PLKN
Bismillahirrahmaanirrahiim
Maaf ye, saya nak menaip dalam mod sedehhhhhhh giler…
Sedeh sebab pe? Sebabnya tak penah2 lagilah time aku baca Quran dalam nada yang rendah, orang tunjuk reaksi tak suka…….. [sebab dia nak tido, dia pekup telinga dia ngan selimut]
[tak baek nie, macam kes ngumpat orang jer.. ]
AAAAAAAA……. Tatau nak cakap pe, cuma blog nie ja tempat aku melepaskan batuk2 di tangga :p
Masa PLKN dulu………… [16 bulan lepas]
Masa tuh kalo time azan, akan ada pembesar suara membunyikan azan [otomatik] sebabnya time kami berlatih kawad2 ke, slalu terlajak masa…
Penah sekali rasa benganglah jugak sebab dah 30 minit azan maghrib tapi, cikgu still buat ucapan rasminya tuh kat depan [minta maaf cikgu]
Kawan aku yang sorang neh mulala mengumpat2 [aku neh jenis panas ati dengar orang ngumpat2 nie… isk3, tapi kalau aku join skali macamna eh? Tak penah tau la pulak]
[kalau aku mengumpat akan jadi telaga buruk aka ulser dalam mulut.. makanya tak berani dah nak mengumpat sebab paling cepat ulserku sembuh pon 2 minggu, paling lama 1-2 bulan]
itulah kehebatan solat! subhaanallah wal hamdulillah
“apala cikgu ni, tak tau ka maghrib dah masuk lama dah” - kawan
[padahal surau sebelah padang kawad ja pun n cikgu tu pulak guru penasihat Biro Agama]
Haaaah! Mengumpat lagi!
p/s: mengumpat diiktiraf sebagai mengumpat apabila kita menunjuk ke arah orang yang diumpat atau kita sebut nama dia untuk mengumpat
so, khulasohnya aku tak bersalahla sekarang kan? :p
sorang roommate aku yang merupakan orang India [mohana] selalu cakap ngan aku….
“sedapnya orang tu apa tuh, suara yang saya selalu dengar”
“nasyid ke?”
“tak”
“azan?”
“azan ka nama dia?”
“selalu dengar time bila?”
“selaluu la saya dengar, kemudian kamu pi surau”
“o0o0o, betul la azan :D”
“saya suka sangat dengar ^_^… sedaaaap!!”
Oh, plajar india pon cakap macam tu, apatah lagi kita nie
“awak tau tak, kawan awak A & B selalu tak solat”
“ye ke?”
“ya lah, saya tak penah nampak pun mereka tu solat”
“emmm, selalu? Tadi mereka solat tak zuhur"
[aku hentam buh ja waktu apa yang aku suka :p]
“tak nampak pun mereka solat"
p/s: malu tak tau nak cakap, sebabnya yang tego tu budak india.. isk3
pastu, aku tanya sorang kawan aku… kaki surau jugakla, lepas diajak2…
[sungguh ku tak dapat lupakan surau yang ‘bercahaya‘ n ‘hidup’ tu]
“syikin, betul ke 2 orang tu tak solat?”
“a’ah, memang tak penah nampak pon mereka solat, kecuali kalau syifak ada”
[kadang2 je aku duk dalam bilik… isk3.. banyak masa aku duk surau sebab nanti tak dakla kalut kalau kena pi kawad ke apa ke, lagipun surau tu sangat2la best.. satu2nya tempat di PLKN yang aku rasa tak penah lengang except time latihan]
“agaknya diorang takut kot sebab cikgu bagi amaran hari tu, sapa tak solat bagitau cikgu"
[terutamanya yang ajk surau nie]
Ish3….. apalah manusia…
Alkisahnya,tak lama lepas tu bila ntah aku cakap dengan mereka nie [masa tu dah ada bukti aku cek sendiri]
“mmm, nak tanya sikit boleh tak?”
“apa?”
“solat tak tadi?” [subuh]
“tak, kenapa?”
“pasai pa tak solat?”
“ikut sukalah nak solat ka tak!”
