Bangku Usang
أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Bangku usang itu terdampar,
Di pinggiran pantai,
asalnya dia ingin mencurah kasih,
mengerahkan seluruh tenaganya.
Selalu insan melepaskan lelah,
Pada usia mudanya dahulu,
Tika masih teguh, cantik dengan cat,
Seringkali dia dimanfaatkan, dibelai.
Kini, dia makin dimamah usia,
Sesekali ombak badai merempuh,
Lapuk kerana kehujanan,
Lekang dek panas,
Namun tidak pernah mengeluh,
Dalam hati; “Di manakah anak-anakku?”
oo trime kasih banyak banyak:D
hehee
Sama2 :)
Post a Comment