gravatar

Rindu...

Bismillahirrahmaanirrahiim

Rindu mak dan ayah

ya Allah, peliharalah rinduku ini..

Ampunkan dosa2ku selama ini wahai permata hatiku...

Semoga Allah menempatkan kedua ibu bapaku di syurga-Nya..

amiin

Firdaus wa 'Adn...

hayati..

kaifa a'uudu ila ayyaamil maadhi

zunuubi jibaalun kabiir

wa anni turaabun haanin

p/s: saya mereka-reka ja sajak neh.. tak tau betul ke tak.. huhu

ada banyak benda menarik sejak beberapa hari ini..

-dapat melihat kuntuman2 bunga segar di pelupuk mata.. subhaanallah.. waaaaaaaaahh, sangat cantik.. alhamdulillah.. musim panas ada la sikit bunga2.. berbunga-bunga hati ini :)
kuntuman merah, putih, kuning, violet, subhaanallah..

dah lama tak siram pokok mak.. rasa rindu pada pokok2 orkid.. cantik..
dah lama tak naik kereta.. duduk di bahagian tengah [sebab selalu pun adik suka berebut-rebut nak duduk depan... huhu]

-dah lama tak ke majlis ilmu.. terkenang masa cuti hujung minggu pagi jumaat, kami berdua ke ceramah PAKSI di dewan bandaraya Kulim [haaaa, siapa yang tinggal di Kulim jangan lupa pergi dengar ceramah ustaz Fauzi Tahir pukul 9 pagi di dewan ni.. oraiiitt! hee]
terasa hati makin gelap.. air mata pun sudah jarang singgah ke pipi.. kalau ya pun kerana kegembiraan.. jajajajajaja

-bukan sekadar bunga2 yang merimbun di sini, tetapi sesetengah daripada sahabatku menyimpan bunga2 harapan dalam hati mereka.. penat melayan kerenah peminat nombor 1 P Ramlee.. ^^
setiap masa bernyanyi gurindam jiwa, tanya sama hati, dll
[lagu P Ramlee yang aku minat pun ada beberapa ja.. bukan semua.. seperti Gurindam Jiwa, Melenggang Tari Lenggang, Ketipang Payung, Tanya Sama Hati, Tiada Kata Secantik Bahasa]

tapi, mengarut ja lagu2 ni.. yang ada faedah pun rasanya sikit jer... adehh~

Oh ya, rupa2nya seronok melukis Histo menggunakan pen berbanding pensel warna..

emm.. tambah sikit lagi.. kak juwairiah sudah abis exam.. (^_^)v

Setiap haripun asyik teringat parents ngan adik2 di rumah.. Izzuddin, Fatimah Azzahra', Taqiyyuddin, Arifuddin, Jalaluddin, Amaluddin..

Sayalah yang sulung ^^

emmm... nasihat saya pada pada yang sedang mengharap pada makhluk-Nya [sebenarnya saya copy paste drpd orang juga.. huhu.. syukran jazeelan ya]

wahai sahabatku..

perempuan ini terlalu istimewa di pandangan mata lelaki, andai perempuan itu terlalu mempamerkan diri di hadapan lelaki [menonjol la maksudnya] maka si lelaki akan jadi kurang berminat padanya..

jika si lelaki itu suka padanya, lelaki itu akan jadi segan untuk bersua muka / bercakap / berbuat apa2 saja di hadapan perempuan tersebut

lelaki memandang wanita ibarat kucing lapar melihat ikan yang segar-bugar.. tetapi jika ikan itu dibalut elok2, disimpan di dalam peti ais maka si kucing hanya dapat melihat daripada luar sahaja lalu memendam perasaan dalam hatinya..
pada masa itu, nilai ikan itu lebih tinggi berbanding sebelum itu

Di atas bumi Allah ini terdapat infiniti makhluk2-Nya.. ramai lagi yang boleh kaupilih sahabatku.. dia itu bukanlah satu2nya kumbang emas yang ada di bumi ini.. mungkin kau akan berjumpa kumbang2 yang lebih baik daripadanya [yang ni selalu ja aku nasihat kengkawan aku yang asek nangis sebab break.. tapi.. orang2 yang matured ja yang faham.. huhu] agaknya mereka2 ni tak pernah jumpa orang yang sangat perfect.. adehh~ banyak je lelaki di luar itu yang lengkap semua pakej.. [tapi tak tahulah hati berpakej lengkap ke tak]

perempuan ini ibarat mutiara, semakin lama dipendam semakin bernilai dia di mata lelaki..

wahai sahabat.. masih banyak perkara yang perlu engkau pertimbangkan.. mencari pasangan, mendirikan rumah tangga bukanlah semudah menyalin baju.. huhu


adehh~ posting kali ni dah jadik terskema semacam jer.. tak pe kot noo.. nak wat cemana.. kalau nak sampaikan benda yang serius takkan aku nak wat memain gak.. bukannya main pondok2 atau kawin2.. tak sama..tak sama..

hmm.. sebelum abis berleter kat sini.. jom baca n renungi kata2 ni dulu

Wanita yang meninggal dunia sebelum sempat bernikah, maka Allah akan menikahkan mereka di Syurga dengan seorang lelaki dari penduduk dunia, hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW. "Di Syurga tidaklah ada orang yang tidak memiliki pasangan"[HR Muslim] Syeikh Ibnu Utsaimin berkata, " Apabila seorang wanita belum bernikah (selama di dunia ini), maka sesungguhnya Allah Ta'ala akan menikahkan dirinya dengan lelaki yang dia sukai di Syurga kelak. Kerana kenikmatan syurga tidaklah hanya utk lelaki semata-mata, akan tetapi semuanya adalah untuk lelaki dan wanita, dan termasuk bentuk kenikmatan syurga dalah pernikahan. " [Al-Majmu' ats-Tsamin I/175]

sambil2 tu, sapa2 yang nak tau pasal palestin [oh familiku.. (T_T) ] bolehla tengok2 di sini http://minipavilion.blogspot.com

rindu datang lagi bermukim di hati ini
membuah pucuk-pucuk keresahan
menyemai baja kesatuan
menunggu saat-saat bunga mekar
jangankan ianya layu
peliharalah rinduku ini wahai Pemilik Hati

-khas buat keluarga tersayang-


Wallahu a'alam

gravatar

salam kak..

wa.. berbunga-bunga hati tu yer.. semoga iman kita juga mengembang seperti mengembangnya bunga-bunga itu.. tetapi janganlah iman kita juga layu seperti bunga2 yang layu..

rindu yang sangat pada family.. ^_^

selamat berjuang..

gravatar

Wa'alaikumussalam..

husna yang berumur 10 tahun ke ni? akak teka2 je.. maaflah kalau salah.. ^^

manisnya iman andai tunjang dan bakanya baik2, dahan serta rantingnya yang bercabang mengeluarkan buah2 amal yang masak ranum, sentiasa memberi faedah kepada yang lain..

tapi, kena selalu siramlah ye..

insyaAllah, sama2 kita doakan moga iman itu sentiasa subur demi mencapai redha Ilahi
amiin =]

gravatar

salam..
insyaallah kite sme2 jdk wanita solehah.. slagi boleh kite jge pndgn kite cube jge insyaallah..
kalo nk ikotkn kalo kite berpindh dr 1 tmpt ke tmpt lain.. mmg kite akn berjumpe ngn org yg brbgai2 ade yg lebih baik lg..
mmg stp kali pn akn trgugat hati..
hahha..
pndgn sndri..

Mengarut3