gravatar

Pelayar Sepi

أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah..
Manusia selalu lupa, kerana fitrah kita dan nama kita sebagai insan (pelupa)
Aku ini hanyalah hamba-Nya, pelayar sepi, kadang-kadang ombak badai melanda, aku terus lupa untuk mencari pendayungku kerana kepanikan..


Malah kadangkala kita sengaja menambah kesukaran apabila mencari pengganti bagi pendayung kita. Lalu terjun ke dalam gelora badai tersebut, menamatkan kisah semua pelayaran. Sungguh pelayar itu lupa pada petanya apabila dia kehilangan arah, hidup yang nostalgik itu tidak mungkin akan berakhir begitu sahaja jika ada akal untuk berfikir dan hati yang tajam mencari penyelesaian.


Dilema yang membelanggu diri, apakah masih ada penyelesaiannya? Fikir-fikirkanlah. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Siapa tahu pukulan ombak itu bakal menyingkatkan pelayaran lalu menjadikan hati bertambah kental menghadapi lebih banyak rebut taufan. Siapa tahu? Allah itu adalah sebaik-baik Perancang.


Justeru sebelum memulakan pelayaran, jangan lupa membawa peta, dayungnya pastikan kukuh dan seeloknya berteman. Meskipun begitu tidak mengapa andai menjadi pelayar sepi, apabila sudah sampai nanti bolehlah mencari teman sejati yang membawa haruman kasturi, indah bauannya menusuk sanubari setiap yang lalu lalang.


Wallahu a’alam
:woooh:

Mengarut3