gravatar

Raya Di Mesir

Bismillahirrahmaanirrahiim





Bismillahirrahmaanirrahiim

Raya tahun ini, hari ini, mungkin tidak semeriah raya tahun lepas…

Raya tahun ini, tanpa suara ibu mengarah anak2nya supaya segera mandi, bersiap2

Raya tahun ini, tanpa suara ayah mengejut anak2 lelaki yang masih lena dibuai mimpi

Raya tahun ini, tanpa suara seorang nenek memanggil cucu2nya supaya bersarapan

Raya tahun ini, tanpa suara tok lang & derapan tapak kakinya menjengah dari luar tingkap, melihat cucu2 sedaranya yang masih belum siap menggosok baju..

Raya tahun ini, tanpa suara hilai tawa adik2 yang saling mengusik

Raya tahun ini, tanpa suara tangis esak adik2 akibat dibuli

Raya tahun ini, tanpa bunyi teriakan si kecil Amaluddin

Raya tahun ini, tanpa si Fatimah yang suka berdandan [tahun ini pakai baju fesyen apa pula ye?]

Raya tahun ini, tanpa haruman tangan bunda serta ayahanda

Raya tahun ini, tanpa kata2 nasihat bunda dan ayahanda

Raya tahun ini, tanpa ziarah ke kubur arwah kedua2 tok wan, tok yam, dan moyang

Raya tahun ini, tanpa ziarah di sekitar kampong halaman

Raya tahun ini, tanpa berjalan2 ke Perlis, ke rumah ex-bf [ngeh3 XD ], ke rumah pengasuh2 semasa kecil, makan2 romentik di kuala perlis =P

Raya tahun ini tanpa melepak2 di umah kak long n kak ngah [tiap2 tahun berusaha pujuk mak agar benarkan tidur di umah diorg… hehehe =P ]

Raya tahun ini, tanpa kuih tart, Mazola n almond hasil tangan mak, saya, Fatimah n Jalaluddin

Raya tahun ini, tanpa baju kurung baru, tudung baru =(

[barang2 berwajib.. hehehe]





Apapun… Raya tahun ini…

Pagi raya pertama bersama orang2 tersayang sengihnampakgigipeace



Dah boleh buat kek coklat resepi sendiri

Kuih tart tak menjadi disebabkan terlebih mentega n tak guna buttercup =P



Dapat bersama sahabat2, kira okeylah tu daripada raya sengsorang… huhu

Beraya dengan mama kawthar, mama cakap apa ye sampai saya tertido di umah mama, letih bangat, penat sebab malam raya tu tido sejam setengah ja [baik drpd tak tidur langsung.. huhu]ngantukjelirmalu


1st time menziarahi umah BKAN [badan kebajikan anak negeri] Kedah… terima kasih pada musyrif kami, kami ni memang mengada2, dah lama tak jumpa senior la katakan…

Jumpa Siti Fatimah Ahmad, my dormate n classmate n soulmate.. hehehe

Tak puas cit cat dengan dia tadi, tapi apa boleh buat, kak nazila nak balik awal n tak mau bermalam di Cairo sebab nak makan masakan kak hajar [kalau bab baju, beres je dengan cik Siti ni, so no problemo =D ]blogger-emoticon.blogspot.com

Tersadung kaki lagi masa dalam perjalanan pulang, kali ni tercabut kasut, nasib baik yang nampak tu junior ja.. hehehe [sila jalan dengan berhati2]jelirblogger-emoticon.blogspot.com

Raya di sini, yang meriahnya dalam kalangan orang Melayu je lah… orang arab cam besa ja, kalau diorg nak rai pun, diorg buat majlis untuk orang Melayu:littlegirl1:





1st tag daripada Che Ah..

[sorry x jawab tag orang lain disebabkan saya memang busy sampailah sekarang. Busy buat apa ntah, bukannya PM pun.. haha]

1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengapa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan..

3) Okey. 10 orang ni ana tag, tak kiralah ada blog ke, tak dak ke =P –

Camna raya dengan @ tanpa orang tersayang?

- Suhana adikku

- Tiqah Mamat

- Wanie Azeera

- Lynn

- Adawiyah Juzailah

- Ila Insyirah

- Huessna Samat

- Balqis

- Kak Syakirah

- Kak Wa

Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara.. Jadi sebar2knlah ya...


Perkara yang wajib anda lakukan? Senang ja.. Lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? Zoomla..


Firman Allah S.W.T dalam surah A-li 'Imran ayat 19. Mafhumnya:



“Sesungguhnya agama yang diredhai dan yang benar di sisi Allah S.W.T. hanyalah agama Islam semata-mata..”



FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang bermaksud:



“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak..”


Wallahu a'alam

gravatar

Degup Jantungku... Ya Allah

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Tiada apa yang mahu dicerita
cuma ingin berkongsi 1 cerita [haha, cerita jugak tuh =P ]

Begini...


