gravatar

Saya tahu...

Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya tahu kenapa saya susah amat menghafal

saya tahu kenapa saya suka buat perkara2 yang melalaikan

saya tahu kenapa saya suka sakitkan hati orang sejak berada di sini

saya tahu perubahan yang berlaku ke atas diri saya

saya tahu 'penyakit hati' ini semakin parah

saya tahu semuanya tentang kelemahan saya

tetapi kenapa saya masih melakukannya?

kadang2 saya rasa tak faham akan diri saya

kadang2 saya rasa seperti kehilangan

kadang2 saya rasa kesunyian

kadang2 saya tiada tempat untuk mengadu

kadang2 saya rasa kehilangan bahu untuk menumpang kasih

kadang2 saya rasa lidah kelu untuk berkata-kata apabila maksiat berlaku di depan mata

lagi parah apabila saya sendiri melakukan maksiat! Astaghfirullahal 'azeem

saya rasa kehilangan teman2 seperjuangan

saya rasa kehilangan lazatnya beribadah

saya rasa saya perlukan pembantu

saya rasa seperti mahu menjerit "kenapalah dengan aku ni? dahulu kuat meskipun tiada pendukung.. sekarang terasa rebah atas kaki sendiri"

hmmm... ntahla.. kadang2 rasa seperti pasrah nak hidup.. tapi saya ingat pesanan, Allah bagi peluang untuk hidup agar kita beribadat pada-Nya

saya tahu kejahatan alat ini
yang mudah melalaikan
habis apa yang perlu saya buat? buang macam tu ja? adehh~

sekarang semua orang sudah berlari, tetapi saya rasa seperti semakin tempang, seolah2 satu persatu anggota saya menjadi cacat

saya rindukan saat dahulu
hmmm... susah nak cerita apakah jenis pengalaman saya dahulu, biar ianya menjadi rahsia antara saya dengan-Nya sahajalah...

bagaimana untuk menjadi seperti Rabiatul Adawiyah itu sangat sukar, kadang2 kerana pengaruh persekitaran sudah mengeluh

padahal belum berjumpa makhluk yang dilaknat Allah itu...

semakin lalai, semakin jauh... insyaAllah saya akan cuba merangkak semula.. mungkin anggota yang cacat takkan sempurna seperti dahulu, tetapi sekurang2nya saya cuba menjadi hamba yang tahu bersyukur

suram... suram... semuanya kelam... saya inginkan kembali cahaya itu.. saya tak mahu sekadar kata, saya tak mahu dikata oleh 'mereka2' itu lagi

kadang2 terasa ingin berfalsafah, tetapi maksud selalu tak sampai, tetapi bila bercakap secara jujur pun manusia tak hargai teguran...

kadang2 terasa semua yang dibuat betul, rupa2nya caca-merba di sana sini...

aduhh! apa lagi yang sedang dipikirin!

maaf, maaf, maaf....................................

susahnya hendak menjadi baik, tetapi bila dah jadi baik rasa seperti hendak buat jahat pula nangih

hendak menjadi sempurna sekali lagi? [ceh, macamlah sempurna sangat!] masihkah ada peluang begitu lagi?

biarlah orang tak percaya, biasalah, kata2 hanya manis di mulut, tetapi silam tahu apa yang berlaku

dan biarlah ianya tetap menjadi rahsia........................

saya sepi sekali lagi....

padahal saya tahu, Dia sentiasa ada, Dia menanti saat keguguran mutiara jernih, tetapi apakan daya.........


saya mahu pulang ke Malaysia, saya mahu menghadiri kelas2 agama seperti dahulu, saya mahu mengkaji buku2 agama seperti dahulu, sehingga saya tak sempat menonton tv

saya mahu ditarbiyah semula.... saya mahukan tarbiyah seperti dahulu

saya sudah kehilangan.............. aaaah

kawan saya cakap, tak baik menghina diri depan makhluk, sebabnya itu menunjukkan riyak
[saya masih kurang jelas, tetapi saya faham sikit]

kerana penghinaan diri itu hanya selayaknya di hadapan Allah sahaja.......................

saya tahu, tetapi kenapa saya masih begitu???

sudah, jangan merepek banyak, pergi buat kerja sekarang

selamat... moga selamat insyaAllah.. amiin senyum

[Doakan saya semoga berubah menjadi baik seperti dahulu, ataupun lebih baik lagi... dahulu yang bukan di sini, tetapi di permukiman sana... tanah yang kurindui, bersama yang tersayang, di pangkuan bunda dan ayahanda.... bawah naungan-Nya.. insyaAllah.. amiin]


Wallahu a'alam

gravatar

Risaunya...



