gravatar

Saya tahu...

Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya tahu kenapa saya susah amat menghafal

saya tahu kenapa saya suka buat perkara2 yang melalaikan

saya tahu kenapa saya suka sakitkan hati orang sejak berada di sini

saya tahu perubahan yang berlaku ke atas diri saya

saya tahu 'penyakit hati' ini semakin parah

saya tahu semuanya tentang kelemahan saya

tetapi kenapa saya masih melakukannya?

kadang2 saya rasa tak faham akan diri saya

kadang2 saya rasa seperti kehilangan

kadang2 saya rasa kesunyian

kadang2 saya tiada tempat untuk mengadu

kadang2 saya rasa kehilangan bahu untuk menumpang kasih

kadang2 saya rasa lidah kelu untuk berkata-kata apabila maksiat berlaku di depan mata

lagi parah apabila saya sendiri melakukan maksiat! Astaghfirullahal 'azeem

saya rasa kehilangan teman2 seperjuangan

saya rasa kehilangan lazatnya beribadah

saya rasa saya perlukan pembantu

saya rasa seperti mahu menjerit "kenapalah dengan aku ni? dahulu kuat meskipun tiada pendukung.. sekarang terasa rebah atas kaki sendiri"

hmmm... ntahla.. kadang2 rasa seperti pasrah nak hidup.. tapi saya ingat pesanan, Allah bagi peluang untuk hidup agar kita beribadat pada-Nya

saya tahu kejahatan alat ini
yang mudah melalaikan
habis apa yang perlu saya buat? buang macam tu ja? adehh~

sekarang semua orang sudah berlari, tetapi saya rasa seperti semakin tempang, seolah2 satu persatu anggota saya menjadi cacat

saya rindukan saat dahulu
hmmm... susah nak cerita apakah jenis pengalaman saya dahulu, biar ianya menjadi rahsia antara saya dengan-Nya sahajalah...

bagaimana untuk menjadi seperti Rabiatul Adawiyah itu sangat sukar, kadang2 kerana pengaruh persekitaran sudah mengeluh

padahal belum berjumpa makhluk yang dilaknat Allah itu...

semakin lalai, semakin jauh... insyaAllah saya akan cuba merangkak semula.. mungkin anggota yang cacat takkan sempurna seperti dahulu, tetapi sekurang2nya saya cuba menjadi hamba yang tahu bersyukur

suram... suram... semuanya kelam... saya inginkan kembali cahaya itu.. saya tak mahu sekadar kata, saya tak mahu dikata oleh 'mereka2' itu lagi

kadang2 terasa ingin berfalsafah, tetapi maksud selalu tak sampai, tetapi bila bercakap secara jujur pun manusia tak hargai teguran...

kadang2 terasa semua yang dibuat betul, rupa2nya caca-merba di sana sini...

aduhh! apa lagi yang sedang dipikirin!

maaf, maaf, maaf....................................

susahnya hendak menjadi baik, tetapi bila dah jadi baik rasa seperti hendak buat jahat pula nangih

hendak menjadi sempurna sekali lagi? [ceh, macamlah sempurna sangat!] masihkah ada peluang begitu lagi?

biarlah orang tak percaya, biasalah, kata2 hanya manis di mulut, tetapi silam tahu apa yang berlaku

dan biarlah ianya tetap menjadi rahsia........................

saya sepi sekali lagi....

padahal saya tahu, Dia sentiasa ada, Dia menanti saat keguguran mutiara jernih, tetapi apakan daya.........


saya mahu pulang ke Malaysia, saya mahu menghadiri kelas2 agama seperti dahulu, saya mahu mengkaji buku2 agama seperti dahulu, sehingga saya tak sempat menonton tv

saya mahu ditarbiyah semula.... saya mahukan tarbiyah seperti dahulu

saya sudah kehilangan.............. aaaah

kawan saya cakap, tak baik menghina diri depan makhluk, sebabnya itu menunjukkan riyak
[saya masih kurang jelas, tetapi saya faham sikit]

kerana penghinaan diri itu hanya selayaknya di hadapan Allah sahaja.......................

