Great3 [suka + duka]
Bismillahirrahmaanirrahiim..
MasyaAllah.. what a great experience today.. petang tadi pi Zira’ah, kemudian semuanya berjumlah 17.5 kg [waaaaaaah, berat 6 orang baby!]..
Ni ler boroong besar2an yang PALING BERAT pernah kami bawa.. huhu
Antara benda2 yang kami beli
Buah pic 1kg + oren 3kg
Ikan 6kg
Sayur 7.5kg
Sedihkan dengar? Tapi boleh buat apa.. dengar jelah.. huhu
Fuhh! Penat giler.. tapi pasar di sini agak kekampunganla.. [rasa macam kembali ke zaman Robin Hood] hehe..
Kedai dia macam rumah Sting Garden, tak payahla bayar duit bulan2 kan (^_~)V
Bagaimana nak bayangkan? Cuba bayangkan, orang ramai lalu lalang dengan perbezaan kasta yang amat ketara.. jika kaya pakaian bermegah2, tetapi yang fakir merempat, meminta2 agar diberi sedekah..
Allah Maha Adil kerana menjadikan makhluknya terdiri daripada pelbagai taraf, rupa dan bangsa agar kita saling membantu. Malangnya di akhir zaman, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin dan banyak juga yang bertukar rupa menjadi sebaliknya..
Bukan mende2 ni yang aku nak ceritakan, tetapi apa yang berlaku semasa Kak Tiqah nak beli 3 helai tudung bidang 60 tuh.. huhu.. selak2 beg tetiba dompet pemberian seseorang itu hilang [huh, yang dia risaukan bukanlah duit berjumlah 700gneh yang hilang tu tapi dompet yang berusia SETUA 3 tahun tu yang dia risaukan..] huhu.. tak jadi beli tudung tu.. ‘ammu [pak cik] tu macam marah semacam je..
Apalah kudrat kita sebagai hamba untuk melawan takdir, sekiranya dah ditakdirkan benda tu nak hilang ke, musnah, berkecai, bersepah, atau berterabur ke tetaplah jadi macam tu..
Teringat peristiwa 2 tahun lepas semasa kawanku memecahkan test tube. Akak pembantu makmal tu geleng2 kepala jer n marah kawan aku tuh.. lepas akak tu pergi daripada situ, kawan aku jerit “Laa, dah benda nak jadi, jadilah!” dengan spontannya, akak tu bukak balik pintu lab n berkata dengan nada yang marah : “apa kamu cakap tadi? Ulang balik!” nada kekantoian jelas terserlah di wajah persih kawan aku tuh.. dia senyap je.. tapi lepas tu dia cakap balik [pelan2 ler, sebab nada tadi agak kureng sikit kan.. kui3… ] : “betul la memang benda nak jadi pun!”
Ting! Betul jugak apa yang dia cakap tuh.. adehh~ cumanya pitching tak berapa kena.. out! Go back n practice~ tak bley join Malaysian Idol..
Oh ya, Amalina cakap aku buli diorang sebab suruh belikan sup ayam Kimball di Qaumiyah [sebenarnya bukan salah akupon]-kau bersalah Syifak….
[Lynn interfere]
Seketika aku ngn jaja dok makan nasi ayam kat mahattah tetiba syifak call..
“korang tolong beli sup Kimball yg cicah roti phino tuh…”
“Sup apekah?yang mne nih..?”soal jaja kekeliruan..kau cakap dgn amalina la…aku x paham
“syifak,sup ape??”Tanya aku pulak…
“ala…sup yg kak tiqah beli kat Qaumiah tuh…”tambah syifak lg…
Termenung ak mendengarnye..al –maklumlah mahattah dgn qaumiah seolah-olah berjiran pulak bg die boleh singgah-singgah…
Untuk tidak mahu menghampakan Syifak yg seolah-olah kempunan 9 bulan, maka bergeraklah kami ke Qaumiah..dgn kek birthday kak hajar penuh di tangan serta pak cik teksi yg x paham ape itu pizza alex…mmg bengang je rse… mugkin die x phm sebutan aku kot..(aku yg besalah)
Tp,memandangkan dating due je ngn jaja rse cm best plak…hahaaaa..
dan pencarian kami terus bermula….
Saat itu,kepalaku berdenyut-denyut (serasa ingin demam dari semalam lg)namun ku gagahkan jua melangkah mencari sup Kimball ala-ala pizza hut tuh…huhu…tp,kedai manakah?hisy,mmg masalah betul rungutku…
Petunjuk yg diberikan pulak terlalu umum,menyukarkan pencarianku yg mmg la tersangat longlai…berbekalkan semangat dan kasih sayang terhadap Syifak,aku dan jaja main gamble je keluar masuk kedai yg mungkin ade jual benda tuh…
Alhamdulillah,akhirnye kami berjaya menemukan idaman syifak itu..moga2 gembiralah die hendaknye…hahaha…aku tetap menyatakan kami dibuli!!!