Bismillahirrahmaanirrahiim

~haha, ada org ckp aku bajet BAGUS sgt sbb duk ngata org kononnya aku muhasabah diri.. yeahh.. bagus.. awatnya.. mmg aku nie x baik cam dia pon... ya lah.. bkn ramai pon org yg baik dlm dunia nie.. ya lah.. i'm out of this.. huhu~

ni ayat pe ntah,.. da malas nak layan.. pepun harap Allah saja yang lembutkan hatiku yang hitam pekat ni..


ya, ayoo, terima kasihla sebab tegur aku cara macam tu kan.. thank you so much! i love u so much! wawawa.. x penah rasa mcm ni spanjang idup...

huk3.. bubye orang yang sgt2la baik... semoga kebaikan itu terus mencurah ke atasmu...

ya, tengkiu tegur aku macam tu... mmg dah lama aku tunggu dia ckp mcm tu..

haha, syetan merajai diriku skrg nampaknya.. emosi x stabil dh nie.. huhu

ya Allah.. dah2.. selamat tinggal dunia yg bpenyakit

selamat tinggal semua... kak piah, kak hana, kak izan.. terima kasih mengajarku selama ini erti kesabaran.. harap rahsia kita dsimpan elok n kemas n kejap ya....

selamat tinggal semua....................

selamat tinggal.....................

terima kasih kerana mencorakkan diriku yg sekarang

aku yg baik sbb kamu2

aku yg buruk pun sbb kamu2

kamu2 pemandu hidup

terima kasih mencorakkanku


musnah semua di bumi zagazig.. patut sebelum datang sini aku buat istikharah dulu... T_T

baaikkkk selamat tinggal duniaaaaaaaaaaaaaaaaa

wahai Tuhan

terima kasih kerana mengutuskan ujian...........

terima kasih kerana mengutuskan kejayaan............

terima kasih kerana mengutuskan ilmu..............

terima kasih kerana mengutuskan hati...............

terima kasih atas segalanya.................

jadikanlah aku hamba-Mu yang bersyukur insyaAllah............ amiiiin

terbukalah penipuan, terbentanglah bala

tercemarlah maruah, terbinalah falsafah agam.............

che ah yg baik, sakeenah, liyana, shuk...............

terima kasih menerima kawanmu yang jahat nie... terima kasih atas segalanya...................

p/s: nnt aku blk tolong nasihat diriku yang dh stress tahap gaban nie...............

terima kasih ustaz n ustazah yang ajar semua ilmu padaku....................

minta maaf semua................

klu ini perpisahan kita, halalkan segalanya
drpd perbuatan sampai makanan

sakitnya hati




Firman Allah Ta'ala:

"Dia yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya dan memaafkan kejahatan mereka.."

Asy-Syura ; ayat 25

gravatar

Queen of My Heart

Bimillahirrahmaanirrahiim





blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comnangih:littlegirl1::littlegirl1::littlegirl1::littlegirl1:


saya benci kalau terpaksa menangis atas apa yang dibuat oleh manusia

susah nak terima kenyataan


fs03sedih

bencinya bila perasaan ini datang

tak suka orang marah

tak suka orang asyik nak marah, nak salahkan orang lain

walaupun aku yang buat

macamlah tak boleh cakap baik2

agaknya sebab sejak form 4 hatiku dah jadik cair dengan kata2 kawan2 aku kot....

tak mau marah pada adik2...

