gravatar

Degup Jantungku... Ya Allah

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Tiada apa yang mahu dicerita
cuma ingin berkongsi 1 cerita [haha, cerita jugak tuh =P ]

Begini...


Ketika kak izan menceritakan tentang fadhilat berzikir, [ya Allah, redhailah anggotaku]
tetiba saya rasa................

hmmm, apakah perasaan itu? entahlah, tak faham juga dengan diri sendiri
apa yang pasti, saya tak dapat gambarkan betapa indahnya n hebatnya perasaan itu

Subhaanallah


"Pernahkah kita rasa setiap degup jantung kita menyebut nama Allah"

sedang hatiku berdegup kencang, "ya Allah, ya Allah, ya Allah"


kemudian saya rasa sedih

lalu bermonolog:
Ya Allah, alangkah bagusnya jika aku tidak tahu bahawa ianya berdetak seperti ini, alangkah bagusnya jika aku lupa tentang hatiku ini..

Aku bimbang jika suatu hari nanti aku kehilangan nikmat ini, seperti masa dahulu, lalu diselubung kesedihan..

ya Allah, kalau begini, lebih baik bagiku tidak mengetahuinya
sedang aku membiarkannya berdetak seperti biasa

ya Allah, janganlah Engkau hilangkan nikmat ini, nikmat yang sudah lama kutunggu sejak dahulu...



Suatu masa dahulu, saya pernah membayangkan [bayangkan saja] setiap sel darah saya mengalir dengan kalimah Laa ilaaha illallah..


Kemudian saya bermonolog lagi:
ya Allah, macamna ni?


Pernahkah pula kita rasa kalimah Laa ilaaha ilallah bergerak seiring dengan bibir kita menutur mutiara2 ilmu

Pernahkah kita rasa begitu???



"Tahukah apa rasanya kehebatan berzikir? Mahabbah ilallah

Sehingga apabila kamu berada dalam keramaian [dalam kalangan orang ramai] kamu akan terasa kesepian [keseorangan], tetapi sebenarnya kamu tenggelam dalam cinta Allah, zikrullah, sehingga kamu lupa bahawa kamu sebenarnya berada di celahan hamba-hamba Allah.."


Saya terkenang 1 peristiwa semasa majlis zikir yang terakhir di PLKN dulu...

pada masa itu, semua orang sedang lalai, bergelak ketawa, berbual2 kosong..
termasuklah saya! Astaghfirullahal 'azeem..

kemudian dia berkata : "rugilah orang2 yang tak berzikir pada malam ini, mana tahu ini malam terakhir kita hidup, malam terakhir kita mengadakan majlis zikir seperti ini, rugilah orang2 yang lalai daripada mengingati Allah"

Tersentak hati saya pada ketika itu, tiba2 tersirap darah ke otak..

"ya Allah, apa yang aku buat ni?"

Saya mengalih pandangan ke belakang, mata saya tercari-cari di manakah Liyana sahabatku...

Dia berada di belakang sekali, matanya merah, pipinya basah..

Lalu saya mendekatinya seusai solat

Dia mengulang apa yang dikatakan oleh dia
"Syifak, yana rasa sedih sangat bila dia cakap, rugilah orang2 yang tak berzikir pada malam ini, mana tahu ini malam terakhir kita hidup, malam terakhir kita mengadakan majlis zikir seperti ini..."

"yana rasa sebak, sedih sebab semua orang tak ikut berzikir.."
[pada malam itu merupakan malam yang paling lagha, selalunya mereka2 akan turut berzikir, tetapi kali ini jumlahnya amat kecil]

sedang manik2 mutiara berguguran lagi...

kolam air mataku tak dapat menahan lagi, tenggelamku dalam kesedihan
ruginya aku!!!
Astaghfirullahal 'azeem

Sehingga kini masih terbayang saat ke surau seawal 5.15 pagi, di antara celahan kebun getah
perasaan takut bercampur-baur
bimbang akan berita tentang orang minyak, ular etc

Tetapi tetap meneruskan langkah, dengan penuh kepercayaan bahawa "Allah ada, Dia akan melindungiku"
"jika Dia menginginkan kematianku begitu, aku harus redha, aku ini hanyalah pinjaman-Nya yang seketika di dunia ini"


Seusai solat Subuh, kembali pulang ke kotej..

Setiap derapan tapak kaki itu masih berbekas di hati..
Permasalahan umat bercambah2 di fikiran..
"ya Allah, ini baru PLKN, belum lagi dunia luar, masyarakat lagi, di tempat kerja lagi.. bantulah aku ya Allah.."

Tak lupa, ucapan Laa ilaaha illallah..
Laa ilaaha illallah..

Rindunya akan langkah itu!


Wallahu a'alam

gravatar

haih~

sedih je cerita akak ttg sahabat akak tu walaupun dh banyak kali baca..

hurmm..

speechless~

thanks for diz entry ukht..

jazakillah khairan kathira..

gravatar

salam buat sahabatku..

erks!
sentap baca!!
barangkali klaw bleh dengar sniri org brcerita tntg klebihan zikir ni mungkin diriku juga bleh merasa perasaan ajaib sprtimu itu syifak..
huu




rndukan suasana tarbiyah juga..
waaaa!!

gravatar

ya habibati suhana =)

akak lagi sedih sbb dah ilang contact dgn dia ='(

akak rindu pujukan2 dia meminta diajarkan ilmu sdgkan ilmu akak seciput ja
huhu


che ah~
tarbiyah di skolah kita tu pun sbnrnya dh cukup dah =D
insyaAllah

jika dihayati btul2, sbnrnya tarbiyah skolah lg bes drpd tempat len sbb ianya istiqamah


=D carilah tarbiyah di mana kamu berada
jika x jumpa, bermakna kamulah yang harus menjadi pendetaknya
(^_^)

Mengarut3