Pastu aku men terjah ja, lagipun masa awal2 tu aku ni pendiam sikit, malas nak cakap sebab asyik dengar tazkirah jangan banyak bercakap :p
“tau tak, masa lahir dulu2 [alam ruh] kita kena buat apa?”
“tak tau, apa?”
Dia kalih ke belakang n cakap ngan sorang kawan lagi yang sekepala ngan dia:
“ceramah pulak ustazah nie”
“Allah bagi kita 2 amanah"
1- Beribadat kepada Allah
2- Jadi khalifah di atas bumi
“ooo”
“sebab tu la bayi dilahirkan dengan menggenggam tangan”
"ooo"
“ kenapa tak solat?”
“la ni macam ni, aku buat kerja aku hang buat kerja hang.. dah cukup! Kuboq laen2!””
“memangla kuboq lain2, tapi…. Nanti di akhirat nanti aku akan disoal, kenapa tak teguq hang…”
“sekarang hang dah tegoq aku, so abislah tugas hang, ok?!!”
Masa tu memang rasa cam nak nangis ja……. Tapi, aku tak mau airmataku tumpah disebabkan af’al manusia..
“mmm"
[tak tau nak cakap apa, terus sambung siap2 pi surau]
Lepas tu lagi jaranglah aku duk dalam bilik [isk3… time tu aku tak belajar lagi pasal dakwah fardiyyah nie.. ]
Waktu kejadian ialah hari sabtu, lepas subuh
Tengah hari tu lepas isi perut aku balik bilik………….
Aku pi basuh baju, posisi menghadap bilik [kami duk dalam kotej ahli seramai 5-6 orang]
Aaaaaaaaaaa
Dia cakap pe tau tak???
Sambil duk menonggeng depan pintu bilik tuh dia saja cakap kuat2….[time tu dia tengah call kawan]
“ntah ustazah mana ntah duk CERAMAH kat aku suh solat… eleh, macam dia tu baek sangat!”
[memang aku tak baek sangat… tapi, janganla cakap aku duk ceramah pulak…
AAAAAAAAAAAAAAAAA]
Kawan yang sorang lagi menyampuk :
“ntah, ustazah mana ntah duk ceramah!”
aku terus masuk bilik, siap2 larikan diri menuju ke surau lagi….
Tengah jalan, terserempak ngan kawan baik aku, shafiqah merangkap ajk surau jugak….
Masa tu memang air mata mengalir dengan panasnya, nak tengok muka dia, nak senyum pun tak jadi..
“awat ngan hang nie?”
Pastu aku crita la dari A-Z
Lama jugak sebelum nak crita tu aku nangis lama giler……… rasanya 1st time nangis sebab dakwah2 nie.. ish3
Aku menangis bukan sebab mereka kutuk @ hina aku ni tak baek sangat ke apa2 ke, tapi aku menangis sebab AKU GAGAL MENEGUR MEREKA, agaknya tak berkesan sebab aku asyik buat maksiat kot [padahal di sana itu lebih ok berbanding aku selepas keluar PLKN]
sedehnya.. tak berjaya jugak walaupun aku guna nada yang rendah ja..
[nampak sangat penakut]
Ya, di zagazig ini memang aku terasa jahat sangat………….
Kemudian aku tak tau nak buat apa dah… kehilangan idea, cuma meneruskan kerja2 n rutin harian sebagai pelatih PLKN
Kecuali seorang kawan aku iaitu liyana, dia berubah..
Begitu juga roomate aku asyikin, mereka lebih baik!