[tp adik bongsu tu nakal sangat, susah betul]

p/s: utube di atas tu bukanlah daripada / untuk prince charming ke hapa ke, tapi buat best2 friend aku semuanya... \(^_^)/


jom kita baca benda nie jap... ayoh!

manusia selalu lupa-kerana perkataan manusia tu sendiri daripada perkataan an-Nisiyaan

-lupa bersyukur
-lupa menghayati erti pengorbanan
-lupa pada diri sendiri
-lupa untuk berubah
-lupa segala-galanya

bak kata kak zahidah: kalaulah ingatan aku sekuat imam syafie



pengajaran hari ini


kalau hilang barang, bacalah Ya Raqeeb - Yang Maha Pemelihara


sebab ada 3 cerita nak kongsi

seorang kawan mak aku [cikgu] dia tengah tidur atas kusyen di ruang tamu pada 1 malam nie...
pastu seorang pencuri masuk ke dalam rumahnya, baginda pencuri mengambil beg laptop di sebelah laptop

[suasana gelap, ntahla si pencuri tu nampak ke tak, padahal laptop tu tak de pun dalam beg laptop, tapi ada di sebelah beg laptop tu]

paginya, si cikgu ini terjaga daripada melayari bahtera mimpi, kelibat beg laptop tak nampak pun, risaunya si cikgu tak terkata kerana dalam beg laptop tu penuh dengan resit2 yuran pelajar

astaghfirullahal 'azeem

mencarilah si cikgu di serata ceruk, sampai ke luar rumah, ke padang bola sepak beliau pergi...

lepas habis melilau di segenap alam, di tengah padang bola sepak tu, ternampak benda hitam melambai-lambai
[dia tak melambai pun, saja aku buh penyedap ayat =P]

si cikgu segera bergegas ke tengah padang, mendapatkan beg tersebut di tengah padang bola sepak yang lencun dengan kesan air hujan semalam

yang ajaibnya, beg tersebut tak basah2 pun
Subhaanallah!

rewind* selepas kehilangan beg tersebut si cikgu membaca satu kalimah Ya Raqeeb
yang Maha Pemelihara + doa semoga akan ketemu beg yang penuh dengan yuran resit pelajar


-cerita kedua
seorang pelajar form 5

pada malam sebelumnya si pelajar ni lazimnya meletak kalkulator atas meja studi sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu

tetiba kalkulator hilang, padahal jenuhlah dia nak studi add math cena nie? isk3

kemudian si ibu menyuruh si anak agar membaca ya Raqeeb - berdasarkan cerita di atas nie.. hehe


:littlegirl1:

si anak berterusan membaca ya Raqeeb setelah sebelum itu setengah jam jugaklah dia mencari kalkulator feveret dia neh.. hehe

dalam masa 10 minit dah jumpa di 1 rak di ruang tamu.. ish3

apalah~ macamna boleh ada di situ

kuasa Allah, secara logiknya tak pernahlah kalkulator tu nak hilang di rak tu di celahan barang2 yang bukan milik dia pulak tuh...

Subhaanallah! tapi boleh jadi atas sebab adik2 nya yang nakal2 nie mencuri kalkulator yang sangat menarik tu dan meletakkannya di tempat yang tak sepatutnya.. hehe

fs12kalkulator Casio je, yang kita duk guna masa menengah atas fs12


pastu, cerita ketiga

-pagi tadi... kehilangan paspot

ada sorang budak bertuah nie hilang paspot dia.. biasalah, paspot tu barangan dunia ja kan.. hehee
fs03tp tak dak paspot tak leh amik result wooo, n tak leh balik umah fs03


seorang budak perempuan lagi, dengan confident yang ++ berkata,

"aku yakin mesti tak de dalam bilik aku"

budak yang hilang paspot nie mencarilah sampai jiran dia pun meh tolong cari... ngehehehe

jiran dia yang bernama azhani nie pulak yang duk risau

"alaa, azhani, ko tak payah risau pun, aku yang hilang paspot, patutnya aku yang risau lebih daripada ko"

pelik kan? dah terbalik pulak...

selepas tu, yang hilang paspot tuh suruh lah semua kawannya yang lain2 pi jawazat dulu... hehe, buat pa tunggu budak bertuah yang hilang paspot nie kan..

:littlegirl1:dia rasa macam tercecer di chicken rock masa makan dengan sahabatnya Mida:littlegirl1:


lepas kena tinggal, dia pun buat tatau je lah, masuk ke bilik sahabat yang kununnya mesti tak dak dalam bilik dia.. keh3

rupa2nya duk celah saratoga berbungkus rapi dalam bilik dia..

tak sangka lak nak jumpa di situ, tapi tu boleh jadi asbab kerna dia terpelanting ke tercecer atas katil...

tak sangka betul!

