gravatar

Amanah Hidup

Bismillahirrahmaanirrahiim

Dalam hidup lumrahlah kita ada amanah masing2

2 Amanah yang memang wajib diterima semenjak alam ruh lagi ialah

1- beribadah kepada Allah
2- jadi khalifah di atas muka bumi ini

Sejak masuk maktab mahmud, aku mula belajar pasal amanah dan taklif

oh, banyaknya tugas!

form 1 [by kak usrah]
1- berzikir 100 X sehari
2- baca quran 1 m/s sehari

form 2 [by kak usrah]
1- berzikir 100 X sehari
2- baca quran 1 m/s sehari

time ni kedua2 amanah ni adalah untuk sepanjang hidup sampailah ke hari tua

form 5 [taklif ajk2 by che ah]
1- berzikir 100 X
2- baca quran 1 m/s
3- puasa 2 minggu sehari
4- qiamullail sebulan sekali

taklif oleh che ah ni selama mana bergelar ajk ja, tapi dia harap kami still buat lagi
hehe, maaf lah yer che ah aka miss gaza, saya nie bukannya baik cam awak [aku nie x baek macam hangla :P]

plkn [bukan taklif/amanah tapi corak asas tarbiyah dalam ISMA]
yang ni paling banyak

1- solat awal waktu
2- solat sunat rawatib
3- baca quran [1 bunga] setiap kali lepas solat fardhu
4- baca apa2 buku selama 30 minit
5- ma'thurat pagi petang
6- baca n kaji sirah nabawiyah

hehe, tapi semuanya bertahan 2 minggu ja lepas keluar plkn
pastu, tak boleh nak jaga semua, tambah lagilah lepas dah tak duk di rumah :sigh:


cuma amanah yang oleh akak2 usrah tu ja yang still buat lagi

banyaknya amanah mengalahkan masa pula
sebenarnya Allah dah sedia masa yang cukup, cuma kita yang tak ikut seperti yang sepatutnya..

musim kedemaman ni asyik rasa geli2 ja kalau duk statik lama2.. :sakit:


sejak belakangan ni ramai orang asyik post pasal rumahla, ibu la, famililah...

huh~! adakah aku homesick??? oh noooo.... :waaah:

tak de makanye bak kata amalina... padan muka tak beli tiket

kesian mak, suh balik...

wah, sedih pulak teringat pada mak...

siri2 penderhakaanku.. oh noooo

setiap tahun mesti ada benda yang aku buat salah sekurang2nya sekali
[aku ni bukanlah anak yang baik sangat pun]

masa form 3 penah aku melawan cakap mak aku [masa tu ada ceramah oleh ustazah Bahiyah di tv1 tajuk IBU]

lepas aku melawan cakap tu, mak cakap, dengar tu... oh nooo... ::(

pastu masa form brapa ntah, menjawab lagi, [kalau aku duk tempat mak pun mesti aku sedih...]
:tsk:
pastu, mak siap cerita lagi tentang 1 kisah anak yang soleh nie [sambil kupas kulit udang kot]
mak aku nie masa tu jarang nak dengar dia bercerita pasal nabi2, sampailah aku dah form 5 baru selalu dengar pasal agama sebab time tu dah ada ceramah PAKSI di kulim, jadi mak aku pun sharelah apa yang dia dapat masa ceramah tu...

pada 1 zaman dahulu, zaman nabi sulaiman...
sedang nabi sulaiman berjalan2 di tepi jalan... eh, di tepi laut, baginda ternampak 1 benda bercahaya dari tengah lautan
ok, tak larat nak menaip, aku copy paste je lah ye.. :D

Semasa Nabi Sulaiman sedang menghayati kebesaran ciptaan Allah di tepi pantai, tiba-tiba baginda terpandang satu benda yang aneh di tengah- tengah laut. Baginda segera memanggil salah seorang askarnya iaitu jin yang bernama Ifrit.

‘’Ifrit, cuba kamu menyelam ke dalam laut ini . Beta terlihat suatu benda yang aneh.Bawakan benda itu ke mari,” perintah Nabi Sulaiman. Ifrit segera melaksanakan perintah itu. Dia terus menyelam ke dalam laut mencari benda yang dilihat oleh Nabi Sulaiman tadi. Tidak lama kemudian , Ifrit muncul kembali ke darat. “ Tuanku, saya menyelam begitu dalam tetapi tidak terjumpa apa-apa yang aneh,”Kata Ifrit dengan hampa.