saya tahu, tetapi kenapa saya masih begitu???

sudah, jangan merepek banyak, pergi buat kerja sekarang

selamat... moga selamat insyaAllah.. amiin senyum

[Doakan saya semoga berubah menjadi baik seperti dahulu, ataupun lebih baik lagi... dahulu yang bukan di sini, tetapi di permukiman sana... tanah yang kurindui, bersama yang tersayang, di pangkuan bunda dan ayahanda.... bawah naungan-Nya.. insyaAllah.. amiin]


Wallahu a'alam

gravatar

sabar..
sabar..
sabar..

sabar ya..

menjadi baik itu bukan senang.. once orang dah tahu orang tu baik, bila orang tu terbuat silap, atau terbuat jahat.. jahat itu laa yang akan diingat orang selama2 nya..

tapi kenapa ya? hanya kerana kesalahan yang dibuat itu, yang semua manusia pun xlepas daripada berbuat demikian.. maka terhapus laa semua kebaikan di mata manusia..

huu~

daku tidak mengerti..

=(

gravatar

betul dik!
akak ingat lagi dulu, masa di plkn semua orang mencari kesalahan akak sampaikan akak tersilap cakap tentang program ceramah pun dah dituduh menipu, padahal tersilap ja pun....

pastu ada sekali naik flying fox [cuba imagine pakaian ketika flying fox macamna], sorang budak perempuan ni jerit:
"ustazah, aurat ustazah!"

adess! apedaa~ cek ni bukan ustazah pun, ilmu seciput, lagipun memang wajib pun pakai macamtu,
jadi, apa lagi yang boleh akak cakap?
huhuhu, dahla suara dia 1 padang tu boleh dengar T_T

gravatar

salamwarahmatullah.
Allah tahu
Jika disaban hari kalain menangis,meratap seorang diri
jika setiap hari kalian terpaksa menanggung segala rasa

Allah tahu...
Allah faham yang kalain lalui
"kadang2 kita alami suasana hujan,ribut kemuadian petir dan taufan.Dan kita bagaikan tersungkur di satu perhentian.Rupanya diperhentian itu,Allah meihatkan kita sebuah pelangi yang amat indah"~

gravatar

Salam Mujahadah ya srikandi mujahidah...

Bukan senang nak jadi baik sebab bila kita jadi baik, orang akan mencari keburukan/kelemahan kita. Ya, kita ni semua manusia yang lemah dan tak sempurna kecuali Rasulullah SAW.

Nampaknya kalau nak berjaya, usah hirau kata-kata orang lain. Pekakkan telinga terhadap kata-kata mereka yang hanya akan membuat diri awak lagi binasa. Dan pekakkan telinga awak terhadap pujian-pujian yang datang mendondong juga.

Just be yourself and always improve yourself to be a better person. Kita hidup ni untuk Allah dan bukan untuk membuat orang lain gembira melainkan mak ayah kita. =)

Semoga awak sentiasa kuat ya saudariku seIslamku. Dahulu awak yang selalu memberi nasihat untuk memberikan saya kekuatan. Kali ni, saya tergerak pula untuk menyuntikkan kata-kata semangat kepada awak.

Syukran ya sahibati. Semoga Allah melindungi awak selalu dan janganlah putus asa kerana Allah sentiasa bersamamu pada saat gembira dan duka. =)

Semoga perhubungan kita semua berkekalan sampai ke akhirat, insyaAllah. Amiin~

gravatar

wa'alaikumussalam sahabat

aisha soleha...
benar Allah tahu apa yang kita lalui, ttp kdg2 manusia alpa krn x tahu Allah sentiasa bersama2 dalam menguji hamba2-Nya


adah~

syukran jazeelan sahabat atas kalam2 semangat...

insyaAllah dipelihara hubungan kita selamanya..

amiin =D

Mengarut3