[sekarang aku terasa lebih hina berbanding liyana]
Harap iman kamu berdua sentiasa sihat dan subur sehingga ke syurga insyaAllah, amiin
Start pertelingkahan tu, aku semakin rapat dengan liyana n asyikin
Pergi surau sekali seawal 5.30 pagi [gelap lagi time tu, budak2 laki ada tapi tak mau bukak lampu… selalu ja dengar mereka menangis teresak2 di tengah kebeningan pagi]
Tapi aku nie penakut sikit, takut terserempak ngan cik ular
na’udzubillahi min zaalik
Lepas masuk surau tu aku pi bahagian lelaki untuk bukak lampu.. ingatkan selipar tu selipar bilik wudhu, rupanya memang ada orang…
Hehe, malu2…
Memang tak miss solat di surau [tapi kalau jemaah selalu jugak miss… ish3, rugi3]
Sekali ja penah solat di bilik time hari 1st sampai sebab tinggal 15 minit lagi nak asar memandangkan proses mendaftar sangat2la lama n borink…
Lagipun, ketua tarbiyah aku dah bagi amanat pada semua ajk
“wirawati, kalau boleh saya nak semuanya solat di surau terutamanya ajk… ajak2la kawan2 mai surau”
Masa tu dalam hati duk cakap “hmm.. insyaAllah”
Sebab aku adalah setiausaha, aku tak mau burukkan nama2 ajk dengan malas pi surau.
Panjang lagi citer pasal PLKN nie, insyaAllah akan kucoretkan satu2…
Tapi, cerita kekalahan aku sampai di situ ja…
Nak cerita tentang kemenangan sehingga bertemu di lain entry!
K
Wallahu a’alam
syifak..rasa sedih pulak bc cite syifak ni di pagi2 yg hening ni..
mcm bes pulak pegi plkn ek..kak nad takde kesempatan dulu-dulu..
ermm memang bila nk tegur org mmg ssh kan. sbb tu lah Allah ckp berpesan2 dengan kebenaran, dan berpesan2 kepada kesabaran..gagaga kak nad pun bkn org yg baek T_T
tapi kecik ati gak la kalau bace quran slow2 org duk pekup telinga mcm syifak cite tu..haih besaba la ek cik adik..
btw, syifa' maksudnya ubat kan? :D
:D:D:D
thanks akak
mmg bes pun pegi PLKN
pengalaman yg paling tak dapat dilupakan buat waktu nie
^_^
syifa' tu maksudnya penyembuh
kalau ubat dawa' ^_^
assalamu'alaikum doktor Nurul Syifak.. hee~ :D
huu~ sedihnyer baca tang orang yang tutup telinga bile org baca quran, cam buang tabiat laa pulak.. kan dapat pahala tu dengar org baca quran, free2 lagi... astaghfirullah..
teringat kat guru ngaji saya.. huu~ pas ngaji dengan guru tu, saya akan minta guru tu baca surah Ar-Rahman, hee~ suka dengar.. suka dengar! :D
tang akak nangis sebab dua org kwn tu pon, haih~ pas nie kena kuat ag.. [dah kuat pon,insyaAllah..] xpe, doakan je laa mereka, mana tau sekarang dah berubah kan? huu.. Amiin..
[pernah nangis sebab nasihatkan sorang kawan..adoyai.. nasihat sambil nangis.. << jangan ditiru,memang xkuat]
apapun.. memang respek kat akak.. sekurang2nya akak dapat tegur kan? diri ini semakin lemah untuk menegur, maybe gak hati ini dah.. atau dah banyak sangat buat dosa.. Astaghfirullahal'azim..!
hehe dik, boleh minta2 lg dkt guru ngaji bacaan apa2 ye, besnya.. ^_^
akak ni orang biasa sajalah..
sama2lah kita menguatkan diri ye, insyaAllah
pngalaman yg ckupp bharga kann?
tarbiyah PLKN..
mntarbiyah dan ditarbiyah..
best!
(padahal ana dapat tak p pown!)
:p
prubahan prlukan masa.
kalaw sabar dn ikhlas,
ALLAH pasti bantu..
:]
syukran che ah atas nasihat yang diberi :D
insyaAllah, amiin
adik..masa sy bertugas dalam kem PLKN...ramai juga pelajar2 non muslim yg terpikat dengan kemerduan dan kelantangan pelatih2 wira melaungkan azan...sehinggakan ada yg terbuka hati untuk datang ke surau,mendengar ceramah dan ingin mengetahui akan lebih lanjut lagi pasal islam,
So far ada juga yg dah masuk islam...alhamdulillah..
Post a Comment