Subhaanallah.. hebatnya kalimah Ya Raqeeb

senang ja nak baca... tapi aku tak pasti sama da ianya praktikal untuk exam.. hehe



menarik citer nie =D :littlegirl1:

mudahnya kau melafaz amarah
ada yang sopan, ada yang keterlaluan
ada yang menghina, tak kurang juga yang menghargai
ada yang mengejar, ada juga yang menolak
manusia yang kerap dipuji selalu bangga
susahkah menunduk pada egomu?

Kerana manusia adalah manusia,
yg x penah bepuas hati,
yg sntiasa teleka,
yg sntiasa cemburu sbb iktkan kata hati hasutan syaitan n nafsu.
Kesedaran akan timbul pabila telambat.
[thanx faz! ^_^]

kesedaran hanya timbul pabila terlambat...
ttp aku akan ttp memaafkannya
krn dia insan istimewa
cuma dia x mhargai apa yg dia pernah dpt
& hanya ikut nafsu amarahnya shj



Wallahu a'alam

gravatar

Pembaziran

Bismillahirrahmaanirrahiim =D

Air...
air..
air.

airmu mengalir
dari gunung jauh di sana
jernih dan sejuknya
sungguh indah dipandang mata

kau tetap mengalir
walau apa halangan tiba
[pastu apa eh? aku da lupa daa~]


ntah apa jadi dengan jaja hangin apa keja duk merajuk

haih letih2~



Subhaanallah.. cantik tak? gambar air terjun di titi hayun

Manusia adalah hamba-Nya yang selalu alpa

kenapa eh kita selalu kufur nikmat-Nya?

hehe, ntahla, sebenarnya tengah bingung sebab sesetengah manusia nie nampak + dengar pembaziran di sekelilingnya, tapi boleh buat tak tau [kalau bahasa kasarnya buat pekak badak + tuli + buta] kalau berhadapan dengan benda2 macamni

tak kata pada sapa2 sebab aku nie pon lebih kurang ja...
keh3




stret tu de poin la... hehehe
[perasan tak macam tulisan german?]
haha XD

saper2 yang dengar bunyi air duk tip tap tip tap, sila2lah mengangkat kaki mengatur langkah untuk mengurangkan jumlah titisan air yang menitis

cee wah, bak kata sir nallaperumal [cg EST] kata beliau:

ada kajian mengatakan setiap titis air yang dibiarkan & dibazirkan akan membazirkan 18 liter air sehari...

isk3, banyak tuh... tu baru setitik, cuba bayang berapa banyak titik tiap saat?

itu baru 1 paip, cuba bayangkan pula berapa paip dalam 1 kawasan perumahan?

itu baru 1 kawasan perumahan, cuba bayangkan bagi 1 bandar

itu baru 1 bandar, cuba bayangkan berapa negara + tingkat bangunan + etc.. bla3... [hehe, sejak bila pandai pakai ayat bla3 nie? keh3]





Ini baru cerita air lah kawan2...

saya nak crita pasal letrik pulak~
[banyak pulak membebel tetengah malam yang still muda neh]

kalau di umah dulu, aku suka bukak kipas [tapi no 1 ja]
pastu duk baca buku atas katil sambil berselimut...

tetiba my mom entered the room...
"duk berbungkus dengan selimut baik tak payah bukak kipas.." blogger-emoticon.blogspot.com

ehehe...

tapi yang paling aku tak suka tengok orang bazir airlah
[padahal aku mandi punyalah lama berendam.. haha XD ]

cth: basuh pinggan sambil bukak air...
sakit mata aku tengok orang duk sabun pinggan sambil air duk mencurah kluar...

pastu basuh tangan bukak air kuat2
dahla bukak kuat, percik orang BAZIR air pulak tuh...
eeii, sabar je la...
[bilala nak jadi perempuan melayu terakhir nie.. keh3]

tu baru basuh tangan percik air, belum tengok cara dia percik... pewh, ntahla... tak tau nak cakap pe

kebiasaannya [ni cuma kajian peribadi ja, tak tau la kalau korang macam len]
ppuan yang pandai memasak tidak pandai membasuh pinggan..
ppuan yang pandai basuh pinggan tak semestinya tak pandai memasak..