Nabi Sulaiman memerintahkan jin-jin yang lain pula menyelam , tetapi hampa juga. Benda aneh itu juga tidak dijumpai.Selepas golongan jin gagal mencari menjumpainya, Nabi Sulaiman memanggil pula askarnya bernama Ashif bin Baerkhiya,seorang manusia biasa.”Sekarang, beta perintahkan kamu turun ke laut dan carikan beta benda aneh itu,” perintah Nabi Sulaiman kepada lelaki itu.

Ashif bin Bearkhiya pun segera menyelam ke dasar laut dan mencari benda aneh itu.Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terpandang benda yang bersinar-sinar berbentuk kubah yang besar di dasar laut. Dia pun menghampiri kubah itu. Kubah itu amat unik dan diperbuat daripada kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif membawa kubah itu naik ke darat dan dipersembahkan kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman cuba melihat ruang di dalam kubah tetapi tidak mampu.Kemudian Nabi Sulaiman menadah tangan memohon kepada Allah supaya diberi kemampuan melihat isi di dalamnya.Permohonan baginda diperkenankan.Terbuka kubah itu.Nabi Sulaiman melihat seorang pemuda sedang bersujud dan memuji-muji Allah.Nabi Sulaiman terpegun melihat lelaki itu.

“Maha suci Allah”,kata Nabi Sulaiman,kagum dengan keistimewaan yang diberi tuhan itu. Pemuda itu terdengar suara Nabi Sulaiman memuji Allah.Lalu dia bangun daripada sujudnya dan member salam hormat.”Siapakah saudara ,wahai pemuda?Adakah saudara malaikat,manusia ataupun jin?”Tanya Nabi Sulaiman .”Saya adalah manusia biasa,”jawab pemuda itu.Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu bagaimana dia mendapat keistimewaan itu.

Pemuda itu menjawab,”saya berbakti kepada kedua-dua ibu bapa saya.Saya menjaga mereka sehinggalah mereka tua.Kedua –dua ibu bapa saya taat kepada Allah. Semenjak saya kecil hinggalah dewasa, saya dijaga dan dipelihara dengan sempurna. Mereka selalu memohan kepada Allah supaya saya menjadi orang yang taat dengan perintah Allah.”

Kemudian dia menyambung ceritanya lagi. “Ayah saya meninggal dunia pada usianya tuanya dalam penjagaan saya. Ibu saya pula lemah dan sering kali sakit-sakit. Matanya buta dan kakinya lumpuh. Saya satu-satunya yang menjaga segala keperluan seperti membersihkan badannya dan memandikannya.”

“Segala keperluan makan dan minumnya ,saya uruskan. Saya menyuapkan makanan dan minuman ke mulutnya sebagaimana saya disuapkannya sewaktu saya kecil. Saya selalu memohon kepada allah, dan ibu saya juga bermohon supaya saya dikurniakan ketenangan dan kebahagian dalam hidup. Ibu saya juga bermohon supaya selepas kematiannya nanti saya diberi tempat khusus yang letaknya bukan di bumi dan bukan juga di langit.”katanya lagi.

“selepas kematian ibu saya, saya sering bersiar-siar di tepi laut ini. Tiba-tiba , pada suatu hari saya terjumpa sebuah kubah daripada mutiara. Saya mendekati kubah itu. Kubah itu terbuka sendiri seolah-olah menjempu saya masuk ke dalamnya. Apabila saya masuk,kubah itu tertutup. Saya tidak sedar sama ada saya berada di bumi ataupun di langit. Pemuda itu menghabiskan ceritanya.

Nabi Sulaiman berasa kagum mendengar cerita itu. Baginda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi latar belakang pemuda ajaib itu.”Saudara hidup pada zaman mana?” Tanya Nabi Sulaiman.”Saya hidup pada zaman Nabi Ibrahim.”

Nabi Sulaiman mengira-ngira berapa umur pemuda itu.Alangkah terkejutnya baginda, umur pemuda itu hamper mencecah 14000 tahun. Baginda merenung wajah pemuda itu.Tidak ada sehelai uban pun dikepalanya. Kulitnya juga tegang dan berseri-seri.

