Raya Di Mesir
Bismillahirrahmaanirrahiim
Raya tahun ini, hari ini, mungkin tidak semeriah raya tahun lepas…
Raya tahun ini, tanpa suara ibu mengarah anak2nya supaya segera mandi, bersiap2
Raya tahun ini, tanpa suara ayah mengejut anak2 lelaki yang masih lena dibuai mimpi
Raya tahun ini, tanpa suara seorang nenek memanggil cucu2nya supaya bersarapan
Raya tahun ini, tanpa suara tok lang & derapan tapak kakinya menjengah dari luar tingkap, melihat cucu2 sedaranya yang masih belum siap menggosok baju..
Raya tahun ini, tanpa suara hilai tawa adik2 yang saling mengusik
Raya tahun ini, tanpa suara tangis esak adik2 akibat dibuli
Raya tahun ini, tanpa bunyi teriakan si kecil Amaluddin
Raya tahun ini, tanpa si Fatimah yang suka berdandan [tahun ini pakai baju fesyen apa pula ye?]
Raya tahun ini, tanpa haruman tangan bunda serta ayahanda
Raya tahun ini, tanpa kata2 nasihat bunda dan ayahanda
Raya tahun ini, tanpa ziarah ke kubur arwah kedua2 tok wan, tok yam, dan moyang
Raya tahun ini, tanpa ziarah di sekitar kampong halaman
Raya tahun ini, tanpa berjalan2 ke Perlis, ke rumah ex-bf [ngeh3 XD ], ke rumah pengasuh2 semasa kecil, makan2 romentik di kuala perlis =P
Raya tahun ini tanpa melepak2 di umah kak long n kak ngah [tiap2 tahun berusaha pujuk mak agar benarkan tidur di umah diorg… hehehe =P ]
Raya tahun ini, tanpa kuih tart, Mazola n almond hasil tangan mak, saya, Fatimah n Jalaluddin
Raya tahun ini, tanpa baju kurung baru, tudung baru =(
[barang2 berwajib.. hehehe]
Apapun… Raya tahun ini…
Pagi raya pertama bersama orang2 tersayangDah boleh buat kek coklat resepi sendiri
Kuih tart tak menjadi disebabkan terlebih mentega n tak guna buttercup =P
Dapat bersama sahabat2, kira okeylah tu daripada raya sengsorang… huhu
Beraya dengan mama kawthar, mama cakap apa ye sampai saya tertido di umah mama, letih bangat, penat sebab malam raya tu tido sejam setengah ja [baik drpd tak tidur langsung.. huhu]
1st time menziarahi umah BKAN [badan kebajikan anak negeri] Kedah… terima kasih pada musyrif kami, kami ni memang mengada2, dah lama tak jumpa senior la katakan…
Jumpa Siti Fatimah Ahmad, my dormate n classmate n soulmate.. hehehe
Tak puas cit cat dengan dia tadi, tapi apa boleh buat, kak nazila nak balik awal n tak mau bermalam di Cairo sebab nak makan masakan kak hajar [kalau bab baju, beres je dengan cik Siti ni, so no problemo =D ]
Tersadung kaki lagi masa dalam perjalanan pulang, kali ni tercabut kasut, nasib baik yang nampak tu junior ja.. hehehe [sila jalan dengan berhati2]
Raya di sini, yang meriahnya dalam kalangan orang Melayu je lah… orang arab cam besa ja, kalau diorg nak rai pun, diorg buat majlis untuk orang Melayu
1st tag daripada Che Ah..
[sorry x jawab tag orang lain disebabkan saya memang busy sampailah sekarang. Busy buat apa ntah, bukannya PM pun.. haha]
1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengapa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu..
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan..
3) Okey. 10 orang ni ana tag, tak kiralah ada blog ke, tak dak ke =P –
Camna raya dengan @ tanpa orang tersayang?
- Suhana adikku
- Tiqah Mamat
- Wanie Azeera
- Lynn
- Adawiyah Juzailah
- Ila Insyirah
- Huessna Samat
- Balqis
- Kak Syakirah
- Kak Wa
Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara.. Jadi sebar2knlah ya...
Firman Allah S.W.T dalam surah A-li 'Imran ayat 19. Mafhumnya:
“Sesungguhnya agama yang diredhai dan yang benar di sisi Allah S.W.T. hanyalah agama Islam semata-mata..”
FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak..”
Wallahu a'alam
salam...
waa, best r tu raya...hoho
skali skale xraya ngn family tu la baru ade feel raya,
lps blek m'sia nnti, komfem la rindukan suasana raya kt mesir blek...huhu..
papepon, selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
wassalam..
maaf zahir batin wa gak
bes raya d msir nie =D
Post a Comment