O0o0o0o… amalina salahkan aku pulak.. huhu~ nak wat cemana.. aku beli pon untuk kak hajar tersayang.. sempena besday dia hari ni.. [saat ini jaja sedang menguek2 mengulat2 macam ulat nak keluar kepompong lak.. adehh~]
[jaja, bila nak abis maen henset huh? Dahla ada sorang tu terkantoi ngan bapa dier-bukan jaja.. kui3]
Kesian amalina dah jadi macam big boss pulak… [ke kotak aduan???] apabila semua orang asek ngadu kat dia jer kalau kena kacau ke, kena ‘garu2’ ker.. hehe.. meriahnya kami! Hehe..
Bagi aku sendiri la kan.. aku ni macam ummi kandung [haha, ada adegan perasan + riyak sikit kat sini..*smug* kui3], amalina mama angkat, jaja ibu tiri..
Tadi jaja ada tanya kak tiqah.. antara semua ibu2 ni siapa yang dia rasa paling penyayang??? *pause* pastu *rewind*..
Semalam kami ketiga-tiga ibu memanggil satu2nya adik kami di rumah nie..
“Tiqah, 12 Mei ni Hari Ibu………….tuuuuuuuuuuuuuuut “ tak boleh bagitau benda apa yang kami dera pada anak kami neh.. hehe..
Sambung *pause* tadi..
Haa, sebelum aku taip ni dah cakap dah pada diorang n diorang setuju kot.. aku tatau yang tuh, tapi tryla tanya dia sendiri.. hehe
Jaja suka cekik aku.. adehh~
Dahla, aku nak gi beli roti phino n masak nasik.. bubye semua..
Kk, salam~
Eh, sambung balik.. hehe nape tak leh berenti bercerita nie? Adehh~
Hatiku tercalar lagi, setelah sekian lama kau menjalin hubungan persahabatan ini. Gurisan-gurisan luka ini hanya Allah yang tahu.. tak sangka hatimu begitu cepat berubah. Engkau selalu mendamba manusia yang paling sempurna dalam hidupmu. Penat aku menunggu, menanti, setia padamu wahai teman.
Dengarlah rintihan hatiku ini. Jauh di sudut hatiku, aku begitu menyayangimu. Sahabat, adakah kau mengira dunia ini hanyalah tempat untuk membuat amar ma’ruf sahaja sehingga engkau melupakan nahi mungkar? Acap kali engkau menasihat manusia supaya jangan membenci manusia, lalu apakah engkau melupakan kata-katamu itu? Ingat sahabatku! Setiap yang diperkatakanmu bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Terkenangku pada salah satu kisah. Di mana pada hari akhirat nanti, para ulama dikumpulkan. Lalu, diperlihatkan amalannya yang setinggi gunung emas. Tiba-tiba gunung emas itu runtuh menjadi abu. Terkejut, sungguh hatiku tergamam pabila membaca kisah ini.
Rupa-rupanya gunung emas itu runtuh menjadi debu kerana ulama dunia tersebut. Wahai ulama dunia, untuk apakah amalan yang engkau lakukan?
Kalau harta yang digali, ketahuilah harta itu akan musnah ditelan bumi jua akhirnya.
Jika pangkat yang didamba, ketahuilah pangkat itu sebentar cuma, pabila engkau mati, lalu hanya tinggal nama, bahkan malaikat tidak memandang tinggi pun pangkat yang engkau megah-megahkan itu.
Wahai sahabat, aku berkata tulus dari hati kecilku.. tolonglah sahabatku, belajarlah untuk menerima sahabatmu seadanya, bukan menaruh sejuta prasangka mahupun meletak selaut harapan bahawa sahabatmu ini adalah yang paling sempurna dalam hidupmu.
Pun begitu, jika begitu sikapmu, ketahuilah! Engkau tak mungkin dapat ubah dunia ini menjadi tanah yang subur dengan kasih sayang kerana engkaulah yang MESTI menjadi pendetaknya.. setiap tingkah lakumu bagai duri yang menusuk dalam darah daging umat Islam sendiri.
Namun sahabatku, aku akan tetap menantimu sehingga ke akhir hayatku, insyaAllah dan aku berharap Allah mengetuk pintu hati kita bersama agar tiada hijab yang memisahkan hati-hati ini daripada bersatu.. amiin..
Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra.)
Wallahu a'alam
“Betul la memang benda nak jadi pun!”Kawan saya cakap, markah isi dapat penuh. Cuma markah penyampaian dapat kosong. Pitching lari!
:-D
Ramadhan
hehe.. ye ke?
kalau begitu saya kena bagitau kawan saya le yang dia dapat jugak markah isi [aka markah kesian! :D]
ooo syifakk..
nih ak heran btol la.. nape sayo tuh leh smpi 7.5kg? wah sgt2 pelikk..
cmne leh lg berat dr ikan yg sedap tuh..
ko bli ape syifakk..
kn kalo ko kurngkn brat sayo tuh jdk 1 ke 2 kg je ke kn x la berat sgt.. hehe ikan mmg baik untuk kesihatn^^
ye la.. aku tau ko heran sbb ko tuh x mkn sayur lgsg! mmg hampeh~
aku try suap sembunyi2 pon ko still tau, pastu muntahkan balik.. mmg sgt2 hampeh!
sayur tuh
kobes 2kg
karot 1kg
cili 0.5kg
ubi kentang 3kg
timoon 1kg
haaa.. cukup 7.5kg
penat tau km bawak sorg lbh 8kg.. huhu
Post a Comment