“Bagaimanakah saudara mendapat nikmat dan rezeki daripada Allah di dalam kubah ini. Tanya Nabi Sulaiman lagi.”Selepas saya berada di sini, barulah saya tahu Allah menjadikan syurga untuk saya di dalam kubah ini.”Nabi Sulaiman ingin melihat syurga yang dikatakan oleh pemuda itu. Pemuda itu menadah tangan bermohon agar diperkenankan hasrat Nabi Sulaiman.Suasana kubah yang gelap menjadi terang indah bercahaya. Terkejut Nabi Sulaiman melihat cahaya itu lantas baginda memuji-muji kebesaran Allah.

Terpampang pemandangan yang indah tidak terkata di hadapan Nabi Sulaiman dan askar-askarnya. Sungai mengalir tenang , kebun-kebun bunga yang subur , pohon- pohon merendang, daun-daunan menari mengikut angin, burung-burung berkicauan, kolam madu dan susu terpancar indah.“ini kurniaan Allah kepada saya atas ganjaran bakti saya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Ini nikmat yang saya rasai yang tidak ada tolok bandingannya. Saya mendapat rezeki daripada pelbagai sumber dan buah-buahan beraneka rasa. Semua makanan yang saya ingini terhidang.”kata pemuda itu.

“Bagaimana saudara tahu waktu siang dan malam?” Tanya Nabi sulaiman.”Apabila terbit fajar, kubah ini menjadi putih menandakan hari siang. Apabila matahari terbenam , kubah ini menjadi gelap menandakan hari malam.Cukuplah sampai di sini , sekarang saya harus bersembahyang bagi menghadap Allah”kata pemuda itu menamatkan perbualan .

Sesudah mereka berdua berbual panjang, pemuda itu mengucapkan selamat tinggal dan kubah ajaib itu kembali tertutup. Kemudian Ashif mengangkat kubah itu ke dalam laut dan diletakkan kembali di tempat asalnya.Betapa hebatnya ganjaran Allah bagi siapa yang mentaati ibu bapa mereka. Kita hendaklah berusaha menjadi seorang anak yang sanggup berbakti kepada ibu bapa kita.

http://ydppmiusm.blogspot.com/

siri2 menjawab aku ni adalah kerana aku nak pertahan diri~ oh noooooo
tapi, dah jadi macam siri2 penderhakaan

lepas mak citer tu, aku nangis [tapi sembunyi2 je la... keh3]

kalau mak rajin nak baca post aku nie, tahula dia tuh yang aku nangis sembunyi2... hehehe
:puppyeyes:

sebelum masuk plkn agak jahatla, tapi lepas kluar plkn jadilah budak 'baek sikit'

mak pun cakap, nampaklah sikit macam budak baek.... hahaha:inis:

pastu aku cakap nak kerja, mak tak bagi, mak cakap lebih baik duk umah baca buku [lepas plkn tu] lagipun aku nie penakut nak bercakap, apatah lagi nak bekerja, hampehla~!

masa tu aku baru nak start baca buku2 agama, kalau tak buku2 agama tu tak diusik langsung

antara buku2 yang aku baca + explore

- apa ertinya saya menganut Islam
- jalan2 dakwah
- keajaiban alquran menurut sains
- la tahzan
- sirah nabawiyyah
- mukashafah alqulub
dll lagi

semua buku2 ni tak abes baca lagi, still in process

tapi, minta maaf bebanyaklah mak...
anakmu ini memang selalu menyusahkan

semoga mak aman di bawah rahmat-Nya
dan ayah juga

:eheh:

wallahu a'alam

gravatar

eh2,
jgn memandai kata org baek lagi pada dia.
nt tu ngan tarbiyah plknnnya..
lg mantopp!
:]

homesick?
biasala..
sabar ya.
sok lusa balikla...
:p

banyak tu ktab2 yg dtela'ah..
msti banyak ilmu tu!

~istiqomahla walaw sdikit.

gravatar

haih~!

x sabar nak jumpa che ah nnt.. hehe

~istiqomahla walaw sdikit.

saya faham sgt ayat nie.. hehe

gravatar

salam rndu wat shbtku,,,byk2 sabar yer,,,
peng0rbanan e2 pahit,,tapi sekjap cuma.. kejayyaan yg manis menunggu mu nun di sana,,,

gravatar

syukran jazeelan sahabat~

aku x sabau nak jumpa hg nie...

insyaAllah aku balik tahun nie =D

\(^_^)/

Mengarut3