gravatar

~Kawal Perasaan Marah~

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Saya takde pape sangat nak cerita sebab saya bukannya Dato' @ Datin @ Diva ke.. melainkan PERMASURI SAHAJA.. XD
cuma saya nak bagi beberapa tips untuk wanita2 sekalian.. ehem3 :P


Ni beberapa tips bagi 'mereka2' yang selalu dilanda emosi, marah, gembira yang extreme! dsb..


okey.. Bila rasa marah tiba2 disebabkan apa yang kita dengar, atau minornya disebabkan apa yang kita telah lihat..









  • sekiranya posisi anda dalam keadaan berdiri, sila duduk naa, kalau marah dalam keadaan sedang duduk, baring, kalau baring, tido terusla jawabnya XD
  • ucap astaghfirullahal 'azeem.. syaitan adalah sahabat paling akrab apabila kita tengah marah... nak tau knapa? kerana unsurnya sama.. kalo tak caya, tengok Dragon Ballz, kenapa time jadi super saiyan ja, asyik keluar api dari badan diorg, konon ada aura lah ye..  :P
  • duduk senyap.. kalau rasa hangin semacam, atau terasa ada asap keluar daripada telinga, tutup [sumbat] telinga tu baik2, pastu kunci mulut rapat2, takut2 kalau perkataan yang keluar daripada mulut tu akan membuatkan orang rasa sakit hati, atau menjadi kejian @ cacian.. nanti jadi kerja lain pulak nak kena minta maaf pada orang tu.. risau pulak kalo tak sempat minta maaf, tiba2 pengsan, dah masuk hospital kot2 koma 2 3 bulan, pastu orang yang dicaci tadi tiba2 eksiden ka, abisla... nak minta maaf camna? nak ligan dia dalam kuboq ka? [haha, daya imaginasi yang hebat!! ]
  • ambil wudhu' jika ada sumber air yang berdekatan [bagi pelajar mesir, jangan risau pasal air, tak membazir pun sebab air Nil insyaAllah takkan kering selagi kiamat belum hampir tapi masih perlu berjaga2 dengan kemunculan Dajjal, n yakjuj wa makjuj]
  • alang2 dah ambil wudhu' tu, pi la solat sunat taubat n hajat.. sebenarnya tanda2 kita mudah marah adalah kerana kerasnya hati kita.. lainlah sekiranya apa yang kita marah itu adalah disebabkan agama, contohnya ada orang mengaku murtad ka, berlakunya fitnah ka dsb.. macam tu bolehla marah, tapi pastikan jangan keterlaluan sampai nak bunuh orang balik.. pandai2lah tangani perasaan marah.. jangan kerana anda orang kafir mencop orang Islam sebagai SI API
  • dah habis solat sunat pulak, jangan lupa akan anggota tangan anda.. senaman tangan dan mulut sangat penting.. tambah2 tangan yang ringan ni mudah je kan nak buat flexion n adduction tuk menampar orang tuh.. rosak parotid gland pulak nanti.. huhu.. aiii, jangan2!! bahaya dong! tanganmu itu kurniaan Allah, seharusnya dikendalikan mengikut apa yang TUAN kamu suka, bukannya cara apa yang MUSUH kamu suka [yakni syaitan].. btw, lidah pun mudah jugak untuk digerakkan, kan banyak striated muscles yang vertical, horizontal n longitudinal.. gunakanlah untuk MEMBACA AL-QURAN
  • cuba amalkan senyuman cam saya neh.. whahaha. petua awet muda yang simple tapi hasilnya double but not trouble :P
  • biasakan bergaul perkara2 yang menyenangkan dengan SEMUA orang, KECUALI budak laki.. haha.. penting amalan BERTEGUR SAPA ni.. jadilah budak pompuan yang baik [bagi perempuanla] ucapkan salam pada SEMUA orang yang anda jumpa kat tengah jalan, tepi jalan, atas jalan, bawah tanah [keretapi] kalau yang tengah makan tu, janganlah pulak pi bagi salam pastu tepuk2 belakang dia pulak, satgi silap haribulan kena buat tracheostomy pulak! tak pun CPR macam yang PBSM selalu ajar tuh.. T_T
Apa yang penting sangat amalan bertegur sapa nie? penting3!! [gaya upin wa ipin]
tidak malukah anda sekiranya anda tengah berjalan, tiba2 ada seorang wanita tua dia hadapan anda.. apa katanya? nampak cam kerepot kan? tapi, tahu apa perkataan nenek warga asing nie?
"Assalamu 'alaikum"
haih~ malu den.. ada ke patut nenek yang tua daripada kita memberi salam kepada yang lebih muda nie, malah pakaiannya tak sehebat kita.. renung2kanlah
Sesungguhnya orang yang memberi salam dahulu tu diberi 10 darjat..
aaaaa, malu3..  :">







Sabda Rasulullah SAW :
يسلم الراكب على الماشى، والماشى على القاعد، والقليل على الكثير . (متفق عليه)

Ertinya : " Orang yang menunggang sebarang kenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk(tidak berjalan), orang dalam kumpulan sedikit atau kumpulan kecil hendaklah memberi salam kepada orang-orang dalam kumpulan ramai atau kumpulan besar".