hehehe... adakah benaran sih? korang buatlah kajian sendiri... keh3



itu baru 2 benda, air & letrik
[tapi mak, kalau bukak kipas memang kena guna selimut, kalau tak berselimut, tak semestinya tak payah bukak kipas]

hehe blogger-emoticon.blogspot.com

saya sayang mak saya +++++ blogger-emoticon.blogspot.com

saya sayang ayah saya +++++blogger-emoticon.blogspot.com

p/s: sayang tak dapat diukur melalui luahan perasaan, ianya adalah sesuatu yang tak dapat diucap dengan kata2, tak dapat diukur dengan tulisan

wah wah, sayang tu adalah subjektif bak kata kak nisa zagazig.. hehehe

blogger-emoticon.blogspot.com

sayang tu adalah bagaimana kita menurut arahan ibu bapa, tidak berlengah2, sentiasa mendoakan mereka berdua...

yang paling penting ialah bagaimana kita bertutur dengan kedua-duanya, memberi komitmen pada setiap kata2nya blogger-emoticon.blogspot.com

yang penting jangan tinggi2 suara.. ye tak????
bahaya betul KANAK2 zaman sekarang nie...

[bukan KANAK2 saja yer.. maksud saya orang dewasa yang TAK TAU HORMAT ibu bapa]

suka tinggi2 suara.. ceh..

"fala taqullahumaa uffin walaa tanharhumaa wa qullahumaa qoulan kariima"

".........maka janganlah kamu berkata "Oh" [ceh! pe lah! %&*#@! ntah pape yang menjawab2 lagi~] dan jangan kamu mencegah [melawan] mereka dan katakanlah kepada mereka perkataan2 yang mulia........"

hoho, nampaknya sendiri bercakap sendiri kena beringat lebih2 kan3???

minta maaf mak & ayah atas setiap pembelaan anakmu ini suatu masa dahulu, dan harap2nya tak berulang lagilah...
blogger-emoticon.blogspot.com
insyaAllah

itulah kan, kadang2 kita tak sedar kita duk derhaka jugak dengan buat segala macam maksiat
kita menambah SAHAM NERAKA buat ibu bapa kita.. ish3


sengaja saya menulis, mencorat-coret macam2 dalam blog serba hitam ni [patut buh nama black rosse ja... hehe] sebab saya nak membuat peringatan ke atas diri sendiri

kebiasaannya saya membaca sebagai muhasabah diri sendiri

ye lah, nak ajak orang buat baik diri sendiri kena baik dulu... huhu

kadang2 keberkesanan mengajak orang tu lebih kepada amalan si penyeru terbabit

sebab itulah kita dapat mengesan orang ini saja bercakap untuk publisiti, saja syok2 dsb n orang yang benar2 mahu menegur

[ah, aku pon lebih kurang ja]

susah betul nak jadi baik nie kan... blogger-emoticon.blogspot.com

slalu tak sedar kalau buat salah, pastu nyesal pastu buat balik

tapi MAHA PENGASIH n MAHA PENGAMPUN nya Allah ini sehinggakan Dia sentiasa memaafkan hamba2-Nya kecuali atas dosa syirik ja...
[ni ada huraian lagi nanti2 aku citer len k]

jadi janganlah sesekali berputus asa daripada RAHMAT ALLAH

Firman Allah Ta'alaa:

"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah"

[Asy-Syura ; 28]


jaja hari ini tak mau makan karipap yang aku bagi kat dia
sampai sehari aku suh makan tak mau makan2 jugak

pastu, last2 aku makan ja lah karipap yang ku nak bagi dekat dia tuh

ada ker patot, dah la menolak rezki, pastu cakap aku buruk siku pulak

hampeh betul~!blogger-emoticon.blogspot.com

itu lah sedikit SEBANYAK pot pet untuk hari ini



*gambar2 dikredit atas nama Ahmad Syarafi budak skolah aku*

p/s: gambar2 kolam cg laudin tu pun dikredit atas nama dia jugak
tapi gambar bunga2 ros n gambar water drop tu aku amik dalam flickr

