Semusim Lalu
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Ntah pape.. dah lama aku buat cerita neh.. wekk
then tetiba rasa malas nak perap lama2 dalam komp ni.. so, aku bagiler korg bace.. hihi
Oklah malas nak berleter panjang2..
p/s: ceritanya belum habis.. tunggulah agak2 free giler baru aku sambung.. hahaha
Selamat membaca~
“Piapp!” tamparan hebat itu singgah di pipinya juga akhirnya. Aisyah meraba-raba pipinya yang merona kemerahan akibat bekas tamparan oleh abahnya. Kecewa, sungguh abahnya kecewa apabila berita panas tentang skandal anaknya itu tersebar dari hulu sehingga ke hilir kampung. Aisyah memalingkan wajahnya daripada menatap wajah abahnya yang telah bertukar daripada seorang yang penyayang kepada wajah yang amat berang. Dia sedar akan kesilapannya, namun keras kepalanya itu tidak mampu menghalangnya daripada terus mencintai seorang yang baru bergelar pendidik di sekolahnya itu.
“Aisyah cintakan dia abah! Abah tak boleh menghalang kami, Aisyah nak kahwin dengan dia!” tempik Aisyah jelas kedengaran sehingga ke luar rumah, diiringi esak tangisnya. Jiran-jiran yang melalui lorong tersebut hanya mampu menggelengkan kepala tetapi takut untuk mengintai, apatah lagi mencampur tangan dalam hal tersebut memandangkan rumah banglo mewah tiga tingkat itu merupakan hak milik ketua Kampung Puspa, seorang yang amat dihormati.
“Aisyah, kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau tu masih bersekolah, lagi tiga bulan nak periksa STPM. Kau tu bukannya tak pandai, periksa semuanya A, sengaja abah letak kau belajar di sini sebab ibu kau yang suruh,” tegas abah. Aisyah terdiam seketika, mencari-cari punca kesilapannya. Dia lupa, lupa pada janjinya dengan ibu. Dia telah berjanji untuk tidak melawan cakap abah. Tetapi, cintanya yang membara terhadap cikgu Hakeem itu membuatkan dirinya bagai si buta.
Pintu gerbang Universiti Al-Azhar As-Syarif itu ditatap dari jauh. Debu-debu musim panas perlahan-lahan terbang memenuhi sebahagian pintu tersebut, sedikit-sebanyak mengaburi pandangan segelintir manusia yang lalu-lalang di kawasan pintu itu. Ardhul kinanah ini benar-benar meninggalkan memori manis pahit, suka duka, tawa lara buat insan kerdil yang tercari-cari identiti sendiri, menghapuskan dilema yang membelenggu diri.
Beberapa pemuda-pemudi Arab berjalan beriringan keluar dari kawasan universiti itu. Manusia hipokrit! Masing-masing mencari tangan pasangan mereka sejurus tiba di luar kawasan universiti lantas menggenggam erat. Bagaikan orang yang mabuk cinta, dengan cara ketawa yang amat mengghairahkan, si gadis merelakan si jejaka dengan pandangan mata liar, tanpa rasa malu yang sekelumit.
Angin bayu berpuput lembut, sesekali melempias wajah mulus Aisyah. Air pantai beransur surut, petanda langit Asar itu bakal berakhir. Aisyah melemparkan pandangannya jauh ke tengah lautan, menyingkap memori enam tahun lalu di mana dia dan Hakeem berkejar-kejaran di tepi pantai. Hina rasanya diri di mata Tuhan, akal yang bijak itu begitu mudah sekali melupakan nikmat Allah Yang Maha Agung.
Perlahan-lahan peristiwa tahun lepas menerjah ke benak fikirannya. Air laut di Pantai Dahab itu merupakan saksi cintanya dengan Rabbul ‘Izzah.
“Ya Allah, betapa lalainya aku selama ini, begitu mudah aku mengabaikan cinta-Mu, mementingkan diri sendiri, tunduk pada hawa nafsu. Iblis itu memang punya pelbagai cara untuk menyesatkan manusia, cukuplah sekadar melalaikan sahaja,” getus hati kecilnya.
“Kakak, kenapa termenung jauh ni?
“Syukur ya Allah kerana mengurniakanku darah daging yang penenang di kalbu. Rasa terasing diri ini kerana masa silam kami yang berbeda,” hati kecilnya berbisik tenang. Dia pernah menjadi kotor, disentuh oleh seorang lelaki yang belum sah hubungannya dengannya, sedangkan adiknya itu berjiwa bersih, suci dengan pancaran nur, berkat menghafal Quran sehabis 30 juzuk.
“Adik, cinta itu buta
“Maksud kakak?”
“Iya, kakak menjadi buta hati akibat cinta pada seorang lelaki yang bukan sesiapa bagi kakak,” ayatnya terhenti sekadar itu. Burung layang-layang sesekali membawa kawanannya ke pesisiran pantai, menghayati angin bayu sementara menunggu waktu senja yang bakal berlabuh.
“Kakak, memang benar cinta manusia biasa itu buta, tetapi cinta Allah dan Rasul-Nya tidak buta kakak. Kerana cinta mereka kita mengecapi nikmat Islam dan iman. Kalau bukan kerana cinta Rasulullah sehingga ke akhir hayatnya pasti kita masih di zaman jahiliah.” Haikal meluahkan pandangannya. Aisyah terkesima. Terdapat kebenaran yang sahih di sebalik kata-kata itu. Baginya, cinta semuanya sama sahaja, tidak pernah memacu ke arah kebenaran, tetapi dia alpa sekali lagi, cinta habibullah itu memang tiada taranya.
“Kakak tahu tentang rahmat Allah?” soalan Haikal itu membuatkan dirinya terpana seketika. Haikal mengangkat kaki kanannya lantas memijak tunggul batu di sisi kakaknya itu. Dia
Akan bersambung.. insyaAllah.. hehe
Wallahu a'alam..
uitz!! dengan penuh fokus nyer saye membace..
tetiba....
akan bersambung... huhu.. saspens jek.. hihi..
cpt rr smbg yer.. ;)
ehhh nape bersambung!!
wahai kak Doktor Nurul Syifak (name penuh tu?) hihi..
cepat lah sambung... :D
hehe.. tak boleh sambung lagi ler sebab nak exam dah bulan 5 nie.. tak sempat nak karang mengarang, pastu idea kekeringan kekontangan pulak :p
(teruk betul! mana de penulis buat cerita yg tak tau ending... kui3)
~insyaAllah bulan 7 la kot nampaknya~
~jom jejalan sekitar Mesir~
[tak sabar rasanya nak tunggu musim cuti]
Post a Comment