Sabda Rasulullah SAW :
إن الملائكة تعجب من المسلم يمر على المسلم وﻻ يسلم عليه.

Ertinya : " Bahawa malaikat-malaikat merasa hairan terhadap orang-orang Islam yang bertemu dengan orang Islam lain tetapi tidak memberi salam".

Sabda Rasulullah SAW :
وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف. (متفق عليه)

Ertinya : "Berilah salam kepada orang yang anda kenal atau tidak kenal(asalkan dia orang Islam)".








  • sambung2 :D hah, tak perlulah kot ceramah banyak2, cuma nak nasihat skit ja.. bila marah, ingatlah bahawa siapalah kita untuk ada rasa marah yang tak menentu, sedangkan DIA YANG MENCIPTAKAN KITA lebih patut rasa marah atas kemungkaran dan kedurhakaan kita pada-Nya.. Maha Pengasihnya Dia kerana dengan sifat Ar-Rahiim yang tidak lupa memberi pertolongan apabila kita meminta.. belum bersyukurkah kita??? belum puaskah kita dengan nikmat hati yang Allah kurniakan ini? malah DIA tak pernah tinggalkan kita mati kebuluran kerana ramai lagi hamba-Nya yang sibuk bercinta dengan-Nya.. andai kita disisihkan, maka kitalah orang2 yang lalai.. na'udzubillahi min dzaalik.. 

sebenarnya nak citer jadual bagi perempuan2 masa menstruation.. huuu~
  1. walaupun tak leh baca quran, bukak jugak bacaan quran yang selalu didengari @ dibaca setiap hari.. biasalah, syaitan memang suka kalau perempuan yang tengah tak suci nie.. huhu T_T
  2. sekiranya kita berzikir sepanjang tempoh 'bercuti', puluhan ribu malaikat akan turut serta menemani serta berzikir memuji Allah.. [yang ni saya baca dalam buku masa skolah menengah dulu]
  3. Siti Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidaklah seseorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan pada hari pertama haidnya membaca Alhamdulillahi alaa kulli haal wa astaghfirullaha 'alaa kulli zanbi (segala puji bagi Allah s.w.t. dalam segala keadaan dan saya mohon ampun kepada Allah s.w.t. dari segala dosa.) Maka Allah s.w.t. menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shirathul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah s.w.t. mengangkat keatasnya darjat, seperti darjatnya empat puluh orang yang mati syahid."
  4. bagi yang selalu senggugut, rajin2kanlah diri anda minum air SETIAP HARI.. masa sekolah menengah dulu saya selalu jugak buat survey, rupa2nya kebanyakan daripada mangsa2 senggugut ni adalah disebabkan kekurangan air [senggugut disebabkan oleh blood clot]. ni petua daripada pengalaman saya n kawan2 je okeh! [saya pun dah lupa macamna rasa senggugut sebab saya jarang sangat2 senggugut.. huhu]
  5. bagi yang kerap istihadhah pula, rasanya sebab kekurangan zinc [zat besi].. heh! memandai jer.. maklumat ni saya dapat masa baca buku FOODS di library skolah dulu.. katanya sayur yang kaya dengan zat besi diperlukan untuk menguatkan uterine wall.. hehe, kalau tak jelas, pi tanya cikgu ok! (silap sebab tak tanya cikgu masa skolah dulu.. huu~) [dulu saya minat dietician] kadang2 sebab masalah ngan thyroid jugak.. pasal hukum hakam cara nak kendalikan istihadhah tu, maalish, saya tau sikit2 ja sebab saya tak penah istihadhah lagi.. harap2 diriku ni normal, insyaAllah :D
  6. tambah sikit lagi berkenaan senggugut.. 1 amalan daripada kawan saya yang kerap period pain nie, katanya, tapak tangan kita nie melambangkan rahim kita, jadi, cuba urut2 kawasan rahim kita yang ada period pain tu.. heee~


okey, sekian petua daripada saya.. kawal lah emosi anda yang boleh meletup pada bila2 masa tuh... jangan biarkan hidup anda diselubungi... misteri.. hihi

kepada yang tengah senggugut, semoga kalian cepat sembuh, syafaakillah insyaAllah.. amiin :)

Wallahu a'alam


Mengarut3