukankah ukhuwah itu indah? Kerana kasih sayang sesama mereka, semuanya berkorban sedikit meskipun di akhir hayatnya

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mencintai sahabatmu lebih daripada kamu mencintai dirimu sendiri"


masih adakah orang seperti ini? InsyaAllah ada (^^,)

__________________________________________________________________

Kemudian kami sekumpulan pergi membeli-belah di Hussin selepas tamat urusan di safarah

saya n kak Shakirah berjalan 2 orang, melihat-lihat pakaian

sehinggalah kami tiba di salah 1 gerai

Saya tanya ammu [pak cik] tu,
"yang ni berapa?"

kemudian cubalah tawar-menawar, tapi pak cik ni tukar topik pulak..

"kamu dah kawin belum?"

"huh?" [sebenarnya saya tak dapat tangkap lagi perkataan n maksud pak cik tu]

"saya tak faham, maaf"

pastu dia asyik duk ulang soalan yang sama ja, sampailah akhirnya saya dah faham daa apa yang dia tanya.. huhu

"umur kamu berapa?"

"19"

"kalau di sini, macam kamu ni baru 15" [mentang2lah ppuan diorang besar2.. huhu]

"umur saya, 21"

"saya nak kawin dengan orang malaysia" [masa ni ingatkan dia cakap, dia dah kawin dengan orang malaysia, jadi saya angguk ja lah.. huhu]

"mata kamu itam macam orang Mesir" - pakai niqob nampak mata ja lah kan [asal pi tempat yang ramai omputih mesti pakai niqob, H1N1 yang menggerunkan.. isk3

pastu ada dia cakap 1 benda neh... kemudian dia tanya balik soklan pelik tuh..

"kalau kamu diberi pilihan, kamu akan kawin dengan orang malaysia / arab?"

"malaysia"

"kenapa? kenapa kamu pilih orang malaysia?"

"UHIBBU MALIZI" <--- my ans hahahaha [katok pala ammu ni kang!]

"kenapa kamu tak mau pilih Arab? Orang Arab tinggi dan gagah"

eeeeeeeeiiii, tak faham bahasa sungguh pak cik neh, dah naik lemas cek, tapi tak tahu nak lari camna

"Saya tak mahu"
"saya tak mahu"
"saya tak mahu"

ok lah, bubye pak cik, dan terus kami lari dari situ..


Arab biasa2 ja, kalau yang hensem pun, macam tama-chan [Ouran High School] yang saya jumpa depan kedai Mc'D di Cairo.. hihi

sape2 yang nak datang sini pun, tolonglah jangan kawin dengan orang Arab sebab dot3[demi menjaga kehormatan semua pihak]
tapi, kalau jumpa yang akhlaknya seperti Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam apa salahnya kan?
*wink3*
hehe


Hari ni baru balik daripada airport, pegi ntar jaja
Jaja, emmmmm.... ok lah, daa~

Wallahu a'alam..


Mengarut3