so, syukran jazeelan 'alaa kulli haal
[tak penah2 nama budak laki naek dalam entri2 aku tetiba dapat penghormatan pulak blogger-emoticon.blogspot.com]

besa r, kalau kita copy gambar orang YANG DIKETAHUI SUMBERNYA kenalah buh kredit dekat orang tuh... hehe


penat menaip nie.. k la

wallahu a'alam

gravatar

Amanah Hidup

Bismillahirrahmaanirrahiim

Dalam hidup lumrahlah kita ada amanah masing2

2 Amanah yang memang wajib diterima semenjak alam ruh lagi ialah

1- beribadah kepada Allah
2- jadi khalifah di atas muka bumi ini

Sejak masuk maktab mahmud, aku mula belajar pasal amanah dan taklif

oh, banyaknya tugas!

form 1 [by kak usrah]
1- berzikir 100 X sehari
2- baca quran 1 m/s sehari

form 2 [by kak usrah]
1- berzikir 100 X sehari
2- baca quran 1 m/s sehari

time ni kedua2 amanah ni adalah untuk sepanjang hidup sampailah ke hari tua

form 5 [taklif ajk2 by che ah]
1- berzikir 100 X
2- baca quran 1 m/s
3- puasa 2 minggu sehari
4- qiamullail sebulan sekali

taklif oleh che ah ni selama mana bergelar ajk ja, tapi dia harap kami still buat lagi
hehe, maaf lah yer che ah aka miss gaza, saya nie bukannya baik cam awak [aku nie x baek macam hangla :P]

plkn [bukan taklif/amanah tapi corak asas tarbiyah dalam ISMA]
yang ni paling banyak

1- solat awal waktu
2- solat sunat rawatib
3- baca quran [1 bunga] setiap kali lepas solat fardhu
4- baca apa2 buku selama 30 minit
5- ma'thurat pagi petang
6- baca n kaji sirah nabawiyah

hehe, tapi semuanya bertahan 2 minggu ja lepas keluar plkn
pastu, tak boleh nak jaga semua, tambah lagilah lepas dah tak duk di rumah :sigh:


cuma amanah yang oleh akak2 usrah tu ja yang still buat lagi

banyaknya amanah mengalahkan masa pula
sebenarnya Allah dah sedia masa yang cukup, cuma kita yang tak ikut seperti yang sepatutnya..

musim kedemaman ni asyik rasa geli2 ja kalau duk statik lama2.. :sakit:


sejak belakangan ni ramai orang asyik post pasal rumahla, ibu la, famililah...

huh~! adakah aku homesick??? oh noooo.... :waaah:

tak de makanye bak kata amalina... padan muka tak beli tiket

kesian mak, suh balik...

wah, sedih pulak teringat pada mak...

siri2 penderhakaanku.. oh noooo

setiap tahun mesti ada benda yang aku buat salah sekurang2nya sekali
[aku ni bukanlah anak yang baik sangat pun]

masa form 3 penah aku melawan cakap mak aku [masa tu ada ceramah oleh ustazah Bahiyah di tv1 tajuk IBU]

lepas aku melawan cakap tu, mak cakap, dengar tu... oh nooo... ::(

pastu masa form brapa ntah, menjawab lagi, [kalau aku duk tempat mak pun mesti aku sedih...]
:tsk:
pastu, mak siap cerita lagi tentang 1 kisah anak yang soleh nie [sambil kupas kulit udang kot]
mak aku nie masa tu jarang nak dengar dia bercerita pasal nabi2, sampailah aku dah form 5 baru selalu dengar pasal agama sebab time tu dah ada ceramah PAKSI di kulim, jadi mak aku pun sharelah apa yang dia dapat masa ceramah tu...

pada 1 zaman dahulu, zaman nabi sulaiman...
sedang nabi sulaiman berjalan2 di tepi jalan... eh, di tepi laut, baginda ternampak 1 benda bercahaya dari tengah lautan
ok, tak larat nak menaip, aku copy paste je lah ye.. :D

Semasa Nabi Sulaiman sedang menghayati kebesaran ciptaan Allah di tepi pantai, tiba-tiba baginda terpandang satu benda yang aneh di tengah- tengah laut. Baginda segera memanggil salah seorang askarnya iaitu jin yang bernama Ifrit.

