gravatar

Siti Khadijah, Aisyah, Taqwa

Sekadar propaganda atau apa?
Mampukah aku menjadi sesetia Ainul Mardhiyah?
Menghulur cinta menanti kekasih di pintu syurga
Ketaatan Siti Khadijah menjaga Rasulullah
Akur pada ajaran Islam
Menjulang martabat agama
Mengorban segala harta
Mencelah di antara kejahilan zaman

Serasa bayu itu hanya mainan.. [aaaah, apa yang aku merepek ni???]
Oh, tak de ape2.. pagi ini aku menonton satu siaran U-tube.. [perhatian: sila tonton dalam suasana bersendiri, tanpa gangguan rakan2]

Bagaimana seperti yang digambarkan dalam utube ni, bermula daripada si kaya yang bakhil, kedekut [huh! Orang yang hidup bersederhana pun lagi mulia kerana lazimnya bersedekah, tetapi siapalah kita untuk mengadili



Dah2, tengok sdiri la yer [malas nak menaip.. bubye]

Oh ya, sejak aku berusia 13 tahun, aku sudah bercita-cita nak jadi seperti aisyah insyaAllah
-Bijak menyampaikan ilmu [kena usaha nie!]
-PERIANG^^ [agaknya sebab tu kot perangai tak matured sampai sekarang.. hehe ^_~]

Dan siti khadijah..
-Lemah-lembut
-sentiasa bersama Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam pada setiap detik, member sokongan! Yes! Ya Allah, mampukah hamba-Mu yang kerdil ini?

Bagiku, Nabi sangat sayangkan mereka berdua………………
Tapi, kena kuat mental betul2 kalau nak menjiwai sifat mereka ini, betul tak? Tak boleh gado2 dengan jaja lagi………. Jaja, minta maaflah yer……… lebih baik kita diaaaam saja kan…. [hehe, tak mau cerita lebih2 part ni]

Ok2lah….. nak ucap terima kasih bebanyak pada nurul husna, mod untuk mutiara hati ^_^
Anak bijak ustaz zaharuddin…. Ya Allah, rahmatilah dia selalu.. amiin
Salam

Mengarut3