Ketika kak izan menceritakan tentang fadhilat berzikir, [ya Allah, redhailah anggotaku]
tetiba saya rasa................

hmmm, apakah perasaan itu? entahlah, tak faham juga dengan diri sendiri
apa yang pasti, saya tak dapat gambarkan betapa indahnya n hebatnya perasaan itu

Subhaanallah


"Pernahkah kita rasa setiap degup jantung kita menyebut nama Allah"

sedang hatiku berdegup kencang, "ya Allah, ya Allah, ya Allah"


kemudian saya rasa sedih

lalu bermonolog:
Ya Allah, alangkah bagusnya jika aku tidak tahu bahawa ianya berdetak seperti ini, alangkah bagusnya jika aku lupa tentang hatiku ini..

Aku bimbang jika suatu hari nanti aku kehilangan nikmat ini, seperti masa dahulu, lalu diselubung kesedihan..

ya Allah, kalau begini, lebih baik bagiku tidak mengetahuinya
sedang aku membiarkannya berdetak seperti biasa

ya Allah, janganlah Engkau hilangkan nikmat ini, nikmat yang sudah lama kutunggu sejak dahulu...



Suatu masa dahulu, saya pernah membayangkan [bayangkan saja] setiap sel darah saya mengalir dengan kalimah Laa ilaaha illallah..


Kemudian saya bermonolog lagi:
ya Allah, macamna ni?


Pernahkah pula kita rasa kalimah Laa ilaaha ilallah bergerak seiring dengan bibir kita menutur mutiara2 ilmu

Pernahkah kita rasa begitu???



"Tahukah apa rasanya kehebatan berzikir? Mahabbah ilallah

Sehingga apabila kamu berada dalam keramaian [dalam kalangan orang ramai] kamu akan terasa kesepian [keseorangan], tetapi sebenarnya kamu tenggelam dalam cinta Allah, zikrullah, sehingga kamu lupa bahawa kamu sebenarnya berada di celahan hamba-hamba Allah.."


Saya terkenang 1 peristiwa semasa majlis zikir yang terakhir di PLKN dulu...

pada masa itu, semua orang sedang lalai, bergelak ketawa, berbual2 kosong..
termasuklah saya! Astaghfirullahal 'azeem..

kemudian dia berkata : "rugilah orang2 yang tak berzikir pada malam ini, mana tahu ini malam terakhir kita hidup, malam terakhir kita mengadakan majlis zikir seperti ini, rugilah orang2 yang lalai daripada mengingati Allah"

Tersentak hati saya pada ketika itu, tiba2 tersirap darah ke otak..

"ya Allah, apa yang aku buat ni?"

Saya mengalih pandangan ke belakang, mata saya tercari-cari di manakah Liyana sahabatku...

Dia berada di belakang sekali, matanya merah, pipinya basah..

Lalu saya mendekatinya seusai solat

Dia mengulang apa yang dikatakan oleh dia
"Syifak, yana rasa sedih sangat bila dia cakap, rugilah orang2 yang tak berzikir pada malam ini, mana tahu ini malam terakhir kita hidup, malam terakhir kita mengadakan majlis zikir seperti ini..."

"yana rasa sebak, sedih sebab semua orang tak ikut berzikir.."
[pada malam itu merupakan malam yang paling lagha, selalunya mereka2 akan turut berzikir, tetapi kali ini jumlahnya amat kecil]

sedang manik2 mutiara berguguran lagi...

kolam air mataku tak dapat menahan lagi, tenggelamku dalam kesedihan
ruginya aku!!!
Astaghfirullahal 'azeem

Sehingga kini masih terbayang saat ke surau seawal 5.15 pagi, di antara celahan kebun getah
perasaan takut bercampur-baur
bimbang akan berita tentang orang minyak, ular etc

Tetapi tetap meneruskan langkah, dengan penuh kepercayaan bahawa "Allah ada, Dia akan melindungiku"
"jika Dia menginginkan kematianku begitu, aku harus redha, aku ini hanyalah pinjaman-Nya yang seketika di dunia ini"


Seusai solat Subuh, kembali pulang ke kotej..

Setiap derapan tapak kaki itu masih berbekas di hati..
Permasalahan umat bercambah2 di fikiran..
"ya Allah, ini baru PLKN, belum lagi dunia luar, masyarakat lagi, di tempat kerja lagi.. bantulah aku ya Allah.."

Tak lupa, ucapan Laa ilaaha illallah..
Laa ilaaha illallah..

Rindunya akan langkah itu!


Wallahu a'alam

gravatar

Alhamdulillah =)

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Alhamdulillah selesai khatam quran

Menurut imam ghazali

pahala baca quran tanpa wudhu
-1 huruf 10 pahala

pahala baca quran dengan wudhu
-1 huruf 25 pahala

pahala baca quran dalam solat
-1 huruf mencapai 100 pahala
[solat bersendirian]


Wallahu a'alam

Mengarut3