‘’Ifrit, cuba kamu menyelam ke dalam laut ini . Beta terlihat suatu benda yang aneh.Bawakan benda itu ke mari,” perintah Nabi Sulaiman. Ifrit segera melaksanakan perintah itu. Dia terus menyelam ke dalam laut mencari benda yang dilihat oleh Nabi Sulaiman tadi. Tidak lama kemudian , Ifrit muncul kembali ke darat. “ Tuanku, saya menyelam begitu dalam tetapi tidak terjumpa apa-apa yang aneh,”Kata Ifrit dengan hampa.

Nabi Sulaiman memerintahkan jin-jin yang lain pula menyelam , tetapi hampa juga. Benda aneh itu juga tidak dijumpai.Selepas golongan jin gagal mencari menjumpainya, Nabi Sulaiman memanggil pula askarnya bernama Ashif bin Baerkhiya,seorang manusia biasa.”Sekarang, beta perintahkan kamu turun ke laut dan carikan beta benda aneh itu,” perintah Nabi Sulaiman kepada lelaki itu.

Ashif bin Bearkhiya pun segera menyelam ke dasar laut dan mencari benda aneh itu.Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terpandang benda yang bersinar-sinar berbentuk kubah yang besar di dasar laut. Dia pun menghampiri kubah itu. Kubah itu amat unik dan diperbuat daripada kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif membawa kubah itu naik ke darat dan dipersembahkan kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman cuba melihat ruang di dalam kubah tetapi tidak mampu.Kemudian Nabi Sulaiman menadah tangan memohon kepada Allah supaya diberi kemampuan melihat isi di dalamnya.Permohonan baginda diperkenankan.Terbuka kubah itu.Nabi Sulaiman melihat seorang pemuda sedang bersujud dan memuji-muji Allah.Nabi Sulaiman terpegun melihat lelaki itu.

“Maha suci Allah”,kata Nabi Sulaiman,kagum dengan keistimewaan yang diberi tuhan itu. Pemuda itu terdengar suara Nabi Sulaiman memuji Allah.Lalu dia bangun daripada sujudnya dan member salam hormat.”Siapakah saudara ,wahai pemuda?Adakah saudara malaikat,manusia ataupun jin?”Tanya Nabi Sulaiman .”Saya adalah manusia biasa,”jawab pemuda itu.Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu bagaimana dia mendapat keistimewaan itu.

Pemuda itu menjawab,”saya berbakti kepada kedua-dua ibu bapa saya.Saya menjaga mereka sehinggalah mereka tua.Kedua –dua ibu bapa saya taat kepada Allah. Semenjak saya kecil hinggalah dewasa, saya dijaga dan dipelihara dengan sempurna. Mereka selalu memohan kepada Allah supaya saya menjadi orang yang taat dengan perintah Allah.”

Kemudian dia menyambung ceritanya lagi. “Ayah saya meninggal dunia pada usianya tuanya dalam penjagaan saya. Ibu saya pula lemah dan sering kali sakit-sakit. Matanya buta dan kakinya lumpuh. Saya satu-satunya yang menjaga segala keperluan seperti membersihkan badannya dan memandikannya.”

“Segala keperluan makan dan minumnya ,saya uruskan. Saya menyuapkan makanan dan minuman ke mulutnya sebagaimana saya disuapkannya sewaktu saya kecil. Saya selalu memohon kepada allah, dan ibu saya juga bermohon supaya saya dikurniakan ketenangan dan kebahagian dalam hidup. Ibu saya juga bermohon supaya selepas kematiannya nanti saya diberi tempat khusus yang letaknya bukan di bumi dan bukan juga di langit.”katanya lagi.

“selepas kematian ibu saya, saya sering bersiar-siar di tepi laut ini. Tiba-tiba , pada suatu hari saya terjumpa sebuah kubah daripada mutiara. Saya mendekati kubah itu. Kubah itu terbuka sendiri seolah-olah menjempu saya masuk ke dalamnya. Apabila saya masuk,kubah itu tertutup. Saya tidak sedar sama ada saya berada di bumi ataupun di langit. Pemuda itu menghabiskan ceritanya.

