gravatar

~Erti Syukur~

Bismillahirrahmaanirrahiim



Saya... emmm..


Bersyukur kerana tak perlu merempat tepi jalan sebagai peminta sedekah,
bersyukur kerana tak perlu menggigil kesejukan dalam kemeja merah demi nus segenih bayaran tisu
hakikatnya ada baju sejuk pemberian orang yang lalu lalang [profesor barangkali], tapi terpaksa disembunyikan kerana mana mungkin orang percaya yang dia itu miskin jika ternampak sweater coklat tu?
bersyukur kerana tak perlu baring atas kaki lima, berhampiran tugu, kaki berdebu, hitam, busuk..
bersyukur kerana tak perlu menjadi orang yang dicaci, dihalau kerana merintih "segenih.. segenih.." sambil tangan menahan perut yang kelaparan
bersyukur kerana berpeluang keluar rumah dengan selamat, tanpa bunyi das2 tembakan yahudi, tanpa bunyi bom di hujung jalan, tanpa bunyi peluru berpandu terbang melintasi atas kepala..


[murid afghanistan jawab exam]

bersyukur.. bersyukur..


bersyukur sebab ada air untuk mandi manda, bibir tak pecah, merekah, ataupun berdarah teruk
bersyukur kerana ada pakaian untuk ditukar, tidak perlu rasa mual dengan pakaian yang sama setiap hari, juga boleh dibasuh setiap hari, tak perlu membawa bau busuk kita ke serata tempat.. tak perlu orang menjauhi kita
bersyukur kerana bila sakit, ada orang tolong masakkan untuk kita, boleh makan sup ayam, boleh jamah nasi lemak, nasi tomato dsb
bersyukur bila sakit ada orang mahu demah kepala kita, selimutkan kita,berbual tenang dengan kita, berada di sisi kita, mendoakan kesejahteraan kita
bersyukur bila kita mahukan sesuatu ada orang mahu ambilkan, sedangkan kita mampu untuk mengambilnya sendiri, kita sebenarnya telah banyak membazir masa orang

bersyukur......................

bersyukur kerana ada 2 mata untuk melihat, yang tak rabun lagi bes, baik daripada jalan memegang tongkat, tersepak batu, tersadung lalu jatuh, namun tak siapa mahu tolong angkatkan si tua itu..
dengan mata itu kita boleh melihat langit biru yang meluas, dengan tompokan awan, kadang2 membentuk corak2 kartun yang melucukan
dengan mata kita boleh menatap wajah ibu bapa kita, guru2, sahabat2, buku2, warna yang pelbagai...
dengan mata kita boleh ambil lesen memandu, beli baju2 yang cantik dsb
dengan mata kita boleh mengelak daripada terjatuh longkang, tersepak batu, cuma tak leh elak daripada terkena najis burung ja..
dengan mata kita boleh tengok warna bunga raya, bunga ros.. Ah, wanginya haruman ros! 
tapi dengan mata juga kita melihat perkara2 maksiat :(

bersyukur kerana ada tangan yang sempurna, siap pakej kuku berkilat, tak buruk macam kuku perokok, 
dengan tangan itu kita boleh belajar, cium tangan ibu bapa, cium tangan guru2, bersalaman dengan sahabat2
dengan tangan itu kita boleh menulis, mengira, mencongak, memegang sabun, menyuapkan makanan ke dalam mulut sendiri,
dengan tangan itu kita mampu merasa tekstur yang keras, lembut, kasar, licin, gebu, rasa pedihnya bila terkena api, minyak masak, air panas, sakitnya bila terluka akibat hirisan pisau
bayangkan orang2 yang tak boleh merasa semua nikmat ini..
dengan tangan itu kita boleh menyidai kain, memasak, menyapu sampah, merasa nikmatnya mengemas rumah, juga bertepuk tampar dengan kawan2 :)
bersyukur kerana tangan ini boleh digunakan untuk menyentuh makanan, mengupas buah dsb..

bersyukur dikurniakan kaki yang sihat, tak perlu terseret2 ke sana ke mari..
boleh berjalan2 mengelilingi dunia, berenang di dalam air, menyelam..
dengan kaki kita boleh main bola sepak, tak perlu minta sedekah di atas jambatan
banyaknya kegunaan kaki, tak perlu berkerusi roda untuk ke kelas, tak perlu memakai topang kaki..
tapi dengan kaki juga kita melangkah ke tempat maksiat

bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang tak terhingga, alhamdulillah, segala kelebihan itu semuanya datang daripada Allah..
gunakanlah akal kita dengan sebaiknya.. =)









Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 152
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 172
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.






يَعۡمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاء مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالۡجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ اعۡمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكۡرًا وَقَلِيلٌ مِّنۡ عِبَادِيَ الشَّكُورُ (13)
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit.. amiin..


p/s: sekarang rasa sakit semula masa pi kelas anat yang tak jadi :(
mungkin balik m'sia nanti nak buat operation..
ke operate ja kat sini???





Gratisan Musik

Wallahu a'alam

Mengarut3