Nabi Sulaiman berasa kagum mendengar cerita itu. Baginda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi latar belakang pemuda ajaib itu.”Saudara hidup pada zaman mana?” Tanya Nabi Sulaiman.”Saya hidup pada zaman Nabi Ibrahim.”

Nabi Sulaiman mengira-ngira berapa umur pemuda itu.Alangkah terkejutnya baginda, umur pemuda itu hamper mencecah 14000 tahun. Baginda merenung wajah pemuda itu.Tidak ada sehelai uban pun dikepalanya. Kulitnya juga tegang dan berseri-seri.

“Bagaimanakah saudara mendapat nikmat dan rezeki daripada Allah di dalam kubah ini. Tanya Nabi Sulaiman lagi.”Selepas saya berada di sini, barulah saya tahu Allah menjadikan syurga untuk saya di dalam kubah ini.”Nabi Sulaiman ingin melihat syurga yang dikatakan oleh pemuda itu. Pemuda itu menadah tangan bermohon agar diperkenankan hasrat Nabi Sulaiman.Suasana kubah yang gelap menjadi terang indah bercahaya. Terkejut Nabi Sulaiman melihat cahaya itu lantas baginda memuji-muji kebesaran Allah.

Terpampang pemandangan yang indah tidak terkata di hadapan Nabi Sulaiman dan askar-askarnya. Sungai mengalir tenang , kebun-kebun bunga yang subur , pohon- pohon merendang, daun-daunan menari mengikut angin, burung-burung berkicauan, kolam madu dan susu terpancar indah.“ini kurniaan Allah kepada saya atas ganjaran bakti saya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Ini nikmat yang saya rasai yang tidak ada tolok bandingannya. Saya mendapat rezeki daripada pelbagai sumber dan buah-buahan beraneka rasa. Semua makanan yang saya ingini terhidang.”kata pemuda itu.

“Bagaimana saudara tahu waktu siang dan malam?” Tanya Nabi sulaiman.”Apabila terbit fajar, kubah ini menjadi putih menandakan hari siang. Apabila matahari terbenam , kubah ini menjadi gelap menandakan hari malam.Cukuplah sampai di sini , sekarang saya harus bersembahyang bagi menghadap Allah”kata pemuda itu menamatkan perbualan .

Sesudah mereka berdua berbual panjang, pemuda itu mengucapkan selamat tinggal dan kubah ajaib itu kembali tertutup. Kemudian Ashif mengangkat kubah itu ke dalam laut dan diletakkan kembali di tempat asalnya.Betapa hebatnya ganjaran Allah bagi siapa yang mentaati ibu bapa mereka. Kita hendaklah berusaha menjadi seorang anak yang sanggup berbakti kepada ibu bapa kita.

http://ydppmiusm.blogspot.com/

siri2 menjawab aku ni adalah kerana aku nak pertahan diri~ oh noooooo
tapi, dah jadi macam siri2 penderhakaan

lepas mak citer tu, aku nangis [tapi sembunyi2 je la... keh3]

kalau mak rajin nak baca post aku nie, tahula dia tuh yang aku nangis sembunyi2... hehehe
:puppyeyes:

sebelum masuk plkn agak jahatla, tapi lepas kluar plkn jadilah budak 'baek sikit'

mak pun cakap, nampaklah sikit macam budak baek.... hahaha:inis:

pastu aku cakap nak kerja, mak tak bagi, mak cakap lebih baik duk umah baca buku [lepas plkn tu] lagipun aku nie penakut nak bercakap, apatah lagi nak bekerja, hampehla~!

masa tu aku baru nak start baca buku2 agama, kalau tak buku2 agama tu tak diusik langsung

antara buku2 yang aku baca + explore

- apa ertinya saya menganut Islam
- jalan2 dakwah
- keajaiban alquran menurut sains
- la tahzan
- sirah nabawiyyah
- mukashafah alqulub
dll lagi

semua buku2 ni tak abes baca lagi, still in process

tapi, minta maaf bebanyaklah mak...
anakmu ini memang selalu menyusahkan

semoga mak aman di bawah rahmat-Nya
dan ayah juga

:eheh:

wallahu a'alam

Mengarut3